Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Tempe. Show all posts
Showing posts with label Tempe. Show all posts

Wednesday, 18 September 2019

Tempe goreng cili padi dengan daun cekur

Assalamualaikum ....
dah beberapa minggu yang lalu terlihat masakan tempe goreng cili dengan daun cekur nie...baru berkesempatan untuk masak...mungkin tak ramai yang suka makan daun cekur mentah2,apa kata kita buat cara nie pulak...

mudah saja untuk memasaknya…
sudah semestinya mesti ada bhn2
tempe-potong kecil dan goreng kekuningan
daun cekur potong 3
cili padi ikut kepedasan
bawang merah dan bwg putih tumbuk 
bersama sedikit belacan 
minyak utk menumis
garam,secukup rasa

cara2nya
1.Tempe goreng kekuningan,angkat..toskan
2.tumis bhn tumbuk hingga masak,masukkan tempe,kacau rata,tambahkan garam dan secukup rasa
3.Dah sebati masukkan daun cekur.





Friday, 4 July 2014

Tempe Goreng dgn Sambal Kicap


Saya mmg cukup suka makan tempe....x kisahlah masak apa pun,nak2 yg goreng cicah dgn samabl kicap mmg dh fav saya dah............kadang2 tu buat kudapan je,x yah makan ngan nasi.....

Yang nie saya gorengkan letak serbuk kunyit sikit + garam.......nak buat yg simple ajer,selalu letak jintan manis,ketumbar,bwg putih,sikit tpg....

Yang nie sambal kicap utk cicah dgn tempe....kalau x de nie mmg x lengkap!!!....selain tempe,saya suka cicah sukun goreng dgn sambal kicap nie...
Kalau nak bagi sedap lagi perahkan sikit limau....hah,baru terangkat!!!....hihihi....

Saturday, 6 July 2013

Kobis goreng yang menyelerakan


 Gabungan 2 jenis sayur kobis,maka terciptalah gorengan sayur ini yang cukup menyelerakan.Ditambah pula dengan sedikit soon dan gorengan tempe yang dipotong kecil-kecil membuatkan diri ini jadi lapar lagi,walaupun baru setengah jam  tadi makan....
Dengan kata lain,memang cukuplah segala-galanya......anak-anak pun turut menggemarinya..

GORENG KOBIS DENGAN TEMPE DAN SUUN
Bahan-bahan:
  • 1/2 daripada 1 biji kobis
  • sedikit kobis merah
  • 2 biji cili merah-dihiris menyerong
  • 1 keping tempe-potong kecil dan goreng
  • sedikit soon-direndam & di gunting pendek
  • Garam & bahan perasa secukupnya
  • Minyak utk menumis
Bahan tumis:
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 3 ulas bawang putih-dihiris
  • sedikit ikan bilis
Cara-caranya:
  1. Tempe digoreng garing.Angkat & ketepikan
  2. Gorengkan ikan bilis dulu hingga sedikit kekuningan,masukkan bawang besar,bawang putih.
  3. Agak2 bwg dh layu,masukkan cili merah,2 jenis kobis,kacau sebati.
  4. Masukkan soon,kacau rata dan akhir sekali masukkan tempe dan perasakan.
  5. Sedia utk dihidang.

Sunday, 26 May 2013

Lemak putih tempe dan sayur campur

Dah selalu masak sambal tempe jer,kali nie nak masak lemak tempe pulak dicampurkan dengan sayur kobis dan sawi sikit.Bila masak cam gini ,adalah sikit kuah untuk bdk2 makan.....tp yg pasti tempe tu diorang x kan amik...tapi....ada tapinya,bdk2 lebih suka kalau tempe yg digoreng ajer......

Bahan-bahan:-
  • 1 keping tempe-potong kecil memanjang
  • 1 mangkuk kecil kobis
  • 1 pokok sawi-potong pendek
  • 1 biji cili merah
  • sedikit sohoon-rendam dan potong pendek
  • 1 kotak santan(200ml)
  • 2 cawan air
  • Garam secukupnya
Bahan blender kasar/tumbuk
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bwg putih
  • ikan bilis
Cara-cara:-
  1. Masukkan 1 kotak santan,2 cwn air,tempe dan bhn blender ke dlm periuk dan didihkan.
  2. Didihan pertama masukkan sohoon,garam kacau  dan biarkan sekejap.
  3. Didihan kedua ,baru masukkan sayur kobis dan sawi serta cili merah.
  4. Didihan seterusnya rasakan kuahnya,bila kurang garam tambah lagi.Kacau dan tutup api.

