Semanis Epal Hijau

Wednesday, 30 October 2013

Kek Pelangi Kukus Chef Norzailina


 Perasaan seronok bila dapat buat kek pelangi versi kukus nie,tapi masih lagi perlu cuba dan cuba lagi....skill mengukus masih tahap lemah lagi,maybe air kukusan terlalu banyak,so permukaan atas kek yg ditutupi dgn foil agak lembap...macam ada air masuk ke dalamnya@wap air dari foil tu....

Teksturnya pun x gebu sgt,ditengah2nya kek nampak macam padat sedikit......Maybe percubaan pertama cam nie,lepas2  nie saya kena perbaiki kelemahan yg ada pada diri saya ....huhuhu..apa2 pun bolehlah rujuk pada blog kawan2 yg dah mencuba buat kek pelangi kukus ini.....kek2 diorang memang gebus habis:)



KEK PELANGI KUKUS CHEF NORZAILINA
Resepi :http://norzailina.blogspot.com
Sumber 1:Sinar Kehidupanku@yatiememories.
Sumber 2:ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-(Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan serikaya
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • sedikit pewarna merah jambu,hijau,kuning,ungu,jingga

Cara-caranya:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu persatu dan puluk sebati.
  2. Masukkan susu pekat,serikaya dan vanila.Kacau rata dan bubuh tpg gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati,bahagikan kepada 7 .Warnakan berbeza termasuk satu adunan dgn koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk(aluminium)yang sudah dilengser dgn marjerin dan alas dasarnya dgn kertas kalis minyak.Tutup dgn foil aluminium dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
*Untuk kek lebih lembut,tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair.Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil,masa mengukus lebih pendek.

Saturday, 26 October 2013

Ketupat Goreng


 Ketupat nie  dah lama tersimpan dalam peti ais,tak tau nak wat apa dengannya,nak buang sayang,nampak masih elok lagi....nak tak nak cuba goreng aje,bila dh siap..rasa sedap jugak!tapi kena potong kecil2 sikit dan nipis2,barulah bumbunya masuk dalam mampatan nasi tu....



 Alhamdullilah ,dapat sambutan juga ketupat goreng nie....anak bongsu yg 3 thn dan yg ke 2 tu suka sangat makan....yg lain2 tu tak minat langsung...adalah juga buatkan nasi goreng diorang yg x suka makan ketupat goreng nie,..

 Simple jer buatnya,masak macam nasi goreng jugak...tak susah mana pun kan,cuma memerlukan tahap kerajinan yg kuat ....kalau tak bila lagi nak merasa ketupat goreng kan!..

KETUPAT GORENG
BAHAN-BAHAN:-
1 bungkus besar ketupat yang dah direbus
Carrot
Kobis beijing
1 biji telur
Garam 
Serbuk secukup rasa
Minyak
1 sb cili  kering blender
BAHAN TUMBUK:-
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Ikan bilis
CARA-CARA:-
  1. Tumis bhn tumbuk hingga garing,masukkan cili blender..masukkan telur...
  2. Masukkan ketupat,kacau sebati,masukkan perasa dan masukkan sayur carrot & kobis,kacau2...dah siap..

Roti Naik @ Roti Lembut @ Soft Bun Resepi

Salam pagi sabtu,semoga semuanya ceria2 selalu...
Buat roti nie adalah projek semalam petang,kebetulan teringin nak makan roti ...suruh en hubby beli roti kat kedai,asyik2 lupa jer....terus salin resepi ,amik kat blog dapur mas dan jalankan projek meroti.....pengetahuan meroti masih lagi cetek,ini kerana roti yang saya hasilkan tak secantik roti2 Tok Mak,blog dapur mas dan Ika.Kena lebih rajin lagi utk menghasilkan roti yang betul2 elastik dan cantik.Rupa dan tekstur yg lembut dah ada,cuma kurang cantik lagi...

