Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

Sambal telur rebus


Happy Labour Day!! dan salam hari khamis semua......................

Kebetulan ada beberapa telur rebus kat dapur dari kenduri kawin.So,nak try masak sambal telur rebus.Agak2 makan x bdk2 nie ha????........bila dh msk ,sorang je anak yg mkn,yg lain2 tu cuma jamah sambalnyer je....terpaksalah kena gorengkan telur dadar......
Ada jugak wt research kt sini,tp resepi tu ada menggunakan halia ,saya kalau boleh nakkan rasa sambal yg asli mcm sambal nasi lemak ....jadi saya wt mcm sambal biasa jer


Bahan-bahan:
  • 3 biji telur rebus
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • Minyak utk menumis
  • Asam keping
  • Air,garam,gula dan perasa secukupnya
Bahan blender:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit belacan(jika suka)
  • sedikit air
Cara-cara:
  1. Buangkan kulit  dan goreng sekejap telur rebus,angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan semua bhn blender,hingga naik minyak dan bau.
  3. Masukkan garam,sedikit gula dan bhn perasa serta asam keping,juga sikit air.
  4. Masukkan hirisan bwg besar dan telur yg telah digoreng tadi.Gaul rata.Siap.

Monday, 12 November 2012

Gulai Telur

Hai!Apa khabar semua?.Diharapkan semoga teman2 dan rakan2 blogger sihat hendaknya.....Saya di sini alhamdullilah sihat disamping anak2,cuma terasa ngantuk sikit,walapun ngantuk update blog mesti diteruskan juga.....

Sejak kahwin sampailah sekarang nie baru sekali masak gulai telur.Biasa anak2 suka makan telur goreng jer,kalau direbus nie kurang sikit.Tapi semalam ,gulai buat,telur goreng pun buat....maknanya ada 2 jenis hidangan telur...anak2 boleh pilih yang mana satu kesukaan mereka.Ternyata mereka lebih suka memilih telur goreng daripada gulai..........

Search resepi gulai telur nie kat myresepi,penyumbangnya Junn,thanks sudi share ......mohon cnp pula di sini yea.......

 GULAI TELUR
Sumber:Junn@myresepi

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Telur rebus 4 biji
  • Minyak 4 sb
  • Bahan-untuk ditumbuk **
  • **Belacan 10gm**-x letak
  • **Serai 1 batang**
  • **Serbuk jintan Manis 1/2 sb**
  • **Cili Boh 3 sb**
  • **Kunyit 15gm**
  • Tomato 2 biji dibaji-x letak
  • Daun Limau Purut 2 helai-x letak,sbb x de
  • Santan pekat 100ml
  • Gula 1/2 sudu teh
  • Air 1 cawan
  • 1 biji Bawang Merah dihiris nipis dan digoreng
  • Serbuk Perasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan tumbuk bersama-sama bawang merah yang digoreng tadi.
  2. Masukkan serbuk kari daging dan kacau + biarkan sekejap sehingga agak2 kering.
  3. Masukkan santan pekat dan air dan kacau seketika.
  4. Masukkan telur rebus dan tomato yang dibaji.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa di dalam masakan.
  6. ++Selamat Mencuba++

Saturday, 13 October 2012

Kacang Panjang goreng SpeciaL lagi.....


Masih lagi setia dengan masakan kacang goreng telur speciaL.....selagi ingin nak makan selagi tu jualah akan masak....resepi ada di sini.............


Sebelum nie,saya lumur dulu ayam dgn serbuk kunyit & serbuk kari.Tapi kali nie serbuk kari saya letak kendian,mula2 goreng ayam ,bila dh agak nk masak,baru taburkan serbuk kari.....kacau2....dan yg lain2 sama dgn resepi sebelumnya......



Memang sedap!!.....U 'oll dh try belum???.......

Wednesday, 3 October 2012

Telur masak kicap

 Mememangnya telur sudah menjadi barang makanan harian dapur yang wajib bagi keluarga kami yang mempunyai 6 orang anak,yang kesemuanya menyukai masakan telur.Dalam 1 hari je,saya memperuntukkan 8 hingga 10 biji telur untuk hidangan bagi anak-anak saya.Masaklah apa saja menggunakan telur pastinya diorang akan makan.Kekadang tu tak sampai seminggu lagi,1 tray telur dah habis......

Telur masak kicap ni pun salah satu favorite anak-anak.Pun begitu,saya masih mengamalkan pemakanan yang seimbang.Telur kaya dengan khasiat proteinnya,hakikatnya telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.Info lanjut klik sini.

