Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Sunday, 20 October 2013

Kerinduan yg teramat

tgk tuh,x dpt peluk anak..dpt peluk teddy bear pun jadilah...

12.00am-Sedikit luahan kerinduan utk anak2....

Hari nie terpaksa keje 16 jam ,start jam 3.00petang tadi hinggalah esok pagi,jam 7.00pagi  baru boleh balik keje...ciankan saya....lebih kesian lagi pada anak2 coz saya dah tinggalkan diorang selama 16 jam sehari....
Sian kat yg kecik tulah...selalu kalau saya ada kat rumah..pantang nampak saya baring jer,mesti nak nenen...padahal dah 3 tahun tu ,tapi masih gak nak puting gantung.....
Kadang2 dia saja nk main2 hisap jer....entahlah ada susu lagi ke tidak...tapi kalau saya picit2 tu ada jugak kuar susu lagi....


Sambil menghilangkan rasa kesunyian dingin malam dengar2 jugaklah lagu2 nasyid kat youtube nie...hilang lah sikit kerinduan kat anak2....sambil mendengar sambil tatap gambar kat atas tu....(dalam hati..cepatlah nak pukul 7.00pagi..dah x sabar2 nk balik nie..nk tgk anak2)..mkn apa gaknya diorg siang tadi tuh......

Jom sama2 layan lagu nie...


( korus )
Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

( ulang korus )

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

( ulang korus )
Lirik Sifat Mahmudah - Hijjaz @ Lirikami


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-sifat-mahmudah-hijjaz.html#ixzz2iBcHnpL5

Monday, 25 February 2013

Cari pokok bunga...

Bulan yang lepas,baru sebulan lebih kami dok kat rumah baru nie....
banyak betul yang nak dinaiktarafkan.....rumah barulah katakan....
semuanya kosong.....nak2 lak ruang tamu .....semuanya masih lagi belum berisi...
bukannya x mau nak beli perabot,cuma sekarang nie duit lebih penting lagi utk anak2......
maklumlah ,ada sorang anak tu nak saya pindahkan sekolah yang lebih baik....bukan sekolah lama x bagus...
cuma senanglah nanti bila dpt sekolah  dalam 1 sekolah yang sama dgn kakaknya....
Kakaknya awal2 tahun lg dh masuk.......

 Satu petang tu  jalan2 kt Ikea......niatnya memang nak cari alatan rumah........tp fikir2 hanya sekadar tgk2 dulu.......masih banyak lg nak guna $$$$ utk rumah yang masih dalam pengubahsuaian.......
Dalam pada nak mencari peralatan rumah tu sempat lagi membelek2 bunga2....
tgk2 taklah mahal sangat,so amiklah 2 pokok bunga nie.....pilihan pun x banyak ......

 Pokok bunga nie tak cantik mana pun dah tak berbunga pulak tu.....tapi masih jugak nak beli...huhuhu....
maybe daunnya tak kan gugur......dan takdelah daun2 kering gugur...mmg malas sungguh nak menyapu kat luar rumah.....

 Yang nie pulak namanya Chrysanthemum.Bunganya memang cantik.....nampak bunganya yg kembang nielah yang nak sgt2 beli.....tak mahal ,cuma RM6.90....


Mulanya letak kat depan rumah,tapi malas nak menyiram......
lagipun kt depan tu masih lagi direnovate.......
kang mati pulak pokok bunga nie.....tu yang amik letak kt balkoni belakang rumah....
masa beli bunganya baru 2 kuntum yg kembang,la nie dah berkuntum2 yg kembang......

Thursday, 3 January 2013

Tahun baru rumah pun baru


1.10am-mata belum mengantuk lagi,nak selitkan sikit2 entry yang dah lama gambarnya bersarang dek kerana ke'busy'an memindahkan barang2......

Gambar di atas adalah sudut pandangan ruang tengah,diambil dari bahagian depan,dikelilingi dengan bilik2........Nun di hujung sekali tu adalah dapur.

