Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Contest/Segmen/Kuiz/GA. Show all posts
Showing posts with label Contest/Segmen/Kuiz/GA. Show all posts

Sunday, 6 April 2014

Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran





Alamak!!!!sempat lagi tak yerk?tgk kawan2 dah join GA Kak Amie nie terasa ingin pulak saya nak join jugak.Sebenarnya memang banyak pengalaman bersalin dari anak pertama hinggalah anak yang ke 6.Setiap anak-anak yang keluar dari rahim ku ini semuanya mempunyai pengalaman yang bebeza-beza yang tidak dapat saya lupakan...

Sepanjang mengandung dari anak yang pertama hingga ke 6 memang mengalami alahan yang teruk,mual2 muntah2,pening2 tu memang perkara biasa,cuma kita kena pandai elakkan sebelum ianya berlaku.Sebagai staff klinik memang banyaklah yang ku pelajari dengan selalu bertanya pada doktor-doktor tentang kehamilan dan proses bersalin.

Tapi sekarang nie,semua maklumat dan info-info kehamilan hanya di hujung jari saja.Hanya rajin mencari dan membaca.

Oklah,kalau nak diceritakan seorang demi seorang anak  pengalaman bersalin memang indah dan banyak,tapi saya cuma nak story pengalaman bersalin untuk anak yang ke 6.Alhamdullilah semua proses bersalin dari anak pertama hingga ke 6 berjalan lancar,tiada apa2 masalah.

Tarikh:9/10/10

Seperti biasa,selepas pulang dari kerja shif malam,saya baring-baring di ruang tamu sekejap untuk merehatkan diri dari kemengantukkan bekerja di malam hari.Setelah penat dan ngantuk hilang,saya bangun untuk masuk kedapur,menyediakan makanan tengahari ,dalam masa yang sama dah terasa sakit kat bawah perut,tapi saya abaikan saja dan sambung teruskan kerja2 memasak.Masa itu jam baru menunjukkan lebih kurang pukul 11.30 pagi.

Selesai kerja2 memasak sempat lagi makan,memang terasa sekejap sakit sekejap hilang.Masa tu,my hubby tak de kat rumah,dah pesan dah kat dia,jangan pergi kerja jauh-jauh.....Bila dah siap semua,terus duduk kat sofa,sambil sekejap2 jeling ke arah jam,dan sambil juga membilang sakitnya dengan masa yang diambil ketika sakit itu berlaku.

Masa tu memang sempat lagilah ambil penyapu nak menyapu ruang tamu yang hanya sekangkang kera tu...dan gagahkan jugaklah...Siap sudah menyapu ,duduk lagi kat sofa ,menghitung masa dan sakit yang dialami ketika itu....masa tu hanya boleh duduk menegak saja,nak menyandar tak boleh nak baring lagilah teramat sakit...last2 amik keputusan untuk duduk saja...sesekali tu ada jugak keluar masuk tandas beberapa kali....Sebenarnya saya teramat risau kalau2 terover due,nanti takut baby lemas ke@ kena induce,tu yg malamnya saya cuba2 minum air musofa.Due datenya seminggu lagi 16/10/10.Tapi dalam hati jugak terdetik,alangkah bagusnya kalau dapat bersalin pada tarikh 10/10/10.Kan best,tarikhnya pun cantik.

Segala barang2 dan keperluan untuk ke hospital memang sudah lama siap sedia....Masa tu hanya menunggu kepulangan my hubby saja.Tapi bila my hubby dah sampai rumah,saya masih lagi boleh duduk2 kat sofa itu lagi.....dengan menahan kontraksi yang sekejap sakit sekejap hilang.Bila dah kerap sakit selang 5 minit,barulah saya ajak my hubby gi hospital.Jam masa tu dekat pukul 2.30pm.Masa tu,hah!!memang baru rasa panik,takut2 tak sempat untuk sampai ke hospital.Memang betul!!tak sempat sampai pun....baby dah keluar.

Belum sampai 10 minit masuk kereta ,perut dah teramat sakit sangat ,berlaku kontraksi yang kuat,Sepanjang perjalanan memandu,my hubby pun dah panik,rasa kesian kat saya pun ada,ada tu dia suruh pergi ke klinik swasta yang berdekatan.Saya kata,mana boleh,tak booking pun,tak yah2 ,gi je hospital terus.

