Semanis Epal Hijau

Wednesday, 25 April 2012

Telur Kicap Madu


Dan selamat petang semua,moga2 sihat....
hari nie lunch telur masak kicap dengan madu dan bayam masak tumis air je....
Biasanya ,kalau telur saya masak sambal je,lgpun anak2 sukakan pedas2....tapi hari nie nak share pulak telur masak kicap dengan madu.......memang sedap!....mesti  kawan2  di luar sana pun dh pernah masak cam nie kan........





Telur Kicap Madu
by:myda_ahmad

Bahan-bahannya:
  • 4 biji telur(digoreng mata kerbau)
  • 1 biji bawang besar-di hiris
  • Sedikit air asam jawa
  • Kayu manis,bunga lawang & buah pelaga.
  • Sedikit daun sup @ daun ketumbar-utk hiasan


Bahan kisar:
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • 5 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih

Bahan sos:
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • 3 sb kicap pekat manis
  • 1 sb madu

Cara-caranya:
  1. Tumis bhn kisar dan masukkan kayu manis,bunga lawang & buah pelaga.Biarkan seketika hingga sedikit kering.
  2. Masukkan bhn sos.Kacau rata dan masukkan air asam jawa.Biarkan seketika.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan telur yang digoreng tadi.Dan hiaskan dengan hirisan daun sup@daun ketumbar.


4 comments:

  1. Selamat pagi Myda,
    belum pernah makan telur kicap madu, tapi mesti sedap tu sebab panjang juga senartai bahan yang digunakan,
    sayur bayam memang sedap, lagilah banuyak khasiatnya.

    ReplyDelete
  2. mmg sedap kak...biasanya kita gunakan ayam@ikan@daging msk kicap madu nie.....tp nk cuba buat kt telur pulak....

    ReplyDelete
  3. kalau masak kat anak2 mas gini..
    compom licin pinggan tu..
    nampak sedappp sangat..

    ReplyDelete
  4. betul tu mas,lg pun telur mmg feberet anak2...msk apa pun dgn telur gerenti bertambah2 nasi....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....