Gambar dibawah nie baru sudut pandangan ruangan dapur.Masa gambar di ambil,masih belum siap sepenuhnya.



Ok,cukuplah utk kali ini.

Wednesday, 2 January 2013

Corat-coret di awal tahun

Selamat Tahun Baru 2013......
Dan salam manis dari saya untuk semua pengunjung yang masih suka bw kat sini.....(eh!,ramai ke yg suka bw kat blog nih,..dahlah x de entry yang best2,kejap timbul,kejap tenggelam pulak tuh!....,eh!perasan aq jer,hikhikhik....)Sebenarnya dah beberapa hari nie asyik menyepi kerana disebabkan masalah komputer yg seringkali asyik rosak jer,nak guna laptop x leh nak upload gambar pulak!problem2,tension betul!....walhal kat rumah ada ipad,macbook,tapi entah kenapa komputer desktop tu jugak jadi pilihan untuk  mengupdate blog.Maybe salah satu sebab,semua gambar tersimpan dlm desktop tu.......

Di tambah pulak sibuk dengan kerja2 mengemas ,mem"packing" barang2.....yelah orang nak pindah rumah barulah kan...hehehe....memang sibuk2 sangat...sampaikan x de masa nak update entry.Kesian pengunjung yang datang sini,takde entry2 baru.Minta maaf banyak2 yea,bukan disengajakan......

Urusan anak2 sekolah pun ada jugak.Dalam pertengahan bulan 12 yang lepas tu,ada pergi hantar anak amik ujian kecenderungan MRSM Gemencheh.Masa tu memang ramai betul yang datang,kira2 dalam 1000++ pelajar yang memohon ,tapi yang diterima masuk hanyalah 180 orang pelajar saja.90 pelajar lelaki dan 90 pelajar perempuan.

Dalam bulan 12 ,memang takde satu pun entry yang dapat saya postkan.Sekarang nie makin bertambah2 entry yang nak ditaip.Takpelah ,In Sha Allah,akan datang nie akan saya postkan sedikit demi sedikit.

Diharap pengunjung2 Blog Semanis Epal Hijau tidah jemu untuk datang ke mari lagi dan diharap dapat bersabar.Terima kasih kerana masih setia di sini.

Wednesday, 23 May 2012

Terpaksa ku melangkah keluar.........

Agak lama jugaklah kami tinggal di Bangi nie.Sekitar tahun 1997 lagi saya berhijrah ke sini,dari zaman anak dara hingga kini,dh cukup 1/2 dozen dh anak kami....Pertemuan pertama dengan suami pun bermula di sini jugak....Kenangan2 manis daripada zaman2 remaja mmg x pernah dilupakan,mmg terpahat di sanubari hati ini.
Bandar Baru Bangi mmg strategik kawasannya,berhampiran pula dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM,MFI,KYPM,KUIS,ILIM dan banyak lagi,kawasan2 perumahan pun banyak didirikan disini,memang berbaloilah kalau beli sebuah rumah  di sini.

La nie,rumah2 kat sini memang laku habis dijual,macam pisang goreng.........masing2 berebut ingin membeli rumah,jangankan rumah untuk dijual,malah rumah untuk disewa pun cepat je org cari....(berdasarkan kadar sewa,kalau murah mmg cepat...)

Daripada tinggal kat Kajang Mewah,kemudian berpindah ke Seksyem 16 nie dan kini menetap di sini,walaupun bertukar rumah hanya selang beberapa buah saja .Di rumah yang ketiga dan terakhir kami pindah ini  telah  pun memasuki usia 10 tahun.Memang bestlah duduk kat rumah yg terakhir nie.Rumahnya corner lot,tempat parking pun luas,kat luar2 rumah pun masih lagi boleh parking,mudah kalau adik-beradik dan emak datang ke sini dan anak2 pun puas berlari ke sana-ke mari dengan adanya halaman tepi rumah....