Selain itu kita digalakkan makan daging putih seperti ayam dan ikan.Cuma di dalam rumah ini daging merah  memang tak pernah beli,tetapi masih lagi boleh digantikan dengan telur.Contoh daging merah seperti daging lembu,kambing,kerbau dsb.Memakan banyak daging merah juga boleh menyebabkan risiko sakit jantung.Info lanjut klik sini.



TELUR MASAK KICAP
by:myda_ahmad

Bahan-bahannya:
  • 6 biji telur-goreng mata kerbau
  • 1sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • Kicap manis -saya suka guna yg cap kicap kipas udang
  • Sedikit air
  • Minyak secukupnya

Bhn tumis:
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji cengkih
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 4 bawang putih-dimayang halus
  • Halia
  • 1@2 batang cili merah-belah 4 memanjang

 Caranya:
  1. Panaskan minyak,masukkan bhn tumis,kacau dan biarkan sehingga  layu .
  2. Masukkan kicap manis,sos cili,sos tiram dan sedikit air.Biarkan seketika.
  3. Bila dh mendidih,tuangkan kuah ke dalam pinggan yg berisi telur.

Monday, 1 October 2012

Kacang Panjang goreng Telur SpeciaL

 Selamat petang kepada semua bloggers......mudah-mudahan di kala ini semuanya sihat sejahtera,mungkin ada yang sedang menikmati hidangan minum petang atau mungkin ada  yang baru pulang dari tempat kerja...apa-apa pun semoga kalian semuanya sukses selalu......

Semalam sayur kacang panjang,hari nie pun kacang panjang jugak....hehehe....x jemu ke?....


Walaupun kacang panjang jarang-jarang sekali beli,mungkin kurang meminatinya,tetapi hari nie saya nak share satu lagi resepi kacang panjang .Yang istimewanya  kacang panjang ini digoreng dengan telur serta ditambah dengan sedikit serbuk kari.....Wow!memang  sedap dan menyelerakan hidangan lunch kami hari ini.......bawang putih seperti biasalah,suka letak banyak2.....memang begitu mengasyikkanlah aroma baunya.........kalau tak caya,cubalah.......


  Bagi saya gorengan kacang panjang bersama telur ini sedap kalau kita goreng kering,tak perlu  letak air....tp kalau nk letak pun boleh,tak salah pun....ikut selera masing-masing....


 KACANG PANJANG GORENG TELUR SPECIAL
by:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 10 btg kacang panjang-dipotong pendek2 anggaran  3cm
  • 2 biji cili merah-dipotong menyerong
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 7 ulas bwg putih-dimayang halus2
  • 1 biji telur
  • Minyak secukupnya-anggaran 3sb
  • 1sk serbuk kari-saya guna  kari ikan Baba's
  • sedikit serbuk pati ayam knorr
Caranya:
  1. Panaskan minyak,goreng@tumis bwg putih yg dicincang halus hingga garing,kekuningan @naik bau aromanya.Tolakkan ketepi kuali.
  2. Masukkan telur,kacau hingga hancur &  biar sebati dgn bwg putih.Letakkan sedikit serbuk kari & kacau hingga rata.
  3. Masukkan kacang panjang,hirisan bwg besar &cili merah serta masukkan serbuk  pati ayam knorr.
  4. Untuk masakan ini,saya tidak memerlukan garam kerana adanya serbuk pati ayam knorr & serbuk kari,yg sememangnya sudah menepati citarasa selera saya.
SELAMAT MENCUBA.




Thursday, 27 September 2012

Kacang Panjang goreng Telur


 Selamat tengahhari  buat teman-teman semua......
Hari nie nak share sikit menu kacang panjang goreng dengan telur,biasa buat tak?...saya memang jarang sekali.Kalau beli kacang panjang pun hanya utk buat ulam-ulaman @ masak padprik je......

Tak tergolong pun dlm favorite sayuran kitaorg,tapi sesekali nak jugak rasa masak cam gini......alhamdulliah,anak2 pun ikut suka makan.Kadang2 tu bukannya senang nak suruh anak2 makan sayur...lagi2 sayur kacang panjang nie....issshhh...yg tak mahu makan langsung pun ada....

Tapi berlainan dengan anak2 saya,mereka memang sukakan sayur,sebab saya kalau masak ,sesekali tu masak menu 2 jenis,sayur dan telur goreng...saja je buat cam gitu,bukan apa nak paksa sikit diorang nie makan sayur,lama-kelamaan diorg boleh menerimanya.....termasuklah yg si kecil 2 thn,pun suka mkn sayur sawi,bayam,taugeh.....dan yang wajib telur goreng mesti ada......


KACANG PANJANG GORENG TELUR
Bahan-bahan:
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Cili Merah
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 3 ulas bawang putih -mayang halus
  • 1 biji telur
  • Garam & bahan perasa
  • Minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak,tumis bwg merah,bwg putih hingga layu sedikit.
  2. Masukkan telur,kacau bagi hancur,biarkan seketika.
  3. Masukkan kacang panjang,lobak dan cili merah,kacau rata & masukkan garam serta bhn perasa.

