Semanis Epal Hijau

Thursday, 31 May 2012

Donut



 Dan selamat petang.....
hari nie tangan dh gatal nk buat donut,nk cuba2 guna tepung pau yang baru 3 hari lepas beli kat giant....
Selama nie guna tepung gandum je.....alhamdullilah, tidak mengecewakan sangat lembut dan gebu....
Buatnya tghhari td.....sambil2 berblogging nie,sempat lagi tangan mencapai donut,mulut?......dh x sabar2 nk makan.....huhuhu,cepatlah2 masukkan dlm mulutku ini.....hik!hik!hik!......



Donut
by:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung pau
  • 2 sb gula kastor
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sb lemak sayur(shortening)
  • 1 sk garam
  • 2 sk mauripan
  • 1/2 cawan air (+-)

Bahan lain:
  • Gula halus utk salut donat
  • Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
  1. Satukan semua bhn kecuali air dlm mangkuk.Gaul rata.
  2. Bila dh sebati,masukkan air sedikit demi sedikit,sambil tu gaul dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Masukkan doh ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda.
  4. Terap menggunakan acuan donat,taburkan sedikit tepung pada permukaan dulang supaya donat tidak melekat.
  5. Rehatkan selama 5 hingga 10 minit.Kemudian bolehlah digoreng dengan api yg perlahan.
  6. Salut donut dgn gula.






Wednesday, 30 May 2012

Buah Sukun-Kudapan yang enak



masih dalam peringkat hiris-menghiris lagi...........
Selamat petang semua pengunjung  serta sahabat sahabatku......
Suka makan Buah Sukun?memang sedap kalau dibuat kerepek atau digoreng....Buah Sukun berbentuk bulat atau sedikit bujur mempunyai ukuran garis pusat di antara 10 hingga 30 cm. Pada kebiasaanya berat buah ialah antara 1-3 kg. Buah sukun selalunya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Buah sukun jika dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut. Sebaliknya pula, jika buah dipetik pada peringkat terlalu muda, ia akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa kelat yang tidak diingini.Ketahui lebih lanjut tentang buah sukun klik di sini .



Pokok Sukun yang ada kat tepi rumah saya nie memang tinggi,dah lebih tinggi daripada tiang elektrik.Musim bunganya antara bulan Februari dan Mac,dan sekarang ini buahnya makin banyak dan besar.Empunya pokok sukun memang suka bercucuk tanam,bermacam-macam yang ditanamnya,habis keliling rumah sewaku dipenuhi dengan pokok-pokok.Ada tanaman herba,ulam-ulaman,pokok-pokok pisang dan juga pokok gajus yang telah mengeluarkan buahnya.



3 hari yang lalu,empunya pokok sukun tu  bagi sebiji kat suamiku, ...sebiji je ke?tengok kat pokoknya bukan main banyak lagi.....Takpelah sebiji pun dah banyak juga untuk anak-beranak makan.Apalagi petang tu jugak aku kerjakannya.Lagipun aku tengok buah sukun yang dapat tu macam dah nak masak,warnanya pun kelihatan pudar sedikit,tekan2 mcm empuk.Amik sikit dalam 1/4 aku goreng dengan tepung dan yang selebihnya aku hiris nipis2 dan buat kerepek.Fullamak!sedap hingga tak terkata bila makan sukun goreng rangup cicah dengan sambal kicap.....memang sedap betullllllll.....(orang jarang makan macam tulah )...........






Nilah dia suku daripada sebiji buah sukun tadi,goreng dengan tepung dan makan cicah sambal kicap...yang goreng cam nie aku sorang je yang makan,anak2 makan yang kerepeknya saja.



gambar dari google



Saturday, 26 May 2012

Popia Rolled Quaker Oats


Dan selamat tengah hari.......
 Hari ini dh start cuti sekolah,masing2 sibuk nak balik ke kampung.Diharapkan semoga selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju....Saya tak boleh nak ke mana-mana dalam minggu pertama cuti ini kerana anak2 ada program Gerak Gempur UPSR di sekolahnya.Bila kita ada anak yg nak amik Exam UPSR nie,sedikit sebanyak kita kena berkorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit malah kalau ada plan percutian tu terpaksalah postpone dulu...........
Oklah,tutup cerita itu kita layan resepi popia salut quaker oats nie.Resepi amik dari sini .Ada olahan sikit kerana ada bahan2 yang tak ada  dan digantikan dengan bahan yg ada kat dapur je......


