Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Info kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Info kehamilan. Show all posts

Friday, 15 July 2011

Kelahiran Bayi

Sekiranya ini adalah kehamilan anda yang pertama kali,anda mungkin berasa agak khuatir untuk melahirkan anak.Anda dinasihatkan agar menghadiri kelas-kelas mengenai pelahiran atau ante-natal semasa anda hamil 7 bulan.Kursus seumpama ini dapat membantu anda menyiapkan diri dari segi mental dan jasmani dalam menghadapi pelahiran dan kelahiran.Sekiranya anda telah bersiap diri dengan sempurna anda akan berasa yakin dan mendapat pengalaman itu sebagai berfaedah.


Tanda-tanda Pelahiran
Alam semulajadi,biasanya banyak memberi anda tanda-tanda peringatan agar anda mengetahui bahawa bayi anda akan lahir.Pelbagai perkara boleh terjadi pada permulaan pelahiran.


"Tanda"(Show) Bayi Akan Lahir.
LEndir dikeluarkan daripada pangkal rahim bersama-sama sedikit darah melalui faraj.


Pecah Ketuban
Apabila Ketuban cecair yang mengelilingi bayi itu pecah dengan sendirinya,anda akan terasakan kebocoran airkeluar seperti buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan.Mungkin ia keluar secara menitis atau memancar dengan deras.Biasanya ia tidak berwarna.


Rasa Sakit Melahirkan
Perenjatan rahim membuat anda berasa sakit.Rasa sakit ini mungkin berupa rasa sakit di bahagian bawah perut anda seperti sakit semasa datang haid.Biasanya ia datang berulang-ulang setiap 20 minit dan setiap kali datang berakhir antara 20 hingga 30 saat.Sakitnya akan menjadi lebih kerap dan lebih kuat.
Anda anganlah bingung sekiranya ketiga-tiga tanda yang disebutkan di atas terjadi.Hubungi doktor anda dan bersiaplah untuk ke hospital.
Sebaiknya janganlah makan dulu sebelum anda ke hospital.Rengat melahirkan menghalang penghadaman dan penyerapan makanan dan minuman.Perut anda hendaklah kosong sekiranya anaestetik umum diperlukan.


Kelahiran Bayi  Anda
Dalam kelahiran bayi biasa,tiga tahap pelahiran akan anda lalui.


Tahap Pertama
Serviks anda melebar perlahan-lahan pada setiap rengatan untuk memberi laluan kepada bayi.Dalam tahap awal,rengatan terjadi berselang antara 20 atau 30 minit,kemudian semakin bertambah sering dan kuat.Apabila serviks telah cukup lebar,rahim akan merengat pada setiap 2 minit dan setiap rengatan itu bertahan selama 1 1/2 minit.Dalam kehamilan pertama pelebaran serviks mungkin mengambil masa selama 10 jam.


Tahap Kedua
Kini serviks telah lebar secukupnya.kira-kira 10 cm diameter.Kepala bayi anda kini turun ke dalam saluran kelahiran dan siap untuk lahir ke dunia.Rengatan menjadi bertambah kuat dan mendesak anda meneran.Doktor dan bidan akan membantu anda,oleh itu anda hanya perlu meneran,jika perlu.Tahap ini biasanya berlaku kira-kira satu jam lamanya.
Apabila kepala bayi anda keluar dari faraj,biasanya tubuh yang selebihnya keluar dengan mudah.


Tahap Ketiga
Sebaik saja bayi dilahirkan,uri tanggal dengan sendiri daripada dinding rahim.Dengan bantuan doktor dan rengatan rahim,uri akan terteran keluar.kantung Amnion yang kosong yang masih melekat pada uri keluar bersama-samanya.Uri,kantung dan sak yang keluar dirujuk sebagai 'after birth'.


Lega Daripada Rasa Sakit
Mendapat bayi adalah satu pengalaman yang indah.Walaupun mungkin menyakitkan dantidak bermaya.Rasa sakit akan lebih serius sekiranya anda merasa tegang.Jika anda bernafasa dengan teratur dan stabil semasa rengatan dan menyantaikan tubuh anda antara waktu tersebut,ia dapat membantu mengurangkan kesakitan dan ketegangan.Mengurut bahagian bawah belakang juga dapat membantu anda beristirehat.