Thursday, 9 August 2012

Iftar 19 Ramadhan

Alhamdullilah ...dah hari yg ke 20 kita berpuasa.......rasa mcm tak sabar je nak tiba hari raya,yelah....time2 tulah dapat cuti panjang.....tak payah dipohon ,memang semua staff klinik akan dapat seminggu cuti.....

Maybe,insyaallah ....kami akan start cuti pada 17 Ogos 2012 bersamaan hari Jumaat,....dan masa itulah saya dan family akan pulang ke kampung.....untuk mengelakkan kesesakan lalulintas kami akan gerak pagi2 lagi.....budak2 sekolah ponteng ajelah......

 Ikan kembong goreng dan Asam pedas...

Memang setiap kali gi pasar ikan kembonglah jadi pilihan,myhubby dan anak2 sgt sukakan ikan ini...belilah ikan keli ke@ikan senangin@ikan patin ke ..memang x disentuh punya.......
Masak asam pedas ,saya suka menggunakan lengkuas,kalau ada daun limau purut pun boleh diletakkan.....kuahnya akan bau wangi.....


TELUR DADAR

 Hahhhh!....yang nie wajib ada,tak kiralah sahur ke ...iftar ke....hari2 biasa ke.....semestinya ada benda alah ini....tambahkan sedikit perencah serbuk mamee ayam,bawang holand......dah kacau.....digoreng dgn api yg panas sampai berasap2 kuali tu......(kalau takutkan api besar tak usah ikut mcm saya yea,guna je api yg sederhana..)
P/S KALAU NAK JADI TELUR DADAR CAM NIE KENA BUKAK API BESOR@SAMPAI KUALI BETUL2 PANAS...

 Ni sambal goreng jawa.....semalam ingatkan nak buat lodeh,tapi sebab dah masak asam pedas....nanti ada 2 jenis yg berkuah pulak!So goreng kering je......

SAMBAL GORENG JAWA
Bahan-bahan:
  • Tempe-potong kecik2/saya potong 4 segi tepat
  • Kentang-hiris nipis2
  • Soon Campuran(dlm tu ada tauhu kering dan soon)-direndam dan gunting pendek2
  • 1 Biji bawang besar-dihiris
  • 3 biji bawang putih-dihiris
  • 5-6 batang kacang panjang-potong menyerong
  • 5-6 tangkai cili kering-potong menyerong
  • Sedikit ikan bilis dan udang kering
  • minyak secukupnya
  • garam

Cara-cara:
  1. Tempe dan kentang digoreng terlebih dahulu.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih serta ikan bilis dan udang kering.Masukkan cili kering yg dipotong menyerong tadi.Kacau.
  3. Masukkan soon dan tauhu kering.Biarkan sebentar.Kemudian masukkan kacang panjang,gaul sebati,baru masukkan tempe dan kentang.Perasakan dgn garam.


Sambal belacan dan ulaman kacang botor,kacang panjang dan tomato.....
sebenarnya sambal belacan nie dari kedai ...masa sahur tu bukannya banyak sgt colet sambal belacan tu...takut2 nanti perut meragam, hahh nyaiya karang,asyik2 masuk toilet ,tak pun kena gastrik....
nk buang sayang,so simpan dlm petiais.....masih boleh digunamakan lagi......

Wednesday, 25 April 2012

Telur Kicap Madu


Dan selamat petang semua,moga2 sihat....
hari nie lunch telur masak kicap dengan madu dan bayam masak tumis air je....
Biasanya ,kalau telur saya masak sambal je,lgpun anak2 sukakan pedas2....tapi hari nie nak share pulak telur masak kicap dengan madu.......memang sedap!....mesti  kawan2  di luar sana pun dh pernah masak cam nie kan........





Telur Kicap Madu
by:myda_ahmad

Bahan-bahannya:
  • 4 biji telur(digoreng mata kerbau)
  • 1 biji bawang besar-di hiris
  • Sedikit air asam jawa
  • Kayu manis,bunga lawang & buah pelaga.
  • Sedikit daun sup @ daun ketumbar-utk hiasan


Bahan kisar:
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • 5 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih

Bahan sos:
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • 3 sb kicap pekat manis
  • 1 sb madu

Cara-caranya:
  1. Tumis bhn kisar dan masukkan kayu manis,bunga lawang & buah pelaga.Biarkan seketika hingga sedikit kering.
  2. Masukkan bhn sos.Kacau rata dan masukkan air asam jawa.Biarkan seketika.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan telur yang digoreng tadi.Dan hiaskan dengan hirisan daun sup@daun ketumbar.


