Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Sunday, 29 September 2019

Sayur bayam dan ikan goreng cili

Assalamualaikum...
Dah lama sis tak masak sayur bayam,selalu main sayur kubis saja.
Sayur bayam nie kalau nak sedap kena beli yg fresh2,bila dimasak daunnya elok je warna hijaunya..
Ikan sardin sis goreng dgn cili,mmg fav anak-anak...lebihan sekor  dua sis ratah je...





IKAN SARDIN GORENG CILI

Ikan sardin nie, sis lumurkan serbuk kunyit ,garam dan  sedikit cili merah blender.Gaulkan sebati.Kemudian baru goreng,Ada rasa pedas-pedas...haaa tu yg sedap ratah je..

Tuesday, 31 March 2015

Ikan bawal asam pedas dan goreng

menu yang tak pernah jemu....
ikan bawal goreng kunyit ...

Asam Pedas Ikan bawal

Friday, 27 June 2014

Ikan bilis goreng bersama cili



Resepi mudah dan senang untuk disediakan,anak saya sendiri pun boleh buat...hihihi,bulan puasa nie,bolehlah buat utk sahur nanti......nie pun dh cukup berselera tuk bersahur......

Bahan-bahan:-
Ikan bilis
Bawang besar merah-hiris
Lada hijau@lada merah-potong menyerong
cili padi
Minyak untuk menggoreng
kalau nk letak sedikit belacan pun boleh

Caranya:-
Panaskan minyak,goreng ikan bilis hingga garing.
Masukkan bwg merah dan lada hijau serta cili,goreng sebentar.Tak perlu goreng hingga layu sgt lada dan bwg.Ok ,siap....

Wednesday, 5 March 2014

Ikan masak cili merah


Hari ini masak simple ajer,yang pasti dapat memenuhi anak tekak sungguhpun tiada selera nak makan.....walaubagaimanapun perut harus diisi jugak!!....Ikan kembung masak cili yang kurang pedasnya.....di lawankan pula dgn timun jepun yg rangup serta salad dicicah dgn budu...wow!!!drp x de selera terus bertambah2 nasi......jangan x caya pulak!!!!......


Seekor ikan kembung saya msk singgang,biar berkuah sikit...dan beberapa ekor digoreng saja........selalunya masak kena ada berkuah sikit untuk menambat selera anak2....jom semak resepi ikan masak cili di bawah....


IKAN MASAK CILI MERAH
Bahan-bahan:-
4 ekor ikan kembung 
(lumurkan serbuk kunyit & garam-digoreng)
Minyak secukupnya
sedikit air
Air asam
Garam & bhn perasa

Bahan kisar/blender:-
5 biji lada  besar merah
5 biji cili hijau
1 biji bwg merah(sederhana besar)
3 ulas bwg putih

Cara-caranya:-
Tumiskan bhn blender hingga naik minyak.
Masukkan sedikit air asam,garam & bhn perasa.
Biarkan sekejap,bila agak2 kering,baru masukkan ikan yg sudah digoreng td.Kacau rata.
Hidangkan dgn ulaman ,budu dan nasi putih.

Thursday, 16 January 2014

Sambal belacan vs Ikan sebarau goreng


Masih lagi terkenangkan sambal belacan kat Langkawi ,masa 2 kami gi melancong bulan yang lepas...memang sedap sungguh sambal belacan tuh!!...Rasanya seakan ada udang2 kecil di dalamnya,dan gara2 nak makan sambal tuh,try lah buat yang sama dengannya...

Bahan:-
Cili hijau
Cili merah
Belacang
Bwg merah
Air asam jawa
cencaluk
Garam & gula

Blenderkan semua bhn tu,air asam jawa jgn banyak sangat dan blender kasar...
Tuangkan dalam mangkuk,masukkan 1 sb cencaluk lagi dan perasakan garamnya...kalau nak masam lagi boleh perahkan limau nipis...

Ni ikan sebarau goreng rangup....jemput makan semua....