Melahirkan Anak
Inilah masanya yang anda tunggu-tunggu.Anda mungkin menjalani pelahiran dengan spontan dan bayi anda dilahirkan secara normal.Bagaimanapun ,doktor anda mungin memutuskan untuk membantu anda bersalin dengan menggunakan alat,jika perlu.Tidak lama kemudian anda akan memeluk bayi yang menjadi kebangga dan kegembiraan anda.


Forseps
Adakalanya bayi terpaksa dikeluarkan dengan pertolongan .Doktor anda mungkin menggunakan forseps yang persis cakupannya dengan kepala bayi anda  untuk menariknya keluar perlahan-lahan.


Vakum
Doktor anda mungkin juga menggunakan penyedut vakum,sebuah corong kecil daripada keluli yang disambungkan kepada pam vakum.Alat ini akan simasukkan ke dalam faraj dan dilekatkan pada kepala bayi.Sebaik anda menerannya,bayi anda akan disedut keluar melalui saluran bersalin dengan perlahan-lahan.


Episiotomi
Otot-otot dan kulit disekeliling pintu faraj mungkin koyan akibat regangan tisu-tisu untuk membolehkan kepala bayi lepas keluar.Doktor mungkin mengguntingnya untuk mencegahnya daripada koyak.Guntingan ini akan dijahit semula setelah bayi dilahirkan.Prosedur ini dikenali sebagai episiotomi.


Kelahiran Pembedahan(Sesarean)
Kelahiran sesarean ialah bayi yang dilahirkan melalui pembedahan perut.ANda mungkin diberikan anaestetik umum dan tidur sepanjang pembedahan atau memilih melakukan  epidura.Epidura akan melalikan bahagian ke bawah tubuh anda ,jadi anda sedar dan melihat kelahiran bayi anda tanpa terasa sakit.Biasanya pembedahan dilakukan melintang dan bayi anda akan dikeluarkan,dan diikuti oleh uri.Pembedahan mengambil masa kira-kira 40 minit.
Pembedahan cara sesarean adalah perlu  sekiranya pelvis ibu terlalu kecil,uri membendung laluan bayi atau kesihatan ibu atau bayi dalam risiko.


Kelahiran Bayi Songsang
Kebanyakan bayi lahir dengan kepalanya dulu.Bagaimanapun ada antara nya yang tidak mengikut posisi tersebut dan dilahirkan dengan kakinya dulu.Kelahiran seperti ini dinamakan kelahiran songsang dan caranya adalah menjadi lebih sukar lagi.Anda memerlukan episiotomi dan selalunya forseps digunakan.Adakalanya,pembedahan sesarean diperlukan.


Kelahiran Cetusan
Doktor anda mungkin memulakan pelahiran secara buatan sebelum tiba masanya lahir dengan sendirinya.Cara ini dinamakan kelahiran 'cetusan'.Biasanya hormon diberikan sama ada berupa tablet atau secair yang dialirkan melalui urat di lengan anda.


P/S Info ini dipetik daripada Buku Bayi Yang Sihat(Permulaan Yang Menakjubkan).....Takut buku ni hilang ,terkoyak@lusuh ,so saya abadikannya disini untuk dibaca dan sebagai panduan  bakal-bakal ibu.........

Sunday, 3 July 2011

Info-info Tentang Kehamilan

MENGATASI GANGGUAN YANG BIASA SEMASA HAMIL


SAKIT BELAKANG
Besar kemungkinan anda mengalami sakit belakang kerana berat bayi menarik anda ke hadapan,menyebabkankan anda condong sikit ke belakang.


Gejala:Sakit pd otot-otot belakang bahagian bawah dan pelvis.


Apa yang harus anda buat:
*Luruskan belakang anda seberapa yg mungkin semasa melakukan semua aktiviti harian anda seperti berjalan,berdiri,duduk,mengangkat dan membawa barang-barang.
*Urut perlahan-lahan otot-otot anda yang sakit.
*Berehatlah seberapa yang boleh.


KURANG NAFAS
Pada minggu-minggu terakhir kehamilan,bayi yang sedang membesar menekan bahagian dalam dada anda dan membuat anda payah bernafas dengan bebas.Ia boleh juga berpunca daripada kekurangan darah(anemia)


Gejala:Anda berasa tidak bernafas apabila anda berkuat terutama apabila menaiki tangga atau mengangkat barang-barang.