Friday, 27 January 2012

Sandwich Telur


Assalamualaikum dan selamat mlm.....
You all dh dinner ke?menu apa utk dinner?saya simple je ,hanya mkn sandwich.Ingatkan nk diet ,x nk mkn mlm.tp nafsu mkn melebihi segala-galanya...tak boleh ditahan2.....itupun cuma letak sikit je mayonis......
nyummy...nyummy....sedapnya....

Saturday, 24 December 2011

Telur Masak Lada Hitam

Assalamualaikum...
Hari nie 24 Disember,walaupun esok cuti umum,namun saya tetap kerja juga...maklumlah kerja klinik,x pernah tutup melainkan cuti Hari Raya....Esok kena masuk keje petang dan malam.Ini bermakna saya kena bekerja selama 16 jam sehari.....tapi x apalah sok double pay....yeah!....
Berbalik pada menu lunch hari ni...simple je....malas nak masak coz hari nie ada pasar malam....kalau masak banyak2 lauk pun,anak2 bukannya nak makan sangat,mereka mesti cari telur jugak.....yg senang dan simple saya masak telur lada hitam saja....

Bahan-bahannya:
5 biji telur
1/2 ulas bawang kuning besar(dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji lada merah(dihiris)
Sedikit hirisan lobak merah
5 sb sos lada hitam
3sb kicap manis
sedikit halia(diketuk)
sedikit air
garam
minyak utk menggoreng

 Cara-caranya:
1.Telur digoreng sebiji-sebiji.Goreng hingga habis.
2.Tumiskan halia,bawang putih,kemudian masukkan hirisan bawang besar,lada merah,lobak merah dan sedikit air.
3.Masukkan sos lada hitam,kicap manis dan garam.Bila dh masak,tuangkan kedalam pinggan yg berisi telur goreng tadi.

Tuesday, 13 December 2011

Menu lunch yang simple.....

Assalamualaikum dan selamat petang.....apa khabar semua?moga2 diberikan kesihatan yang baik disamping orang2 yang tersayang....Saya dan suami serta anak2 sihat....kalau x sihat jugak leh ambik ubat kat  klinik tempat saya bekerja......Oklah jom kita layan citer menu lunch saya hari nie....
Selalunya hari2 biasa ,time cuti2 sekolah nie memang masak awal ,tapi hari nie lewat sedikit dari hari biasa..anak2 masih kenyang lagi dek kerana bf yang terlewat pagi tadi....Masak pun x banyak sangat coz hari nie ada pasar malam.......Jarang jugak pegi kalau ada pasar malam,cuma kalau ada benda yang nak dibeli je baru pegi.....kalau pegi karang... nampak tu,nampak nie..semua nak dibelinya.....belum habis bulan poket dah kering....
Oklah x nak celoteh banyak2..meh layan resepi nie...sangat simple....
Anak2 pun suka makan telur goreng bersambal nie...cuma muhd Iffat je kurang  suka coz pedas.....


Telur Goreng Bersambal
Bahan-bahannya:
4 biji telur
5 sb cili giling@cili  kering yang diblender
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit garam,gula dan bahan perasa
minyak utk menggoreng telur dan menumis

Caranya:
1.Goreng telur cara mata kerbau.
2.Blender cii kering dengan bawang merah dan bawang putih.
3.Tumis cili yang diblender hingga masak,kemudian masukkan sedikit air supaya tidak kering.
4.Masukkan garam,gula dan bahan perasa.
5.Akhir sekali masukkan telur mata kerbau tadi ,kemudian angkat dan sedia dihidang.



Menu ke 2....

Sayur Campur



Bahan-bahannya:
Sawi-dipotong kecil2
Lobak merah-dihiris nipis
Bunga kobis-dipotong kecil2
Cili merah-dihiris nipis
2 ulas bawang putih-diketuk
1 ulas bawang besar-dihiris nipis(yang warna kuning2 tu)
1sb serbuk pati sedap
1sb sos tiram
1sb kicap cair
sedikit daging-dicincang nipis(saya rebus dulu biar x liat)
Sedikit garam
Minyak utk menumis
1/2 cawan air
1sk tepung jagung--bancuh dgn sedikit air(utk memekatkan kuah)
1sk perahan air limau nipis

Cara-caranya:
1.Tumis bawang putih yang diketuk tadi dan masukan daging yang dicincang.
2.Kemudian masukkan air,serbuk pati sedap,garam,kicap cair dan sos tiram.
3.Masukkan lobak merah,kobis bunga,sawi ,cili merah dan bawang besar.kacau.
4.Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan perahan air limau nipis.Angkat dan sedia dihidang.