Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Tuesday, 1 October 2019

breakfast nasi lemak dan kuih

Assalamualaikum....
breakfast nasi lemak tunjuk jer....
yang makannya pun tak ramai,so beli je...senang citer,cepat dimakan...
kalau nak msk kena tggu anak2 cuti,bila penuh rumah barulah boleh masak...masih lagi harga rm 1.50 sebungkus nasi lemak biasa...dan untuk selingan sis amik seketul dua kuih-muih yang sis terasa nak makan...


ni pun dh banyak bagi sis...
ada bingka,donat,ketayap dan burger malaysia.Cukuplah sampai ke petang bole sambung makan.


Friday, 20 September 2019

Nasi goreng daun cekur


Assalamualaikum dan selamat pagi....
Semenjak dua tiga menjak ni,sis asyik togelkan pokok cekur yang sis tanam kat belakang rumah tu...
sis campurkan dengan apa -apa yang sis teringin nak makan...
pagi nie,sis buat nasi goreng cili kering campurkan daun cekur..


lepas tu sis potong lagi nipis-nipis ,sis letak atas nasi...


sebelum ni sis hanya makan mentah-mentah je...


selamat menjamu😊

Friday, 6 December 2013

Nasi Goreng

 Hari nie bf nasi goreng yang simple dan sedap,penuh dengan kaler2 untuk menarik perhatian anak-anak makan sayur(tgk jenis sayur jugak,kalau kangkung  anak2 tak nak).....tambah pulak ada 3 @ 4 keping keropok....errrmmm,mmg berselera betul!!....


Senang jer kalau nak buat anak-anak suka makan sayur,buat nasi goreng letaklah sayur bagai(saya suka letak kobis dan carrot.....itu dah cukup untuk membuatkan diorg makan sayur)....bila dah ada 2 jenis sayur nie,saya tak lah letak isi ayam ke,sotong@daging...segala isi2 tu mmg diorg x kan amik pun,kadang2 sempat lagi diorg pilih2 nasi yang tak de segala isi bagai....yg ada tu tolak ke tepi ......
Alhamdullilah,suka saya tgk kalau anak-anak saya makan sayur,sejak diorg kecil lagi saya mmg kerap beli 2 jenis sayur nie..... selain kobis,sayur bayam dan sawi pun  sayur fav anak-anak saya....tp bagi saya kalau ada cendawan pun sedap jugak!!

Tujuan saya meletakkan sikit minyak bijan adalah untuk menaikkan aroma nasi goreng tu.
Saya dan family selalu jugak makan nasi goreng kat restoran Italy  Bangi,ada rasa kesedapan pada nasi goreng tu,rupa2nya diorg letak sikit minyak bijan.Asyik teringat2 je nasi goreng restoran Italy tu.....Selain tu,ada juga resoran nasi ayam yunan kat bangi jugak,mmg sedap ayamnya..tu pun ada letak minyak bijan...ayam yg telah siap dipotong tu diletakkan dalam pinggan,kemudian ada lah timun jepun,daun2 sup,kicap cair dan dicurahkan sikit minyak bijan....



NASI GORENG
oleh:myda_ahmad
Bahannya:-
  • Nasi putih
  • Kobis beijing & kobis merah
  • Carrot 
  • Garam secukupnya dan serbuk pati anam knorr
  • Minyak
  • Telur
  • Setitis dua minyak bijan
Bahan tumbuk:-
  • Bawang merah
  • bawang putih
  • Ikan bilis
  • belacan
  • Cili padi
Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak,tumiskan bhn tumbuk hingga sedikit garing,masukkan telur,kacau2 bagi hancur.
  2. Masukkan nasi,gaul sebati,masukkan garam dan perasa.
  3. Masukkan sayur2,kacau lagi....(bila dah masukkan sayur,jgn masak terlalu lama,sekadar kobis tu layu aje).
  4. Masukkan sedikit minyak bijan,kacau sebati dan tutup api.