Kalau ikut resepi Tok Mak ini,kena gunakan api bawah aje...tapi saya tak,main bantai aje adjust button tu....habis 10 minit pertama,tgk oven ....dah nampak perang kat atas roti,cepat2 tgk balik resepi..amik ko,silap diri sendiri,sapa suh tak baca sampai habis....huhuhu.....last2 5 minit terakhir terus offkan suis dan bukak oven,keluarkan loyang,kalau tak rentung jugak rotiku ini.....


 Walaupun dah tersalah adjust button api,bahagian bawah roti masih lagi putih,tapi alhamdullilah masak jugak..dan tekstur dalamnya lembut....pagi nie makan roti semalam,masih lembut lagi walaupun letak dalam bekas yang tak bertutup.....

Terima kasih banyak2 pada Tok Mak utk resepinya nie dan Mas tempat saya cnp.....


ROTI NAIK@ROTI LEMBUT@SOFT BUN RESEPI

Resepi : Tok Mak FB
Sumber 1 : Faridah Haron FB
Sumber 2 :  Ika


Bahan2:
  • 500gm tepung high protein @ tepung gandum @ tepung roti
  • 1 bij telur
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu besar susu tepung -Mas ikut Ika gantikan horlicks
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 paket mauripan(11g)



campurkan susu pekat manis + telur +tambah air..jadikan 300 ml semua sekali


***utk pastikan yis hidup..sya campurkan sekali yis dlm bancuhan air di atas..sya guna air suam panas..jika yis berbuih..maksudnya sedia utk diguna..jika sebaliknya..jgn guna..(resepi Tok Mak x tulis cam ni..maaf Tok Mak..sya ubh sbb nk tgk yis ok ke x)



 Cara :

  1. Dalam mangkuk,masukkan tepung dan gula halus..masukkan adunan 300ml air tu....gaul sebati....
  2. Masukkan marjerin dan shortening..gaul rata...
  3. Teruskan uli hingga adunan lembut,licin dan elastik...
  4. Perapkan doh sehingga naik sekali ganda...tumbuk2 do untuk kuarkan angin...bulatkan kecik2..susun dalam loyang yang dah di griss...perap lagi sejam...untuk buat doh pizza boleh kurangkan kuantiti gula.
  5. Bakar dalam oven 180..selama 20 minit atau hingga masak..dengan api atas bawah.
  6. Kaedah lain menggunakan Bread Machine boleh setkan mcm biasa utk buat doh.


































Sunday, 20 October 2013

Kerinduan yg teramat

tgk tuh,x dpt peluk anak..dpt peluk teddy bear pun jadilah...

12.00am-Sedikit luahan kerinduan utk anak2....

Hari nie terpaksa keje 16 jam ,start jam 3.00petang tadi hinggalah esok pagi,jam 7.00pagi  baru boleh balik keje...ciankan saya....lebih kesian lagi pada anak2 coz saya dah tinggalkan diorang selama 16 jam sehari....
Sian kat yg kecik tulah...selalu kalau saya ada kat rumah..pantang nampak saya baring jer,mesti nak nenen...padahal dah 3 tahun tu ,tapi masih gak nak puting gantung.....
Kadang2 dia saja nk main2 hisap jer....entahlah ada susu lagi ke tidak...tapi kalau saya picit2 tu ada jugak kuar susu lagi....


Sambil menghilangkan rasa kesunyian dingin malam dengar2 jugaklah lagu2 nasyid kat youtube nie...hilang lah sikit kerinduan kat anak2....sambil mendengar sambil tatap gambar kat atas tu....(dalam hati..cepatlah nak pukul 7.00pagi..dah x sabar2 nk balik nie..nk tgk anak2)..mkn apa gaknya diorg siang tadi tuh......

Jom sama2 layan lagu nie...