Friday, 26 April 2013

Pucuk Ubi rebus cicah Sambal Tempe

Dah ber tahun2 lamanya saya x makan pucuk ubi rebus cicah sambal tumis.Kalau ada pucuk ubi pun selalunya masak lemak je,.....pucuk ubi nie,kalau msk lemak adalah kuahnya sikit......walaupun x makan daunnya bolehlah anak2 ceduk kuahnya.
Seminggu yg lalu,adik balik dari kampung,ada sikit bawak pucuk ubi....Sebahagiannya telah pun dimasak lemak ,tinggallah sikit lagi...tu yg rebus je dan cicah dgn sambal tumis,kebetulan kat petiais ada sekeping tempe,potong2,goreng dan campurkan dlm sambal tumis...jadilah sambal tempe.....

teringin nak makan lagi !!!...next time nk gak wt urap pucuk ubi.....tp kat bandar payah nk cari cekur...ermmmm...


Sambal tempe nie memang kerap betul saya masak,anak2 pun suka makan sambal nie(dasar org jawa mmg sukakan tempe).....tapi kena pastikan bila masak sambal nie jgn terlalu pedas,nanti anak2 x sentuh langsung.....so masa nak basuh cili tu kena buang semua biji2 ,tak mau ada yg tertinggal..... Masa nk rebus@ celur pucuk ubi tu, letakkan sikit garam.

Wednesday, 10 April 2013

Kacang Panjang & Tempe goreng pedas

 Salam sejahtera dan salam manis semua.........
tghhari semalam masak simple lagi ......Kacang panjang & tempe goreng pedas.
ianya mudah dan cepat dibuat,kalau yg terkejar2 masa @ yg x de masa banyak tu bolehlah try resepi ini.memang cukup mudah!!....
Dan yg baru nk belajar2 masak tu pun ,jgn lupa try yea.......

KACANG PANJANG & TEMPE GORENG PEDAS

Bahan:
  • 1 bungkus tempe-dipotong pendek2 & digoreng garing
  • 6 btg kacang panjang-potong pendek2 
  • Sejemput ikan bilis-goreng garing
  • Garam & bhn perasa secukupnya
  • Minyak
Bhn tumbuk:
  • 1 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 15 btg cili padi
  • sedikit belacan
Cara:
  1. Goreng tempe dan ikan bilis berasingan hingga garing.Ketepikan.
  2. Tumiskan bhn tumbuk .Biarkan seketika hingga msk & garing sedikit@naik minyak
  3. Masukkan kacang panjang,kacau dan seterusnya masukkan tempe.Kalau x nak kering sgt boleh masukkan sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan ikan bilis garing dan perasakan dgn garam & bhn perasa.

Monday, 1 April 2013

Tempe goreng Kicap

Menu tempe goreng kicap nie memang cukup famous kat kampung mahupun kat sini.....kurang  suka kalau   letak soon,nanti kering jadinya,.....
Alhamdullilah,anak yg last baru 2 thn lebih ,suka sangat makan tempe goreng.....bukan senang nak suruh anak2 mkn tempe nie ........
 Dan ini adalah salah satu menu yang menjadikan nasi kat pinggan bertambah2 ........sapa yerk org tu?......hahaha.....

TEMPE GORENG KICAP

Bahan:
  • 1@2 bungkus tempe-potong memanjang  1 1/2 inci
  • 5 batang cili merah-potong menyerong-nak pedas boleh tambah cili padi
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • 4 biji bawang putih -hiris nipis
  • Sedikit ikan bilis
  • 4@5  sb kicap manis
  • Minyak secukupnya
Caranya:
  1. Goreng tempe dan ikan bilis hingga garing,angkat & ketepikan.
  2. Masukkan bwg besar,bwg putih dan cili merah.kacau dan biarkan hingga layu sebentar.lalu masukkan ikan bilis  dan tempe goreng tadi.Kacau rata.
  3. Kemudian curahkan kicap,gaul sebati ...dan tutupkan api.

Tuesday, 12 February 2013

Kacang panjang goreng tempe


Tadi sempat masak cincai2 jer,coz hari nie masuk kerja shif petang...biasanya amik shif malam jer.....chek punya chek menda2 kat esbok,tak banyak pulak stok sayuran & ikan@ayam....cuma ada saki baki kacang panjang & tempe .....Sok @ lusa nie nak kena pi shopping jugak barang2 dapur,lau x ...makan telur jerlah....huhuhu.....

