Semanis Epal Hijau

Monday, 11 March 2013

Kek Coklat Moist(kukus)

Sejak pindah rumah nie,belum ada lagi resepi kek........
nak2 pulak belum beli oven lagi,oven lama tu dah jual kat besi buruk....
Hati mmg nak sgt buat dan makan kek......
Tapi dikuatkan hati nak juga buat......google resepi kek yang kukus jelah.......
belum di curahkan coklat .........

 Hasil dari google ,terus melekat kat blog patyskitchen.blogspot.com/......
cantiknya rupa kek dia......jom kita gi blog dia jap.........
terima kasih empunya resepi rosmarlina@jintanmanis dan blog patyskitchen,dek kerana terpukau dgn  gambar kek tulah tergerak hati nk mencubanya.....tp gambar x secantik mcm kek diorg berdua........

sebahagian potongan kek coklat moist.....





Sumber:Jintanmanis & patyskitchen.blogspot.com/
Bahan-bahanya
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
  • 3 biji telur
  • beberapa titik esen vanila


*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.
*saya guna serbuk coklat,susu cair,sedikit marjerin dan coklat emulco....prosesnya sama ,kaedah doube boiler...*

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.