Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts

Thursday, 20 August 2015

Hasil tanaman mak

Assaalamualaikum...
Dan selamat malam,agak lama jugak saya menyepi dr dunia blogging.....bukannya x ada entry,cuma masa terbatas untuk menghadap pc...
bila ada anak kecik nie,sebahagian masa hanya untuk anak...nak2 anak baru nak belajar bertatih...
ok lah kali nie saya belanja pic buah delima yea...
pokok delima nie mak yang tanam kt kampung,tapi bila masak ,dalam bijinya x merah,,kalernya pucat dan rasanya masam sungguh...



suka tgk kebun2 mak,kalau balik  kg sesekali tu gi ronda2 kebun belakang rumah,sebelah kiri,kanan dan depan,mana yg ada tanah tu ,habis mak penuhkan semuanya dgn bercucuk tanam dan tanam pokok bunga...

Sunday, 13 April 2014

Mangga manis,mengidam buah yg masam2..

 Sekarang kandunganku dah nak masuk minggu ke 20.Walaupun di awal trimester tu,tak ada alahan yang teruk2 seperti muntah2,tetapi pening kepala dan gastrik tetap menyerangku bila aja perutku kosong,selera makan memang kurang di awal trimester.Sungguhpun begitu,berat badanku tetap naik 2kg setiap kali buat antenatal chek-up bulanan.Nak masuk ke 5 bulan nie pun berat badan tetap naik 2kg lagi,agak2nya lah kalau buat antenatal chek-up kat kilinik kesihatan gerenti wajib minum air gula...huhuhu...
 Bagi mengurangkan rasa kurang selera makan nie,ku cuba ambil alternatif lain supaya tekak ini boleh menelan apa saja asalkan perut tidak kekosongan.Kalau tak lalu nasi,cuba makan burger@roti@biskut....dan yang pastinya kena ada buah2an yang masam2......

 Tapi mangga nie tak masam,yg bestnya cari2 kat pasar malam dapatlah 2kg RM5,tu yg beli jugak....murah,memang murah,tempat2lain 1kg je dah RM4.00....Manis2 pun manislah,nasib baik anak tekak boleh menerimanya....alhamdullilah.....



 Bila pusing habis satu round kat pasar malam,jumpa pulak buah star@kundang nie,bertambah2lah menggoda jiwaku....meronta2 hati untuk membelinya,anak tekak lagilah,tak sabar2 nak makan,baru nengok jer dah terliur.......

 Yg nie pun ada yg manis jugak,tapi suka lagi yg masam2...sedap!!!...


Mangga epal nie pun tak lupa jugak masuk bakul,siap pilih yg besar2 lagi,gerammm menengoknya....
terjuntai2 kat pasar malam......aduiiiii,seungguh mengoda nafsu betul.....

Tuesday, 12 November 2013

Ole-ole dari kampung....

Cili padi,buah betik,labu,pisang nie adalah ole-ole dari kampung....
Selain dari yang ada dalam gambar,mak juga ada bagi pucuk daun ubi,daun pisang dan pucuk daun betik(yg nie x amik gambar).
 kebetulan minggu lepas yg cuti deepavali sekali dgn awal muharam tu,adik balik kampung....dia bukan balik saja2...sebenarnya dia nak bawa balik keta ke sini,katanya dekat 2  minggu ,dia menunggu proses pembelian kereta kat Bangi nie.....tak jugak2 approve,last2 dia beli aje kt kampung..tak sampai seminggu dh approve loan...tu yg dia beria2 nk balik....

Haaa,bonet kosong,apalagi mak penuhkanlah dengan segala apa yg mak nak bagi....tgk tu,kasih mak kepada anak2nya sanggup susah payah bekalkan apa yg ada kt kampung..yelah dok kat bandar nie semuanya gunakan duit....kadang2 tu beras pun mak bagi,walhal kami mampu....kekadang tu kesian tgk mak..sekarang nie mak keje...mak tak nak duduk rumah,mak org yg jenis kuat kerja....kalau dulu time kitorg kecik2,mak gi noreh seawal jam 2.30 pagi,lepas balik kul 7.00pagi mak gi keje kilang kayu,sampai petang....