Tapi,semalam dapat perkhabaran dari seorang teman empunya rumah yang kami sewa ini dan juga orang tengah antara kami dengan empunya.Kami bayar sewa pun melalui org tengah nilah.Selama duduk di sini tak pernah pun jumpa tuanrumah,ini kerana tuanrumah duduk di Terengganu setelah kematian suaminya.Berita yang disampaikan kurang baik bagi kami,kerana kami terpaksa keluar dari rumah yang telah kami sewa selama 10 tahun ini.Khabarnya tuanrumah nak duduk balik kat rumah ini.Ini yang merisaukan kami...Anak2 dh seronok sekolah kat sini,lagipun sekolah dekat dengan rumah.

Tapi nak tak nak ,kami terpaksa jugak mencari rumah yang berdekatan kat sini ,awalnya kami dh beli sebuah rumah di kawasan ini,cumanya sekarang adik yang duduk.Nampaknya,kami terpaksa gagahkan juga untuk menyuarakan hasrat kami untuk duduk di rumah yang kini di duduki oleh adik.Dengan pasrahnya,adikku terpaksa mencari rumah lain.....

Di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi Seksyen 16 yang kami duduki ini memang selesa kerana dekat dengan kemudahan seperti sekolah,bank2,pejabat pos,pasar malam pun dekat,klinik malah deretan kedai pun banyak serta medan selera pun bersepah-sepah.Kalau nak cari makan memang tak susahlah......kedai makan merata-rata...........

Tetapi kadar sewa di sini terlalu tinggi sekitar RM700 ke atas,mengikut  jenis rumah.Baru ini ,adik saya ada mencari rumah di di sekitar sini termasuklah di Jalan 6A.No telefon sudah terpampang di pintu pagar,so adik saya cuba  call menanyakan sewanya. Katanya  sewa RM850 sebulan,itu belum lagi bayaran nak masuk rumah.Biasanya tuanrumah akan meminta wang deposit sebulan sewa +sewa bulanan +api & air(RM200).Campur tolak darab bahagi semuanya RM1900 permulaan untuk masuk ke rumah .Tak sanggup2.Ya...Allah,x ade ke sewa rumah yang murah2?.....mengeluh sendirian..

Sekarang nie tengah dok sibuk mencari rumah2 sewa yang lebih murah di mudah.com .....Ya Allah! permudahkanlah segala urusanku di dunia ini....Amin.

Thursday, 17 May 2012

Hadiah Hari Ibu

Sempena hari ibu pada 13 Mei yg lepas,anak2ku telah menyediakan hadiah buatku.Pandai pulak diorg dengan senyap2 telah membeli & membungkus hadiah ini.Sehari selepas tu baru diorg bagi.....alhamdullilah,terharu sangat2.........
Inilah dia hadiah drp anak2ku....belum bukak lagi pembalutnya.......thanks yea anak2ku.....
ASMA,AZWA,MUHMMAD IFFAT & HANA SAFIYYAH


Nie dari Asma

yang ini pula dari Azwa

Iffat bg yg kaler kuning ,hujung tu....


yg nie dari hana safiyyah
Bersungguh2 betul diorg,kumpul duit ,semata2 nk belikan hadiah utk mama.Lepas nie mama pun jgn lupa,kena bagi hadiah pulak utk anak2 mama.Itupun anak lelaki mama dh pesan awal2 kalau hari kanak2 diorg nak hadiah jugak!........

Sunday, 13 May 2012

Selamat Hari Ibu......





Dikesempatan ini,inginku bisikan ungkapan selamat hari ibu kepada semua ibu terutamanya ibuku Puan Kaseh bt Kamin,yg ku panggilnya mak.......unikkan nama emakku...hihihi......Kasih selama-lamanya.....



