Semanis Epal Hijau

Saturday, 7 April 2012

Buku Resepi"Senangnya memasak"bersama Chef Hanieliza

 

 Salam sejahtera semua...........
Malam semalam sempat lagi jalan kt Giant Bangi,hajat mmg nak gi pun kerana nak ambil cermin mata untuk anak,sambil tu menyimpang jap kat kedai buku SMART kat tingkat 2 Giant Bangi.

Lagipun nak belikan kamus bergambar untuk anak,tak melepaskan peluang jugak untuk melihat2 buku2 resepi yang berada di sudut belakang .......belek punya belek ,terpandang buku resepi "Senangnya Memasak..." bersama Chef Hanieliza.Bila tengok isi kandungannya,berminat pulak nak membelinya.......

Kalau ikutkan buku Koleksi Resepi ini banyak mengikut kategori.Ada 15 kategori,harganya pun tak mahal,cuma RM 5.50 setiap naskah.Di dalam setiap satu ketegori  terdapat 23 resepi pilihan seisi keluarga.Memaparkan ilustrasi dan gambar langkah demi langkah  yang ditunjukkan oleh Chef Hanieliza,pastinya aktiviti memasak  pun akan menjadi lebih mudah dan cepat disediakan.

Tapi sayangnya ,hanya ada 3 naskah sahaja yang ada,buku resepi yang lain tu banyaklah,tapi ada yang mahal dan ada yang berpatutan harganya.Berkenan pulak dengan ketiga3 koleksi resepi Chef Hanieliza nie.Sudah puas membelek isi kandungannya terus ambil dan gi bayar.


Gambar dan ilustrasi cantik dan terang,mudah difahami.....




 

myda_ahmad

***********************

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....