Popia Rolled Quaker Oats



Sumber:alizahouseofcooking.blogspot.com/
Diolah oleh:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 1 pkt kulit popia (40 kpg)-saya guna yg 250gm=50keping
  • 1 biji putih telur
  • minyak untuk menggoreng

Bahan Saduran :
  • 1 cawan nestum (kisar halus ) ]-saya gantikan  1/2 cawan quacker oats
  • 1/2 cawan susu tepung ] digaul bersama-saya gantikan milo
  • 3/4 cawan gula pasir ( kisar halus ) ]-saya letak 1/2 cawan gula 

Cara-cara :
  1. Potong kulit popia pada 6 bahagian.
  2. Gulung setiap kepingan kulit popia dan lekatkan gulungan dengan menyapu putih telur.
  3. Gulung sehingga selesai.
  4. Sekiranya gulungan terlalu panjang, gunting 2 gulungan tersebut.
  5. Goreng gulungan popia dengan api sederhana hingga kuning keemasan.
  6. Biarkan sejuk dulu,kemudian barulah letak bahan saduran.






Happy Birthday To Me ^ _ ^.






Dan selamat pagi semua........
...12.29am...
Hari ini 26 Mei 2012 & berpuluh-puluh tahun yang lalu bersamaan 26 Mei 197 _,genaplah umurku 3 _?....siapa tau cuba teka,kot2 betullah tekaan anda kan....
Syukur Alhamdullillah,celik mata   dari tidur je masih lagi diizinkan melihat dunia dan masih lagi diberikan kesempatan untukku meneruskan kehidupan di bumi Allah S.W.T serta disamping membahagiakan suami dan anak-anak .......

sedapnyalah kalau dpt kek ini betul2...huhuhu...




Ditujukan khas untukku sendiri....
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRANKU
yg ke.....(biarlah rahsia....huhuhu...)





Semoga diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan,kesejahteraan dunia dan akhirat dan dipanjangkan umur serta murah rezeki.Moga2 kehidupanku bersama suami dan anak2 diberkati dan dilindungi serta dirahmati oleh Allah S.A.W..Ingin Menjadi seorang isteri yang solehah,taat kepada suami dan menjadi ibu yang baik dan penyayang untuk anak-anakku .Amin.

Nak amik 3 sekali kad harijadi ,yang di  atas tu untuk diberikan kepada diriku sendiri.....
Yang menyambut hari lahir pada tarikh ini juga saya ucapkan selamat lahir.........Semoga panjang umur,murah rezeki.Amin..........

Friday, 25 May 2012

Kari Ayam



 Dan selamat petang kepada teman2 blogger serta pengunjung2 blog Semanis Epal Hijau........
Diharapkan semoga semuanya sihat dan dikala dan tika ini mungkin ada yang tengah berehat @ tidur @ menonton tv dsb.....@ mungkinkah ada yang baru nak lunch?...........



 Masakan kari di rumah ini kurang digemari oleh anak2,mereka lebih suka kalau ayam kalau dimasak sambal@merah.Tapi kali nie masak pun untuk my hubby.Ada juga lauk sampingan lain yang memenuhi ruang meja makan kami,seperti sambal belacan,ayam masak merah dan lemak kobis......Kari nie special sikit dari kari2 yg menggunakan santan yang banyak.Biasanya kari yang disukai my hubby nie jenis yang kari mamak ,pekat gitu.........
Ni kalau pekena roti canai nie mmg terangkat habis.........


