Semanis Epal Hijau

Saturday, 21 April 2012

Nasi Hujan Panas



guna beras biasa saja...

Dan selamat petang semua............



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke mari.....tak ada apa-apa yang menarik  di sini..........
Resepi sendiri memang tak ada,semua yang ada hanyalah resepi masakan dari alam siber yang pernah dicubanya.......
Memang hajat di hati dah lama benar kepingin nak masak nasi hujan panas ini.......pernah makan sekali dua je,masa kt rumah anak buah buat open house.....
Saya buat separuh daripada bahan-bahan dibawah nie...baru nak mencubalah katakan,dan saya guna beras biasa saja....
Anak2 kurang suka nasi nie,diorang lebih suka nasi putih je...(nasi putih pun ada msk jugak)......
Salin resepi dari buku resepi "Senangnya memasak"bersama Chef Hanieliza.






Nasi Hujan Panas

Sumber:Buku Resepi "Senangnya memasak"bersama Chef Hanieliza

Bahan A:
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji tomato (dicincang)
  • 1 btg serai(diketuk)
  • 2 helai daun pandan(disimpul)
  • 1 kuib pati ayam
  •  1 sudu teh garam
  • Pewarna hijau,merah dan kuning
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan marjerin

Bahan B(bagi menumis):
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kayu manis
  • 1 inci hali(ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah(ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih(ditumbuk)

Bahan C:
  • Sedidikit bawang goreng
  • Sedikit daun bawang(dimayang)

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk.
  2. Masukkan bahan tumis,serai dan daun pandan.Goreng sehingga naik bau.
  3. Masukkan air dan garam.Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan susu cair,kiub pati ayam,tomato dan beras.Kemudian kacau rata.
  5. Masak seperti nasi biasa.
  6. Apabila nasi hampir kering,letakkan satu pewarna pada satu tempat yang berlainan
  7. Biarkan sehingga nasi masak dan kering.Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata pada keseluruhan nasi.
  8. Sebelum dihidangkan,hiaskan dengan tabutan bawang goreng dan daun bawang.

4 comments:

  1. Sama la kita Myda,kebanyakan terai resepi dari tenet dan juga buku resepi...tapi takpe..yg penting sesuai selera kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik ada buku resepi@internet kan,kalau x msk benda yg sama je......
      lama2 anak2 pun boring,tu yg asyik mkn kt luar je.......

      Delete
  2. Ikut selera dan citarasa rasa masing-masing, kalau rajin kita masaklah kan... masak apa yang kita suka ni seronok, boleh jadi terapi minda juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ah memang betul tu kak.... bnyk2 resepi yg ada kt sini pun,apa yg kita suka msk......bila mnjadi tu,rasa seronok pulak!.....

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....