Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Photography Contest/Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Photography Contest/Fotografi. Show all posts

Monday, 24 February 2014

Hasil Men"snap" petang semalam kat Taman Wetland

Ahad,petang semalam gi kat Taman Wetland,my hubby ajak,nak ajar amik gambar katanya....
sungguh2 dia suruh saya masuk photograpy contest ....anjuran Taman Wetland,yg akan diadakan pada 1 & 2 Mac nie......temanya fauna.....tapi rasa macam tak yakin je....yelah kena gi sorang2,my hubby nak terbang gi Surabaya,lama pulak tu....start 27/2 nie dia dh berangkat sampailah 3/3 nanti...tinggallah saya ngan anak2 kat rumah.....tu yg x yakin ,kalau dia ada rasa semangatlah sikit kan!!..
suh amik fauna,dia amik flora.....tp x pelah,cantik jugakkan...
  Ni sempat jugaklah snap petang semalam....

 Pepatung,susah jugak nak bagi dia dok diam2....pantang kita gerak jer,dia terbang....





perlu belajar lagi,masih ada lagi yg tidak memuaskan...

Wednesday, 19 February 2014

Rezeki Pertandingan Fotografi Karnival 1001 Rasa Sate Kajang

Sekadar nak kongsi kegembiraan  bersama....
Rezeki lagi ....Sempena Karnival 1001 Rasa Sate Kajang..
Alhamdullilah,Syukur....
lepas nie kena berjinak2 lagi dlm dunia photo contest.....

Sijil Penyertaan dan wang tunai RM1000.00


Tema"Keriangan dan Persekitaran" Sempena Karnival 1001 Rasa Sate Kajang.

Tuesday, 2 July 2013

Menang Pertandingan Fotografi Floria 2013

Pada 30 Jun 2013,jam 3.00pm,majlis penutup dan penyampaian hadiah Floria Putrajaya 2013 telah di adakan bagi mengiktiraf pemenang2 anjuran PPJ sempena Floria tersebut.
Kami gerak dari rumah pun dah pukul 3.00pm,nasib baik dekat jer dgn rumah.Sampai jer kat sana,dah penuh dah orang,kami dok kat kerusi tepi2 yg disediakan.

Sajian petang itu adalah kambing panggang,nasi goreng,ayam goreng,kuey tiaw goreng,bihun sup,buah2an dan air oren serta teh panas.


 Wawa menang tempat ke 2,hadiah berupa RM800.00,sijil dan trofi.

Wah!banyak tu.....rezeki2,.alhamdullilah.Tahun depan wajib join lagi nie...mama pun nk join jugaklah!...

Dapat Jemputan

Dapat panggilan dari urusetia Floria Putrajaya pada hari sabtu,29/6/13 yang mengatakan nama anak ,Azwa bt Hanafiah  tersenarai dalam pemenang pertandingan fotografi.Syukur,Alhamdullilah tersangkut jugak gambar yang dihantar utk pertandingan fotografi sempena Festival Floria 2013.Dan dapatlah kad jemputan ini dari Perbadanan Putrajaya ,supaya menghadirkan diri ke majlis penutup dan penyampaian hadiah Floria Putrajaya 2013.
Dapat tempat ke berapa ?...Haa....suprise!!!!....

Wawa masuk dalam kategori C,yang mana bayaran hanya RM5.00 saja.