Apa yang harus anda buat:
*Rehat seberapa mungkin yang boleh.
*Rehat di tempat tidur dengan bantal tambahan di bawah kepala anda.
*Sekiranya masalah itu sangat serius.mintalah nasihat doktor.


MENGIDAM DAN MEMBENCI
Mengidam makanan yang tertentu menyebabkan makan terlalu kenyang dan makan tidak hadam.Sekiranya ,membenci makanan yang mempengaruhi ketidakseimbang pengambilan makanan berzat,seperti menjauhi daging mungkin  menjejaskan  kedudukan asid folik dan zat besi anda.tambahan zat makanan ini mungkin diperlukan.


Gejala:Dorongan yang kuat terhadap sesuatu makanna untuk suatu jangka waktu.Membenci makanan tertentu yang biasanya anda sukai sebelum anda hamil.


Apa yang harus anda buat:
*Mengidam:Mengawal saiz hidangan sekiranya anda mengidam makanan bergula atau terlampau banyak lemak.
*Membenci:Pilih gantinya daripada kumpulan makanan yang sama untuk memastikan pengambilan makanan berzat mencukupi.
*Minta nasihat doktor atau ahli diet,jika hal ini menjadi masalah.


SEMBELIT
Ini adalah akibat lambatnya pergerakan usus anda kerana hormon  kehamilan iaitu progesteron merehatkan otot-otot usus.Mungkin juga disebabkan oleh tablet zat besi yang anda ambil.


Gejala:Gerakan usus yang kurang kerap dan mengeluarkan najis yang kering dan keras.


Apa yang harus anda buat:
*Banyakkan minum cecair dan makan makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran,buah-buahan,kekacang dan birijin sempurna.
*Lakukan senaman ringan selalu seperti berjalan-jalan.
*Sekiranya masalah itu berpanjangan ,mintalah nasihat doktor.


PENING
Apabila anda hamil ,tekanan darah anda adalah lebih rendah.Mungkin anda mengalami kekurangan darah sedikit kerana bayi mengambil sebahagian besar zat besi anda.Yang demikian anda mungkin terasa pening berpunca daripada kekurangan darah.


Gejala:Terasa  pitam dan kaki anda terasa tidak stabil.


Apa yang harus anda buat:
*Baring,beristirehat atau duduk tegak dengan kepala anda diletakkan di antara  dua lutut anda.
*Bangun perlahan-lahan apabila anda berbaring atau duduk.


SELALU BUANG AIR KECIL
Disebabkan oleh pertumbuhan bayi anda menekan pundi-pundi.Biasanya ,ini berkurangan pada pertengahan bulan kehamilan.Jangan bimbang kecuali terasa sakit ketika buang air kecil.Jika demikian ,anda harus berjumpa doktor.


Gejala:Buang air kecil lebih kerap daripada biasa.


Apa yang harus anda buat:
*Sekiranya anda kerap buang air kecil pada waktu malam,kurangkan minum  pada waktu petang.
*Sekiranya anda terasa sakit ketika membuang air kecil,mintalah nasihat doktor.Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan.


HEMOROID(BUASIR)
Hasil daripada penambahan tekanan pada vena abdomen dan ini diburukkan lagi oleh sembelit.


Gejala:Rasa sakit dan mungkin berdarah pada anus apabila anda buang air besar.


Apa yang harus anda buat:
*Lebihkan makanan yang berserat tinggi dan banyakkan minum cecair.
*Mintalah nasihat doktor untuk mendapatkan ubat untuk mengurankan rasa sakit.


SENAK DAN PEDIH ULU HATI
Disebabkan oleh pengaliran balik asid di dalam perut ke dalam esofagus (tiub yang menuju ke perut anda)sesuai oleh pengenduran injap di jalan masuk perut anda.


Gejala:Rasa terbakar di tengah-tengah dada anda.


