Semanis Epal Hijau

Monday, 16 April 2012

Manfaat betik untuk tubuh


Gambar dari Google


Pokok betik mudah didapati di mana-mana khususnya di negara tropika seperti di Malaysia.Pokok ini mudah hidup,lemparkan saja bijinya ke tanah,maka ia akan tumbuh.Tanpa perlu dijaga pun, ia akan hidup dengan subur sehingga berbuah.Buah betik mengandungi banyak khasiat untuk tubuh kita,malah daunnya yang muda pun boleh dijadikan ulaman.

Betik mengandungi dua enzim papain dan chymopapain.papain ini mirip dengan mencerna protein enzim yang menghasilkan pankreas.Ia mampu melarutkan protein yang terkumpul di sekitar sel kanser dan ini  seterusnya membantu sistem kekebalan tubuh untuk menghancurkan sel kanser dengan lebih mudah lagi.Chymopapain pula membantu bagi mengahcurkan protein menjadi asid amino.Asid amino ini kemudiannya digabungkan untuk membentuk protein yang dapat digunakan oleh tubuh kita.

Fibrin antara zat yang juga  bermanfaat yang didapati dari buah betik.Ia mampu mengurangkan risiko penggumpalan darah dan mencegah strok.Malah, fibrin meningkatkan kuantiti sel darah serta mempertahankan perjalanan darah yang tepat dan baik.

Buah betik juga kaya dengan karoten dan likopen.Kedua-duanya adalah antioksidan kuat dan mengurangi risiko kanser.Juga meningkatkan aktiviti penyebaran kanser misalnya dari otak ke hati atau sistem kekebalan tubuh.

Selain itu,buah betik mengandungi vitamin C,E dan A,B,flavonoid,folat,potassium,magnesium dan serat.Semua ini meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang sihat dan membantu unruk mencegah jangkitan telinga dan selsema.

Buah betik juga boleh melawaskan pembuangan najis.Bagi mereka yang selalu mengalami masalah sembelit,bolehlah mengambilnya.

Sumber:Mingguan Wanita September 2011.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....