Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Bihun/Mee/Kuey Tiaw/Maggie. Show all posts
Showing posts with label Bihun/Mee/Kuey Tiaw/Maggie. Show all posts

Sunday, 22 September 2019

Rojak mee

Assalamualaikum.....
Sis suka makan rojak mee,alkisahnya,rojak mee nie telah diberi oleh Dani,semusim yang lalu...belum sempat2 nak buat sendiri,sbb yg makannya x ramai,anak-anak pun tak suka..baik beli aje kan....


sedapnya....sesekali makan baru rasa nikmat kan....
lepas nie kalau nak repeat lagi kenalah beli....dh takde yg free-free lagi....

Friday, 20 September 2019

Kami ke Pantai Bagan Lalang

Assalamualaikum
Ini adalah menu sis dan family jalan-jalan ke Pantai Bagan Lalang.Sis bawa perapan ayam ,udang,sosej.Ada yg tak de dalam gambar.Kebetulan anak-anak cuti sekolah ,sis bawak sekali adik-adik dan mak jalan-jalan ke bagan Lalang....
Tak jauh mana pun dari Bandar Baru Bangi,lebih kurang 30 hingga 45 minit sampailah situ....
Sis dari rumah awal dalam pukul 10 am mcm gitulah ,sampai-sampai sana anak-anak dah tak sabar nak main air....

kebetulan kami sampai air surut lagi....jenuhlah anak2 jalan ke tengah2 laut...berendam,berjemur sakanlah diorng dengan panas2 terik...huhuhu...nasib baik bawa krim UV....sis sapukan keseluruhan mukanya dan tangannya yg terdedah dgn cahaya matahari...



sis perap dulu ayam semalaman.Sis bakar je dalam kuali pemanggang ajaib nie...senang,jimat masa dan tenaga.... 



family kami ramai,adik beradik 10 orang,ni adalah sebahagian yg pergi....yg kecil2 mandi-manda tak ingat nak balik...



moment anak-anak snap siput dengan iphone.

Pantai Bagan Lalang,Sepang.


Alhamdullilah,hidup ini semakin singkat,hargai setiap masa dengan orang-orang yg disayangi,selagi kita masih ada.

Friday, 14 March 2014

Kuey Tiaw goreng

breakfast untuk pagi hingga ke tghhari ini,mula2 goreng 1 bungkus aje,bila anak2 balik sekolah diorg request nak  makan kuey tiaw lagi.......nak x nk kena jugaklah masakkan,walaupun dlm masa yg sama kena msk utk lunch jugak.......huhuhu....kalau mskkan utk anak2 x yah banyak2 letak isi dlmnya,cuma is ayam@fishball aje dan telur....tapi kali nie dapat beli kueytiaw  yg potongannya yg kecil2,dh lama cari yg cam nie,selalunya kalau yg ada kt kedai tu lebar2....bila msk dia kembang,x sedap......
Nak wt camner,ni aje yg diorg boleh mkn banyak,kalau nasi,nak abis 1 pinggan pun payah.....goreng dgn cara yg ringkas aje...

Bahan-bahan:-
Kuey Tiaw
Isi ayam@fishball
Cili giling
Sos cili
sedikit belacan
Kiub pati ayam
Minyak secukupnya
Kicap manis@pekat
Bwg putih -ketuk aje
Telur
Taugeh & daun kucai

Bhn lain:
Kicap cair +potongkan cili hijau
Perahan jus limau

Caranya:-
Basuh sat kueytiaw tu,tp jg lama2.Panaskan minyak,masukkan isi ayam,goreng sat,masukkan bwg putih dan cili giling,biarkan jap hingga naik bau.
Masukkan telur,kacau bg hancur,masukkan sos cili,kicap pekat,masukkan kueytiaw,kacau mesra.
Masukkan kiub pati ayam & sedikit belacan hancur.Kacau rata.Last sekali baru masukkan taugeh.
Kacau sebati dgn api sederhana,perasakan garamnya.Bila dh ok boleh tutup api.
Hidangkan dgn kicap +cili dan perahan sikit jus limau nipis.Mmg menambat selera bila ada rasa masam2 gitu.

Tuesday, 18 February 2014

Bihun Sup

 Malam semalam dh kepingin benor nak makan bihun sup,nk gi kedai punyalah malas sungguh,dengan bdn yg lemah dan pening2 nie...so cuma sumbat mulut dgn biskut kering cicah air milo je....jadilah daripada biarkan perut kosong,yg penting terisi jugak kan!!!!....