Apa yang harus anda buat:
*Jauhi makanan -makanan berempah dan berminyak serta berlemak.
*Makan jangan terlalu banyak tetapi kerap.
*Makan dan minum perlahan-lahan.
*Minum air berselang antara makan,jangan minum sambil makan.
*Selepas makan jangan tergesa-gesa berjalan kesana ke mari.
*Tidur dengan bantal tambahan di bawah kepala anda.
*Mintalah nasihat doktor yang mungkin memberikan sedikit perubatan.


LELEHAN AIR KENCING
Berpunca daripada dasar otot pelvis yang lemah dan pembesaran perut yang menekan pundi-pundi kencing anda.


Gejala:Lelehan air kencing setiap kali anda bersin,batuk atau ketawa.


Apa yang harus anda buat:
*Buatlah senaman untuk dasar pelvis anda selalu.
*Elakkan diridaripada mengangkat barang-barang berat.


KEJANG KAKI
Keluhan biasa pada bulan-bulan terakhir kehamilan yang  mungkin berpunca daripada kekurangan kalsium.


Gejala:Rasa sakit kerana pengecutan otot-otot,biasanya di kaki dan betis.Biasanya terjadi pada waktu malam.


Apa yang harus anda buat:
*Urut betis yang sakit
*Tarik kaki anda dengan tangan ke arah anda dengan jari kaki mengarah ke atas.
*Doktor anda mungkin preskrib tambahan kalsium jika diperlukan.


MABUK HAMIL
Salah satu tanda-tanda kehamilan,biasanya berlaku pada pagi hari antara minggu ke-6 dan ke -12.Ia mungkin juga berlaku pada sebelah petang ketika anada terasa penat.


Gejala:Rasa loya dan muntah,biasanya apabila tercium bau sesuatu makanan.


Apa yang harus anda buat:
*Waktu pagi sebelum bangun tidur ,makanlah biskut atau roti kering.
*Jauhilah makanan dan bau yang dapat membuat anda sakit.
*Makan jangan terlalu banyak tetapi kerap.


SUSAH TIDUR
Suatu lagi keluhan biasa ,terutama pada minggu-minggu terakhir kehamilan.Biasanya diakibatkan oleh tendangan bayi,kegelisahan pada anda tentang masa bersalin yang berhampiran atau rasa kurang selesa kerana saiz kandungan nada yang besar.


Gejala:Susah tidur dan payah menyambung tidur selepas terbangun.


Apa yang harus anda buat:
*Rehatkan badan dan fikiran anda dengan nernafas panjang dan perlahan-lahan.
*Senaman yang merehatkan atau mandi air suam sebelum tidur mungkin dapat menolong.
*Tidur mengiring dengan bantal tambahan di bawah kepala dan lulut.


TANDA MEREGANG
Terjadi jika kulit anda meregang melampaui kemulurannya,terutamanya di perut dan buah dada.Tambahan berat badan juga antara penyebabnya.Regangan ini mungkin reda dan menjadi jalur-jalur halus selepas bersalin.


Gejala:Tanda-tanda yang kelihatan pada kulit perut dan buah dada.


Apa yang harus anda buat:
*Elakkan berat badan daripada bertambah melampau batas terlalu cepat.
*Gosok kulit dengan minyak bayi,pelembap semasa hamil.


BERPELUH
Akibat aliran darah pada kulit yang bertambah dan perubahan hormon semasa hamil.


Gejala:Kerap berpeluh dan muka kemerah-merahan.


Apa yang harus anda buat:
*Banyakkan minum air.
*Pakailah pakaian yang longgar dan dibuat daripada benang kapas.
*Cubalah istirahat dan anda jangan terlampau bekerja kuat.
*Mandi lebih kerap.


SEMBAB
Bengkak pada jari,kaki dan pergelangan kaki disebabkan menyimpan air.Pengedaran darah anda juga menjadi kurang berkesan.


Gejala:Bengkak pada jari dan pergelangan kaki,terutamanya dalam cuaca panas dan pada sebelah petang.


Apa yang harus anda buat:
*Jangan berdiri terlalu lama.
*Topanglah kaki anda apabila istirahat.
*Pusingkan kaki dan pergelangan kaki untuk memperbaiki pengedaran darah.


KOTORAN PADA FARAJ
Kadar lendir yang dihasilkan oleh faraj bertambah sedikit kerana perubaha hormon dalam masa hamil.


