Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Sukun. Show all posts
Showing posts with label Sukun. Show all posts

Thursday, 8 November 2012

Kerepek Sukun


Selamat petang to all my friend,moga2 sihat dan ceria selalu walaupun cuaca tidak menentu sekarang nie....kejap mendung,kejap hujan....kejap panas........maklumlah dah hujung2 tahun nie kan.

Ini entry ke 2 untuk hari ini.....Kerepek Sukun.Dulu time mengandung,saya memang  tak boleh makan banyak buah sukun.Haa..bila dah makan banyak tu mulalah angin satu badan.....yang tak tahannya bila dah jadi macam gastrik....Time tu dh tak leh nak buat apa2 dah,jam tu gak terus gi klinik dapatkan injection  buscopan....dah dapat injection tu baru lega.....Dan sekarang nie kalau nak makan pun kena beringat jugak,takut2 kena lagi..........tapi kalau buat kerepek,,tak jadi masalah,makan banyak pun takpe....



  
 Krap!krup!krap!krup!...tengah mengunyah kerepek sukun...Wow!sedapnyer.......
Lebihan daripada 1 biji buah sukun,sebelum nie ada goreng sikit....makan2 tak abislah pulak....maklumlah budak2 bukannya suka sangat,tapi kalau dibuat kerepek diorang makan.....1 balang pun boleh habis.......



 Sebelum digoreng tu saya lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit & garam,biar dia ada rasa masin2 sikit.....Ingatkan nak buat pengat sukun,tapi difikirkan balik..x jadilah..nanti tak de sapa pulak yang nak makan....kalau makan sorang2 tak best!....



Wednesday, 31 October 2012

Sukun Goreng


 Dan selamat petang!!!!!.....
Tengahari tadi dapat buah sukun.Errrrmmmm bestnya.Pakcik selang 3 buah rumah dari rumah saya yang bagi.Kalau tengok kat pokok yang dia tanam tu memang banyak betulll buahnya,cuma buah2nya ada yang tak sama saiz.Yang besar tu rasanya dah boleh dipetik,tak yah tunggu nak masak kat pokok,alamat cepat bonyok@lembiklah.....


 Hari2 nampak pokoknya yang tinggi lampai dan buahnya yang berjuntai2 kat dahan.....ada sekali tu,jatuh kat tengah jalan,bila keta lalu,dilanggarnya buah tu terus benyek,mungkin dah terlalu masak agaknya......
berkecai terusss...


 Selalu nampak sebab pokok sukun tu dia tanam kat tepi jalan sebelah rumah saya je.......kekadang bila lalu bawah pokok sukun tu,terfikir jugak sempat tak nak makan buah sukun,yelah jap lagi nak pindah umah.....bila dah jauh dari pokok nie,mungkin takkan merasa lagi.......

 Syukur Alhamdullilah,dapat jugak merasa lagi........Terima kasih yea pakcik kerana memberi dan saya menerimanya dengan hati yang suka.......Jap tadi goreng sikit je,sebab teringin nak makan,tupun tak sampai separuh.Yang lain tu simpan dulu,tunggu search resepi...........buat kerepek@jejari sukun pun sodap nie!!!!


 SUKUN GORENG RANGUP

 Bahan-bahan:

  • Buah sukun
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning@serbuk kunyit
  • Garam & air secukupnya
  • Minyak utk menggoreng


Caranya:

  1. Buangkan kulit buah sukun dan potong ikut citarasa serta basuh serta toskan.
  2. Satukan semua bahan kecuali minyak,kacau sebati dan jadikan batter.
  3. Celupkan potongan sukun dan goreng hingga garing .


 
 cicah dengan sambal kicap dan sambal tumis memang sedap........