Sunday, 11 November 2012

Nasi Goreng Sempoi



Kalau dah malas sangat nak masak macam2 jenis lauk,nilah dia yang selalu saya buat,x kira pagi ke,ptg ataupun malam.....kekadang tu dalam 1 hari 2 kali masak nasi goreng sempoi nie.....anak2 tak suka kalau mamanya letak vegetables mix(kacang peas+jagung)....kat nasi goreng tu...so mama cari idea lain yg diorang boleh makan sayur,mama pun letak sayur kobis putih......

Isikan nasi goreng  dalam pinggan,sebelum makan tu taburkan sikit lada sulah yea dan bawang goreng,sedap tuu....

Monday, 5 November 2012

Nasi Ayam

Selamat petang .......
 Malam semalam my hubby dah shopping barang dapur kat Econsave,sorang2 dia jer......bila dh shopping,maka penuhlah barang dan stok makanan kat dapur.Segala-galanya ada......tu yang cari dan terus mencari menu apakah yang akan jadi hidangan lunch nanti....nak masak macam2 lauk ,malas pulak ..lagipun dh jemu asyik masak je.....

Nak masak yang cepat dan mudah,so terfikirlah nasi ayam nie......sambil merebus ayam....sambil tu google jugak resepi nasi ayam,dan terjumpa resepi nasi ayam nie kat myresepi .So apalagi cnp jelah.......dah tu baca2 dan teliti jap bahan2nya,terus masuk dapur,mulakan operasi masak-memasak pulak.Upload gambar tunggu petang yea....Apa2pun thanks yea kepada penyumbang resepi ini kerana sudi share resepi nasi ayam spesel ini......


NASI AYAM SPESEL
Sumber:Junjs11@myresepi
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus:
  • 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)-saya guna 1/2 ekor 
  •  2 ulas bawang putih
  •  2sm halia yg diketuk
Untuk perap:
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • sedikit kicap cair
  • sedikit marjerin utk sapukan pada ayam sebelum dibakar
Untuk nasi:
  • 5 cwn beras
  • 3 sudu besar butter
  • 1 cm halia- ditumbuk
  • 2 sb pes nasi ayam hainan
  • 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • air rebusan ayam tadi secukupnya
  • sedikit garam
Nie dia pes nasi ayam hainan yang saya gunakan...

Bahan sos:
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka-saya gantikan lemon jus
  • garam, gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Untuk sup:
  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar-tak letak
  • 2 ulas bwg putih-diketuk(saya tambah)
  • 1 inci halia-diketuk(saya tambah)
  • rempah sup-saya gantikan serbuk pati ayam knorr
  • garam
  • daun sup yg dihiris.
Cara-cara:
  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.(saya tak goreng ayam tu tapi  saya masukkan dalam microwave dan bakar sekejap)
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih serta pes nasi ayam hainan hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.



Thursday, 19 July 2012

Nasi Ayam Hainan


Sambil masak kat dapur sempat lagi  menunggu soalan kuiz dari blog Sha....hihihi....berlarilah jugak,kejap ke depan sekejap ke dapur....ke depan untuk menjengah desktop yang masih lagi ON ,kot2 ada soalan kuiz akan muncul..dan ke dapur untuk habiskan mana2 kerja yg patut di buat,nasib baik xde yg goreng2,alamat hanguslah jawapnya ..hihihi...
Ayam nie saya tak goreng,lepas rebus saya masukkan je dlm microwave dan bakar sekejap......dlm 10-15 minit gitu....

Nasi Ayam Hainan

Nasi
4 cawan beras
2@3 sb pes nasi ayam hainan
2 sb serbuk pati ayam knorr
Air rebusan ayam secukupnya

Cara-cara:
Masak nasi seperti biasa,cuma masukkan air rebusan ayam dan pes nasi ayam hainan.Tanak hingga masak.

Ayam
3 ketul ayam bhgian dada
2 sb pes ayam hainan
1 sb sos tiram
sedikit serbuk pati ayam knorr

Cara-cara:
Rebus ayam,angkat..letakkan pes nasi ayam hainan & sos tiram serta serbuk pati ayam.Bakar sekejap dlm microwave.

Sup
Air rebusan ayam
halia-diketuk
bawang putih-diketuk
Bawang goreng
daun bawang/ketumbar
serbuk pati ayam knorr
garam secukup rasa
1 biji kentang-potong 4


Cara-cara:
Jika air rebusan  ayam tadi sedikit,boleh tambahkan lagi air.
Masukkan kentang dan bhn2 lain.Renih hingga masak.

Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
2 hiris halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
garam n gula secukupnya
1/2 bawang besar
1/2 cawan air rebusan ayam

Cara-cara:
cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.cili tu air dia tak yah byk sgt..biar pekat..sebab cili ala hainan ni pekat skit cili dia...letak 1/2 cawan air sup tu pun dah cukup.


Untuk sos kicap:

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula


Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.






Saturday, 21 April 2012

Nasi Hujan Panas



guna beras biasa saja...

Dan selamat petang semua............



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke mari.....tak ada apa-apa yang menarik  di sini..........
Resepi sendiri memang tak ada,semua yang ada hanyalah resepi masakan dari alam siber yang pernah dicubanya.......
Memang hajat di hati dah lama benar kepingin nak masak nasi hujan panas ini.......pernah makan sekali dua je,masa kt rumah anak buah buat open house.....
Saya buat separuh daripada bahan-bahan dibawah nie...baru nak mencubalah katakan,dan saya guna beras biasa saja....
Anak2 kurang suka nasi nie,diorang lebih suka nasi putih je...(nasi putih pun ada msk jugak)......
Salin resepi dari buku resepi "Senangnya memasak"bersama Chef Hanieliza.






Nasi Hujan Panas

Sumber:Buku Resepi "Senangnya memasak"bersama Chef Hanieliza

Bahan A:
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji tomato (dicincang)
  • 1 btg serai(diketuk)
  • 2 helai daun pandan(disimpul)
  • 1 kuib pati ayam
  •  1 sudu teh garam
  • Pewarna hijau,merah dan kuning
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan marjerin

Bahan B(bagi menumis):
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kayu manis
  • 1 inci hali(ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah(ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih(ditumbuk)

Bahan C:
  • Sedidikit bawang goreng
  • Sedikit daun bawang(dimayang)

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk.
  2. Masukkan bahan tumis,serai dan daun pandan.Goreng sehingga naik bau.
  3. Masukkan air dan garam.Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan susu cair,kiub pati ayam,tomato dan beras.Kemudian kacau rata.
  5. Masak seperti nasi biasa.
  6. Apabila nasi hampir kering,letakkan satu pewarna pada satu tempat yang berlainan
  7. Biarkan sehingga nasi masak dan kering.Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata pada keseluruhan nasi.
  8. Sebelum dihidangkan,hiaskan dengan tabutan bawang goreng dan daun bawang.

Tuesday, 13 March 2012

Nasi Goreng Bunga Kantan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Selamat bercuti terutamanya kepada guru2 dan murid2 sekolah.....
Kami pun nak gi jalan gak!.....tetapi nak ke mana yerk?
Nak gi Langkawi ?, tu hari ada offer dari Airasia ....ingatkan nak booking awal2......



nanti2 lah..........,last2 dah terlepas tarikh promosi tu....ha,baru padan muka...
 Tapi tak apalah,next time mesti ada offer lagi dari Airasia kan.Kami buat plan lain,kami cadang nak gi Cameron Highlands.Sebenarnya dah lebih sepuluh kali sejak 2 tahun kebelakangan ini,kami asyik ke sana je..
Memandangkan en suami dapat  Room Cash Voucher,kami akan ke sana lagiiiiiiii dan akan
menggunakan voucher yang ada ini.....jimat sikit kos.... Insyaallah ,kami akan pergi pada 16 dan 17 Mac nanti.....nak gi awal2 cuti tak leh,coz anak2 tahun 6 ada banyak program sekolah....maklumlah nak amik UPSR tahun nie kan......emak ayah kenalah berkorban sikit.....
Bf pagi tadi,ayam goreng crispy dan kentang wedges
 Oklah,tak payah nak citer banyak2 ,jom layan menu kami ini,....lunch makan nasi goreng je.....




