Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Water roux. Show all posts
Showing posts with label Water roux. Show all posts

Saturday, 7 December 2013

Water roux

Apa itu water roux?
Water roux starter(Ibu roti) atau dikenali sebagai Tang Zhong adalah kaedah tradisional masyarakat China dahulu dalam penyediaan mee dan kulit dumpling.Sekarang digunakan dalm pembuatan roti dan bun.

Water roux adalah campuran tepung roti dan air iaitu 1 bahagian tepung dan 5 bahagian air :50gm tepung roti dan 250ml air.Dimasak di atas api perlahan hingga pekat.Digunakan sebagai starter atau agen penaik dan pelembut yang dicampur bersama bahan asas roti.Kaedah ini menjadikan bun dan roti gebu dan anjal.
kredit:sakinah-omars.kitchen.blogspot.com


baru jap tadi dah publish post donut gebu,amik resepi dari FB Kelab Roti....yang menggunakan water roux.
Disini  saya juga nak letak resepi water roux,senang utk saya rujuk kemudian hari.....

1/4 cawan tepung gandum
250 ml air

Untuk membuat water roux
  • 1 ratio tepung  5 ratio air
  • Masukkan kedalam  periuk dan kacau sebati adunan ini.
  • Letakkan di atas api sederhana dan terus kacau untuk menggelakkannya berketul.
  • Masak sehingga adunan menjadi pekat.
  • Masukkan ke dalam bekas sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.
  • Keluarkan dan biarkan pada suhu bilik sebelum digunakan.
  • Water roux ini bertahan selama 3 hari.
  • Jika bertukar warna dan tekstur JANGAN digunakan lagi.

Thursday, 5 July 2012

Soft Honey Bun


Selamat petang semua...
Semalam dah meroti,......akhirnya tercapai juga hasrat di hati....yeay!.....kalau beli roti kat kedai tu,kekadang kan  sebelum nak makan sempat lagi belek2 teksturnya,alangkah lembutnya......terdetik di hati "bilalah agaknya nak buat roti sendiri".....huhuhu....


Resepinya dah lama dah masuk dalam list,cuma menunggu masa je......
asyik postpone je,last2  dah x tertahan nak meroti ,akhirnya berjalan jugak projek tu .......hahaha....Terima kasih Ros dan Hana utk resepinya yea......Insyaallah,lain kali nak try buat lagi.Dan kalau nak tengok bermacam2 jenis roti yang gebussss,jom kita tgk kat sini ......


Soft Honey Bun


Bahan-bahan

  • 250g tepung roti-saya guna tepung pau(kebetulan kt rumah ada tepung tu.....)
  • 11/2 sudu kecil dry yis
  • 2 sudu besar marjerin@butter@shortening
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar madu - hana lebihkan sket
  • 150ml susu segar @ air suam
  • 2 sudu besar water roux
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
Cara jika Menggunakan Tangan
1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.


2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.


Cara BreadMaker


1.Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.


2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.


3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari.

Water Roux
Sumber cnp:Ros@Jintan Manis
( resepi asal water roux ni Ros ambil di blog MamaFami`s spicen n splendour-  http://mamafami.blogspot.com/2009/11/water-roux.html) terima kasih ye Mama.
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air
Caranya:
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)