Selamat Hari Ibu! mak.....
Tak pernah pun selama ini ku ucapkan perkataan "Selamat Hari Ibu"kepada ibuku.Ikhlas dihati ini ingin mengucapkannya,tetapi kelu lidah ini utk mengeluarkannya........maybe x pernah diajar dan dilatih lidah ini utk mengucapkan apa2 ucapan yg manis dan indah kepada org2 yg tersayang selain daripada suamiku dan anak2 saja........
Mungkin selepas nie,lidah ini kena dilatih selalu supaya tidak terkelu......hihihi...

Apa yang diharapkan semoga mak sihat walafiat dan diberikan kesihatan yang baik ,dimurahkan rezeki ,panjang umur dan semoga Allah merahmati kehidupanmu....amin.Terima kasih tak terhingga kerana mak membesarkan kami adik-beradik.Kasih sayang dan pengorbanan mak akan ku sanjung hingga ke akhir hayatku.

Di manakah kita,apabila ibu dalam kesedihan....
Di manakah kita,apabila ibu dalam kesusahan....
Di manakah kita,apabila ibu dalam keseorangan......
Di manakah kita,apabila ibu memerlukan kita..........
dan
cuba tanya diri kita sendiri......Fikir-fikirkan...
Jenguk-jenguklah mereka selalu.........
Peluklah dia dengan perasaan sayang.....
Ciumlah dia dengan sepenuh jiwa.......
Gembirakanlah hati mereka....
Dikala usia mereka di ambang senja......

Apa yang diharapkan olehnya adalah menanti kepulangan anaknya......
Hargai Ibu kita selagi mereka ada lagi......
Jangan pula rasa terkilan suatu hari nanti........
Apabila dia pergi  meninggalkan kita buat selama-lamanya........


Sebagai seorang ibu,kini ku tahu apa yang diinginkan oleh setiap ibu kepada anak-anaknya.Sama sepertiku juga ,ingin melihat anak-anakku berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.



Doa untuk Ibu by Ungu


Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku kasih sayang
Tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
Takkan pernah terbalaskan


Hangat dalam dekapanmu
Memberikan aku kedamaian
Eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
Takkan pernah terlupakan


Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan


Oh ibu semoga tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku


Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan


Ooohh putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku




-----------------------------------------------------------------------


Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.^_^.
----------------------------------------------------------------------






























Thursday, 26 April 2012

Pokok Gajus




Dan selamat petang semuanya....
Kali nie nak buat entry pasal pokok gajus pulak.Sebenarnya bukan ku yang tanam,pakcik 3 buah rumah dari rumahku yang tanam....mmg sgt rajin betul pak cik nie....pantang nampak tanah2 yg kosong,mesti ada saja yg ditanamnya,termasuklah pokok pisang,segala ulaman,pokok sukun pun ada....skrg nie pokoknya dh tinggi kalah tiang lampu dah.......
Pokok Gajus nie,sebenarnya ,pak cik tu tanam kat tepi2 jalan je,tp memandangkan pokoknya dh terlalu tinggi dan dahannya dh bercabang2 ,maka ada dahan2nya yg tesesat rmasuk ke dalam pagar di belakang rumahku..........tu yg dpt tgk2 dari jarak dekat.....mcm mane bentuknya,bunganya dan warnanya  apabila buahnya masak......(jakun,tak pernah nampak)

Info hasil carian dari google:
Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah. Ia sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan . ia juga rangup apabila dikunyah. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.


Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja. Namun rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak dimanafaatkan sebagai kerabu. Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar. Bijinya pula di bakar dan kulitnya di ketuk untuk mengeluarkan bijinya. Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma.


dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.Untuk info lebih lanjut lagi klik di SINI .

Ada beberapa biji buah gajus yang masih mentah lagi...kalau dah masak warnanya merah jambu....





Pucuknya boleh dijadikan ulaman,kekadang tu my hubby amik ,potong pendek2 dan makan dgn laksa penang....


Buahnya yang masih putik.....


nampak banyak juga bunganya ,tapi bila buahnya dh kemerah-merahan...gugur terus jatuh ke tanah....