Monday, 16 December 2013

Asam Pedas Ikan Baung

Tinggal satu hari lagi kami nak berangkat dan bersiap sedia untuk terbang di awan biru menuju ke Langkawi....memang excited, saya dan anak beranak 1st time nak naik aeroplane.....kalau hubby maybe dah x kisah kot coz dia dh banyak kali naik......
Flight kami esok jam 9.15malam,dan akan tiba disana pada jam 10.55 malam....semua penginapan utk 4 hari 3 malam ,sudah kami booking awal2 lagi ......termasuklah kereta sewa dan tiket cablecar...senang,bila dah sampai terus call org2 tertentu utk urusan kereta dan tiket .......tak perlu lagi utk kami beratur panjang mendapatkan tiket cablecar....
Ok,stop di situ dulu.Untuk entry hari ini,saya nak berkongsi masakan asam pedas ikan baung.Asam pedas saya tidak menggunakan daun kesum kerana x de stok,cuma saya gantikan dgn daun limau purut....sedap jugak!!.....
Dan dekat seminggu lebih ikan baung tak terusik.Sayang kan kalau tak di masak,penat2 jer en hubby mancing ....so utk clearkan petisejuk,keluarkanlah jugak ikan baung tu....nak bg anak2 mkn saya masak asam pedas..bdk2 mmg suka asam pedas...(diorg kurang suka ikan2 sungai nie)
.Jom,semak resepi saya yg mudah ini...

ASAM PEDAS IKAN BAUNG
 Bahan-bahan:-
  • 3 ekor ikan baung
  • 20 tangkai cili kering
  • Daun limau purut
  • Lengkuas
  • serbuk kunyit
  • Garam & bhn perasa
  • minyak
  • Asam keping
  • Air secukupnya

Bhn Tumbuk:-
  • Bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • Halia
Cara-cara:-
  1. Ikan disiang,buang isi perut dan dipotong 3,basuh dgn limau purut hingga hilang bau hanyir..
  2. Cili kering dipotong memanjang,rebus kejap..basuh dan buang bijinya,blender.
  3. Tumiskan bhn tumbuk hingga naik bau,masukkan serbuk kunyit sikit,kacau2 dan masukkan air, asam keping serta lengkuas.
  4. Didihkan sekejap kemudian masukkan ikan.
  5. Perasakan dgn garam dan bhn perasa.
  6. Biarkan mendidih lagi @ sehingga ikan itu masak.


Tuesday, 10 December 2013

Cara-cara nak buat Ikan pekasam

IKAN PEKASAM
Sumber Info:Berita Harian,17 November 2013
  • Pekasam adalah makanan tradisional turun temurun yang pada awalnya dihasilkan secara sampingan daripada lebihan ikan hasil tangkapan dari sungai,tali air dan sawah padi.
  • Pekasam juga adalah makanan peraman tradisional  yang terkenal dari utara Semenanjung.
  • Biasanya pekasam dihasilkan dari ikan air tawar jenis sepat,talapia,lampam,puyu,loma haruan dan lain-lain.Begitupun,ikan sepat paling digemari kerana rasanya yang enak dan aroma yang mengamit selera apabila dimasak dengan pelbagai cara dan resepi  masyarakat setempat.
  • Analisis yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan  dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI) membuktikan yang ikan pekasam mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kandungan garam lebih rendah berbanding hasil ikan awet lain.
  • mengikut kaedah tradisional,tempoh perapan mengambil masa agak lama iaitu sekitar empat hingga lapan minggu.Penyelidikan moden menemui satu kaedah ikan baru untuk menghasilkan ikan pekasam  yang boleh diperap sekitar satu hingga dua minggu.


Cara-cara memproses pekasam:-
  • Ikan air tawar yang dipilih akan disiang,dibuang perut dan dibersihkan.
  • Toskan air daripada bahagian ikan sebelum dilumur dengan garam pada kadar 15 peratus.
  • Setelah dilumur garam,ikan diperap selama 2 hingga 3 hari.
  • Selepas melalu proses perapan,ikan sekali lagi dicuci dengan air melalui  tiga proses dan ditoskan.
  • Sebaik dikeringkan ikan digaul pula dengan beras goreng yang sudah dihancurkan ,sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara dan dicampur dengan sedikit asam jawa.
  • Peram untuk kali kedua selama kira-kira 14 hari di dalam balang kedap udara.
  • Pekasam yang sudah melalui proses "matang" kini boleh dibungkus dan sedia dipasarkan.



Hari nie saya nak kongsikan sedikit cara-cara bagaimana nak buat ikan pekasam.Ini adalah cara yang selalu saya guna bila nak buat ikan pekasam.Dan sedikit  bantuan dari info di atas.....

 Ikan yang dah disiang,dibasuh bersih.

