Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Wednesday, 18 April 2012

Kuih Keria


Pagi tadi sempat buat kuih keria ........
Teringin nak makan punya pasal,so kena merajinkan diri sikit,barulah leh dpt makan....
Kuih yg ku buat nie adalah salah satu kuih tradisional orang melayu.....
berasaskan campuran tepung dan ubi keledek....
buatnya pun mudah.....
bahan2 nya pun tak banyak.......
tp apa yg pasti,babyku asyik mengacau je ....
abis satu tangan comot dgn keledek yg ku lenyek....
dh melekat2 bila kekeringan...

lagipun 2 hari lepas memberku ada bagi keledek......
keledek dari Cameron tau!......
bentuk2 kecik2 & comel2......
daripada dok lama kt esbox ,baik ku buat sesuatu dengannya......
maka terjadilah kuih keria ini....

Resepi ku amik dari blog Periuk Tanah.....
Thanks yea kak An,sudi berkongsi resepi ini......
ada masa nanti akan ku terjah lg Kak An nya blog......


 Kuih Keria 
Sumber:Kak An@Periuk Tanah

Bahan-bahan:
  • 250 gm keledek, (k.An suka yang warna merah/ oren sebab rasanya manis.- Kupas kulit, potong kecil dan rebus empuk. Boleh juga dikukus ye... Lepas tu toskan
  • 1/2 cawan tepung gandum
*** tepung gandum secukupnya ditabur di talam untuk membentuk kuih.

Cara membuatnya:
  1.  Lecek halus ubi keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas. Apabila cukup halus,sejukkan sebentar.
  2.  Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Ingat ye, dohnya memang lembut dan melekat di tangan, kerana doh yang begini menghasilkan kuih keria atau cucur badak yang lembut.
  3. Taburkan tepung di talam dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang, mengikut saiz kegemaran masing-masing. Buat hingga habis.
  4. Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.

Cara menyira kuih:
  1. kuih keria yang siap digoreng perlu disejukkan dahulu sebelum disira.
  2. Untuk 8-10 ketul kuih keria saiz sederhana kecil, K.An gunakan 2 sudu besar gula dicampur. dengan 1/4 cawan air.Masukkan ke dalam kuali. Didihkan menggunakan api sederhana.
  3. Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkan kuih.Gaul rata. Apabila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul kuih, hingga gula menjadi sira.

4 comments:

  1. Sedapnya kuih keria... terasa-rasa gula siranya yang gurih! Tapi lama sangat tak jumpa kuih ni...

    ReplyDelete
  2. kebetulan ada keledek yg kecik2....tu yg nk gak wt.....saya rasa air gulanya kurang,tp x pelah,saya suka yg cam gini...x lah banyak sgt bersalut gula....

    ReplyDelete
  3. kalau kene tangan org ni memng jadi..tangan ummu muhammad mcm bangku..gerenti tak jadi heheh..

    p/s: contest ape td ye dik?ibu kaulah sumber inspirasiku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nk join segmen contest Ibu...kaulah Inspirasiku....syaratnya tag 2 nama...
      dan saya nk tag akak...@ lebih lanjut akak search http://geez-tupperware.blogspot.com/
      tq....

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....