My hubby masih lagi meneruskan pemanduannya,saya yang duduk di sebelahnya,rasa memang dah masanya untuk saya melahirkan.Tanpa membuang masa,tolak kerusi dan turunkan ke belakang,saya selak saja jubah yang saya pakai tu hingga ke paras atas lulut dan seluar dalam pun saya bukak jugak.Tinggikan punggung dari kerusi supaya baby yang keluar nanti tak jatuh ke bawah...dan saya teran terus.....keluarlah baby  saya dari perut....masa tu memang tak rasa panik,hanya lega bila baby dah keluar.Syukur Alhamdullilah,Allah permudahkan segalanya.Cuma baby tak menangis je...

Lepas baby keluar tu,saya terus ambil,angkat dan terus letakkan atas dada saya,hubby cakap nak berhenti tepi ke?...saya kata ,tak yahlah....hubby pun teruskan pemanduannya dan segala lampu2 merah dilanggarnya dan ikut lawan arus.Lebih kurang 5-10 minit ,sampai juga ke hospital.Hubby terus panggil nurse dan beberapa oarng nurse datang ke arah kereta kami.Masa dalam kereta tu jugaklah nurse potong tali pusat baby.Takut2 jugak,kot2 nurse2 tu lemparkan kata2 pedas kat saya.....tapi,jauh sangkaan saya,alhamdulllilah,mereka semua bagi kata 2 semangat,"sabar2 dik yea".....lega hati saya bila nurse tak marah...

Selepas baby dibawa oleh nurse,saya pula di sorong dengan wheelchair masuk kedalam labour room untuk dijahit.Dan baby pula dibersihkan.Sekali lagi baby diletakkan di atas dada saya,sambil dijahit luka,sambil tu saya menatap wajah baby saya yang tak sabar-sabar nak keluar itu.Tanpa disedari air mata mengalir pabila melihat wajah si kecil yang comel.Kami namakan baby kami"NUR AIN SAFIRA" dengan beratnya 3.4kg.Dan yang paling seronoknya saya sudah capai matlamat saya untuk menyusukan anak saya sehingga lebih 2 tahun.Alhamdulllilah,syukur segala urusan penyusuan dipermudahkan segalanya.

Ini adalah susu yang dapat saya perah.Hampir setahun jugak,saya dapat perah,setiap kali perah akan dapat satu botol kecil.Masa perahan tu awal pagi jam 5.00 pagi.Satu hari satu botol.Bila saya kerja malam,hubby akan ambil satu botol untuk bekalan minuman baby pada malamnya.




Daripada yang lain-lain,anak inilah yang kuat menangis dan banyak ragamnya.Tapi kata orang kalau yang kuat nangis masa kecilnya,bila dah besar nanti bijak.ALhamdullilah,amin...Sekarang nie pun dia dah menunjukkan tanda2 kebijakkannya.Mungkin selalu tengok Ipad,kadang2 Ipad nie pun membantu jugak jika saya sibuk sangat.Bagi je Ipad kat dia,diamlah dia,senang saya nak buat kerja....hihihi...

umur dalam 3 bulan lebih

Umur dalam 7 bulan
Dah besar dah,tahun depan dah nak masuk tadika...

Dan sekarang ini menanti pula kelahiran anak yang ke 7 pula,In Sha Allah dijangka bulan September nanti.
Bila tengok orang lain mengandung,terasa ingin mengandung.Alhamdullilah,Allah masih lagi sudi memberikan kami zuriat lagi.Suka tengok perut sendiri yang bulat sambil membelai2 perut yang makin membesar.Syoknya!!!....

SAYA SUKA WARNA PUTIH DAN HIJAU








Sunday, 16 March 2014

Jom join Peraduan ini


Malam nie nak war2 sikit cerita ,tp bukan pasal makanan,tapi nak citer pasal peraduan nie,masa saya join dan hantar borang tu,datenya dah dekat2 nak tutup....(28 Feb 2014)...Bila bukak balik website nya,tarikh tutupnya dilanjutkan ke 31 Mac 2014.Masih sempat lagi kalau korang nak join.....
saja2,suka2 je nak join,manalah tau untung nasib bertuah.....


Nak lebih detail lagi klik ASNB....Lumayankan hadiahnya.....
Sesiapa yang ada simpanan ASB sudi2kan join....