Dah kepingin nak makan, so pagi2 dh gi kedai,beli bahan2 nak masak.....
maka dengan rasminya lunch hari nie adalah bihun sup......
mudah dan senang dimasak...
anak2 pun suka sgt bihun sup nie,nak2 lagi si Yaya .....bertambah2 dia makan,habis 1 mangkuk tambah lagi 1 mangkuk bihun......suka tgk si Yaya makan banyak....


Kalau masak sikit je,biasanya saya rebus terus aje....tapi kalau nak buat banyak2 saya tumis dulu bahan2 nya...

Bahan-bahan:-
1 paket bihun
1/4 drp 1 ekor ayam-potong kecil2
Sup bunjut(lalukan air ke atasnya,supaya hilang kotoran@habuk2)
2 kiub pati ayam knorr
Garam
Air secukupnya
Serbuk sup abadi secukupnya
sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak utk menumis


Bahan tumbuk:-
Halia
Bawang merah
bawang putih

Bahan tumis:-
Kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
Bahan lain:-
Taugeh,daun bawang,daun sup,bawang goreng

Cara-caranya:-
  1. Masak air hingga didih,masukkan bihun,slowkan api,biarkan hingga lembut.Toskan.Kemudian jiruskan air sejuk ke atas bihun dan toskan lagi.
  2. Panaskan minyak,tumiskan bhn tumis dan bhn tumbuk hingga kekuningan.Masukkan ayam,kacau sebati dan biarkan ayam tadi masak sekejap atau hingga keluar minyak.
  3. Masukkan air,kiub pati ayam,sup bunjut,garam,serbuk sup adabi,serbuk lada hitam.Biarkan hingga mendidih.Renih dgn api sederhana
  4. Biarkan sup ayam tadi mendidih,kita sediakan bhn2 lain seperti daun sup, daun bwg,taugeh dan sambal kicap.


SAMBAL KICAP
6-10 batang cili padi hijau
 2 ulas bawang putih  
Kicap manis
Sedikit jus limau nipis

Caranya:-
Tumbuk cili dan bwg putih hingga lumat.
Masukkan ke dlm mangkuk kecil dan curahkan kicap manis.
Tambahkan sedikit perahan jus limau nipis.Kacau sebati.Siap.




Thursday, 19 July 2012

Mee Bandung Kak Hanieliza


 Salam pagi khamis dan semoga semua ceria2 selalu.....semenjak 3@4 hari nie,cuaca pagi agak mendung je,nasib baik tempat jemuran kain kat rumah ada atap,kalau tidak belum sempat kering,dh nk kena angkat balik.....hhuhu...malasnya nk buat benda2 tu......


Menu bf pagi nie....mee bandung ....resepi cari kat fotopages Kak Hanieliza....Terima kasih yea kak utk resepinya....Mohon dicnp di sini juga yea.....




MEE BANDUNG 
Resepi:Kak Hanieliza

Bahan-Bahan: 
  • 500 gm mee kuning (dicelur) 
  • 300 gm ayam (dipotong kecil) -saya gantikan fish ball & fish cake
  • 2 s/b cili mesin 
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk) 
  • 2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air) 
  • 5 sudu besar sos tomato 
  • 3 sudu besar sos cili 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 2 biji limau kasturi/nipis (belah 2) 
  • 2 biji telur (rebus dan belah 2) 
  • Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris) 
  • 1 biji tomato (belah  
  • bawang goreng 
  • cili merah/hijau (mayang) 
  • Garam & minyak masak 
  • 1 biji kentang-saya tambah(utk pekatkan kuah)-rebus  & blender

Cara: 
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, 
  2. bawang merah & cili kisar hingga garing. 
  3. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih. 
  4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Masukkan juga kentang yg diblender.
  5. Biarkan merenih perlahan-lahan. 
  6. Masukkan udang, sawi, & masak selama 2 minit. 
  7. Bila dah masak boleh ditutp api dan hidangkan. 

Tuesday, 3 July 2012

Mamee Slurrppp Gorenglah yang sedappppp......


tambahkan telur,carrot,kobis utk menyedapkan mamee slurrpp goreng ini

Malam memang jarang makan nasi,kalau makan pun mkn kt luar(bukan selalu)....kat rumah sekadar maggi goreng,roti @biskut cicah air milo saja......hanya makan yang ringan2 saja.....sekadar utk mengalas perut....

Kalau ikutkan hati maggi pun malas nak msk,fikirkan anak2 nk mkn.....so,nak masak yang mudah & ringkas.....maggilah apalagikan.... sekali-sekala tu boleh,tp x boleh dibiasakan,x elok makan selalu...tp yang x elok nielah yang suka mkn selalu.....huhuhu.....anak2 pantang menolak kalau dihidangkan mamee goreng.......