Jom layan resepi Kari Ayam ini....Setiap orang mesti ada tersendiri nak masaknya,tapi yang pasti karinya itu mesti di tumis@ dimasak biar lama sikit supaya nanti perut x meragam.....
Kari Ayam
by:myda_ahmad

Bahan-bahannya:
  • 2@3 ketul ayam-potong 2
  • 1 biji kentang
  • 1 biji cili merah-hiasan
  • 1 asam keping@air asam jawa
  • Serbuk pati ayam knorr
  • 2 sb santan
  • Daun kari
  • Air & minyak secukupnya

Bahan tumbuk:
  • 4 biji bwng merah kecil
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia

Bahan tumis:
  • 3 sb rempah kari baba's-bancuh dgn sedikit air
  • 1 sk rempah jintan manis
  • Sedikit campuran halba,biji sawi,jintan manis,jintan putih

Cara-caranya:
  1. Tumiskan bahan tumbuk,kemudian masukkan bhn tumis dan daun kari,biarkan sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam,kacau sebati dengan tumisan kari tadi,kemudian masukkan sedikit air ,sedikit santan dan kentang,reneh sehingga ayam masak.
  3. Masukkan serbuk pati ayam knorr dan asam keping serta perasakan dgn garam.Reneh hingga kuah agak sedikit pekat .Kalau nak tambah bendi pun boleh...( saya x de stok bendi.)





Thursday, 24 May 2012

Sayur Lemak Putih




Gambar Sayur masak lemak nie dah lama tersimpan dlm folder,bukan x sempat nak publish cuma terlepas pandang.Kalau masak lemak sayur,ikan @ ayam,anak lebih suka ambik kuahnya saja.......my hubby langsung mmg x suka msk lemak,msk lemak cili api pun dia x suka....kalau msk kari pun x letak santan,msk ala-ala mamak gitu...sebab tu jarang sgt pamerkan msk2 lemak nie......kalau msk pun hanya utk saya & anak2 je.....sume org pun tau msk lemak kan,xpe layan jelah resepi ni....

Bahan-bahan:
  • Sawi,Carrot,bunga kobis,taugeh
  • Bwg merah-tumbuk
  • Bwng putih-tumbuk
  • Sedikit ikan bilis-tumbuk
  • Lada merah-potong menyerong
  • Santan
  • Sedikit air
  • Garam

Cara-caranya:
  1. Satukan santan & bhn tumbuk dlm periuk ,didihkan sebentar.
  2. Masukkan carrot,bunga kobis,lada merah,.biarkan seketika,kemudian baru masukkan sawi & taugeh.Akhir sekali perasakan dgn garam.

Wednesday, 23 May 2012

Terpaksa ku melangkah keluar.........

Agak lama jugaklah kami tinggal di Bangi nie.Sekitar tahun 1997 lagi saya berhijrah ke sini,dari zaman anak dara hingga kini,dh cukup 1/2 dozen dh anak kami....Pertemuan pertama dengan suami pun bermula di sini jugak....Kenangan2 manis daripada zaman2 remaja mmg x pernah dilupakan,mmg terpahat di sanubari hati ini.
Bandar Baru Bangi mmg strategik kawasannya,berhampiran pula dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM,MFI,KYPM,KUIS,ILIM dan banyak lagi,kawasan2 perumahan pun banyak didirikan disini,memang berbaloilah kalau beli sebuah rumah  di sini.

La nie,rumah2 kat sini memang laku habis dijual,macam pisang goreng.........masing2 berebut ingin membeli rumah,jangankan rumah untuk dijual,malah rumah untuk disewa pun cepat je org cari....(berdasarkan kadar sewa,kalau murah mmg cepat...)

Daripada tinggal kat Kajang Mewah,kemudian berpindah ke Seksyem 16 nie dan kini menetap di sini,walaupun bertukar rumah hanya selang beberapa buah saja .Di rumah yang ketiga dan terakhir kami pindah ini  telah  pun memasuki usia 10 tahun.Memang bestlah duduk kat rumah yg terakhir nie.Rumahnya corner lot,tempat parking pun luas,kat luar2 rumah pun masih lagi boleh parking,mudah kalau adik-beradik dan emak datang ke sini dan anak2 pun puas berlari ke sana-ke mari dengan adanya halaman tepi rumah....

