Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Tuesday, 9 October 2012

Kacang Dhal Goreng Rangup


 Selamat petang semua.....
sekarang  nie cuaca kat Bandar Baru Bangi mendung,bunyi guruh pun ada,..tinggal lagi hujan je  yang belum turun.......

Semalam keterlanjuran merendam kacang dhal,agak2 dlm 500gm....bila dah 3@4 jam merendam,nampak banyaklah pulak kacang dhal tu.....so,dibahagikan 2 utk 2 hidangan ......satu bahagian,saya goreng & satu bahagian lagi saya buat kuih vadei,google resepi kacang dhal nie & terjumpa kat blog Cheq Sue.Nampak macam sedap!So,nak jugak try....dan inilah hasil gorengan kacang dhal rangup saya.Thanks yea Cheq Sue.Mohon ditepekkan resepinya di sini pula yea....

Resepi nie saya tambah sikit  serbuk kari dan serbuk jintan manis.Resepi asal mmg x de.Dan yang pastinya memang cukup enak dan rangup,serta ada rasa kari dan aroma daun kari tu sendiri.....mmg sedap .....



 KACANG DAL GORENG RANGUP
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
  • 2 genggam kacang dal - rendam 2 jam hingga kembang 

kacang dhal yg telah direndan dan ditoskan.
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji cili kering - hiris
  • 1 sb serbuk kari-saya tambah
  • 1 sk jintan manis-saya tambah
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Gaulkan dengan secubit garam dan serbuk kari serta jintan manis pada kacang dal yang telah dibersihkan

Panaskan minyak, goreng kacang dal 2 3 minit, kemudian masukkan daun kari dan cili kering. (Tak perlu goreng lama-lama nanti kacang tu overcook dan jadi keras)
Angkat dan toskan minyak.
Dah pun siap.........

.
Enak dan rangup,krap..krup..krap..krup....

4 comments:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....