Semanis Epal Hijau

Saturday 31 August 2013

Contest Aidil Fitri Oh! Media Musim Ke-2

Tanggal 31 bulan 8,57 hari yang mulia 
hari bahagia,sambut dengan jiwa yang merdeka...MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA!......dan
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56 kepada semua rakyat Malaysia....Semoga keamanan dan kedamaian yang kita kecapi ini kekal  selamanya....
________________________________________________
Ok,ada sesapa nak join contest tak?.....cepat tinggal 1 jam lebih lagi..cepat2...
Saya dah join Contest Aidil Fitri Oh! Media Musim Ke-2....jom pakat ramai-ramai kita memeriahkan contest aidilfitri ini dengan gambar-gambar suasana hari raya anda.....
Syarat dan terma klik http://ohmedia.my/contest-aidil-fitri-oh-media-musim-ke-2/
HADIAH YANG DITAWARKAN SUNGGUH MENARIK!!!!

Hadiah Utama:
Sebuah Apple iPad Mini, Barangan tajaan & Cenderamata Eksklusif Oh! Media
Hadiah kedua:
Wang tunai RM200 & Barangan tajaan, Cenderamata Eksklusif Oh! Media
Hadiah Ketiga:
Wang tunai RM100 & Barangan tajaan, Cenderamata Eksklusif Oh! Media
Syarat penyertaan:
1. Seorang peserta hanya dibenarkan menghantar 1 (satu) gambar sahaja. Pilihlah yang paling menarik dan hantarkan kepada kami.
2. Peserta haruslah berusia 18 tahun dan ke atas.
3. Peserta haruslah warganegara Malaysia, Singapura atau Brunei.
4. Anda mestilah telahpun mengikuti (LIKE) page-page yang berikut: Oh! Media | Oh! Tidak | Oh! Artis | Oh! Geekz. Kami hanya mahukan followers dan penyokong Oh! Media sahaja untuk menyertai contest ini kerana ini untuk mereka.
5. Para peserta boleh berkongsi gambar kepada kawan-kawan atau menulis di dalam blog. Apapun penyertaan akan terbatal serta-merta jika peserta menggunakan ‘auto-like’ untuk memenangi contest ini di mana tidak adil untuk peserta yang lain.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2013 jam 11:59 malam.
  • Tarikh gambar diupload ke Facebook pada 1 September 2013.
  • Tarikh tutup voting adalah pada 15 September 2013 jam 11:59 malam.
  • Tarikh pemenang diumumkan adalah pada 20 September 2013.
Album penyertaan (setelah ditapis) untuk musim pertama tahun lalu boleh dilihat di album yang disediakan.
- See more at: http://ohmedia.my/contest-aidil-fitri-oh-media-musim-ke-2/#sthash.e8DjTZ98.dpuf

Thursday 29 August 2013

Percutian & Hari raya di puncak Gunung Jerai

11/8/13-Raya ke 4,kami tak bercadang pun nak gi Gunung Jerai.....cuma yang kami rancang kami memang nak ke ladang anggur aje...sebelum nak balik kampung lagi,kami dah mula research tempat ladang anggur tu kat google....tapi apa yang pasti bila sampai ladang anggur time kami sampai bukanlah time musimnya.....katanya org yang jaga ladang itu,2 bulan lagi akan tiba musim berbuah yang banyak......
Alang2 sampai kat negeri Kedah,pergilah mana-mana tempat yang menarik dan yang berhampiran dengannya......satunya,nak pergi ke puncak Gunung Jerai...Tak pernah tahu pun macam mana pemandangan,suasana tempat itu-tapi yang saya fikir  tempat tu adalah tempat air terjun,tempat mandi-
manda dan tempat rekreasi......
Bila dah sampai ke sana dan berada di puncaknya,barulah tahu bagaimana rupanya tempat itu serta pemandangan lanskapnya yang cantik....

 Kami anak-beranak bersantai di lereng-lereng bukit sambil menikmati pemandangan yang sungguh indah ...
melihat pemandangan dari puncak...kelihatan bendang yang tebentang luas....


Suasana malam menjelma...hanya kelihatan kelipan lampu dan cahaya saja.....bendang-bendang dah tak nampak dah.....
Cerita selanjutnya JOM KE SINI........
Antara gambar dan kenangan kami ke ladang anggur yang terletak di Tasik Beris,Sik,Kedah.








Nak tengok kami ke ladang anggur lagi Klik sini..........

Geramnya tgk jeruk...