Tapi,semalam dapat perkhabaran dari seorang teman empunya rumah yang kami sewa ini dan juga orang tengah antara kami dengan empunya.Kami bayar sewa pun melalui org tengah nilah.Selama duduk di sini tak pernah pun jumpa tuanrumah,ini kerana tuanrumah duduk di Terengganu setelah kematian suaminya.Berita yang disampaikan kurang baik bagi kami,kerana kami terpaksa keluar dari rumah yang telah kami sewa selama 10 tahun ini.Khabarnya tuanrumah nak duduk balik kat rumah ini.Ini yang merisaukan kami...Anak2 dh seronok sekolah kat sini,lagipun sekolah dekat dengan rumah.

Tapi nak tak nak ,kami terpaksa jugak mencari rumah yang berdekatan kat sini ,awalnya kami dh beli sebuah rumah di kawasan ini,cumanya sekarang adik yang duduk.Nampaknya,kami terpaksa gagahkan juga untuk menyuarakan hasrat kami untuk duduk di rumah yang kini di duduki oleh adik.Dengan pasrahnya,adikku terpaksa mencari rumah lain.....

Di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi Seksyen 16 yang kami duduki ini memang selesa kerana dekat dengan kemudahan seperti sekolah,bank2,pejabat pos,pasar malam pun dekat,klinik malah deretan kedai pun banyak serta medan selera pun bersepah-sepah.Kalau nak cari makan memang tak susahlah......kedai makan merata-rata...........

Tetapi kadar sewa di sini terlalu tinggi sekitar RM700 ke atas,mengikut  jenis rumah.Baru ini ,adik saya ada mencari rumah di di sekitar sini termasuklah di Jalan 6A.No telefon sudah terpampang di pintu pagar,so adik saya cuba  call menanyakan sewanya. Katanya  sewa RM850 sebulan,itu belum lagi bayaran nak masuk rumah.Biasanya tuanrumah akan meminta wang deposit sebulan sewa +sewa bulanan +api & air(RM200).Campur tolak darab bahagi semuanya RM1900 permulaan untuk masuk ke rumah .Tak sanggup2.Ya...Allah,x ade ke sewa rumah yang murah2?.....mengeluh sendirian..

Sekarang nie tengah dok sibuk mencari rumah2 sewa yang lebih murah di mudah.com .....Ya Allah! permudahkanlah segala urusanku di dunia ini....Amin.

Padprik Ayam


 Salah satu menu utama  yg wajib diorder bila masa makan kat kedai @ bungkus makan kat rumah......iaitu Padprik Ayam.Lagian kat rumah pun selalu jugak masak menu ini.........Suka letak isi ayam je,kalau letak lain2 cthnya;sotong & udang, anak2 kurang makan.......
Kalau ada daun limau purut & daun ketumbar lagi wangi baunya.......Yg ini x letak ,2 jenis daun tu xde stok kt esbok.....
Resepinya?......sebelum2 nie dah pernah masukkan dlm blog.....tapi x pelah,saya masukkan yg ke 2 kalinya.....lagipun tak semua orang suka belek2 kembali resepi yang dah lepas2....

Bahan-bahan:
  • 2@3 ketul ayam-bhgian dada(potong kecil2 & basuh)
  • Carrot-potong memanjang 
  • 5@6 Kacang panjang-potong2 sederhana pendek
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 2 biji bawang putih -diketuk
  • 1 biji bawang putih_diracik halus2
  • 5 tangkai cili kering-saya blender sekali ngan 2 biji bawang kecil & 2 bwg putih
  • 2 sb sos tiram
  • 4 sb sos cili
  • Sedikit kicap cair
  • Serbuk pati ayam knorr
  • Sedikit minyak
  • Sedikit air

