Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Pau. Show all posts
Showing posts with label Pau. Show all posts

Thursday, 20 March 2014

Pau gebu dan Lembut

 Projek petang semalam nie,rajin2kan diri menguli doh untuk buat pau lembut.....penat menguli,banting2 sekejap...lepas tu uli balik dgn tangan.....sambil uli sambil banting2 doh itu......nak bagi elastiklah kononnya.....tu yg kejap2 banting.....alhamdulllilah lembut dimkn bila panas,tapi liat sikit bila dh sejuk,jadi bila nk makan kena kukus sekejap....



 Saya doublekan adunannya,cukup untuk saya dan siap tapau untuk adik2 lagi....anak2 kurang sikit dgn pau nie......



Resepi nie google jumpa kat blog dinaz,bila nampak kegebuaannya terus tertarik untuk membuatnya...Resepi asalnya dari  Kak Ton@myresepi.Apa2 pun terima kasih kerana sudi share resepi pau lembut ini.Halalkan saya panjang2kan resepi ini kat sini pula.....
Intinya saya guna inti kelapa aje.....lagipun mudah untuk disediakan....





Resepi:Kak Ton@myresepi


Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener-saya guna bread improver
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba..

Thursday, 26 April 2012

Pau Kelapa


4.00pm
Dan selamat petang.....
Dalam masa2 nie mesti ramai yang sedang berblogwalking kan...(maksud saya yg x bekerja),tp kalau yg tgh bekerja tu maybe lepas balik keje & selesai semua keje2 rumah serta tugas msk-memasak...@ sebelum nk masuk tido malam......x kisahlah janji dapat bukak blog sendiri pun dh cukup baguskan!.......hehehe....


Menu minum petang saya adalah kuih Pau kelapa.Kalau kuih pau ,anak2 mmg sukakannya,lg2 berintikan kelapa&kacang merah......Memandangkan kt dlm petisejuk tu masih ada lg lebihan inti kelapa tempoh hari,so x payah susah2 buat inti yg lain,amik yg itu saja....dan terus sumbat dlm pau,sebenarnya niat mmg nk perabiskan inti kelapa tu.....lg lama ianya tersimpan, lagilah nampak semak dlm petisejukku itu.......
Resepi ambik kat SINI. Tq yea Kak Ton untuk resepinya.....


Pau 

Sumber:Kak Ton @ myresepi 

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam
Cara-cara:

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.

Tuesday, 17 January 2012

Pau Goreng

Assalamualaikum dan salam hari selasa.....


Memula nak buat roti arab....lepas siap doh dan goreng beberapa ketul...teringat pulak kat dalam petiais  ada lagi lebihan inti kacang merah.Lebihan daripada buat pau yang dulu....lagipun anak yg sulung suka makan pau goreng inti kacang merah.....biasanya kalau beli kat kedai barisan maybank tu  memang tak pernah cukup....... kalau beli dia sorang je yang makan.....




Tapi hari nie nak cuba buat pau macam yang ada jual kat kedai2 depan tu.....rasanya adunannya lebih kurang macam doh cakoi....what ever lah....janji pau goreng ku siap juga....
masih lagi menggunakan resepi sofinar .....cuma ditambahkan inti kacang merah.....

Sumber:sofinar@myresepi

Bahan-bahannya:
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 300 ml air suam
  • 6 g yis
  • 500g tpg gandum
  • Inti kacang merah--utk isi dalamnya*beli yang dah siap sedia.

Cara-cara

  1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  2. tepung di gaul dengan yis
  3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
  6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
  7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
  8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

Sunday, 4 December 2011

Pau

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.......
Hari nie  mama tergerak hati nak buat pau pulak,ini atas permintaan anak....coz  3 hari yang lepas dah buat donat...Tadi pagi sempat gi Mydin beli pengukus,so petang nie bolehlah try pengukus baru.....Resepi pau nie mama ambik dari MYR ......
yani@myresipi.com .Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi,bolehlah saya try buat ikut resepi yani....Izinkan saya c&p kat blog saya untuk panduan anak dara saya nanti.....



Pau
Sumber:
  • 300g tepung gandum
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur
Di atas adalah resepi asal,tapi saya cuba tambahkan  bahan2 lain dan kuantiti bahan-bahannya...

*500 gm tepung gandum
*1sk baking powder
*1/2 sk garam
*1 paket mauripan
*3 sb gula
*3 sb susu pekat
*2 sb vegetable shortening
*air suam secukupnya

Intinya saya guna inti kelapa
*kelapa parut
*gula merah
*sedikit gula pasir

Cara-cara:
1.Rendamkan mauripan dlm 1/2 cawan air.Biarkan dlm 10 minit.
2.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.Gaul.
3.Masukkan mauripan pula dan kacau serta uli hingga menjadi doh.
4.Tutup dengan kain lembap dan biarkan doh  menjadi kembang dan naik.
5.Tumbuk2 doh ,buangkan angin.
6.Ambik doh,bulatkan kecil2 ,leperkan dan masukkan inti.Buat hingga habis.
7.Rehatkan dalam 15 minit dan kukus.