Gejala:Keluar lendir berwarna putih tanpa berasa lemah atau sakit.


Apa yang harus anda buat:
*Pakailah pengalas seluar dalam atau tuala wanita.
*Mintalah nasihat doktor sekiranya faraj anda terasa sakit atau gatal ataupun keluar lendir yang berwarna dan berbau.


URAT VARIKOS
Biasanya terjadi apabila abad terlalu gemuk atau diidap turun-temurun dalam keluarga anda.Berdiri terlalu lama boleh memburukkannya.Ubatilah awal jika tidak menyenangkan anad supaya mencegah komplikasi selepas bersalin.


Gejala:Urat-urat betis dan peha terasa sakit dan bengkak.


Apa yang harus anda buat:
*Jangan berdiri terlalu lama.
*Istirahat sambil kaki diletakkan  di atas bantal atau kusyen.
*Elakkan tambahan berat  badan yang banyak.
*Pakailah stokin penyokong sebelum bangun di waktu pagi.
*Cuba buat senaman kaki yang ringan.


Info-info ini dipetik daripada Buku bayi Yang Sihat(Permulaan yang Menakjubkan).

Saturday, 18 June 2011

Memastikan Agar Anda Dan Bayi Anda Betul-betul Sihat

Adalah penting agar anda selalu sihat dalam sepanjang kehamilan kerana kesihatan bayi dan diri anda mempunyai hubungan yang sangat erat sekali.Anda mungkin berasa sihat disepanjang masa hamil dan dapat melakukan hampir semua kerja yang biasa anda lakukan.Bagaimanapun tubuh anda akan berasa lebih lelah.Amatlah penting bagi anda menjaga diri anda dengan sempurna .Tetapi jangan lupa,menjadi hamil adalah perkara biasa,oleh itu tidak perlu terlalu dilindungi.


Pemeriksaan Perubatan
Anda perlu menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap untuk mengesan sebarang masalah yang mungkin timbul .Pemeriksaan ini juga memastikan bahawa bayi anda membesar dan berkembang secara normal.


Ubat
Anda jangan sekali-kali mengubati diri anda sendiri.Banyak ubat yang boleh masuk melalui uri dan sebahagiannya boleh mendatangkan mudarat kepada bayi anda yang belum lahir.Sekalipun ubat-ubat iti anda beli dari kedai ubat ,namun ia mungkin boleh memudaratkan.


Merokok
Merokok akan mengurnagkan bekalan oksigen kepada bayi anda dan melambatkan perkembangan dan pertumbuhan bayi anda yang belum lahir.Bayi-bayi yang ibu mereka merokok cenderung menjadi kurus dan menghadapi masalah makanan.Mereka juga lebih banyak menghadapi risiko mendapat infeksi semasa bayi.Oleh itu hentikanlah merokok dengan segera bu!....


Alkohol
Alkohol menyilangi uri dan boleh membahayakan bayi anda.Anda boleh mengambil hanya sedikit sahaja.Yang sebaiknya,hindarkanlah sama sekali terutamanya peringkat awal kehamilan.Alkohol boleh menyebabkan "foetal alcohol syndrome" yang berkaitan dengan kecacatan mental.


Kebersihan
Kebersihan menambahkan perasaan anda berasa lebih sihat.Mandilah dengan tetap,teruyamanya apabila anda terasa panas dan banyak berpeluh.jagalah rambut anda supaya bersih dan rapi.


Pakaian
Pakailah pakaian yang selesa dan rapi semasa hamil.
Baju seharusnya berpotongan longar dan berangin untuk mengelakkan rasa panas dan berpeluh.Kain yang ideal ialah kain benang kapas yang dapat menyerap peluh dan dingin.Pakaian bersalin dari pada kain kapas atau kemeja dan seluar adalah pilihan yang terbaik untuk memberikan keselesaan.Pakailah coli bersalin sepanjang masa kerana coli tersebut membantu buah dada anda mendapat sokongan yang mantap.Jangan memakai tali pinggang mencerut pada pinggang anda kerana boleh mengakibatkan aliran darah terhenti.


Sepatu hendaklah yang selesa,dingin dan rendah.Sepatu bertumit tinggi tidak selamat.Tumit yang leper sama sekali tidak dapat memberikan keselesaan dan sokongan pada kaki dan buku lali yang kepenatan.Anda disyorkan memakai sepatu yang bertumit 3cm.