Sekarang nie pun sama,pagi mak keje tukang cuci kat sekolah,balik petang pukul 4.30 mak pergi pulak ke kebun,tgk ladang sawit yg baru ditanam semula,asalnya kebun tu pokok getah....sampai kebun mak cabut2 rumput,tebang2 kayu yg kecik2..tgk org meracun rumput(mak upah org racun rumput kat kebun)....sampai rumah dah maghrib..itulah rutin harian mak sekarng nie.Hari sabtu mak keje separuh hari dan hari ahad tulah mak rehat...tapi tak jugak rehatnya,mak gi bandar gi bayar duit kereta,nasib baik mak pandai bawak kereta.....tu pun mak belajar kereta masa umur warga emas nie....

 Mak buat semua nie pun untuk anak2 jugak...sepatutnya masa umur mak 57 tahun nie,mak dah boleh duduk rehat2 kat rumah....tapi nak buat macam mana,mak tak suka duduk diam....

Sekarang nie mak tinggal berdua dgn adik bongsu.Arwah abah dh pergi meninggalkan kami semua 5 tahun yg lalu.Perginya memang tak diduga,secara tiba2,bukan sakit,bukan jatuh,tetapi dibunuh oleh pesakit yang mabuk,yg kebetulan arwah abah keje sebagai pengawal di salah sebuah hospital...

Kepada anda  yang masih mempunyai kedua ibu bapa,hargailah mereka selagi mereka masih ada....


Ayat-ayat cinta yang menyentuh tentang kemuliaan Ibu dan Ayah :

1. Sebuah titipan doa yang diajar Allah Taala kepada Nabi Nuh Alaihissalam.


{Ya Tuhanku, ampunilah daku, ibu bapaku, dan siapa pun yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kehancuran}

[Nuh | 28]
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Doa Nabi Sulaiman Alaihissalam, memohon kebaikan kepada kedua orang tuanya :

{Maka dia (Sulaiman a.s) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa : "Ya Tuhanku, anugerahkanlah daku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua orang tuaku dan agar daku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masuklah daku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.}

[An-Naml | 19]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Doa tatacara memuliakan Ibu Bapa di dalam al-Quran : AL-Isra (23-24)
{Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sesekali jangan engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.}

{Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik daku pada waktu kecil.}

[Al-Isra | 24]
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4. Kesusahan ibu dan Ayah membesarkan anak-anaknya. Doa kebaikan dan kesejahteraan.

{Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah. Masa mengandung sampai menyapihnya selama 30 bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun dia berdoa : Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku,  dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada-Mu dan sungguh aku termasuk orang muslim.}

[al-Ahqaf | 15]

Kredit:Selimutsura

Wednesday, 24 April 2013

Mempelam -inilah hasilnya...

4 tahun yg lepas,masa tu ada pameran  lanskap di perkarangan tempat letak kereta berhampiran dengan pasaraya billion,di situ ada juga yang menjual benih2 pokok buah2an ,bunga2an ,ulam2an  yang ditanam dalam polybag kecik2......baja utk pokok pun ada dijual.....
Memang niat hati bila dtg situ nk beli anak2 pokok x kisahlah pokok buah2an atau pokok bunga.....tp lebih tertarik pada anak2 pokok buah2an lah ....saya ada beli anak2 pokok pelam ,kedondong,limau bali,mangga epal.....tertarik sebab dalam 2 thn ia akan mengeluarkan buah,pokoknya pun rendang.......
Dan sejak setahun yg lalu,pokok pelam yg saya beli tu sudah pun berbuah,banyak jugak buahnya....alahai rendang pokoknya ...senang utk memetik x perlu panjat2......Anak2 pokok yg saya beli nie,ditanam di kg jer.....kt sana banyak tanah lapang,dan bila adik-beradik balik berkumpul,bolehlah mkn  buah2 sambil bercerita....


 Masa beli anak pokok tu memang tak tau pun buahnya beso cam nie,cuma ingatkan yg biasa2 jer.....anggaran mcm besar kepala bdk2 umur 2 thn....haaa,beso tuuuu!!!...



 Emak cakap nie pelam kelapa nie,beso betul buahnya.....tak pernah tgk lagi buah pelam beso cam gini.....mmg excited tgk,siap belek2 lagi buah pelam tu.....