Thursday, 29 March 2012

Mee Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi Khamis....
Bf kami hari nie .....Mee Goreng.
Lagipun dh lama x makan mee goreng,asyik2 bihun goreng je....,nasi lemak....jemu jugak!


Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning-basuh & toskan
1 bawang besar-ditumbuk
3 biji bawang putih-ditumbuk
2 papan fishcake-dipotong2
6@7 biji fishball-dipotong
sedikit udang & kerang
2 sb serbuk cili kisar
sedikit belacan
1/2 kiub pati ikan bilis
Air & minyak secukupnya
Sawi dan taugeh


Bahan sos:
1 sb sos  tiram
3 sb sos cili thai
4 sb kicap manis
1 sb sos ikan


Cara-caranya:
1.Tumis bawang merah & bwg putih yg ditumbuk.Masukkan belacan , kiub pati ikan bilis & serbuk cili kisar.
2.Masukkan fishball& fish cake serta udang dan kerang.Biarkan sebentar hingga masak.
3.Masukkan semua bhn sos  dan sedikit air,kacau rata,kemudian masukkan mee kuning&kacau lagi.
3.Masukkan sawi & taugeh.Kacau sebati.


*****************************************************
myda_ahmad

*****************************

Monday, 27 February 2012

Lunch Hari Ini

 Assalamualaikum semua.....


Lunch hari nie adalah sayur Sio Pak Choy dan Mee Sup.....
Sebenarnya memang nak masak mee sup aje hari nie,tapi disebabkan sayur nie dah nak semakin kekuningan ,maka tak bolehlah dibiarkan lagi lama dlm petiais.Sebagai gabungannya saya campurkan sedikit carrot dan udang yang telah dibuang2 kan kulitnya......Cara penyediaannya pun simple dan mudah....


Bahan2nya seperti:
Sio Pak Choy
Carrot
Isi udang
Lada merah
bawang merah-hiris
bawang putih-ketuk
sos tiram
stok ayam
sos sotong
sedikit air dan minyak


Cara-caranya:
1.Panaskan minyak,tumiskan bawang putih yg diketuk,kemudian masukkan udang dan goreng sebentar.
2.Masukkan carrot bawang merah dan cili merah,kacau sebati.Letakkan sos tiram,sos sotong dan stok ayam
3.Kemudian, masukkan sio pak choy.Kacau2 lebih kurang dan tutup api.






Menu ke 2 adalah Mee Sup

***************************************
myda_ahmad

**************


Kuetiaw Goreng

Assalamualaikum....
Ingatkan pepagi nak minum shake Herbalife saja....
tapi disebabkan tergoda dengan bau aroma kuetiaw yang menusuk tekak,maka tak jadilah nak berdiet........disebabkan dah masak,so kenalah menjamah jua........
dari hari ke hari,dari bulan ke tahun... asyik think to diet je......

Semalam bf kuetiaw goreng je...
lgpun ada stok kuetiaw dan mee kuning saja kat rumah...
kalau mee kuning,ada anak yang kurang suka makan...
so,saya pilih kuetiaw daripada mee kuning....


Kali nie goreng tak guna cili kisar@cili boh,saya gunakan serbuk cili kisar dan ditambahkan dengan sedikit isi udang.......


*********************************************
myda_ahmad

******************

Monday, 13 February 2012

Kuetiaw Goreng


Assalamualaikum.....
Waalaikumussalam.....jemputlah masuk,duduk2 dulu yea,tuan rumah nak buat breakfast jap....masak simple dan....main campak2 je...nak cepat,nanti tetamu tertunggu2 pulak apa menu bf yang nak disajikan....
tunggu jap yea.....(beberapa minit kemudian).....
Ok,menu bf dh siap,sajian utk tetamu yang bertandang adalah Kuetiaw goreng dengan ayam....
Sambil2 menjamu mata tu,meh kita lihat apa bahan-bahannya yea...