 Nie hasil buah tangan ,masa kami sekeluarga gi beraya di Ladang Anggur.
Buah jeruk nie kami beli di tepi2 jalan ...sepanjang jalan menghala ke Baling dan Sik,Kedah.
Dalam tupperware kecil nie harga nya RM6.00 sebalang,kalau mangkuk kecil2 Rm10.00 dapat 3 mangkuk.Sepanjang jalan tu penuh dgn jeruk2 nie,geram betul tgk.....nak sambar banyak2 kang x de sapa lak nak makan.....cuma amik yg nie je.....buah pala kurang minat.....saya amik anggur,jeruk sengkuang,asam kelubi,mempelam....

Confirm terliur nengok jeruk2 nie kan!!!!....

Sunday 25 August 2013

Open house@ rumah bos

hari nie banyak betul org buat open house......umah adik pun ada gak wt ..tp x dpt den nk gi coz keje petang...cuma sempat gi umah boss jer...bergambar dgn Prof Dr Muhaya...
emak & adik2 pun ada jugak selit2....
Kami tiba dah tengahhari,Dr Azmi pesan sapa2 yang tak keje suruh datang awal..tapi fikir2 bila datang awal nanti,makanan tak siap pulak.....dah nak kena tunggu...tapi bila sampai sana,kami dimaklumkan jamuan nie dah start awal jam 8.00pagi.....
Sampai je,kami terus cari tempat dan amik makanan...sambil makan2 anak2 sibuk nak mandi kolam pulak dah....ada nampak kelibat-kelibat artis yang datang,member dapat tangkap dgn Linda Onn,Azizah Ariffin...saya cuma dpt tangkap dgn Catriona Ross aje..Di satu sudut meja depan kelihatan Nora dan family tengah makan.....
Foto
Time nk  jumpa Dr Mohaya ,terserempak pulak dgn Catriona Ross....
yg nie snap lepas makan,,,abis dh lipstik2...dek makanan punya pasal....huhuhu...takpe2....janji dpt snap...tinggal mak2 dan anak2 dara jer,yang lain-lain tu dah gi belakang cari kolam renang,tak dapat mandi,main-main air pun jadilah.....

Friday 23 August 2013

Kuih2 raya 2013....

Alahai ,malasnya nak mengupdate blog ......
Nak kena paksa betul2 ,baru leh ngadap lelama kat depan desktop......
nak mengeditnya satu hal lah pulak!....
Tak banyak kuih utk tahun nie....
tupun ada yg beli dan ada org kasi......
buat cuma satu jenis jea,popia nestum.....

 Kuih Deram nie memang favouriteku....


 Maruku nie mak buat...bila anak2  balik..memasing angkut 1balang....

 jejari ubi nie beli dgn kawan sekerja....dia jual murah2 jea...


 Kuih batang buruk nie,kakak ipar kt kg Selama yg bagi.....


Thn2 sebelumnya banyak beli kekacang,beli kat Nilai 3....tp membazir,x de sapa nk mkn.....
thn nie beli 1 jenis jea kekacang>kacang parang goreng......

Saturday 17 August 2013

Siakap goreng & bercili


 Memang langsung tak pernah beli ikan siakap,selalu asyik beli ikan yg sama je....
yakni,ikan kembung dan ikan sardin...itulah yg sering menjadi pilihan mr hubby....
yg kita nie teringin gak nak mkn ikan2 lain spt kerisi,selar......
tp apakan daya semua tu en hubby x makan.....kenapa x mkn??....hanya en hubby je yg boleh jawap...huhuhu...

 Alhamdullilah,sehari sebelum nak raya tu,ada kawan en hubby bagi...
.simpan dulu dlm esbox.....semalam baru msk ikan nie....

Amik 2 ketul je utk msk dgn cili...sekali ngadap je licin terus ......goreng bercili hanya yg biasa2 jer....
selamat menjamu selera....

Friday 16 August 2013

Selamat Hari Raya 2013

 
Selamat Hari Raya Idulfitri 2013
 
 Ni  entry pertama utk bulan Ogos,walaupun banyak gambar2 yg masih menunggu giliran..rasanya eloklah upload yg nie dulu baru sesuai memandangkan dah lama beno blog nie bercuti.....
 
Diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada blogger,rakan taulan,saudara mara,sahabat handai serta teman sekerja.Kami puas beraya tapi bukan kat umah org,kami beraya kat ladang anggur dan Gunung Jerai....errmmm,bestkan!!!
 
Cuti dah habis,so malam nie kena keja,x leh nk sambung2 cuti lagi.....
 
****Mood lemau abisssss*****