 Memang tak sia-sia saya beli anak pokok mempelam nie....dan sekaranag nie,banyak betul buahnya...bila dah ada pokok sendiri rasa seronok tgh buah yang banyak kat dahan2 pokok dan rasa puas jugaklah makan.........


 Masa blk kg tu,sempat petik 4 biji buahnya......bawa blk ke rumah....rasanya lemak2 manis,sedap!....tp kalau nk sedap jgn tunggu dh msk baru nk mkn.....

Wednesday, 17 April 2013

WW-Durian oh! durian

Terliuq sungguh tgk gambar nie.....tu lum lagi dpt mkn......
 Durian oh! durian,sedap sangat ke rasanya?.....walaupun ia digelar raja segala buah,tp peliknya en hubby dan anak2 saya tak suka betul dgn buah ini....kenapa yerk?.....saya, punyalah cukup suka makan..tp disebabkan diorg nie terpaksalah bertahan....bertahan dari membeli...bertahan dari menyimpan dlm rumah dan bertahan dari nak makan......

Nie pun dapat 2 biji free...member bagi....melantaklah ku sorang2......sesekali tu ada jugak colet sikit2 kt mulut anak2.....hihihi....nak termuntah diorg bila rasa lidahnya terkena cebisan isi durian ini.......

Tp kalau ada org nak bagi tu,amik jer...taknak tolak2.....angkut terus.....yg x bestnya kena mkn sorang2 lah....x de teman nak makan....sian saya kan!.......dah tu kena buang siap2 x leh simpan saki baki termasuk kulit2 nya sekali......
Pantang sekali bg en hubby,kalau ada tercium baunya....mulalah bising nanti.....

Monday, 12 November 2012

Jom makan Epal Hijau

 Telah kita ketahui bahawa khasiat epal hijau banyak memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.Bagi sesiapa yang ingin menjaga penampilan diri yang sihat baik untuk diet ataupun kulit ,elok cuba amalkan satu hari dengan mengambil sebiji epal hijau atau minum jus epal.

Selain itu dengan mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.Info selanjutnya boleh klik sini ....


Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
  1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
  4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  6. Membantu mengekalkan berat badan.
  7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  8.  Mengurangkan risiko barah.
  9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
  10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
  11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Dalam time berdiet nie,saya kena ambik 1 biji sehari untuk penjagaan kesihatan badan saya baik utk kulit atau ke'slim'an tubuh badan....wajib amalkan,kalau boleh tak maulah asyik makan pil2 vitamin jer....

Hakikatnya,penulis takut sangat kalau-kalau dah menginjak usia tua nanti,baru nak terngadah........mungkin dah terlambat...dan sekarang nielah masanya..........contohnya macam kulit muka,alhamdullilah walaupun umur dah melingkau ke pertengahan 30-an,pigmentasi kulit muka berkurangan.....kalau dulu2 mak dalam umur sebegitu ,banyak sangat pigmentasi @bintik2 hitam pada kulit muka.......


Bila dah banyak pigmentasi@bintik-bintik hitam,dah kena beli bermacam-macam produk penjagaan kulit muka pulak....kekadang  tak semua produk tu yang sesuai dengan kulit muka.Bila  dah tak sesuai,maka tiada kesan perubahan pada wajah kulit muka,tak pun kulit muka jadi sensitif..maka mulalah gatal-gatal...timbul bintik-bintik merah.........

Oleh yang demikian,daripada kita membelanjakan wang yang besar untuk produk yang sedemikian,elok kita amalkan pemakanan yang sihat ,bebas daripada minyak dan  boleh membekalkan kita khasiat semulajadi kepada tubuh badan kita.Selain epal,buah orange juga turut membekalkan vitamin c kepada kita.....

Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.Walaupun masam tetapi ianya manis bila dapat memberikan kebaikan untuk kesihatan.Bila badan sihat,segalanya dan masa badan sihatlah dapat dimanfaatkan dengan melakukan tugas seharian,meluangkan masa bersama,tetapi bila sebaliknya,kita takkan dapat berbuat begitu lagi......

Sunday, 11 November 2012

Wow! Sedapnyer rambutan nie...