Buah Gajus yang hampir masak berwarna merah.....



Friday, 13 April 2012

Hijau itu indah

Dan selamat petang semua.....

Ehsan dari Google

Nama baru untuk blogku"Semanis Epal Hijau"sesuai dengan tema warna blogku yg baru.

Tertarik dengan sebahagian petikan dari sumber Wikipedia Bahasa Melayu:

Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam, disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air, tumbuhan-tumbuhan hijau, dan wajah yang jelita" merupakan tiga benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam sura Al-Insan di dalam al-Quran, pengikut-pengikut Allah di Jannah dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali [1].
dari sumber:Wikipedia Bahasa Melayu
_____________________________________

Nak make-up sikitlah........
Dah 2 @3 hari nie tangan asyik dok gatal nak godek sana, godek sini,terjah sana,terjah sini,segala macam template,background,tutorial semua dh ku terjah......ada yg senang nak wt dan ada pulak tu bila dh buat ,x jadi pulak....tension2....bukannya 2 @3 dok menerjah,malah seharian kat depan mengadap desktop je.....selagi x dapat,selagi tulah asyik nak dicubanya........daripada 1 blog ke 1 blog yag lain......maklumlah ku bukannya terror sangat pasal tutorial2 blog nie.....nak kena belajo gak!.....kalau x terjah dari satu blog ke satu blog,memang tak tau pun pasal tutorial2 blog nie......kena rajin godek2 ......

Bila dh dok ngadap desktop je,mulalah jadi malas nak wat keje rumah......nak masak pun malas,......
tu pun msk simple2 je...lepas masak je terus ngadap desktop lagi........selagi tak puas hati ...ha...tunggu lah sampai matahari terbenam pun tak sedar .......tup-tup dah gelap alam......

Ni pun masih tak puas hati lagi.....belum perfect lagi blogku ini.....nie kena tanya org yg lebih pandai tutorial...
sat gi nak gi terjah lagi.....

Hasil daripada pengubahsuaian blogku ini,ada sikit perubahan tittle blog,daripada "Sejambak Mawar Merah" ku tukarkan kepada "Semanis Epal Hijau" sesuai dengan tema warna blogku yang baru ini....cuma bahagian background header yag lum lagi tukar....tak tau nak wat!...dh banyak kali try,tp tak leh! ........ada sapa2 yang boleh tolong tak?.......mintak tunjuk ajar padaku.......

Nielah dia muka baru untuk blogku....cuma yg colour hijau pucuk pisang tu yg x dpt ku ubah....
x tau nk wt cam mane...

----------------------------------------------------
Terima kasih kerana sudi klik entry ini.


myda_ahmad
----------------------------------------------------

Saturday, 7 April 2012

Buku Resepi"Senangnya memasak"bersama Chef Hanieliza

 

 Salam sejahtera semua...........
Malam semalam sempat lagi jalan kt Giant Bangi,hajat mmg nak gi pun kerana nak ambil cermin mata untuk anak,sambil tu menyimpang jap kat kedai buku SMART kat tingkat 2 Giant Bangi.

Lagipun nak belikan kamus bergambar untuk anak,tak melepaskan peluang jugak untuk melihat2 buku2 resepi yang berada di sudut belakang .......belek punya belek ,terpandang buku resepi "Senangnya Memasak..." bersama Chef Hanieliza.Bila tengok isi kandungannya,berminat pulak nak membelinya.......

Kalau ikutkan buku Koleksi Resepi ini banyak mengikut kategori.Ada 15 kategori,harganya pun tak mahal,cuma RM 5.50 setiap naskah.Di dalam setiap satu ketegori  terdapat 23 resepi pilihan seisi keluarga.Memaparkan ilustrasi dan gambar langkah demi langkah  yang ditunjukkan oleh Chef Hanieliza,pastinya aktiviti memasak  pun akan menjadi lebih mudah dan cepat disediakan.