Saturday, 31 August 2013

Contest Aidil Fitri Oh! Media Musim Ke-2

Tanggal 31 bulan 8,57 hari yang mulia 
hari bahagia,sambut dengan jiwa yang merdeka...MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA!......dan
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56 kepada semua rakyat Malaysia....Semoga keamanan dan kedamaian yang kita kecapi ini kekal  selamanya....
________________________________________________
Ok,ada sesapa nak join contest tak?.....cepat tinggal 1 jam lebih lagi..cepat2...
Saya dah join Contest Aidil Fitri Oh! Media Musim Ke-2....jom pakat ramai-ramai kita memeriahkan contest aidilfitri ini dengan gambar-gambar suasana hari raya anda.....
Syarat dan terma klik http://ohmedia.my/contest-aidil-fitri-oh-media-musim-ke-2/
HADIAH YANG DITAWARKAN SUNGGUH MENARIK!!!!

Hadiah Utama:
Sebuah Apple iPad Mini, Barangan tajaan & Cenderamata Eksklusif Oh! Media
Hadiah kedua:
Wang tunai RM200 & Barangan tajaan, Cenderamata Eksklusif Oh! Media
Hadiah Ketiga:
Wang tunai RM100 & Barangan tajaan, Cenderamata Eksklusif Oh! Media
- Syarat penyertaan:
1. Seorang peserta hanya dibenarkan menghantar 1 (satu) gambar sahaja. Pilihlah yang paling menarik dan hantarkan kepada kami.
2. Peserta haruslah berusia 18 tahun dan ke atas.
3. Peserta haruslah warganegara Malaysia, Singapura atau Brunei.
4. Anda mestilah telahpun mengikuti (LIKE) page-page yang berikut: Oh! Media | Oh! Tidak | Oh! Artis | Oh! Geekz. Kami hanya mahukan followers dan penyokong Oh! Media sahaja untuk menyertai contest ini kerana ini untuk mereka.
5. Para peserta boleh berkongsi gambar kepada kawan-kawan atau menulis di dalam blog. Apapun penyertaan akan terbatal serta-merta jika peserta menggunakan ‘auto-like’ untuk memenangi contest ini di mana tidak adil untuk peserta yang lain.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2013 jam 11:59 malam.
  • Tarikh gambar diupload ke Facebook pada 1 September 2013.
  • Tarikh tutup voting adalah pada 15 September 2013 jam 11:59 malam.
  • Tarikh pemenang diumumkan adalah pada 20 September 2013.
Album penyertaan (setelah ditapis) untuk musim pertama tahun lalu boleh dilihat di album yang disediakan.
- See more at: http://ohmedia.my/contest-aidil-fitri-oh-media-musim-ke-2/#sthash.e8DjTZ98.dpuf

Wednesday, 17 October 2012

Jumpa Kak InaKL


Hari Isnin dpt sms dari kak Ina,katanya nk dtg Bangi,dh terfikir mesti nak bagi brg Neutrogena tu,alah GA yg Kak Ina anjurkan tu.....
Jam10.30am,kitorg jumpa depan Warta,dulunya mmg Warta,sekarang nie dh tukar Giant. Tak nk lepaskan peluang,amik jugak sekeping untuk kenangan dapat jumpa www.kakinakl.com/...
Thanks Kak Ina,sangup datang Bangi ,nak bagi Neutrogena tu....

Saturday, 29 September 2012

"Kenapa Maybank perlu bagi saya tiket ke Legoland"

Wah! kalau dapat nie memang best sangat!!!!..Maklumlah keluarga besar ,kalau nak gi sana perlukan ongkos yang banyak,so kalau Maybank sanggup sponsor untuk kami seramai 8 orang,langkah bertuahnya badan dapat berada di sana,kaki dapat berdiri di pintu masuk Legoland,mata dapat melihat keunikkan struktur binaan bangunan ,kota,patung-patung dan  banyak lagi  terdapat di Legoland yang direka melalui bongkah-bongkah  plastik kecil serta kepingan lain yang boleh disusun menjadi model.

Hati dan perasaan, dapat merasai kegembiraan dan keseronokkan kanak-kanak serta keriangan mereka bermain ketika berada di suatu tempat yang keseluruhannya merangkumi bongkah-bongkah plastik kecil iaitu Lego.


