Monday, 13 May 2013

Kuih Sagu (Bronok)

Sebelum nie dah pernah buat kat sini dan hari nie buat kuih sagu nie pun masih lagi menggunakan resepi Mama kastam@myresepi....cuma yang bezanya  saya sukat  bahan-bahan menggunakan cawan metrik.
Dan kali nie saya menggunakan esen strawbery sebagai perasanya.Jom layan gambar......

Sesekali layan kuih tadisional nie pun ok gak!...

 Tapi tak de sapa pun yang kat rumah nie nak join makan dgn saya.......dan mungkinkah akan saya buat lagi lepas2 nie???.....



KUIH SAGU(BRONOK)
Sumber cnp :Mama kastam tioman@myresepi
Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose

Cara-cara

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3.  Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa yang telah di campaur dengan garam....siap.

Thursday, 9 May 2013

Kari Ayam tanpa santan

 Kari ayam tanpa santan nie masak utk en hubby jer....kerana dia jer lh yg suka mkn makan,anak2 kurang.....kalau ikutkan,saya pun kurang suka jugak....tu sebab,jarang sangat msk masakan berkari nie....


 #Saya & anak2 lebih suka mkn kari yg bersantan....#
Cicah dgn roti nie pun sedap nih!...........


 KARI AYAM TANPA SANTAN

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ayam-dipotong 2 lagi
  • 3 sb serbuk kari Baba's-bancuh dgn sedikit air
  • Daun kari
  • Air secukupnya
  • Minyak
  • Asam keping
  • Garam & serbuk secukup rasa maggi

Bahan tumis:

  • 1 biji bawang merah besar-mayang halus
  • 3 biji bwg putih -mayang halus
  • 1 sk halba campuran (yg mengandungi biji sawi,haba,jintan putih,jintan manis)
  • Halia-hiris@ketuk je

Caranya:

  1. Panaskan minyak,masukkan bhn tumis , serbuk kari yg sudah dibancuh dgn sedikit air,daun kari dan halba campuran.Biarkan hingga naik minyak.
  2. Masukkan ayam,kacau rata.Tambahkan sedikit air....masukkan serbuk perasa & garam serta asam keping.Biarkan seketika hingga ayam masak@ empuk...dan hingga kuahnya agak pekat.



Saturday, 4 May 2013

Donut gebu


 Esok 5/5/2013,jangan lupa yea utk mengundi....bangun awal2,pergi mengundi awal ...sampai tempat mengundi pun awal dan  x perlu beratur panjang...balik pun awal....haaa,itulah saya hehehe....
Tgh hari tadi saya sempat menguli doh ,nak buat donat gebu,pilihan resepi adalah dari resepi puan Hasue kat sini,tapi  memula google terjumpa resepi nie kat blog Azie Kitchen......
Memang gebulah donat nie dan terima kasih yea sudi kongsi resepi....

 Ada sorang anak yg memang x suka makan donut,tapi bila dapatnya donut nie makan pulak dia.....Alhamdullilah,akhirnya tak payah nak paksa2 dia makan.Bukannya apa,cuma kesiankan dia,bila kat PASTI,time makan ,dan bila dihidangkan donut .. dia x nak makan donut tu.....akhirnya cuma minum air jer dan tgk jerlah kawannya makan donut ......Bila dia dh mula suka makan donut nie,sukanya saya .....



  Mohon di cnp yea resepinya disini....


Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin / Mentega
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)



Cara-cara

  1.  Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2.  Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3.  Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4.  Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
  5.  Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2

 Teksturnya dalamnya memang gebu....




  6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

 8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Thursday, 2 May 2013

Sambal telur rebus


Happy Labour Day!! dan salam hari khamis semua......................

