Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Saturday, 13 October 2012

Selamat Hari Lahir,baby Fifi

9/10/10,jam 3.50pm...bermulalah kehidupan baru baby fifi,lahirnya ke dunia ini dalam sebuah kereta kami,ketika nak menuju ke hospital,bertemankan en suami ,sambil men'drive"............dgn semangat yg kuat dan tekad ,capai & angkatlah jugak baby & taruk kat atas riba.....sementara untuk sampai ke hospital.....

Pejam celik,pejam celik dan hari ini jugalah genap 2 tahun kelahirannya,alhamdullilah Cik Fifi nie masih lagi breasfeeding.
Mama doakan semoga anak mama ini diberikan kesihatan yang baik,menjadi anak yang disayangi.....,semoga berjaya dunia dan akhirat,insyaallah,amin.


cuti jalan-jalan Gunung Lang,Ipoh,Perak.

Floria Putrajaya 2012

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK NUR AIN SAFIRA.....

Saturday, 26 May 2012

Happy Birthday To Me ^ _ ^.






Dan selamat pagi semua........
...12.29am...
Hari ini 26 Mei 2012 & berpuluh-puluh tahun yang lalu bersamaan 26 Mei 197 _,genaplah umurku 3 _?....siapa tau cuba teka,kot2 betullah tekaan anda kan....
Syukur Alhamdullillah,celik mata   dari tidur je masih lagi diizinkan melihat dunia dan masih lagi diberikan kesempatan untukku meneruskan kehidupan di bumi Allah S.W.T serta disamping membahagiakan suami dan anak-anak .......

sedapnyalah kalau dpt kek ini betul2...huhuhu...




Ditujukan khas untukku sendiri....
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRANKU
yg ke.....(biarlah rahsia....huhuhu...)





Semoga diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan,kesejahteraan dunia dan akhirat dan dipanjangkan umur serta murah rezeki.Moga2 kehidupanku bersama suami dan anak2 diberkati dan dilindungi serta dirahmati oleh Allah S.A.W..Ingin Menjadi seorang isteri yang solehah,taat kepada suami dan menjadi ibu yang baik dan penyayang untuk anak-anakku .Amin.

Nak amik 3 sekali kad harijadi ,yang di  atas tu untuk diberikan kepada diriku sendiri.....
Yang menyambut hari lahir pada tarikh ini juga saya ucapkan selamat lahir.........Semoga panjang umur,murah rezeki.Amin..........

Saturday, 14 January 2012

Selamat Hari Lahir .....ASMA....^ _ ^......

Assalamualaikum dan selamat petang...
Asma bersama mama dan fifi....
ASMA,MAMA,WAWA.FIFI,HANA DAN YAYA.
Tanggal 14 Januari 2000,hari Jumaat pukul 10.08am lahirlah puteri sulungku dan suami.Dan hari ini adalah hari ulangtahun kelahirannya dan yang  kami beri nama ASMA' BT HANAFIAH .ASMA' berkongsi tahun kelahiran dengan adiknya AZWA.Bezanya ASMA' keluar awal tahun manakala AZWA keluar hujung tahun(Ulangtahun kelahiran AZWA pada 22 November 2000) .Tempoh 12 tahun sudah berlalu begitu pantas tanpa disedari.ASMA' dan AZWA akan melangkah ke tahun persekolahan  2012 yang penuh dengan debaran.....tahun peperiksaan yang penting selama dia bersekolah rendah.


      Ayah membelikan sebiji kek,meskipun Asma kurang menggemarinya...tetapi tetap juga menjamahnya walaupun sedikit........


sebiji kek berharga RM 28.00.Kek ini dilayer dengan aiskrim coklat ......


SELAMAT HARI LAHIR....
ASMA' BT HANAFIAH
KE 12 TAHUN.
MAMA doakan ........ASMA'.......
Semoga dipanjangkan umur,diberikan kesihatan yang baik,dilindungi olehNya,menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.INSYAALLAH....AMIN.
..Sayang dari mama..
.................^ _ ^..................

myda_ahmad
..........................................

Tuesday, 25 October 2011

Hari Lahir Hana Safiyyah

Mama,Yaya,Hana Safiyyah.
Assalamualaikum.....
Hari ini 25/10/11 ,hari ulangtahun kelahiran anakku ..HANA SAFIYYAH yang ke 7 tahun.Mama doakan semoga menjadi anak yang solehah dan sukses di dunia dan akhirat.Happy birthday to you....


************************************
myda_ahmad

**************

Tuesday, 19 July 2011

Hadiah Hari Lahir Yaya


Assalamualaikum....

 Ini hadiah daripada mama sempena ulangtahun kelahiran Yaya yang ke 3.

Yaya cuba2 naik basikal yang ada kat Manjaku....Habis semua tempat dia pusing....


Yaya anak ke 5 daripada 6 orang adik-beradik.Tarikh 29 Jun yang lalu,genap Yaya 3 tahun.Seperti ulangtahunnya yang lepas2,mama hadiahkan yaya kereta mainan utknya.Untuk tahun ini mama hadiahkan yaya sebuah kereta mainan juga....Selamat Hari Lahir Yaya.....


Bukan Yaya aje yang nak berposing kat Manjaku ini,mamanya dan Fifi pun nak juga amik bahagian....hehehe....


 Mama sempat lagi berposing ngan Fifi...







Fifi 9 Bulan....


****************************************
myda_ahmad

*****************