Bahan-bahan:
Nasi putih
sedikit daging-potong kecil & nipis
1 biji capsicum-dipotong dadu & kecil2
Carrot-potong dadu & kecil2
Sos ikan
Bunga Kantan-racik halus2
Serbuk pati ayam knorr
Minyak dan garam secukupnya


Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5-10 tangkai cili kering
sedikit belacan


Cara-caranya:
1.Panaskan kuali,masukkan daging dan sedikit air,rebus hingga empuk dan masak.Bila daging dah lembut,masukkan pula minyak dan goreng daging sebentar.
2.Ketepikan daging,masukkan bhn kisar dan kacau sebati dengan daging tadi.Tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan nasi,kacau rata.Tambahkan garam,serbuk pati ayam knorr,dan sos ikan.
4.Masukkan pula,carrot dan capsicum.Kacau rata.Bila dah masak,tutup api.
5.Campurkan nasi goreng yang dah masak dengan bunga kantan.Gaul sebati dan sedia dihidang.Selamat mencuba.

**************************************
myda_ahmad

*************************

Wednesday, 8 February 2012

Nasi Lemakku Bersalad


Assalamualaikum dan salam petang rabu...

Nasi Lemak nie adalah menu bf semalam...teringin nak buat,lagipun semalam cuti sekolah ,anak2 asyik minta dibelikan je.....kalau nak beli bukannya cukup 2@3 bungkus....yg nak makannya ramai....
Yang ini hidangan utk anak...
So,biar mama masak sendiri jelah....masak sendiri bolehlah tambah2 1@2 pinggan @makan berulang2.....
Nanti kalau anak mama dh besar bolehlah dia ambil alih pulak  memasak utk mama yea...ASMA.Nanti mama poskan bahan2 dan cara2nya....

Bahan-bahan utk nasi:
2 Cawan beras
1 kotak santan
1 sk garam
1inci halia-dipotong nipis
air secukupnya

Bahan utk sambal:
20 tangkai cili kering-direndam dgn air panas
1 biji bawang merah besar-dihiris
1 biji bawang merah(sederhana besar)-diblender
2 biji bawang putih-diblender
sedikit belacan
1 genggam ikan bilis-dibasuh,toskan dan digoreng garing
garam,gula dan bahan perasa
1 keping asam gelugur/keping
air secukupnya
minyak

Bahan-bahan lain:
Timun-dipotong bulat
Telur-digoreng@rebus
Daun salad

Cara-cara utk memasak nasi:
1.Basuh beras,kemudian masukkan santan kotak dan tambahkan sedikit air(ikut sukatan beras),garam dan hirisan halia.Tanak nasi hingga masak.

Cara-cara utk membuat sambal:
1.Cili kering yg direndam,dibasuh dan diblender dgn bawang merah,bawang putih dan sedikit belacan.
2.Ikan bilis digoreng hingga garing.
3.Telur digoreng mata kerbau@direbus.
4.Tumis cili yg diblender tadi ,kemudian masukkan sedikit air,garam,gula dan bahan perasa dan asam keping.Masak seketika hingga sedikit pekat.
5.Masukkan hirisan bawang merah, ambil sedikit ikan bilis yg digoreng tadi dan masukkan ke dlm tumisan sambal.Kacau sebati dan angkat.
Selamat Menjamu Selera

Friday, 27 January 2012

Bf Pagi tadi

Assalamualaikum w.b.t.....
Ini adalah menu utk bf pagi tadi,simple je...main campak2 je.....yang penting enak dan sedap dimakan.
Malas nak tumbuk2 ,main blender je semua bahan-bahannya....Saya suka masak nasi goreng yang merah,kalau yang putih tu cuma anak2 je yg suka.....kalau yg nie 2 pinggan pun jalan....penyediaannya sgt simple, tp nak juga blogkan utk tatapan anak bila besar kelak.

Nasi Goreng citarasaku
by:myda_ahmad

Bahan-bahannya:
Nasi putih
10 tangkai cili kering
1/2 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
ikan bilis
belacan
sedikit sos soya@kicap cair
garam dan bahan perasa
serbuk pati sedap
Daun ketumbar & Salad--utk hiasan

Caranya:
Blender semua bahan-bahan.Kemudian tumiskan dan masukkan nasi.

