Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

Rendang daging

Selamat malam....
siang tadi sibuk memanjang kat dapur jer.....
daripada menguli adunan roti puri  sambil masak utk hidangan tengahari.....
masak rendang pulak,memang amik masa lamalah......
abis masak,mandi siap2,lepas tu terus kerjakan doh roti puri tu pulak.....
nasib baik ada anak2 tolong,lau tak jenuhlah bila nak sudah.......

Petang tadi sempat belajar sat dgn en hubby,tutorial nak amik gambar dgn menggunakan kamera DSLR....kebetulan lepas amik gambar roti puri tu,en hubby balik so, dia dgn berbesar hatinya mengajar serba sedikit cara2 nak main dgn  cahaya,ISO,background dsbnya.....
Sebelum2 nie ada jugak curi2 pinjam kamera en hubby time dia gi kerja,dah guna cepat2 simpan .....hihihi....

Rendang nie kaler kuning,tak macam rendang tok yg kalernya seakan2 merah gelap....mak saya mmg selalu masak stail nie ajer,so anak2nya pun ikut stail dia jugak!!.....

Friday, 18 October 2013

Daging korban masak merah@sambal

Surau berdekatan dgn rumah saya tu ada buat korban,sempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas...4 ekor lembu utk korban dan 1 ekor lembu utk aqiqah..tapi 1 bungkus daging korban pun tak dapat....ntah tak tahulah macammane diorg nie bagi2 kan.....maybe 1 buah rumah ada yg dapat 2@ 3 bungkus kot...

Padahal penduduk Jalan 6B nie bukannya ramai mane pun...yang sepatutnya kenalah bagikan setiap rumah ke rumah kan!!ini tak,.....kalau yg balik kampung @yg tak de kat rumah memang tak dapatlah jawapnya....


Tapi tak apalah dah tak dapat nak wat camner.....mungkin bukan rezeki saya @yg yang memerlukan diutamakan dulu...

Kebetulan anak buah en hubby ada amik 1 bahagian tuk korban...1 bahagian kat sini tak silap saya RM450.00..dan apa yang saya dengar dari dia cakaplah....kalau tempat lain saya tak taulah....
Petang raya tu jugak anak buah en hubby datang hantar daging korban tu....alhamdullilah,dapat jugak merasa walaupun tak dapat daging korban kat surau berdekatan dgn rumah.

Hari nie baru sempat saya kerjakan daging korban tu,saya masak merah,letak sikit sos2,..nak bagi bau aroma,letak lengkuas sikit di samping bhn2 lain.





DAGING MASAK MERAH @SAMBAL

Bahan-bahan:-
  • Daging 
  • Bawang besar@holland-hiris
  • Lengkuas-diketuk aja
  • Tomato-belah 4
  • Daun sup @daun bawang utk hiasan
  • Minyak secukupnya
  • Garam dan bhn perasa
  • Air secukupnya
Bahan kisar:-
  • Cili kering-rebus sekejap,basuh & buangkan bijinya
  • Bawang merah besar
  • bawang putih
  • Halia
Bahan sos:-
  • Sos Tomato
  • Sos Tiram
  • Sos Cili
  • Kicap manis-letak sikit aje.
Caranya:-
  1. Potong nipis daging dan rebus hingga empuk.Tumiskan bhn kisar hingga naik bau dan sedikit kering.
  2. Masukkan daging tadi ,lengkuas yg diketuk dan sedikit air,kacau rata dan biarkan seketika ..biar daging betul2 meresap dgn bhn tumis .
  3. Masukkan semua sos dan perasakan garamnya...kalau kuahnya kering,boleh tambahkan sikit air lagi.
  4. Agak2 dah nak masak ,masukkan hirisan bawang holand dan tomato.Kacau sebati dan tutup api..
  5. Hidangkan dan hiaskan dgn daun bawang@sup....