Toskan airnya

 Kemudian,taburkan garam,kalau boleh garam kasar lagi elok.Gaul sebati.

Masukkan asam keping dan perap dalam bekas kedap udara selama dua  hari(saya perap satu hari je).Kalau banyak maybe saya perap dua hari.

 
Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil,hingga keperangan.
Sentiasa dikacau,supaya tak hangus.

 
Bila beras dah keperangan,blender beras,jangan terlalu halus.Agak2 ada kasar sikit...

 Ikan yang dah diperap selama dua hari itu,di basuh untuk kali kedua.Basuh bersih.Masa nie ,ikan itu mengeluarkan bau yg busuk.Tak pe biarkan bau busuk tu....
Toskan airnya.

Salut dan lumurkan  ikan2 itu  dengan beras goreng yg telah diblender.Sumbat beras dalam perut ikan2 tu sekali yea.....

Masukkan ikan2 yang dah disalut dgn beras ke dalam bekas.Simpan dalam bekas kedap udara dan biarkan peraman satu hingga dua minggu.Masa nak peram nie saya lapiskan setiap lapisan ikan dgn asam keping.
Ok,siap....Tunggulah seminggu dua lagi,lepas tu bolehlah digoreng.....

Ikan Pekasam


 Ikan pekasam adalah makanan tradisional turun temurun yang pada awalnya dihasilkan secara sampingan daripada lebihan ikan hasil tangkapan dari sungai,tali air dan sawah padi.Pekasam juga adalah makanan peraman tradisional yang terkenal dari utara semenanjung.

Nak dijadikan cerita,minggu lepas hari Rabu malam 5/12/13,jam 12.00pagi en hubby gi memancing dgn kawan2 nya  ke Grik,Tasik Banding.memang itulah hobby my hubby bila tibanya cuti sekolah nie....dan masa baliknya mmg akan singgah dan beli ikan pekasam nie  di gerai2 tepi jalan...

Ikan pekasam Tengalan  seekor harganya RM 4.50,yg lain2 tu ada yg 3 paket RM 10.00 dan harganya pun bergantung pada jenis ikan jugak.
Makan dgn nasi putih panas2 sedap nih!!!baru2 kawin dulu,mmg x pandang pun ikan pekasam nie,busuk!!!fikir dlm hati,boleh ke diorg nie mkn ikan busuk?....tapi sekarang nie hah,dh jadi favourite pulak dah!!!...ketagih jugaklah,asal hubby gi Tasik banding memang tak pernah miss nak beli ikan pekasam nie....

Inilah dia hasilnya.....

Hari nie nak kongsikan hasil pancingan my hubby ....rabu yg lepas,my hubby gi mancing kat Tasik Banding,tempat yg kami pergi 2 kali bersama family tu,tapi kali nie my hubby pergi solo dgn kawan2nya saja....gi 3 hari 2 malam (5/12/13 hingga 7/12/13)....naik pun bot kecik aje,x naik boathouse cam yg family2 naik dulu....
Banyak jugak dapat ikan seperti ikan lampan,baung.haruan,toman,sebarau dan ikan tengalan.Ini adalah bahagian my hubby,hasil pancingan di bahagi kepada 8 orang....seorang dapat banyak nielah...tapi my hubby tak amik ikan toman,ssb kami x makan.....

Ikan lampam nie saya nak buat ikan pekasam,saya dan hubby mmg suka makan ikan pekasam....dan nantikan entry seterusnya bagaimana cara-cara nak buat ikan pekasam yea...

Ini ikan Tengalan,ikan nie diorg dapat  2 ekor dan setiap seekor beratnya 8kg...beratkan!!...setiap seekor ikan nie dibahagiakn kpd 4 bahagian ..dan my hubby dapat bahagian kepalanya...mmg besar!!...

ini bahagian ikan tengalan yg my hubby dapat dan telah siap dipotong2 oleh kami keesokan paginya sesudah sampai di rumah.Lembut aje isinya,kami cuma goreng  dan separuhnya masak cili.

Yang nie pula ,ikan sebarau,yang telah siap kami siang dan potong2.....ikan nie my hubby dpt 1 ekor je,maybe yg lain dh dibahagi2kan sama banyak....

Tak tau lagi nak masak apa dgn ikan sebarau nie,jarang2 mkn ikan nie....kalau mkn pun yg kecik2 sikit,bukan besor cam nie.....

