Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Thursday, 13 September 2012

Homemade Pop corn

 Bertih jagung dah lama beli,dari sebelum bulan puasa lagi..tapi masih tak dibuat-buat lagi dengan benda nie...kalau beli kat pasar malam tu RM1.00 je...tapi kalau buat sendiri RM1.00 tu dah dapat banyak.....dan puas hati dapat makan puas2 lagi..........

Beli bertih dalam 250gm dengan harga RM2.00,masih lagi berbaki,kerana buat 3/4 pun dah terlalu banyak sanagt......mungkin bakinya tu,lain kali boleh buat lagi....Resepi dari sini...thanks yea aludra.....memang senang sangat buat pop corn nie dan anak2 memang excited sangat bila bertih tu meletop2 dalam periuk.....

POP CORN
Resepi:aludra@myresepi
Bahan-bahan ( Ikut suka.. )

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa
Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin
3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)

Tambah Coklat [Optional]
60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Cara-cara:
  1.  Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2.  Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)

Untuk Karamel [Optional]
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.

Untuk Coklat [Optional]
Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

4 comments:

  1. Replies
    1. saya 1st time buat...tak tau pulak sukatan bertihnya,buat pulak dlm periuk kecik..dah melimpah-limpah bertih jagung tu,ada jugak yg masih belum pecah lagi...last2 kuarkan yg atas2 nya,dan msk lagi......hehehe.

      Delete
  2. Oo.. mcm ni rupanya buat popcorn. Dulu kiterang kat ofis dpt popcorn maker dlm hamper hari raya. Pastu kiterang pegi letakkan popcorn sekali dgn gula dalam maker tu. Hanguih la gula tu... Apa lagi. Sampai org maintenance building datang sebab smoke detector dah detect asap gula hangus tu so derang ingat ada kebakaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gulanya kena buat kemudian...kena pecahkan bertih tu dulu...

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....