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak,goreng bwng putih yg diracik halus,goreng hingga kekuningan,kemudian masukkan ayam,biarkan seketika,masukkan bwg putih ketuk ,kacau.(Saya suka guna bwg putih yg banyak kerana saya suka baunya)
  2. Masukkan cili blender,kacau hingga masak@sedikit kering.
  3. Masukkan 2 jenis sos,kicap cair ,serbuk pati ayam knorr....bila agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Bila agak didih,bolehlah masukkan carrot,kacang panjang & bwg besar hiris.Kacau sebentar.Perasakan dgn garam.(saya x letak garam kerana kicap cair tu dh sememangnya masin)

Kobis Beijing goreng belacan


saya suka racik2 macam gini..........
Dan selamat tengahari semua...........
Siapa suka makan sayur kobis?....sila ketawa..hehehe(termasuklah saya).Pastinya ramai di luar sana yang menggemari sayur kobis samada kobis beijing ataupun kobis Cameron.Sayur kobis nie elok dimasak sekejap je,dan bila dimakan nanti memang sedaplah,terasa mcm rangup gitu(betul ke ayat aku nie ha...)
 Selain itu kobis nie juga sesuai di buat colesclaw,dicampurkan dgn sedikit lobak merah dan mayonis.
Kadang2 tu,ada jugak saya nampak di kedai2 makan,kobis ini dijadikan ulam-ulaman.


 Semalam dan hari ini ,menu sayuran saya sama .....Kobis beijing goreng belacan jugak.....mmg favouritelah kobis nie.....kalau x de lauk lain pun x pe,asalkan ada kobis nie dan sedikit sambal tumis,mmg bertambah2 nasi........Anak sulung pun suka sgt mkn sayur nie,masak banyak pun x yah risau,dia boleh perabiskannya.....
Nak jugak letak resepi kat sini,kerana esok2 anak saya boleh belajar masak menggunakan resepi nie,dan x payah susah2 nak beli buku resepi.......Jom layan resepi ini......

Bahan-bahan:

  • Kobis Beijing-dipotong mcm gambar di atas
  • Carrot-potong memanjang
  • 1 biji bawang mesar-di mayang
  • 3@4 biji bawang putih-dimayang
  • 1 biji lada merah-dipotong serong
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit belacan
  • Minyak secukupnya
  • Garam & bahan perasa



Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak,masukkan ikan bilis dan belacan ,goreng garing sedikit dan masukkan bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan lada merah dan carrot,kobis,garam & bahan perasa,kacau sebentar.Angkat.



Tuesday, 22 May 2012

Kuih Kaswi Pandan Berlapis






Dan selamat petang........
Ini 2nd time buat kuih kaswi,tetapi kali ini ada kelainan sedikit.....namanya pun berlapis,dh tentu ada 2 warna yang berbeza.....1 warna hijau perisa pandan dan 1 lagi perisa asli  gula merah....memang sedap,x keras dan enaklah......Sebenarnya saya mmg suka sgt2 kaler hijau,tenang...tu yang selalu buat kuih pun cari resepi2 yang menggunakan kaler2 hijau.....hikhikhik.........          Amik resepi dari blog Dari Dapur Kak CT.Thanks yea kak sudi share resepi kuih kaswi yang sedap ini.Kreatif sungguh Kak CT nie,olah sana olah sini,rajin betul.....


 Buat dalam 1 loyang kecil,kemudian ada lebihan adunan lagi,so saya gunakan acuan kuih lompang untuk menghabiskan saki bakinya.......dalam acuan kuih lompang tu dapatlah 10 acuan yang kecil2 tu.........x boleh nak tayang banyak2 gambar yang dlm loyang tu,potongannya x cantik....tu sebab suka tayang yg kat dalam acuan yang kecik2.........




Resepi Asal di sini.Saya selalu jengah2 Dapur Kak CT,kerana sukalah tengok apa yang Kak CT masak.Cara dia snap gambar  dsb.........Gambarnya pun terang,x mcm gambar2 kat blog nie......(hihihi,kutuk diri sendiri)..............mmg betul pun.
Oklah apa kata kita layan resepi ini............sesiapa yang belum try tu, bolehlah buat.....



Comot betul potongannya kan....