Kulit
Oleh sebab berlaku perubahan pada hormon,ramai ibu yang mendapat warna kulit mereka  telah menjadi bertambah baik.


Istirahat dan Tidur
Istirahat yang secukupnya ialah satu cara yang baik sekali untuk mengatasi masalah kepenatan.Anda harus tidur tidak kurang daripada 8 jam sehari.Tidur sebentar pada tengahari akan menolong anda terutamanya dalam masa  3 bulan terakhir kehamilan semasa anda berasa cepat lelah.Topanglah kaki anda pada bila-bila masa terluang untuk megelakkan anda mengalami bengkak pembuluh darah .lakukan senaman yang santai saja,elakkan yang melelahkan.




Petikan ini diambil daripada Buku Bayi Yang Sihat(Permulaan yang menakjubkan)

Pemakanan Yang Sihat Untuk Anda 'Berdua'

Makanan yang anda makan semasa hamil membekalkan keperluan bayi anda dan juga diri anda.Oleh itu,pemakanan yang baik adalah penting untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi yang sihat dan untuk menjaga kesihatan diri anda sendiri.'Cara makan yang baik'bukanlah bererti 'lebih banyak anda makan lebih baik'.Yang lebih penting ialah mutu makanan yang anda pilih tetapi bukan banyaknya makanan yang anda makan.
Tenaga tambahan yang anda perlukan setiap hari adalah kira-kira 10-15% saja daripada pengambilan tenaga biasa anda.Ini dapat diatasi dengan meminum  2 cawan susu setiap hari.Dalam masa hamil.anda perlu memberikan lebih perhatian terhadap pengambilan zat makanan yang berikut.


PROTEIN
Protein adalah penting untuk membina tisu-tisu .Pertumbuhan bayi,uri,rahim,,tisu buah dada dan bekalan darah bergantung pada bekalan protein yang cukup dan memadai.Sumber protein yang utama ialah susu,daging,ikan,telur dan kekacang.


KALSIUM
Bayi anda memerlukan kalsium untuk pertumbuhan gigi dan tulang.Anda dan bayi anda juga memerlukan mineral untuk membentukan gigi dan tulang,pengumpalan darah yng normal serta fungsi otot-otot dan saraf.Susu dan makanan tenusu adalah sumber diet yang terbaik bagi kalsium kerana sebab-sebab yang berikut:
*susu adalah kaya dengan kalsium .
*paras karbohidrat susunya seperti laktosa,dan vitamin D yang tinggi menambahkan penyerapan kalsium di dalam tubuh.
Sekiranya penambahan kalsium yang diperlukan tidak dipenuhi dengan pengambilan makanan anda setiap hari,maka untuk memenuhi keperluan bayi anda,kalsium akan diambil dari tulang anda.Selepas kehamilan anda,jika kalsium dalam diet anda terus-menerus tidak mencukupi,besar kemungkinan anda akan mendapat osteoporosis(tulang rapuh)pada masa tua nanti.Ikan yang tulangnya boleh dimakan ,sayur-sayuran hijau dan hasil keluaran kacang soya juga sumber yang baik untuk kalsium.


ZAT BESI
Zat besi adalah penting untuk menghasilkan darah.Ia merupakan bahagian terpenting dalam heomoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh.Bekalan darah anda bertambah dalam masa hamil,membuatnya memerlukan zat besi.Bayi anda juga memerlukan zat besi demi pertumbuhannya yang normal.Sekiranya diet anda kekurangan zat besi,anda boleh mengalami kekurangan darah.Hati,daging,ginjal,ayam dan ikan ialah sumber zat besi yang terbaik.Sayur-sayuran berdaun hijau,bijirin sempurna,kekacang dan kismis mengandungi zat besi yang sederhana.


ASID FOLIK
Asid folik sejenis vitamin B,adalah amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah.Ia kini sangat istimewa pentingnya kerana anda memerlukan sel-sel darah merah tambahan.Bayi anda memerlukannya untuk pertumbuhan sel-sel.Kekurangan asid folik akan memyebabkan anaemia atau kekurangan darah.Asid folik terdapat dalam hati,ginjal.sayur-sayuran berdaun hijau,kekeras,bijirin sempurna.oren dan pati ragi.