Kebetulan ada beberapa telur rebus kat dapur dari kenduri kawin.So,nak try masak sambal telur rebus.Agak2 makan x bdk2 nie ha????........bila dh msk ,sorang je anak yg mkn,yg lain2 tu cuma jamah sambalnyer je....terpaksalah kena gorengkan telur dadar......
Ada jugak wt research kt sini,tp resepi tu ada menggunakan halia ,saya kalau boleh nakkan rasa sambal yg asli mcm sambal nasi lemak ....jadi saya wt mcm sambal biasa jer


Bahan-bahan:
  • 3 biji telur rebus
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • Minyak utk menumis
  • Asam keping
  • Air,garam,gula dan perasa secukupnya
Bahan blender:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit belacan(jika suka)
  • sedikit air
Cara-cara:
  1. Buangkan kulit  dan goreng sekejap telur rebus,angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan semua bhn blender,hingga naik minyak dan bau.
  3. Masukkan garam,sedikit gula dan bhn perasa serta asam keping,juga sikit air.
  4. Masukkan hirisan bwg besar dan telur yg telah digoreng tadi.Gaul rata.Siap.

Friday, 26 April 2013

Pucuk Ubi rebus cicah Sambal Tempe

Dah ber tahun2 lamanya saya x makan pucuk ubi rebus cicah sambal tumis.Kalau ada pucuk ubi pun selalunya masak lemak je,.....pucuk ubi nie,kalau msk lemak adalah kuahnya sikit......walaupun x makan daunnya bolehlah anak2 ceduk kuahnya.
Seminggu yg lalu,adik balik dari kampung,ada sikit bawak pucuk ubi....Sebahagiannya telah pun dimasak lemak ,tinggallah sikit lagi...tu yg rebus je dan cicah dgn sambal tumis,kebetulan kat petiais ada sekeping tempe,potong2,goreng dan campurkan dlm sambal tumis...jadilah sambal tempe.....

teringin nak makan lagi !!!...next time nk gak wt urap pucuk ubi.....tp kat bandar payah nk cari cekur...ermmmm...


Sambal tempe nie memang kerap betul saya masak,anak2 pun suka makan sambal nie(dasar org jawa mmg sukakan tempe).....tapi kena pastikan bila masak sambal nie jgn terlalu pedas,nanti anak2 x sentuh langsung.....so masa nak basuh cili tu kena buang semua biji2 ,tak mau ada yg tertinggal..... Masa nk rebus@ celur pucuk ubi tu, letakkan sikit garam.

Thursday, 25 April 2013

Kuih Peneram


 Selamat petang  dan salam sejahtera....
 Hari nak kongsikan resepi kuih peneram yg saya cnp dari sini.Petang semalam mengulinya,dan tghhari td baru sempat melenyek dan menggorengnya....Aduhai....lotih jugak nak membuatnya....dok depan api lelama,sampai berpeloh2 dibuatnya......serik!!!...sian anakku yg sorang tu nak mengemping pun kena tunggu mamanya siap dulu.....

Tapi apa yang penting sekali,dapat merasa membuatnya sendiri....makan tu mmg suka,tp lepas2 nie dh x maulah nk buat sendiri...kalau ada org tolong tu lainlah citer.....heheheh....Apa2 pun thanks yea Azlina sudi share resepi kuih ini.....Mula2 tu mmg ikut bulat2 resepi ini,....bila air gula dh dicampurkan dgn tepung beras sekampit ,nampak sgt adunan agak lembik,maybe saya guna gelas yg lebih besar dari gelas Azlina kot.So,ada penambahan sikit tepung beras dan tepung gandum tu.....



KUIH PENERAM
Sumber cnp :Azlina@terminalhijrah
BAHAN2NYA 

  • 1 kampit tepung beras cap 3 gajah (jgn guna yg gambar 1 gajah tu..)
  • 1 gelas penuh gula pasir )
  • 600 gm gula merah ) dimasak dgn daun pandan
  • 1 gelas air )
  • Sedikit tepung gandum
  • Secubit garam ( ini saya pandai2 tambah )