 Salam manis dari tuanrumah utk pengunjung2  dan teman2 semua,diharapkan semoga semuanya sihat2 belaka di samping meluangkan masa bersama family  dan teman2........atau mungkin ada yang sibuk nak bercuti @melancong,rancanglah dengan betul sebelum memulakan perjalanan yea.....semoga percutian anda bersama keluarga lebih bermakna dan enjoy.....

3 hari yang lalu,my hubby balik bawak buah rambutan.Katanya  jiran yang bagi buah rambutan nie,dapat 1 plastik besar..Buahnya manis dan isinya lekang....sedap taw rambutan nie!.......tengok kaler kulitnya tu pun dah tahu isinya bagaimana..........




Jangan tak tau yer,buah rambutan nie adalah salah satu my favorite fruits..............tapi bila balik kampung Selama,Perak macam dah tak heran dah dgn buah nie......bila musimnya,sepanjang-panjang perjalanan tu penuh dengan pokok rambutan........





Friday, 12 October 2012

Rojak buah

 Sedapnya makan rojak buah....
x banyak isinya,cuma buah epal & timun je.....
cukuplah utk anak tekak nie merasa......
tp kalau ada yg lain2 seperti nenas,sengkuang,mangga,pasti meriahkan!......
nak wt cam ne,tu je yg ada.....

 Suka potong2 cam gini,potong memanjang......potong yg lain pun  suka jugak!.....guna kuah rojak Mak Bee,tapi manis sangat.......

Errrrrrmmmmmm,sedapnya!hari tu mmg tak makan nasilah....ratah nie je......(nak diet katakan)...tp tahap BMI masih lagi ideal....cuma ada sikit lemak2 yg degil tu....

 Indeks Berat Badan, atau biasa dikenal dengan BMI (Body Mass Index), adalah salah satu cara untuk menganalisa bagaimana berat badan anda memiliki risiko terhadap penyakit. Ini didasarkan atas berat badan tanpa pakaian dan tinggi badan tanpa sepatu.

BMI saya normal 23.53...anda pulak???....

BMI KATEGORI
dibawah 18.5-Kurus
18.5 - 24.9 - Normal
25 - 29.9 - Gemuk
diatas 30 - Obesiti

JOM KIRA BMI ANDA DI SINI....

http://herbalifeku.trinunggal.net/index_berat_badan.html

atau 

http://www.nestle.com.my/Nutrition_Health_Wellness/wellness_quiz_and_tools/Pages/bmi_calculator.aspx

Thursday, 26 April 2012

Pokok Gajus




Dan selamat petang semuanya....
Kali nie nak buat entry pasal pokok gajus pulak.Sebenarnya bukan ku yang tanam,pakcik 3 buah rumah dari rumahku yang tanam....mmg sgt rajin betul pak cik nie....pantang nampak tanah2 yg kosong,mesti ada saja yg ditanamnya,termasuklah pokok pisang,segala ulaman,pokok sukun pun ada....skrg nie pokoknya dh tinggi kalah tiang lampu dah.......
Pokok Gajus nie,sebenarnya ,pak cik tu tanam kat tepi2 jalan je,tp memandangkan pokoknya dh terlalu tinggi dan dahannya dh bercabang2 ,maka ada dahan2nya yg tesesat rmasuk ke dalam pagar di belakang rumahku..........tu yg dpt tgk2 dari jarak dekat.....mcm mane bentuknya,bunganya dan warnanya  apabila buahnya masak......(jakun,tak pernah nampak)

Info hasil carian dari google:
Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah. Ia sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan . ia juga rangup apabila dikunyah. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.


Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja. Namun rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak dimanafaatkan sebagai kerabu. Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar. Bijinya pula di bakar dan kulitnya di ketuk untuk mengeluarkan bijinya. Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma.


dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.Untuk info lebih lanjut lagi klik di SINI .

Ada beberapa biji buah gajus yang masih mentah lagi...kalau dah masak warnanya merah jambu....





Pucuknya boleh dijadikan ulaman,kekadang tu my hubby amik ,potong pendek2 dan makan dgn laksa penang....


Buahnya yang masih putik.....


nampak banyak juga bunganya ,tapi bila buahnya dh kemerah-merahan...gugur terus jatuh ke tanah....


Buah Gajus yang hampir masak berwarna merah.....