Bahan-bahan:
Kacang panjang--potong menyerong
Tempe--potong kecil 
Soon-rendam & gunting pendek
Bawang besar
bwg putih
ikan bilis
cili merah
Garam & serbuk secukup rasa
minyak

Caranya:
Tempe digoreng garing,angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yg sama,kalau banyak minyak ..kurangkan sikit,masukkan ikan bilis,goreng garing sedikit...baru masukkan bwg merah & bwg putih serta hirisan cili merah.
Bila dh agak layu,masukkan kacang panjang & soon...kacau sebati...perasakan dgn serbuk secukup rasa  & garam.
Akhir sekali baru masukkan tempe yg siap digoreng tadi....ok siap.

Tuesday, 2 October 2012

Sambal Tempe

N3 tertunggak,ntah tak ingat dah..rasanya yang bulan lepas,dek kerana kesibukkan masa tertumpu pada anak2 yg menduduki exam UPSR...ini pula diabaikan,tapi tak pelah ..yg penting anak2 dh lega exam pun dh lepas.....

Sambal tempe memang sinonim dgn keluarga mak saya,termasuk anak2nya....tp bukan keluarga belah suami.....memang sgt mudah utk menyediakannya....


SAMBAL TEMPE

Bahan-bahan:

  • Tempe-dipotong kecil2
  • 15 tangkai Cili kering*
  • 1 biji bwg besar-dihiris
  • 5 ulas bwg putih*
  • 4 biji bwg merah*
  • sedikit belacan*
  • segenggam ikan bilis
  • Minyak secukupnya
  • Garam,gula & bahan perasa
  • Air


Caranya:

  1. Goreng tempe & ikan bilis hingga garing.Angkat  Ketepikan.
  2. Blender bhn bertanda *.Tumiskan bhn blender hingga naik minyak.
  3. Masukan sedikit air,garam,gula & bhn perasa.Kacau sebati.
  4. Bila agak kering ,masukkan hirisan bwg besar ,ikan bilis & tempe.Kacau dan angkat.



Ni pinggan nasi utk saya,...ada karbohidrat,protein,sayuran,cukup lengkap..

Saturday, 8 September 2012

Tempe lagii...sambal tempe

 Masih lagi menu yang berasaskan tempe....kerana tuan blog tak pernah jemu walau sesaat pun dengan tempe...hikhikhik....selagi mulut terasa nak makan tempe,selagi itulah menunya pun akan ada tempe jugak...


 Kali nie nak share pulak resepi sambal tempe saya,mungkin ramai diluar sana pun dah biasa buat sambal tempe kan.Ini pun salah satu menu sambal fav saya dan anak2,my hubby mmg x sentuh pun dgn sambal2 merah nie.....



Bahan-bahan:
  • Tempe-potong kecik2 memanjang@potong dadu
  • 1/2 biji bawang besar-dihiris
  • ikan bilis-goreng garing
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam,gula & bahan perasa

Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1biji bawang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit belacan

Cara-cara:
  1. Tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. Perasakan garamnya,tambahkan sedikit air asam jawa jika terlalu kering.
  3. Masukkan hirisan bawang besar.Biarkan seketika hingga sedikit kering dan masukkan tempe goreng,kacau dan angkat.

Tempe goreng kicap



 Makin lama ,makin hari..makin malaslah pulak nak update blog,padahal banyak lagi kat folder yang ingin dikongsikan bersama pengunjung2 blog ini....Hari nie just nak share resepi tempe goreng kicap dgn teman-teman,memang enak kalau goreng dengan bawang,ikan bilis dan cili merah,kemudian ditambahkan pula dgn sedikit kicap manis......memangggg ummpphhh!.....(bagi saya,mungkin tidak bagi anda).....


Masakan ini memang selalu buat,jarang sekali  masak lemak,hanya sekali@2 dalam setahun rasanya.....apa yang kita suka,apa yang kita rasakan sedap,itulah yang kita akan masak selalu.....

10 KHASIAT TEMPE

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi,
mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.- nak elak keracunan makanan

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan
tekanan darah.- elok untuk yg darah tinggi

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas,
baik bagi penderita jantung. - yang sakit jantung pun bagus

4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana
kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin
B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe
.- untuk wanita atau model2 yang takut gemuk

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe
mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe
(R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe
bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat
makan oat.

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. - harus di amalkan selalu.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi)
beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif.
- menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.

9. Mencegah timbulnya hipertension. - elok untuk yang cepat marah

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.
- haaa, x yah beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe
dah memadai.

Jadi, timbang2 kan pada mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Apepun
apa sahaj yang kita ambil untuk pemakanan seharian seharusnya seimbang dan tidak
pula berlebihan. Nanti lain yang dikurang, lain pula yang bertambah.......