Maybank perlu bagi saya tiket ke Legoland kerana:


Saya adalah pelanggan setia Maybank.Bermulanya kisah tahun 1996,saya diterima bekerja sebagai kerani bank di Maybank di Kajang.Proses temuduga dilakukan di Plaza Perangsang Shah Alam,yang mana ketika itu saya berulang-alik dari Bangi dengan menaiki bas sangkut-sangkut.Tanpa peneman mungkin saya tidak akan sampai ke Shah Alam. Tugas saya ketika itu sangat menyulitkan kerana ketika itu saya baru nak mula bekerja di bank.Dengan tiada pengalaman serta komunikasi ,saya jadi janggal dibuatnya,dahlah ketika itu saya ditempatkan di kaunter pertanyaan.....Kesimpulannya,saya hanya kerja 1 hari saja,ditambah pulak hari ke 2 itu saya ketinggalan bas........esok-esoknya rasa macam menyesal pun ada.......sebab tak jadi warga Maybank.

Di hari pertama bertugas,saya telah dibukakan buku simpanan oleh kakitangan yang bertugas.Memang sebelum tu tak pernah pun ada buku simpanan.Adalah dalam 6 @ 7 tahun saya tak aktifkan akaun.Dan selepas itu hingga sekarang ini,saya masih lagi setia menggunakan akaun Maybank.Gaji bekerja sekarang pun terus  masuk ke akaun maybank.Kalau dulu-dulu guna byhand je,sejak Maybank telefon ,suruh aktifkan buku,terus saya  maklumkan ke bahagian kewangan tempat saya bekerja untuk memasukkan terus gaji ke akaun Maybank.

Dengan adanya Maybank Online, memudahkan lagi saya untuk membayar segala bil-bil,bayaran pinjaman untuk perumahan,kereta dan ASB pun boleh.Hanya dihujung jari sahaja.Sangat mudah dan menjimatkan masa.Dah tak payah nak keluar-keluar rumah dan mengambil nombor giliran serta menunggu.Di malam hari pun masih lagi boleh untuk menjelaskan segala hutang-hutang.


 Untuk pembelian kereta.


Untuk pembelian rumah.

Saya juga menabung dalam ASB dan anak-anak dalam ASD,Maybank turut meyediakan kaunter untuk urusan Amanah Saham.Tak perlu lagi saya untuk menunggu  kerana semua itu saya boleh buat urusan melalui Maybank Online,kalau rajin je saya akan keluar rumah untuk urusan-urusan bank.
Walaupun saya kurang berminat dengan kad kredit,tetapi pihak Maybank masih lagi menawarkan saya Maybankard Visa dan Maybankard American Express.Bank-bank lain pun ada juga meng"offer" saya,tapi disebabkan dah ada Maybankard nie,yang lain-lain tu saya tolak.

Oklah ,rasanya takat nie je kot,yang boleh saya ceritakan kenapa saya perlu dapatkan tiket ke Legoland.Memang seronok kalau dapat tiket,tambahan lagi masa cuti-cuti sekolah yang akan datang nie,bolehlah bawa anak-anak pergi jalan-jalan,bergembira,meluangkan masa kami dengan anak-anak,maklumlah anak-anak baru lepas menduduki peperiksaan UPSR,nak jugak berhibur setelah penat lelah mengulangkaji pelajaran,bersengkang mata dari pagi ke malam untuk mentelaah buku-buku pelajaran serta mungkin sebagai hadiah daripada Maybank untuk kami dan anak-anak kami sebagai pelanggan setia Maybank..........Kalau tiket murah,tak perlu saya mengarang N3 nie...hehehe.....Insyaallah.....

Masih ada masa lagi,sesiapa nakkan tiket ,jom sertainya......

Syarat-Syarat :
  1.  Buat entri "Kenapa Maybank perlu bagi saya tiket ke Legoland | Why Maybank should give me ticket to Legoland . Tidak lebih dari 500 patah perkataan.
  2.  Penjurian di kira mengikut kreativiti , Originality dan unsur - unsur humor.
  3.  Boleh letak gambar ke, video ke nak kasi entri anda menarik.
  4.  Dah siap N3 dan di publish. Link  hantarlah  ke email social@maybank.com.my . 
  5. Jangan lupa beri nama , No. Kad Pengenalan , Alamat , No Telefon dan jangan lupa link entri sekali yaa.
Tarikh penyertaan :
11 September 2012 - 30 September 2012
Hadiah :
  1. Grand Prize - Sepasang season pass ticket ke Legoland Malaysia.
  2. 10 pasang Tiket Harian ke Legoland Malaysia.





Thursday, 13 September 2012

GA kakinakl.com


Hari nie nak join lagi satu GA dari kakinakl.com .GA Kak Ina ini menawarkan 4 produk kecantikan,dan salah satunya adalah seperti gambar di atas.Produk penjagaan kulit muka dari Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Cream.
 Saya ingin cuba mendapatkannya.Manalah tahu kot2 ada rezeki kan.....senang saja cuma buat entry barang yang dipilih dan tarikh tutup hujung bulan...