Kuih Kaswi Pandan Berlapis
Resepi:Ciku Hafi @ myresepi
Sumber cnp:Dari Dapur CT

Adunan Pandan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung beras 
  • 2 cawan air 
  • 1/2 sudu kecil pandan emulco
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau
  • 1 sudu kecil air kapur

Adunan Gula Merah :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan gula merah #
  • 1/3 cawan gula pasir #
  • 2 cawan air # -  # masak hingga gula larut dan tapis. Sejukkan sebentar.
  • 1 susu kecil air kapur

  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • sedikit garam

Cara-cara :

  1.  Didihkan air dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada loyang dan alas dengan plastik bersih dan lebihkan sedikit untuk memudahkan kuih dikeluarkan nanti. Panaskan loyang sebentar dalam 5 minit.
  2.  Satukan semua adunan pandan dalam mangkuk kacau rata dengan whisk atau boleh juga diblend hingga halus kemudian tapis. Buat adunan gula merah juga seperti adunan pandan dan ketepikan dahulu.
  3.  Tuang adunan pandan dalam loyang 7 inci dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Bila adunan dah masak, cakar sedikit dengan garfu atasnya dan tuang adunan gula merah perlahan-lahan diatas adunan pandan tadi.
  4. Balut penutup kukusan dengan kain bersih agar air tidak menitik atas kuih nanti. Dan Kukus lagi selama 15 minit. Bila dah cukup 15 minit buka tutup kukusan dan biarkan adunan dalam 2 minit lagi. Matikan api, angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dengan mengunakan pisau plastik.
  5.  Kukus sebentar kelapa parut dan gaulkan bersama garam sehingga rata. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama kuih kaswi tadi. Selamat mencuba :)

Thursday, 17 May 2012

Hadiah Hari Ibu

Sempena hari ibu pada 13 Mei yg lepas,anak2ku telah menyediakan hadiah buatku.Pandai pulak diorg dengan senyap2 telah membeli & membungkus hadiah ini.Sehari selepas tu baru diorg bagi.....alhamdullilah,terharu sangat2.........
Inilah dia hadiah drp anak2ku....belum bukak lagi pembalutnya.......thanks yea anak2ku.....
ASMA,AZWA,MUHMMAD IFFAT & HANA SAFIYYAH


Nie dari Asma

yang ini pula dari Azwa

Iffat bg yg kaler kuning ,hujung tu....


yg nie dari hana safiyyah
Bersungguh2 betul diorg,kumpul duit ,semata2 nk belikan hadiah utk mama.Lepas nie mama pun jgn lupa,kena bagi hadiah pulak utk anak2 mama.Itupun anak lelaki mama dh pesan awal2 kalau hari kanak2 diorg nak hadiah jugak!........

Biskut Semperit


Ini adalah salah satu kuih raya tradisional masyarakat melayu.Tau x apa nama kuih raya nie?You all mesti tau kan.....alah saja2 nak buat teka-teki...
bebudak zaman sekarang nie kan ,ada yang x tau sgt pasal nama2 kuih tradisional nie......Maklumlah,zaman sekarang nie kuih raya main tunjuk je.....terus dapat...

Oklah berbalik pada entry utama kita kali nie,biskut semperit nie saya saja2 nak buat,x raya pun boleh makan kuih nie..hihihi....amik resepi biskut nie dari myresepi....thanks utk resepinya.....
Mohon ditepekkan resepinya kat sini yea.....



Biskut Semperit
Sumber:Nziela@myresepi
Bahan-bahan:
  • 300g butter
  • 160g gula aising
  • 100g tepung jagung
  • 160g tepung kastard
  • 240g tepung gandum
  • 2 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit.

Monday, 14 May 2012

TANDA-TANDA SEBELUM SAKARATULMAUT.





Sumber: fb Nurul Amir


 TANDA-TANDA SEBELUM SAKARATULMAUT.
Orang yg bijak adalah orang yg sentiasa mengingati mati.


• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.


Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.


Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.


Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


• Tanda 40 hari sebelum hari mati.


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.


Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


• Tanda 7 hari.


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


• Tanda 3 hari.


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


• Tanda 1 hari.


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


• Tanda akhir.


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Wallahua’lam..






"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.