Sumber:SINI

Thursday, 9 August 2012

Iftar 19 Ramadhan

Alhamdullilah ...dah hari yg ke 20 kita berpuasa.......rasa mcm tak sabar je nak tiba hari raya,yelah....time2 tulah dapat cuti panjang.....tak payah dipohon ,memang semua staff klinik akan dapat seminggu cuti.....

Maybe,insyaallah ....kami akan start cuti pada 17 Ogos 2012 bersamaan hari Jumaat,....dan masa itulah saya dan family akan pulang ke kampung.....untuk mengelakkan kesesakan lalulintas kami akan gerak pagi2 lagi.....budak2 sekolah ponteng ajelah......

 Ikan kembong goreng dan Asam pedas...

Memang setiap kali gi pasar ikan kembonglah jadi pilihan,myhubby dan anak2 sgt sukakan ikan ini...belilah ikan keli ke@ikan senangin@ikan patin ke ..memang x disentuh punya.......
Masak asam pedas ,saya suka menggunakan lengkuas,kalau ada daun limau purut pun boleh diletakkan.....kuahnya akan bau wangi.....


TELUR DADAR

 Hahhhh!....yang nie wajib ada,tak kiralah sahur ke ...iftar ke....hari2 biasa ke.....semestinya ada benda alah ini....tambahkan sedikit perencah serbuk mamee ayam,bawang holand......dah kacau.....digoreng dgn api yg panas sampai berasap2 kuali tu......(kalau takutkan api besar tak usah ikut mcm saya yea,guna je api yg sederhana..)
P/S KALAU NAK JADI TELUR DADAR CAM NIE KENA BUKAK API BESOR@SAMPAI KUALI BETUL2 PANAS...

 Ni sambal goreng jawa.....semalam ingatkan nak buat lodeh,tapi sebab dah masak asam pedas....nanti ada 2 jenis yg berkuah pulak!So goreng kering je......

SAMBAL GORENG JAWA
Bahan-bahan:
  • Tempe-potong kecik2/saya potong 4 segi tepat
  • Kentang-hiris nipis2
  • Soon Campuran(dlm tu ada tauhu kering dan soon)-direndam dan gunting pendek2
  • 1 Biji bawang besar-dihiris
  • 3 biji bawang putih-dihiris
  • 5-6 batang kacang panjang-potong menyerong
  • 5-6 tangkai cili kering-potong menyerong
  • Sedikit ikan bilis dan udang kering
  • minyak secukupnya
  • garam

Cara-cara:
  1. Tempe dan kentang digoreng terlebih dahulu.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih serta ikan bilis dan udang kering.Masukkan cili kering yg dipotong menyerong tadi.Kacau.
  3. Masukkan soon dan tauhu kering.Biarkan sebentar.Kemudian masukkan kacang panjang,gaul sebati,baru masukkan tempe dan kentang.Perasakan dgn garam.


Sambal belacan dan ulaman kacang botor,kacang panjang dan tomato.....
sebenarnya sambal belacan nie dari kedai ...masa sahur tu bukannya banyak sgt colet sambal belacan tu...takut2 nanti perut meragam, hahh nyaiya karang,asyik2 masuk toilet ,tak pun kena gastrik....
nk buang sayang,so simpan dlm petiais.....masih boleh digunamakan lagi......

Sunday, 22 April 2012

Tempe Goreng Berempah 2





Tempe adalah makanan yang berasaskan kacang soya dan popular dikalangan orang2 jawa...Tempe juga memberi banyak khasiat pada tubuh kita dan salah satu makanan yang mengandungi  bahan antioksidan.Jom kita tengok dulu info khasiat tempe dengan lebih lanjut...sila klik di SINI .

p/s:Saya mmg suka sgt tempe,lg2 kalau digoreng cam gini dan cicah ngan sambal kicap.....

Sumber Asal:shima27.fotopages.
Sumber:Koleksi Resepi Yus

Bahan-bahan: 
  • Tempe (saya potong kecil2)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu kecil serbuk bilis
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit ketumbar.jintan manis,jintan putih(ditumbuk halus)-saya tambah

Cara-caranya:
  1.  Kisar bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air.
  2. Tuangkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk.
  3. Satukan bahan-bahan yang lain bersama bahan yang dikisar tadi.
  4. Gaul hingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan tempe dan gaul lagi hingga sebati.
  6. Perap seketika tempe dalam 30 minit - 1 jam.
  7. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing.Angkat dan hidangkan dengan sambal kicap.