Ini lah dia ikan2 yg nak di buat pekasam nanti,skrg nie (masa menaip entry ini)dh buat pun ikan pekasam,saya dah basuh bersih2,toskan,perap dgn garam & asam keping..seterusnya salutkan dgn beras.Entrynya nanti yea,nak siap2 kan satu2 dulu...dan tunggu ,nanti saya kongsikan cara-cara nak buat ikan pekasam......

Ikan baung nie tak termasuk dlm pekasam yea,yg baung nie nak masak apa yerk???ada suggestion tak??....

Thursday, 5 September 2013

Terima kasih makcik Aidah

Ikan cencaru memang tak famous utk kami anak beranak,yelah dengan kulitnya yang tebal menyukarkan anak-anak memakannya,tapi bila dah makan baru terasa keenakkannya.Mungkin kami selalu makan ikan yang sama jea,tu yang tak tau rasa ikan-ikan lain....

Alhamdullilah,bila saya dah goreng dan salut dengan sambal,anak-anak yang saya suap tidak memuntahkannya....malah perkataan yang sama saja keluar dari mulut si anak "nak lagi2"

Sebenarnya ikan nie hasil dari pemberian makcik yang baik hati,banyak jugak dia bagi...adalah  1 kotak polistren putih tu....bermacam-macam ikan yang diberinya,termasuk ikan selar mata besar,tongkol,ikan siakap dan ikan kembung.


Saturday, 17 August 2013

Siakap goreng & bercili


 Memang langsung tak pernah beli ikan siakap,selalu asyik beli ikan yg sama je....
yakni,ikan kembung dan ikan sardin...itulah yg sering menjadi pilihan mr hubby....
yg kita nie teringin gak nak mkn ikan2 lain spt kerisi,selar......
tp apakan daya semua tu en hubby x makan.....kenapa x mkn??....hanya en hubby je yg boleh jawap...huhuhu...

 Alhamdullilah,sehari sebelum nak raya tu,ada kawan en hubby bagi...
.simpan dulu dlm esbox.....semalam baru msk ikan nie....

Amik 2 ketul je utk msk dgn cili...sekali ngadap je licin terus ......goreng bercili hanya yg biasa2 jer....
selamat menjamu selera....

Tuesday, 23 April 2013

Ikan Asam Pedas & Pucuk Paku goreng belacan

menu hari nie pun asam pedas jugak.....cuma hari nie guna ikan pulak,kalau guna ikan alamat anak2 x mknlah.... nasib baik anak2 suka amik kuahnya.....ada jugak goreng sikit ikan kembung ,tupun utk anak2 jerlah.....

Anak2 juga suka mkn pucuk paku goreng nie.....salah satu fav sayuran kt umah nie...
alah,goreng2 biasa jer.....letak belacan sikit,bwg merah,bwg putih,cili ...tumbuk dan tumiskan...




Kami anak beranak suka mkn masakan asam pedas,tp kenapalah en hubbyku  xsuka betul mskan asam pedas nie......pelik betulllah hubbyku sorang nieee!!.....adoiiii hai........

Saturday, 3 November 2012

Ikan tongkol masak kicap pedas


Tgh hari tadi sempat upload gambar jer,sebab monitor asyik no signal going to sleep je.....frust  sungguh!!!.......seharian ngadap tv jerlah ..........

Malam nie update pun kat tempat keje......masakan yang simple lagi.....Ikan tongkol masak kicap.Jarang beli ikan jenis nie,org2 kat umah kurang suka,biasa ikan kembung jer jadi pilihan......tp yg tukang masak nie nak sgt makan,so belilah 3 ekor,tupun beli kat pasar malam...3 pinggan RM10.00,setiap 1 pinggan ada 3 ekor.



IKAN TONGKOL MASAK KICAP PEDAS
Bahan-bahan:
  • 3 ekor ikan tongkol,dilumur dgn serbuk kunyit & garam.
  • 1 biji bawang besar,dihiris
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Air asam jawa
  • Kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
  • Minyak secukupnya
Bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering
  • Halia
  • Lengkuas
Caranya:
  1. Goreng ikan hingga habis & ketepikan
  2. Tumis bahan kisar, kayu manis,bunga lawang & buah pelaga hingga naik bau,masukkan sos cili,sos tiram & kicap manis.Kacau rata.
  3. Masukkan air asam & hirisan bwg besar.Kacau2  & bila kuah dh agak pekat,padam api.