Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Saturday, 21 September 2019

Ayam campur sotong cili pedas

Assalamualaikum semua...
Menu lunch nie dah lama tersimpan dlm folder draf,belum sempat2 nak publish...
Sis nak cara cepat dan jimat sis campurkan ayam dengan sotong sekali...lagipun kuantiti ke dua2nya bila dicampur bole dapatlah sepinggan lauk...


sambil2 racik bawang sis dah on kan api dapur ,panaskan kuali dulu dgn api sederhana...
msk kat dapur kena pantas,cepat masak cepat makan...dh siap makan boleh santai2 dgn anak2 kt ruang tamu.Sis tak nak celoteh panjang-panjang,jom tgk resepi sis kat bawah yea..


AYAM CAMPUR SOTONG CILI PEDAS

Bahan-bahan:

  • Isi ayam potong kecil2
  • sotong ,siang ,potong 2 @ 3,mengikut saiz yg diingini
  • bwg merah*
  • bwg putih*
  • cili kering 5-10 tangkai*
  • kicap bijan
  • sos cili
  • sos tiram
  • garam,secukup rasa,sedikit air


Caranya:

  1. Blender bwg merah,bwg putih,cili kering.
  2. Panaskan kuali,letak minyak sedikit,goreng isi ayam hingga masak.
  3. Angkat,ketepikan..tumis bhn blender hingga wangi.
  4. Masukkan sos cili,sos tiram,kacau rata.
  5. Masukkan sotong,kacau rata...kemudian masukkan ayam yg digoreng td.Tambahkan sikit kicap bijan.Tambahkan perasa ikut lidah masing-masing.





Friday, 21 March 2014

Sotong goreng kunyit dgn kacang buncis

Tak semua orang suka makan kacang buncis,tapi saya mmg suka sgt makan kacang buncis nie.
Lain org lain citarasanya.Mungkin dari segi baunya kot selepas dimasak...
Sayur ini pun kaya dengan protein dan vitamin,dapat membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat seuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.Kacang ini juga dapat membantu mengatasi masalah mereka.Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.



Kacang buncis salah satu sayuran favourite saya,masaklah apa jenis pun,saya akan makan jugak...yg nie saya hanya goreng dgn sotong saja,kalau nak letak udang,bebola ke pun boleh jugak...

SOTONG GORENG KUNYIT DENGAN KACANG BUNCIS

Bahannya:-
beberapa ekor sotong
Kacang buncis-potong menyerong
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Serbuk kunyit

Bahan tumis di hiris:-
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
 Cili padi

Caranya:-
Sotong di siang,bersihkan dan potong kecil2.Lumurkan dgn serbuk kunyit & sedikit garam.
Gorengkan sekejap sotong,angkat ketepikan.
Masukkan bhn tumis,masak hingga sedikit layu,masukkan kacang buncis,kacau sebati.Masukkan garam.
Kemudian masukkan sotong,kacau sekejap dan terus tutup api.

Monday, 24 February 2014

Udang masak Tiga Rasa

 Selamat petang semua...
Hari nie saya nak share resepi udang masak tiga rasa.hasil carian saya kat blog Secuit Rasa......dah lama jugak tinjau2 resepi udang nie......baru berkesempatan nak melaksanakan hajat .....selalu cuma masak sambal je,la nie nk try resepi UJ nie pulak.....memang sedap!!,ada rasa msam manisnya....nak2 lagi main ratah aje....thanks yea Uj sudi share resepi udang yg sedap nie......


UDANG MASAK TIGA RASA

Bahan-bahan:-
1/2 kilo udang ( klu bole yg besau2)
1/4 cwn cili kering kisar*(saya guna cili merah dlm 4@5 biji)
15 biji cili api dikisar *(x letak)
1inci halis dihiris
4 ulas bwg putih diketuk dan dicincang(saya blender sekali dgn cili)
2 biji bwg besar dihiris bulat
4 helai daun limau purut
2 sudu bsr sos tiram(x letak sbb x de)
1/2 cwn sos cili
sedikit kunyit serbuk 
sedikit air
garam dan gula  perasa( optional)
sedikit myk utk menumis
1 biji tomato-belah 4(saya tambah)

Cara:

1.    Bersihkan udang gaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
2.    Panaskan myk gireng udang suku masak.Angkat
3.    Dengan myk berbaki goreng halia dan bwg putih sehingga wangi.Addkan cili kisar ( *)
       Goreng sehingga cili benar2 masak.
4.    Addkan sos tiram,sos cili serta daun limau purut.kacau rata addkan sedikit air.Biar mereneh
5.    Bila dah mereneh addkan udang gaul rata dan sebati.Perasakan dgn garam serta gula
6.    Addkan bwg besar..Rasa masam .manis serta pedasnya.Kacau rata dan angkat....