VITAMIN C
Vitamin C menggalakkan penyerapan zat besi.Buah-buahan segar(terutamanya buah-buahan jenis limau dan jambu batu)dan sayur-sayuran yang dimakan pada setiap masa makan akan menambahkan kandungan zat besi dalam tubuh anda.


Panduan untuk makan ynag sihat semasa hamil:
*Pilih makanan yang terdiri daripada 5 kumpulan makanan yang tersebut dalam jumlah yang mencukupi untuk memastikan diet yang seimbang.
*Makan 3 kali sehari seperti biasa dan 2 hingga3 kali snek ringan.
*Sertakan buah-buahan ,sayur-sayuran,bijirin sempurna dan kekacang dalam jumlah yang cukup banyak untuk menambahkan pengambilan makanan berserat anda.
*Minumlah sebanyak-banyaknya air dan cecair seperti susu dan jus buah-buahan segar.
*Selalulah makan makanan yang segar dan berkhasiat.Makanan yang telah diproses mangandungi natrium yang tinggi
*Kurangkan pengambilan kafein dengan mengurangi minum kopi,teh,coklat dan kola.Hadkan meminum 1 hingga 2 cawan kopi@teh sehari dan gunakan kopi @teh yang cair.
*Hindarilah pengambilan alkohol.


Anda haruslah mengelakkan diri daripada menambahkan berat badan yang berlebihan.Kerana berat badan yang berlebihan ini sukar dikurangkan setelah bayi anda dilahirkan.
*anda tidak seharusnya menggandakan apa pun jua yang anda makan .
*Anda tidak semestinya terlalu banyak makan  makanan yang berikut :
Makanan bergoreng
Snek berlemak seperti emping  kentang dan coklat.
Kek yang kaya dengan krim dan pastri.
Minuman dan makanan yang banyak gula.


















 





Apabila Anda Hamil

Tanda-tanda dan gejala awal ialah:
*Tidak datang bulan(haid)
*Buah dada anda menjadi berisi dan puting terasa sensitif
*Anda mungkin berasa loyadan muntah-muntah
*Anda mungkin berasa letih,lesu dan suka tidur
*Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil kerana rahim yang mengembang dan menekan pundi-pndi kencing


Pemeriksaan doktor
Satu ujian air kencing untuk hormon-hormon yang berlaku dalam masa hamil saja yang boleh mempastikan kehamilan anda .Ujian ini dianjurkan dilakukan hanya 2 minggu selepas anda tidak datang bulan.Doktor anda akan memeriksa perubahan buah dada dan juga rahim anda.
   






Sikap anda
Sebaik saja doktor mengesahkan bahawa anda hamil,anda pasti berasa riang dan gembira.Disamping itu anda juga mungkin berasa cemas mengahdapi masa kehamilan,masa bersalin dan masa menjaga bayi anda.Terutama sekali sekiranya kehamilan ini ialah kehamilan yang pertama bagi anda.Janganlah bimbang.Ingatlah selalu bahawa kehamilan ialah suatu pengalaman istimewa yang menguntungkan.Bayangkan tidak lama lagi anda akan mempunyai 'anda' kecil yang akan menganggotai keluarga anda.


Tarikh bersalin yang dijangkakan
Suatu cara yang mudah adalah dengan merujuk kepada Jadual Obstetrik.Tarikh ini adalah 280 hari daripada hari pertama haid anda yang terakhir.


Tambahan Berat Badan Semasa Hamil
Tambahan berat badan bagi setiap ibu yang hamil adalah berbeza-beza.Jumlah tambahan berat badan yang ideal ialah antara 10-12.5kg.Berat badan anda mungkin bertambah banyak atau sedikit.Berat badan anda mungkin tidak banyak bertambah dalam masa 3 bulan pertama.Berat badan anda akan bertambah dengan pesatnya dalam masa 3 bulan yang kedua.Kenaikan berat badan antara 7 hingga 9 kg tidaklah memeranjatkan dalam masa ini.Pertambahan berat badan mulai berkurangan kepada kira-kira 1kg sebulan dalam masa tiga bulan terakhir.





Dipetik dari  Healthy Baby Book.