Monday, 12 December 2011

Nasi Goreng Belacan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca blog ini....
Hari nie saya masak nasi goreng belacan untuk breakfast pagi Isnin.....Biasanya anak-anak suka nasi goreng yang putih...kalau kaler merah diorg  kurang suka,diorg ingat nasi goreng merah tu nampak macam pedas...so hari nie saya goreng nasi kaler putih dengan meletakkan sedikit belacan supaya enak..ada rasa2 masin sikit......memang habis ..licin....agaknya lapar sangat budak2 tu....Oklah, meh layan resepi nie....



 Nasi Goreng Belacan

Bahan-bahannya:
 Nasi putih
1 ulas bawang besar*-ditumbuk
2 ulas bawang putih*-ditumbuk
Ikan bilis*-ditumbuk
Sedikit belacan
2 biji cili hijau
Lobak merah-dipotong nipis & kecil2
1 biji telur
Garam & bahan perasa
Minyak utk menumis





Cara-cara membuatnya:
1.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.Masukkan nasi dan telur.kacau sebati
2.Masukkan garam & perasa dan lobak merah.Kacau.Angkat ,sedia dihidang.

Jemput makan.

Saturday, 10 December 2011

Nasi Goreng Cina....

Salam semua dan selamat malam....

Petang semalam saya masak nasi goreng cina utk anak2 ....biasanya kalau masak nasi goreng memang licin..mmg favourite anak2 termasuklah mamanya juga....tp ..ada tapinya juga ,kalau nak masak jangan pedas2 nanti x laku pulak.....maklumlah anak2 kurang makan pedas2.....


Nasi Goreng Cina
 Bahan-bahannya:
Nasi sejuk
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Ikan bilis*
2 biji cili hijau -kalau nk pedas*diketuk
Garam dan bahan perasa
Sedikit serbuk pasti sedap-brand knorr
sedikit minyak utk menggoreng
1 biji telur
Lobak merah-dihiris kecil2
Kobis-dihiris kecil2
1sk sos tiram





Cara-caranya:
1.Tumbuk bahan2 bertanda *
2.Tumis bahan2 yg ditumbuk tadi
3.Masukkan nasi dan kacau sebati.
4.Masukkan telur,garam,bahan perasa,sos tiram dan kacau.
5.Akhir sekali,masukkan sayur lobak dan kobis.

Monday, 21 November 2011

Nasi Lemak


Asalamualaikum....dan salam sejahtera.....Salam malam minggu......Sebenarnya N3 ni tidak terlewat lagi kalau saya nk save dalam blog saya,cuma x ada masa,bila cuti sekolah tiba lagilah banyak kerja yang nak dibuat,ini termasuklah mengemas rumah,buang sawang2 yg bersarang ,mengajar anak2 belajar mengulangkaji pelajaran ...dsb.....Kali ni N3 saya adalah Nasi Lemak.
Nasi lemak memang kesukaan ramai,tidak terkecuali saya dan anak2.Biasanya kalau nak bf ,saya akan membeli di kedai 2 tepi jalan @medan selera......tapi kalau nak sedap lagi dan boleh tambah2 lagi,saya akan buat sendiri ....ini adalah kerana anak2 saya ramai,kalau nk beli sekali-sekala tu bolehlah,tapi kalau dh selalu x boleh jadi nie.....pokai duit mama...


Nasi Lemak
Resepi:Hana Safira Hidayah


Bahan-bahan:
Beras
Santan
Halia
Garam secukupnya

Bahan-bahan untuk sambal:
Cili kering@cili boh*
Bawang merah*
Bawang putih*
Belacan*
Ikan Bilis(digoreng dulu)
Serbuk perasa
Garam & gula

Bahan-bahan lain:
Timun#
kacang tanah(digoreng)#
Telur(di rebus@di goreng)#
Ikan bilis(digoreng)
minyak

Cara-cara membuatnya:
1.Beras dibasuh ,kemudian masak menggunakan santan dan letakkan hirisan halia dan sedikit garam  ke dalam periuk nasi.
2.Bahan yang bertanda * diblender.Tumis cili,masukkan serbuk perasa,garam dan gula.Bila dh betul2 masak masukkan hirisan bawang merah besar dan ikan bilis yag telah digoreng.
3.Sediakan bahan-bahan ynag bertanda #.Bila nasi dah masak,sedia untuk dihidang.