Tapi sayangnya ,hanya ada 3 naskah sahaja yang ada,buku resepi yang lain tu banyaklah,tapi ada yang mahal dan ada yang berpatutan harganya.Berkenan pulak dengan ketiga3 koleksi resepi Chef Hanieliza nie.Sudah puas membelek isi kandungannya terus ambil dan gi bayar.


Gambar dan ilustrasi cantik dan terang,mudah difahami.....




 

myda_ahmad

***********************

Monday, 2 April 2012

Namaku tersenarai jugak!

Assalamualaikum....
nk jugak kongsi kegembiraan......
kemenangan atas nama....& namaku tersenarai di antara 5 org pemenang saguhati.....
Menang saguhati, RM500,serta Camera Nikon Coolpix S3100 dan langganan majalah Fofografi selama setahun.








Sijil penyertaan

*******************************************

Terima kasih kerana sudi klik enrty ini.

myda_ahmad

************************

p/s nk jugak memorikan kenangan.

Saturday, 14 January 2012

Selamat Hari Lahir .....ASMA....^ _ ^......

Assalamualaikum dan selamat petang...
Asma bersama mama dan fifi....
ASMA,MAMA,WAWA.FIFI,HANA DAN YAYA.
Tanggal 14 Januari 2000,hari Jumaat pukul 10.08am lahirlah puteri sulungku dan suami.Dan hari ini adalah hari ulangtahun kelahirannya dan yang  kami beri nama ASMA' BT HANAFIAH .ASMA' berkongsi tahun kelahiran dengan adiknya AZWA.Bezanya ASMA' keluar awal tahun manakala AZWA keluar hujung tahun(Ulangtahun kelahiran AZWA pada 22 November 2000) .Tempoh 12 tahun sudah berlalu begitu pantas tanpa disedari.ASMA' dan AZWA akan melangkah ke tahun persekolahan  2012 yang penuh dengan debaran.....tahun peperiksaan yang penting selama dia bersekolah rendah.


      Ayah membelikan sebiji kek,meskipun Asma kurang menggemarinya...tetapi tetap juga menjamahnya walaupun sedikit........


sebiji kek berharga RM 28.00.Kek ini dilayer dengan aiskrim coklat ......


SELAMAT HARI LAHIR....
ASMA' BT HANAFIAH
KE 12 TAHUN.
MAMA doakan ........ASMA'.......
Semoga dipanjangkan umur,diberikan kesihatan yang baik,dilindungi olehNya,menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.INSYAALLAH....AMIN.
..Sayang dari mama..
.................^ _ ^..................

myda_ahmad
..........................................

Saturday, 31 December 2011

Selamat Tinggal Tahun 2011

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.....
Detik jam 12.00 malam nie bermulalah kedengaran percikan bunga2 api yg berlaku di sana-sini.....ini menandakan kita telah masuk Tahun Baru 2012......Semoga Tahun 2012 akan memberi sinar kegembiraan dan dilimpahi keberkatan dariNya.....
Tahun nie adalah tahun yg penuh dengan debaran bagiku kerana tahun nie 2 orang anakku akan meduduki UPSR....walaupun diorg bukan kembar seiras@ tak seiras ,tetapi masih boleh dianggap kembar juga kerana diorang lahir pada tahun yang sama.Nak kata apa yerk?Kembar tahun kot.....Seorang lahir bulan Januari dan seorang lagi lahir pada bulan November dalam tahun yang sama.Apa-apa pun yang penting usaha,buat yg disuruh,tinggalkan yang dilarang,berdoa,bertawakal dan yang lain2 tu berserah kpd Nya......
Walaupun masih jauh lagi utk meduduki UPSR,tetapi debaranku  tetap ada.Ingin melihat anak2 ku berjaya seperti anak2 orang lain juga....
Ya!Allah terangkan hati anak2ku dan berikan lah yang terbaik untuk mereka dalam menghadapi apa jua dugaan...


-------------------------------------------------------
myda_ahmad

-------------------------