Saya nak Neutrogena kerana memandangkan umur saya pun dah dalam lingkungan 30-an,saya ingin mencuba suatu penjagaan kulit muka yang sesuai dengan kulit muka saya,sekarang ini belum ada lagi garis-garis penuaan,tetapi apa yang pasti kulit muka saya ini kusam,kurang bermaya,garis-garis hitam@lebam di bawah  mata dah ada,mungkin itu sebab saya kurang tidur dan bintik-bintik hitam pun mula ada,tapi tak banyak lagi.Mungkin Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Cream ini dapat membantu masalah kulit muka yang saya hadapi sekarang.Saya tak pernah lagi menggunakan produk dari Neutrogena.Mungkin sebab harganya,sebab itu saya cuba produk lain yang jauh lebih murah dari produk Neutrogena ini.Bagi saya suatu barang tu tak semestinya mahal,kalau nakkan sesuatu yang elok.

Dah banyak krim kecantikan yang saya guna untuk merawat kulit muka saya ini termasuklah Fair & Lovely krim pencerah lengkap anti marks,Ryana Beauty Vanising Cream,Safi Balqis Perfect 10 dan macam-macam lagilah.....dan Amway,produk yang pertama sekali saya guna.

Setelah membaca secara terperinci dari laman web Neutrogena,saya pasti Neutrogena dapat mengatasi masalah kusam kulit muka saya ini.Dari apa yang saya baca produk ini melawan penuaan lapisan oleh lapisan, dari dalam ke luar. Ia mensasarkan pembinaan semula dan pembaikan keanjalan kulit dengan Dill dan ekstrak blackberry, menyediakan penghidratan dengan ekstrak Southernwood dan melicinkan dan mengangkat lapisan atas kulit dengan satu vitamin B3.

 Dengan sumber maklumat yang  saya perolehi ini  mungkin dapat meyakinkan saya untuk menggunakan produk Neutrogena ini pada masa akan datang.Saya memang cukup-cukup risau kalau di awal usia 40-an,kulit muka tak selicin macam masa anak dara dulu.Kalau boleh saya ingin kelihatan lebih muda jelita tanpa bintik-bintik hitam walaupun umur saya menginjak pertengahan 40-an.Bila kulit muka dah nampak muda,cantik berseri,cik abang pun tak cari lagi.......

Thursday, 6 September 2012

8th GIveAway(GA) -umiyumi2


Sejak join GA dari Kak Shahriah Abdullah bulan lepas,rasa membuak2 hati ini ingin menyertai GA lagi......sambil keje nie sempat lagi bw,dan terjumpa GA nie kat blog Kak Sam @My Homework .....rasa ingin join lagi kerana apa?...kerana hadiah best sangat2......
Nak tau apa hadiahnya?....
Jom!tgk nie....
kuali/wok Tefal bersaiz 28 cm





Untung betul kan kalau dapat hadiah nie.So,kalau nak join klik link kat bawah nie yea...... http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.html

1) Penyertaaan dibuka kepada semua pembaca. 

2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog anda masih perlu meninggalkan email address di ruangan komen.
3) Bagi pembaca yang ada blog, sila buat post/entry di blog anda tentang GA ini dan sertakan link ke Give Away ini.Link ke GA ini adalah : http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.html
4) Untuk memberi peluang sebaik2nya kepada pembaca yang mempunyai blog dan yang tidak mempunyai blog, pembaca dengan blog dan yang membuat post & link akan mendapat 2entries utk undian. Pembaca tanpa blog akan mendapat 1  entry.
4) Tarikh tamat GA ialah : tepat jam 12 tgh malam pada 25 September 2012. Pemenang akan diumumkan pada 26 September 2012. 
5) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.


Tuesday, 14 August 2012

Hadiah Kuiz-"LEBIH RAMAI, LEBIH MERIAH DUNIA BLOGGING KITA SEMUA, YA, GITEEW'

HelloHai!..Selamat pagi dan salam manis dari saya.......Semoga hari2 yang dilalui selama kita berpuasa ini ,Insyaallah mendapat keredhaan Allah swt......Tinggal beberpa hari lagi kita bakal menyambut Aidilfitri.....
Segala persiapan untuk menyambut Aidilfitri   dah siap ke belum???.....kami anak-beranak ala 2 kadar je....
beli mana yang patut saja ,tak usah ikut hawa nafsu,ikut keperluan je...takut nanti bila dh habis cuti seminggu raya ....semua wang perbelanjaan harian udah habis.....poket masing2 udah kosong!.....
tak nak lah cam gitu kan!........