CARA MEMBUATNYA
  1. Gula merah dan gula pasir dicampurkan segelas air, secubit garam & daun pandan dimasak hingga hancur gulanya. Ditapis.
  2. Dah sejuk, masukkkan sekampit tepung beras dan gaulkan perlahan-lahan hingga sebati. Agak-agak kalau masih lembik adunannya masukkan sesudu demi sesudu tepung gandum dan stop bila adunan dah tak melekit dan boleh dibentuk. Dicanai dan bentukkan bulat. 
  3. Ambil adunan bulat tu dan letakkan dalam piring yg telah diisi minyak masak. Dalam keadaan terendam dgn minyak gunakan jari dan lubangkan bahagian tengahnya.
  4. Panaskan minyak. Bab menggoreng ni kena jaga sebab kalau minyak tak cukup panas dia tak jadi cantik & kalau terlalu panas pun tak menjadi. Kuih ni memang banyak songeh..
  5. Buatlah sampai adunan habis.
*********************************************
Ni dia gelas yg saya guna tu....dan bahannya ada tambah2 sikit.....alhamdullilah menjadi jugak!.....


Bahan:-
6 cawan metrik tepung beras
1/2 cawan metrik tepung gandum
1 gelas gula merah
1 gelas gula pasir(kalau nk manis lg boleh tambah,yg nie sedang2 elok)
1 gelas air(lebih kurang 350ml air)
 Caranya sama seperti  resepi Azlina.Cuma cara yg ke 3 tu saya x buat,kerana adunan saya x lah terlalu lembik dan bila dh digelek ,senang utk diambil......



Wednesday, 24 April 2013

Sambal Cili Padi


 Hari nie makan yg simple2 jer,nasi dgn telur dadar,sawi goreng dan sambal cili padi.Alhamdullilah,kenyang .....kalau nk tau,sambal nielah yg selalu laku ......mmg cepat habis,licin pinggan.......Hanya tumbuk kasar  semua bhn,..cili merah,cili padi,bwg merah,bwg putih dan belacan.Gorengkan sikitkan bilis hingga garing,ketepikan.Kemudian, tumiskan bhn tumbuk td hingga kering,masukkan garam & perasa,asam keping,akhir sekali masukkan ikan bilis garing,kacau dan angkat....memang terangkatlah.....sambal nie x letak air sbb mmg nk betul2 kering,kalau tidak nanti ikan bilisnya x rangup....

Sedap! inilah sambal fav kami.....

Mempelam -inilah hasilnya...

4 tahun yg lepas,masa tu ada pameran  lanskap di perkarangan tempat letak kereta berhampiran dengan pasaraya billion,di situ ada juga yang menjual benih2 pokok buah2an ,bunga2an ,ulam2an  yang ditanam dalam polybag kecik2......baja utk pokok pun ada dijual.....


Memang niat hati bila dtg situ nk beli anak2 pokok x kisahlah pokok buah2an atau pokok bunga.....tp lebih tertarik pada anak2 pokok buah2an lah ....saya ada beli anak2 pokok pelam ,kedondong,limau bali,mangga epal.....tertarik sebab dalam 2 thn ia akan mengeluarkan buah,pokoknya pun rendang.......


Dan sejak setahun yg lalu,pokok pelam yg saya beli tu sudah pun berbuah,banyak jugak buahnya....alahai rendang pokoknya ...senang utk memetik x perlu panjat2......Anak2 pokok yg saya beli nie,ditanam di kg jer.....kt sana banyak tanah lapang,dan bila adik-beradik balik berkumpul,bolehlah mkn  buah2 sambil bercerita....



 Masa beli anak pokok tu memang tak tau pun buahnya beso cam nie,cuma ingatkan yg biasa2 jer.....anggaran mcm besar kepala bdk2 umur 2 thn....haaa,beso tuuuu!!!...



 Emak cakap nie pelam kelapa nie,beso betul buahnya.....tak pernah tgk lagi buah pelam beso cam gini.....mmg excited tgk,siap belek2 lagi buah pelam tu.....


 Memang tak sia-sia saya beli anak pokok mempelam nie....dan sekaranag nie,banyak betul buahnya...bila dah ada pokok sendiri rasa seronok tgh buah yang banyak kat dahan2 pokok dan rasa puas jugaklah makan.........


 Masa blk kg tu,sempat petik 4 biji buahnya......bawa blk ke rumah....rasanya lemak2 manis,sedap!....tp kalau nk sedap jgn tunggu dh msk baru nk mkn.....