Bahan-bahan:
1 bungkus kuetiaw-di basuh dan ditoskan.
1 ketul ayam bhg dada-dipotong kecil2
2 bji telur
1 sb serbuk cili
1 sb sos tiram
2 sb sos cili
2sb kicap manis
1sb sos ikan
2 biji bawang putih-diketuk
2sk serbuk pasti sedap
Minyak
sawi/taugeh/daun kucai/daun ketumbar
Bawang goreng

Untuk sos kicap:
2cili hijau-dipotong pendek2
2 sb kicap cair

Cara-caranya:
1.Basuh kuetiaw dan toskan.Ayam dipotong kecil2 dan basuh serta toskan.
2.Panaskan minyak,masukkan ayam,goreng sebentar,kemudian masukkan bawang putih,bila  ayam dh agak2 lembut , pecahkan telur.kacau hancur.
3.Masukkan keutiaw,kacau rata,masukkan serbuk cili,sos tiram,sos ikan,kicap manis dan serbuk pasti sedap.
4.Akhir sekali,masukkan sayur.Kacau rata dan padam api.Sedia utk di hidang.
*Utk menyedapkan lagi,perahkan limau nipis ke atasnya dan taburkan bawang goreng serta daun ketumbar.Garam tak perlu kerana sos ikan  juga akan menjadikannya rasa masin.
Selamat menjamu selera..

Saturday, 4 February 2012

Maggie Goreng

Assalamualaikum semua......
Maggi goreng nie dinner 2 hari yg lepas,baru nk updatekan....anak2 mmg suka sgt maggie kalau digoreng....
apa yg pasti bila masak sebungkus memang x cukup......utk menyedapkannya lagi tambahlah udang @ayam dan sayur2 .....masaknya senang dan mudah....mcm goreng mee@bihun ....sama je....


****************************************
myda_ahmad

*****************

Monday, 9 January 2012

Mee Siput goreng mamak

Assalamualaikum.......
Semalan teringin nak bf mee goreng,tapi bahan mee kuning x adalah pulak....cuma yang ada mee siput yang bulat2 dan kering tu.....tak apalah mee siput pun mee siputlah.....lagipun dah lama mee siput nie terperap kt dapur.....so,apalagi jom kita mulakan proses masak-memasaknya....



by:myda_ahmad
Bahan-bahannya:
4 keping mee siput(direndam dlm air suam-nak cepat kembang)
1 pokok sayur sawi-di potong pendek
1 biji telur


Bahan utk menumis
1 /2 labu bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
sedikit belacan
________________
2 sb sos cili
2 sb cili kisar
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
garam dan bahan perasa
minyak
___________
tomato-hiasan
limau nipis


Cara-caranya:
1.Mee siput direndam ke dlm air suam supaya cepat kembang.Bila dh kembang,toskan.
2.Tumbuk bawang merah,bawang putih dan belacan.
3.Tumis bahan yg ditumbuk hingga sedikit garing,masukkan cili kisar,kemudian masukkan sos cili,sos tiram,kicap manis.
4.Masukkan mee siput dan pecah telur kedlmnya.Kacau rata hingga masak.Masukkan garam dan bahan perasa dan masukkan sawi.
*Jika nak sedap lagi,perahkan limau nipis .


*********************************************
myda_ahmad

******************

Tuesday, 3 January 2012

Mee Goreng

Assalamualaikum dan bertemu kembali.....
Lepas N3 Kuih lapis diposkan kini tibalah giliran N3 Mee Goreng .Mee goreng nie sebenarnya utk breakfast hari Ahad yang lalu,cuma terlalu sibuk sejak kebelakangan nie,maklumlah cuti sekolah kian tamat....dan akan bermulalah penggal persekolahan yang baru utk tahun 2012....Lagipun anak2 yang bersekolah ada 4 orang, dan segala kelengkapan dan persiapan utk persekolahan mesti disiapkan dengan segera.....


Oklah berbalik pada Mee goreng kita tadi yea.....sambil2  tu tgklah gambarnya sekejap......sebelum kita terus kpd bahan-bahannya......




 Mee Goreng .....kalau ikutkan anak2 pun kurang suka makan mee goreng ,tapi kalau bihun goreng memang laju.....buat 1 bungkus pun masih ada hingga ke tgh hari......mamanya jugak yg kena habiskan....


 Mee Goreng
by:myda_ahmad
Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning(dibasuh)
Taugeh
Sawi
1 batang sosej(dipotong kecil2)
1sb sos tiram
3 sb sos cili
3 sb kicap manis
garam dan bahan perasa
sedikit air
minyak
bawang goreng& tomato(hiasan)
______________________
Bahan kisar
10 biji cili kering
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit ikan bilis


Cara-caranya:
1.Tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak,kemudian masukkan sosej.
2.Masukkan sos tiram,sos cili,kicap manis,garam dan bahan perasa.Masukkan juga sedikit air.
3.Masukkan mee kuning,gaul sebati.
4.Akhir sekali,masukkan sawi dan taugeh.