 Oklah,gambar kat atas tu hadiah pemberian dari Kak Sha...sebuah fail,dalamnya terselit 3 helai kertas...


 Hah!nampak tu ada pin tudung lagi............I like it...Thank You





Thanks Kak Sha.....Thank You

Sedikit penerangan tentang Kak Sha......panjang betul nama dia...hehehe...StarOooohhhhh! rupanya Kak Sha nie atas umur saya je....ingatkan awal 40 -an..hihihi(jangan mare Kak Sha yea).........sangkaan saya meleset sama sekali,rupanya baru 38 tahun......sorry yea Kak Sha,..sebelum2 kenal Kak Sha nie saya main panggil Sha je.......

 
Dalam kotak berbalut kertas kuning tu,ada tabung ladybug.....cantik sangat....teruja bila bukak2 kotak ada tabung tu........Star

 Ada 2 pasang copstik,keychain,cermin comel...dan kad raya pun ada.......thanks againThank You

 Nie dia fridge magnet bentuk baju kebaya.....
dah letak dh kat dinding fridge.........

 Walala.....dapat juga sebuah novel....ingatkan tak dapat,bolehlah baca time2 masa terluang.....ada masa terluang ke????...sibuk memanjang je....apalagi Zzzzzzzz.....Sleepinghehehe....




 Tak sempat lagilah nak baca Kak Sha.....sorry yea,nanti kalau dah baca baru boleh saya komen, ok!.....


Akan ku penuhkan tabung nie dengan duit raya anak2 nanti...Thank Youvery much!.........

Monday, 13 August 2012

Menang Tempat Ke 5 - Kuiz Shahriah Abdullah

Semalam 11 /8/2012 ,setibanya ku ke tempat kerja jam 11.00 malam,ku terpandang satu kotak besar.......(dlm hati sudah kuduga)..kotak besar yang berbalut kaler kuning tuu....haaa...milik saya rupanya....Happy 1

Syukur alhamdullilah yang tak terhingga dan tak terkata(tp dlm hati ada  sebut alhamdullilah tau),dan berkat kesabaran ku menyertai kuiz Kak Shahriah Abdullah akhirnya membuahkan hasil....rezeki penghujung Ramadhan ok!...
Hahhhh...nie dia muka depan kotak tu......tengok betul2 nama tu.....kalau tak nampak jugak klik gambar tu biar besor sikit.........tertera namaku...saja  je nie nak tunjuk bukti...hikhikhik...

Sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan teman-teman semua......Happy 1

YESSSSSSSSS!DAPAT JUGA DALAM SENARAI TOP 10!Happy 1Alangkah bertuahnya diri ..maceh yea Kak Sha....
..kali nie tak dapat nak uploadkan gambar hadiah2 nya kerana camera ada problem sikit......Alkisahnya,sejak beli samsung galaxy note nie,SIM kad & sd card asyik bertukar2 tepon ,so..lama2 sd card dh x leh baca........zerooooo....0000000 item...
Maknanya segala gambar yg terdapat di sd card turut hilangggg......aarrrrgggggggghhhhhh!
..............

Memang tersangatlah happyyyyyy hati ini kerana dalam kotak tu ada jugak ada sebuah novel.....SETITIS KASIH...thanks Kak Sha....Happy 1

Antara senarai2 hadiah tempat ke 5.....thanks  again Kak Sha........next time anjurkan lagi yea,x sabar2 nak join lagi nih!.........hihihi....Happy 1


Terima kasih banyak2 yea Kak Sha kerana hadiah tu...............Anak dara saya dh habis baca satu buku dah,lepas terima hadiah tu,terus dia amik  & baca....mamanya je yg lum sempat2 lagi nak baca....hehehe....Happy 1

Apa pun jua saya doakan semoga Kak Sha  dan keluarga suksess selalu dan bahagia selamanya....
Tinggal seminggu lagi umat Islam akan menyambut Syawal dan dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari mohon kemaafaan sekiranya selama saya berblogging nie ada menyinggung@menguris perasaan @emosi Kak Sha.........samada kita sedari atau tanpa disedari....Happy 1

p/s akan bersambung ke entry seterusnya....tungguuuuuuu...Happy 1