Jemput makan semua...

Saturday, 15 February 2014

Sotong masak cili

Menu lunch hari ini...
tak de yg special,cuma sotong masak cili merah aje...
sian saya,masak tapi anak2 tak jamah pun sotong masak cili nie...
last2 saya dan adik je yg makan,nasib baik adik tak keje,lehlah tolong2 perabiskan sotong cili nie...

Sotong nie jiran sebelah rumah bagi mentah2,dah 2,3 hari...baru hari nie masak....tupun masak 2 ekor je,tak leh banyak2....selalu jugak jiran sebelah nie bagi apa2 ,banyak dah pinggan dia kat rumah,nak balas,tak rajin nak masak.....huhuhu..


SOTONG MASAK CILI
 Bahan-bahan:-
2 ekor sotong(ukuran seekor sotong dlm 2 jengkal)
4 batang lada merah
1/2 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
3 bji cili hijau
Garam & Ajinomoto
Minyak
Air asam


Cara-caranya:-

  1. Sotong di siang ,buang tulang &,potong kecil2.Basuh bersih dan toskan.
  2. Blender bwg merah,bwg putih,cili hijau & lada merah.
  3. Tumiskan bhn blender hingga betul2 masak @agak2 sedikit kering.
  4. Masukkan sotong,kacau rata,masukkan garam & aji.
  5. Kacau sebati,padam api bila sotong dh masak.


Wednesday, 20 November 2013

Sotong masak Lada Hitam

 Menu tghhari tadi,sotong yg dah lama tersimpan dlm peti ais,biasanya ayam dan ikan lakulah....sotong @daging kurang sikit.....pilihan terakhirlah kiranya nie....masak yang mudah2 dan senang aje...cepat dimasak dan cepat dimakan,lepas tu bolehlah rehat2kan badan sambil menyambung semula tuisyen  anak2 yang di stopkan tadi ....elok ajar sendiri dari kita hantar ke tuisyen luar.....mahal x semestinya anak tu faham akan pembelajaran yg diajar di pusat tuisyen itu....

 Alhamdullilah ,setakat yang saya ajar sendiri di rumah,memang berbaloi...2 org anak yg ambil UPSR 2012 berjaya dgn cemerlang,seorang 5A dan seorang lagi 4A 1B....Dan kini mereka,saya hantar di SMK Jalan Empat,sekolah berprestasi tinggi di Bandar Baru Bangi......Kini  anak yg akan memasuki  tahun 5(2014) nanti sudah saya latih tubi di rumah.....In Sha Allah,besar harapan saya semoga dia mengikuti jejak kakaknya..Amin.


SOTONG MASAK LADA HITAM
Bahan-bahan:-
  • Sotong (lumurkan sedikit garam & serbuk kari)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam -ditumbuk
  • Sos Tiram
  • Lada Hijau(besar)
  • Tomato
  • Sedikit serbuk kari utk dilumur pd sotong
  • Garam & serbuk perasa
  • Minyak
  • Sedikit kicap cair
Cara-caranya:-
  1. Panaskan sedikit minyak,masukkan sotong dan goreng sekejap.Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan bwg merah,bwg putih dan halia,tumis sebentar...
  3. Masukkan sos tiram.lada hitam, kicap cair,lada hijau,tomato dan akhir sekali sotong yg digoreng sebentar  tadi...perasakan garamnya(tak perlu masukkan air kerana masa menggoreng sotong tadi dah ada air +minyak)..kalau nak kuah yg banyak boleh tambah air...

Friday, 27 September 2013

Kacang Panjang Goreng Sotong berkunyit


Misi menghabiskan dan clearkan stok2, segala apa yg ada dan sayur yang telah seminggu kat dalam peti ais.....skaligus membersihkan dan mengelap kawasan sekitarnya....membuang apa yg rasa patut dibuang, dan macam2lah.......
Huhuhu...saki baki yg tinggal hanya sotong,kacang panjang,cili2 & timun...dan ini saja menu yang dapat ku hasilkan........


  KACANG PANJANG  GORENG SOTONG BERKUNYIT

BAHAN-BAHAN:-
  • Kacang panjang
  • Sotong
  • serbuk kunyit
  • cili merah-potong menyerong
  • bwg besar-dihiris
  • bwg putih-dihiris
  • setitis 2 minyak bijan
  • sos tiram
  • Garam &bhn perasa
  • Minyak
CARA-CARANYA:-
  1. Lumurkan sotong dgn serbuk kunyit & garam.
  2. Pijarkan minyak,tumiskan hirisan bwg besar,bwg putih dan cili merah.
  3. Tolak sikit tepi kuali,masukkan sotong dan goreng sekejap.
  4. Kacau sekali dgn bwg....masukkan kcg panjang,sos tiram,minyak bijan & garam serta bhn perasa.