*****************************************************
myda_ahmad

*******************




Saturday, 24 December 2011

Mee Sup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Menu nie pun dh seminggu lebih jugaklah saya masak....memandangkan masa tu terhad .....busy dengan shopping baju2 sekolah,alat2 kelengkapan sekolah,buku2 dan keperluan lain.So hari nie baru dapat updatekannya....

Mee Sup
Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning
1 mangkuk ayam(dipotong kecil2)
2 ulas bawang putih(diketuk)*
1 inci halia(diketuk)*
1 kuntum bunga lawang *
4@5 cawan air
3 kiub ayam knorr*
3 sb serbuk pati sedap*
1 biji limau nipis(ambik airnya)
1 sk gula*
Garam*
1 biji tomato(potong 4)
Taugeh
Bawang goreng

Cara-caranya:
1.Celurkan mee.
2. Masukkan air kedlm periuk dan rebuskan ayam sekali.
3.Kemudian masukkan semua bhn yg bertanda*.Reneh hingga ayam lembut dan masak.Last sekali masukkan tomato.Masukkan mee dan sup kedlm mangkuk serta taburkan bawang goreng dan taugeh.Perahkan limau(ikut suka).


*****************************************************
myda_ahmad

******************







Wednesday, 7 December 2011

Kuey Tiau Goreng

Assammualaikum....dan selamat petang semua....
Apa khabar anda semua?semoga sihat dan ceria2 selalu....Saya dan suami serta anak2 alhamdullilah sihat...kali nie N3  adalah berkaitan dengan menu bf pagi tadi.....Kami sekeluarga bf Kuey Tiaw Goreng.....Time cuti2 sekolah nie dapurku kenalah berasap selalu,anak2 mesti menanti utk perutnya diisi.....walaupun diorg asyik main game je,diorg mesti akan ke dapur utk mencari sarapan...nak tak nak kenalah buat sesuatu makanan...kalau dh masak dh tentu mamanya juga akan makan...mcm mane mamanya nak berdiet.....tp alhamdullilah ada juga suplement lain untukku amalkan iaitu product Herbalife....






My hubby ,kalau nak makan suka perahkan air limau kt kuey tiaw tu....bukan setakat kuey tiau je maggie pun dia letak jugak.....jom kita tgk apa bahan2nya.....

Kuey Tiau Goreng

Bahan-bahan:
1 bungkus kuey tiaw
2 ulas bawang putih-diketuk
1 biji telur
3@4 biji fishball-dipotong 4
1 papan fishcake-potong kecil2
1sb Cili giling@cili boh(saya guna cili kering yg diblender dgn bawang merah&bawang putih,biasanya saya buat banyak2 utk stok)
1sb sos tiram
2 sb sos cili
1sb serbuk pati sedap
1@2sb kicap pekat
1/2 sk garam
1sk sambal belacan(1 biji cili hijau +sedikit belacan)---kalau nk pedas.
segenggam taugeh
minyak utk menumis

Cara-caranya:

1.Basuh kuey tiaw & toskan.
2.Tumis bawang putih yg diketuk,masukkan cili blender,telur dan keuy tiaw.Kacau.
3.Masukkan fishcake & fish ball,sos tiram,sos cili,kicap pekat,serbuk pati sedap dan sambal belacan.
4.Masukkan taugeh dan garam.Angkat.Sedia dihidang.


Ini adalah sarapan mama waktu pagi minuman kesihatan untuk yang nak berdiet.....kalau nak sedap lagi  buat ais blended.....tambahkan 1 sb mixed soy powder dan 1sb protein powder.

***************************************
myda_ahmad

******************

Tuesday, 22 November 2011

Bihun Goreng Simple

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.....
hari ni kami sekeluarga hanya breakfast bihun goreng saja...maklumlah cara nak masaknya pun simple dan senang....Selalunya hari-hari breakfast nasi lemak @ nasi goreng....jemulah kalau asyik makan benda yang sama je.....Menu breakfast kami sekeluarga hari ni adalah bihun goreng je....

inilah dia bihun goreng yang dimaksudkan tadi.....
Kalau nak beli pun rasanya x cukup 1@2 bungkus....baik dan lebih afdal masak sendiri saja untuk anak2 makan....air tangan dari mama sendiri.....lagi sedap....





Bahan-bahannya pun simple saja hanya bihun,cili giling@boh,sawi dan bahan-bahan untuk menumis .....biasanya kalau letak fish cake@fish ball anak2 bukannya makan sangat benda2 tu.....so mama buat yang simple2 aje....


************************************************
myda_ahmad

*****************