Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Aiskrim. Show all posts
Showing posts with label Aiskrim. Show all posts

Tuesday, 15 April 2014

Aiskrim dulu-dulu


Entry ke 2 utk hari ini pulak,nak tayang aiskrim dulu-dulu punya.....Teringat lagi lepas maghrib jer,siap2 mandi terus gi dapur,buat aiskrim nie....memang cukup suka buat,kemudian jual,tak yah gi jauh2,budak2 yg lalu kat rumah atau yg main2 dekat rumah tu yg jadi pelanggan aiskrim nie....dulu2,jual pun 10 sen jer satu batang....

Bila buat aiskrim nie,sampai penuh peti sejuk pembeku tu(peti ais  yg kecik aje)...macam2 ada,sirap,bandung,oren ,aiskrim kacang hijau pun buat jugak.....Yang bestnya, time balik tgh panas2,berpeluh terus bukak petiais ,cari aiskrim dulu.....

 Sekarang nie,buat pun hanya utk anak2 saja....mereka pun gemarkan aiskrim nie.....lagi2 yg milo@ teh ais@bandung...Yg nie hanya buat aiskrim bandung dan oren +asam boi je.....

Aiskrim dulu-dulu pun sedap jugak kan!!!!!...nostalgia tau!!!!....

Saturday, 4 May 2013

Donut gebu


 Esok 5/5/2013,jangan lupa yea utk mengundi....bangun awal2,pergi mengundi awal ...sampai tempat mengundi pun awal dan  x perlu beratur panjang...balik pun awal....haaa,itulah saya hehehe....
Tgh hari tadi saya sempat menguli doh ,nak buat donat gebu,pilihan resepi adalah dari resepi puan Hasue kat sini,tapi  memula google terjumpa resepi nie kat blog Azie Kitchen......
Memang gebulah donat nie dan terima kasih yea sudi kongsi resepi....

 Ada sorang anak yg memang x suka makan donut,tapi bila dapatnya donut nie makan pulak dia.....Alhamdullilah,akhirnya tak payah nak paksa2 dia makan.Bukannya apa,cuma kesiankan dia,bila kat PASTI,time makan ,dan bila dihidangkan donut .. dia x nak makan donut tu.....akhirnya cuma minum air jer dan tgk jerlah kawannya makan donut ......Bila dia dh mula suka makan donut nie,sukanya saya .....



  Mohon di cnp yea resepinya disini....


Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin / Mentega
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)



Cara-cara

  1.  Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2.  Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3.  Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4.  Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
  5.  Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2

 Teksturnya dalamnya memang gebu....




  6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

 8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Wednesday, 15 February 2012

Aiskrim Santan


Assalamualaikum.......pembuka bicara...
Entah kenapa minggu nie terajin lah amat sangat....
Habis 1 resepi,buat pulak resepi yang lain.....moga2 kerajinanku ini janganlah hanya sekerat jalan je...insyaallah ....
Kali nie nak updatekan resepi Aiskrim Santan pulak,ambik dari kak fida @ myresepi.
Terima kasih yea kak,tapi saya buat hanya setengah adunan saja,rasanya sedap lemak berkrim ....dan izinkan saya c&p resepi Aiskrim Santan ini kat blog saya juga....



 Sumber:Kak Fida@myresepi(http://myresipi.com/top/detail/8253)

Bahan-bahan ( 3 liter )

  • 1 tin susu sejat/cair -1/2 cawan susu cair
  • 2 tin susu gula halus (sukat dgn tin susu sejat) -1 cawan gula halus
  • 4 tin susu santan (akak guna 800ml santan Kara + air dan jadikan 4 tin santan) -400ml santan+air dan jadikan 2 cawan santan
  • 1 tin susu air* -1/2 cawan air
  • 6 sb tepung ubi* -3 sb tepung ubi
  • 6 sb susu tepung -3 sb susu tepung
  • perasa dan pewarna seperti choc paste,s'berry paste,jagung krim dan lain2 ikut selera -5 sb milo
  • Chocolate rise saya tambah

Cara-cara

  1.  4 tin santan dimasak mendidih tapi jangan sampai pecah minyak dan sejukkan.
  2. Air* dan tepung ubi di masak hingga pekat dan sejukkan.
  3. Pukul susu sejat dengan gula hingga gula hancur.
  4. Masukkan santan dan adunan tepung berselang-seli sambil dipukul sebati.
  5. Bubuh susu tepung dan pukul terus hingga rata.
  6. Masukkan adunan kedalam sebuah bekas dan simpan dlm freezer hingga beku.
  7. Keluarkan adunan yang telah beku dan pukul lagi kali kedua hingga kelihatan kembang.Pada tahap ini bolehlah diisikan dengan perisa dan pewarna kesukaan dan terus pukul hingga sebati.
  8. Tuangkan semula adunan aiskrim ke dalam bekas dan tutup dan simpan di dalam freezer hingga beku.
  9. Keluarkan aiskrim dan bolehlah dihidangkan.Jika suka boleh jugak dihias dengan choc cair,choc chip atau apa saja ikut selera dan kesukaan anak2.
  10. *** 1 adunan aiskrim santan boleh menghasilkan 3 ltr aiskrim...jika ingin mencube bolehlah cube 1/2 atau 1/4 adunan bahannya... :)
  11. *Tulisan berwarna ungu adalah sukatan yang saya guna untuk membuat Aiskrim 
    Santan ini.*
**************************************************
myda_ahmad

********************

Tuesday, 20 December 2011

Aiskrim Roti

Assalamualaikum....
Pagi tadi ,lepas balik keje je terus sambung tidur sampai pukul 10.30am....tidur sambil2 menyusukan anak.
Dalam pukul 11.00am nanti nak kena pergi ke JPJ....nak tukar nama....kereta Honda Civic tu,dah ada orang beli...disebabkan kereta tu atas nama saya so saya kena jugak pergi ke sana utk sain beberapa dokumen....punyalah ramai orang...lama juga menunggu....nie dh dkt kul 1..pm,perut dah lapar,lum masak lagi.....balik dari JPJ terserempak  pula dengan motosikal yang jual aiskrim....anak2 mintak aiskrim...hubby pun beli....alangkah leganya tekak ,dapat makan aiskrim roti....


Nyummy...nyummy...

****************************************************
myda_ahmad

*********************