Saturday, 14 January 2012

Tempe Goreng Berempah

Assalamualaikum.....
Salam petang sabtu semua.....diharapkan semoga sihat2 selalu....
N3 hari nie adalah menu tempe.Tempe adalah salah satu makanan favourite saya dan keluarga belah mak saya..Tempe merupakan makanan yang dihasilkan daripada kacang soya dan ragi.Tengok gaya cara pembuatannya nampak senang tetapi banyak juga pantang larangnya.....nanti takut tak menjadi pulak...betul ke?.....dengar2 org cakap je.....tak tahu lah betul ke tak?....sebab tak pernah buat sendiri.



Tempe juga boleh dimasak dengan pelbagai cara dan citarasa.Biasanya tempe boleh didapati dalam masakan lodeh ,tempe goreng jawa dan tempe juga boleh dibuat kuih hari raya.Raya thn lepas,mak jadikan tempe ini sebagai kuih....tempe dipotong2 nipis dan digoreng garing,kemudian disira dengan sambal hingga kering.


Tempe Goreng Berempah ini sedap ,kalau dicicah dengan sambal kicap.


Tempe Goreng Berempah

Bahan-bahannya:
  • Tempe-dipotong 4 ,dihiris nipis
  • 1/2 sb ketumbar
  • 1/2 sb jintan manis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2sb tepung beras
  • 2sb tepung  goreng serbaguna
  • sedikit garam
  • sedikit air


Cara-caranya:
  1. Tempe dipotong2 dan hiris nipis.
  2. Tumbuk ketumbar,jintan manis dan bawang putih.
  3. Campurkan tepung beras dan tepung serbaguna,masukkan bahan yg ditumbuk dan sedikit air serta garam.Kacau sebati supaya tak berketul2.
  4. Celupkan tempe kedalam bacuhan tepung dan goreng hingga garing.


Untuk sambal kicap
  • 10@15 biji cili(ikut masing2 kalau nak pedas letak banyak sikit)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis
  • sedikit jus limau

*tumbuk cili dan bawang putih@blender,masukkan kicap manis dan jus limau.



Inilah dia tepung goreng serbaguna yang saya gunakan.


myda_ahmad

****************************





Thursday, 29 December 2011

Masak simple2 ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hari nie x de mood nak masak,cuma masak yg simple2 je dan cepat....begitu juga dengan mood menaip....apa-apa pun jomlah kita tgk menu apa yg dikatakan simple itu!......
Antaranya adalah........jeng3....


 Ikan Masak Lada Hitam
by:myda_ahmad
Bahan-bahannya:

  • 3@4 ekor ikan kembung(digoreng)
  • 1 ulas bawang kuning besar(dihiris )
  • 2 ulas bawang putih(diketuk)
  • 1 inci halia(diketuk)
  • 1 biji lada besar(dibelah 2)
  • 1 sb sos tiram
  • 3 sb sos lada hitam
  • 2 sb kicap manis
  • sedikit garam
  • minyak utk menumis
  • sedikit air

Cara-caranya:

  1. Tumis bawang merah besar,bawang putih dan halia,kemudian masukkan lada merah.
  2. Masukkan sos tiram sos lada hitam ,kicap manis dan sedikit air serta garam.
  3. Akhir sekali, masukkan ikan yg digoreng.


 Tempe & Tauhu masak sambal
Bahan-bahannya:

  • 1 keping tempe(dipotong kecil2)
  • 1 biji tauhu(dipotong kecil2)
  • 1 biji bwg kuning-hiris
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bwg putih*
  • sedikit belacan*
  • 20 tangkai cili kering-rebus jap,bersihkan,tos dan blender*
  • sedikit garam dan bahan perasa
  • minyak
 Cara2nya:

  1. Blender bhn2 *.
  2. Tempe dan tauhu digoreng.
  3. Tumiskan bhn blender, biarkan hingga terbit minyak,masukkan,garam dan bahan perasa.
  4. Akhir sekali,masukkanbwg kuning,tempe dan tauhu.Kacau rata.

Kobis Beijing goreng belacan

Bahan2nya:
  • Kobis beijing(dipotong )
  • 2 inci lobak merah(dipotong menanjang dan nipis2)
  • 1 biji bawang kuning besar(dihiris)
  • 3 ulas bawang putih(dihiris)
  • 1 biji lada merah(dihiris nipis2& serong)
  • sedikit ikan bilis
  • sedikit belacan
  • minyak
  • sedikit garam dan bahan perasa


Cara2nya:
  1. Tumis bawang besar,bawang putih ,ikan bilis dan sedikit belacan.
  2. Masukkan  lobak merah ,lada merah dan kobis.Masukkan garam & bahan perasa .


**********************************************
myda_ahmad

****************