( korus )
Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

( ulang korus )

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

( ulang korus )
Lirik Sifat Mahmudah - Hijjaz @ Lirikami


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-sifat-mahmudah-hijjaz.html#ixzz2iBcHnpL5

Friday, 18 October 2013

Daging korban masak merah@sambal

Surau berdekatan dgn rumah saya tu ada buat korban,sempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas...4 ekor lembu utk korban dan 1 ekor lembu utk aqiqah..tapi 1 bungkus daging korban pun tak dapat....ntah tak tahulah macammane diorg nie bagi2 kan.....maybe 1 buah rumah ada yg dapat 2@ 3 bungkus kot...

Padahal penduduk Jalan 6B nie bukannya ramai mane pun...yang sepatutnya kenalah bagikan setiap rumah ke rumah kan!!ini tak,.....kalau yg balik kampung @yg tak de kat rumah memang tak dapatlah jawapnya....


Tapi tak apalah dah tak dapat nak wat camner.....mungkin bukan rezeki saya @yg yang memerlukan diutamakan dulu...

Kebetulan anak buah en hubby ada amik 1 bahagian tuk korban...1 bahagian kat sini tak silap saya RM450.00..dan apa yang saya dengar dari dia cakaplah....kalau tempat lain saya tak taulah....
Petang raya tu jugak anak buah en hubby datang hantar daging korban tu....alhamdullilah,dapat jugak merasa walaupun tak dapat daging korban kat surau berdekatan dgn rumah.

Hari nie baru sempat saya kerjakan daging korban tu,saya masak merah,letak sikit sos2,..nak bagi bau aroma,letak lengkuas sikit di samping bhn2 lain.





DAGING MASAK MERAH @SAMBAL

Bahan-bahan:-
  • Daging 
  • Bawang besar@holland-hiris
  • Lengkuas-diketuk aja
  • Tomato-belah 4
  • Daun sup @daun bawang utk hiasan
  • Minyak secukupnya
  • Garam dan bhn perasa
  • Air secukupnya
Bahan kisar:-
  • Cili kering-rebus sekejap,basuh & buangkan bijinya
  • Bawang merah besar
  • bawang putih
  • Halia
Bahan sos:-
  • Sos Tomato
  • Sos Tiram
  • Sos Cili
  • Kicap manis-letak sikit aje.
Caranya:-
  1. Potong nipis daging dan rebus hingga empuk.Tumiskan bhn kisar hingga naik bau dan sedikit kering.
  2. Masukkan daging tadi ,lengkuas yg diketuk dan sedikit air,kacau rata dan biarkan seketika ..biar daging betul2 meresap dgn bhn tumis .
  3. Masukkan semua sos dan perasakan garamnya...kalau kuahnya kering,boleh tambahkan sikit air lagi.
  4. Agak2 dah nak masak ,masukkan hirisan bawang holand dan tomato.Kacau sebati dan tutup api..
  5. Hidangkan dan hiaskan dgn daun bawang@sup....









Thursday, 17 October 2013

Ayam Kicap Pedas


Memang sedap ayam masak kicap pedas ini, kesedapannya hingga menjilat jari..betul! tak caya trylah buat..lagian anak2 suka sgt masak kicap....thanks utk Kak azie yg sudi berkongsi resepi nie.:)

Kalau masak kicap selalu pun tak apa,yg penting anak2 makan....:)
Ini 1st time  goreng ayam menggunakan minyak carotina..kalernya agak merah2 dan kurang kolestrol .Memang sesuai kalau yg nak berdiet tu...



AYAM MASAK KICAP PEDAS

 Bahan bahan:
  • Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
  • 1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng-x letak
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat
  • 1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
  • 1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
  • Daun sadri/daun bawang - hiris
  • Susu pekat manis-saya x letak sebab dh guna kicap manis
  • Lada hitam - tumbuk kasar
  • Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga



Bahan sos:
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tomato-saya gantikan sos cili
  • Sos tiram

Bahan bahan kisar:
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia



Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.


Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.