Friday, 13 September 2013

Sotong bercili kacang panjang

 Sotong bercili digandingkan dengan kacang panjang,memang sedap...boleh dikatakan menu 2 dalam 1 lah kan....,mana taknya,dalam masakan tu dah ada sayur  ..lauk pun ada....kan senang,mudah dan cepat proses memasak saya....(org malaslah katakan)...huhuhuhu.....

p/s:lauk sotong tak leh masak selalu kt umah,anak2 tak makan ....

BAHAN-BAHAN:-
  • Sotong-siang dan potong kecil
  • Kacang panjang-potong 2 inci
  • Serbuk kunyit-lumur pada sotong
  • Garam dan aji secukupnya
  • sekeping asam
  • Minyak secukupnya

BAHAN TUMBUK@KISAR:-
  • Cili padi & cili merah
  • Bawang merah besar
  • Bawang putih

CARA-CARA:-
  1. Lumurkan sedikit kunyit pada sotong,goreng sekejap.Angkat dan ketepikan
  2. Tumiskan bhn tumbuk hingga masak,kemudian masukkan sotong,kacang panjang,kacau rata.
  3. Masukkan sedikit air ,asam keping dan perasakan garamnya.

Monday, 10 September 2012

Sambal Sotong


 Tuan rumah masih lagi mengekalkan sambal untuk hidangan menu hari ini,hanya digantikan dengan sotong.Untuk pengetahuan anda semua,ini baru kali ke 2 saya makan sotong dalam tahun ini.Beli hanya untuk makan seorang, amik pun dalam 3 &4 ekor je.... tiada seorang pun yang suka makan sotong ini,kecuali saya sendiri....



Dengan menggunakan bahan asas seperti membuat sambal2 tumis biasa,cuma ditambahkan sedikit halia,untuk mengurangkan bau hanyirnya....bahan asas seperti,bawang merah,bawang putih,asam keping,cili kering.....di tumis bahan kisarnya hingga naik minyak,bila agak kering,bolehlah ditambahkan sedikit air asam@asam keping,perasakan garamnya ,last..masukkan sotong,kacau rata....jgn masak terlalu lama.Ini akan menyebabkan sotong itu tadi akan jadi liat bila dimakan.....


Walaupun masak utk seorang makan,masih  banyak berbaki lagi.....biasanya mlm jarang makan nasi.Untuk mengelakkan ianya menjadi basi keesokkan pagi,saya masukkan ke dalam tupperware &simpan dalam petiais.Esok bolehlah dijamah lagi untuk hidangan tghhari saya.....(save budjet)dh x yah sibuk2 nk msk lagi.....my hubby mmg x blk umah mkn tghari......

Wednesday, 4 July 2012

Sambal Sotong


 Sotong adalah makanan laut yang kurang mendapat sambutan oleh orang2 kat umah nie.Jarang membeli pun yea....Boleh dibilang ,kalau setahun tu adalah dalam  3@4 kali je.....Mungkin disebabkan tekstur isinya yang liat sedikit membuatkan anak2 kurang menggemarinya......Biasanya kalau anak2 kurang suka,memang takkan beli melainkan saya @en hubby yang nak makan.......
Saya lebih suka sotong masak sambal@ goreng kunyit@msk padprik je....kalau nk msk gulai2 tu pun,saya kurang suka jugak.....  Sambal sotong nie,saya letakkan sikit lengkuas kerana saya sukakan aroma baunya bila diletakkan lengkuas.....

Sambal Sotong

Bahan-bahan:
  • Sotong
  • Sos Cili/tomato
  • Sos Tiram
  • minyak
  • Kicap manis-nak bagi sambal tu gelap sikit
  • Garam & bhn perasa
Bhn Kisar:
  • Cili kering
  • Halia
  • Lengkuas
  • Bawang merah
  • Bwg putih
Cara-caranya:
  1. Sotong dipotong2 & dibersihkan.
  2. Tumis bhn2 blender hingga pecah minyak.Masukkan sos tiram,sos cili/tomato dan kicap manis .
  3. Masukkan sotong dan perasakan dgn garam .
Setiap hari rabu anak2 Tahun 6,diwajibkan ambil kelas tambahan selepas habis waktu persekolahan pagi.Dan setiap hari rabu saya akan bekalkan mereka nasi.....
Disebabkan anak2 x suka sotong,maka saya gantikan sambal sotong dengan telur goreng mata kerbau.Sambal tu msk lebih sikit,kemudian curahkan ke atas telur goreng tadi.....