Semanis Epal Hijau

Friday, 21 June 2013

Part 3 - Tasik Banding

Masih lagi dengan catatan ke Tasik Banding.Sepanjang menyusuri sungai Tasik Banding nie,hanya pokok-pokok saja yang kelihatan.Sesekali ternampak juga rumah orang-orang asli di tepi-tepi bukit di tasik ini.




 Selepas balik mandi dari air terjun,terus mandi kali ke 2 di boathouse,bila buka2 baju jer,ada pulak seekor pacat yang lekat kat kaki anak dara saya....arrrghh!apa lagi nangis si anak dara tu......Yaya kena jugak,tapi kat jari je...Masa nie bot sudah mula bergerak untuk pulang ,kira-kira dalam pukul 10.45am.


 Ini dia bahagian belakang boathouse.Kalau kerja2 memasak dilakukan memang penuhlah tempat ini..




 Kami menyewa 2 bot kecil,biasanya 1 boathouse hanya didatangkan dengan 1 bot kecil saja.....dan RM pun bertambahlah jugak yea....


 My hubby dan anak2....


 Time nie dah siap makan,sambil nak menunggu boathouse tu sampai ke jeti,sempat lagi posing2....


"mama,Azwa pun nak posing2 kat bot nie,....tangkaplah gambar"...









 Posing pulak kat tepi bot.....




 gambar belakang dah,gambar tepi bot pun dah,haaa,nie gambar bahagian depan bot pulak......


 Haa,nampak tak tu?jambatan....dah nak sampai jetilah.....


 Masih lagi sempat ambil gambar,nie saja buat funny,biar yaya tersenyum nampak gigi sikit,selalunya mmg payah nak buat muka ceria.....



Elly,saya,Fifi dan Yaya..



 Ni betul2 depan tempat kami duduk ......Sofia & Elly






 Alhamdullilah,sampai jugak akhirnya,penantian selama 4 1/2 jam menyusuri tasik.....percutian kami 2 hari 1 malam di sana.....sampai jeti dekat pukul 3.45pm.....




 Percutian kali nie memang menyeronokkan,apa yang penting dapat meluangkan masa bersama-sama anak-anak...,anak gembira mama pun suka....

Thursday, 20 June 2013

Donut Mayonis


Semalam  saya merajinkan diri utk menyediakan sajian minum ptg saya,selalunya time ptg2 saya dh tercongok  depan tv,santai2 dgn anak2,sambil ajar anak membaca, lelama saya pulak yg tertido.....hehehehe... 

Ok,resepi donut nie saya try dari blog cik ros@jintanmanis.Terima kasih yea Ros@jintanmanis kerana sudi berkongsi resepi.Mmg puashati bila dh mencuba resepi donut Ros nie,selagi x buat selagi tulah asyik terbayang2 aje.....Izinkan saya share resepi Ros kat sini pula yea,mudah2an dapat memberi manfaat kepada yg ingin mencubanya :)
Donutku ditabur dgn gula aising je,gula kastor  xde stok.....
DONUT MAYONIS
Sumber:blog rosmarlina@jintanmanis

Bahan-bahan:

  • 330gram tepung gandum(saya ayak dulu & sukat 3 cawan saja,kurangkan1 sb)
  • 1 1/2 sudu besar mayonis(ros guna mayonis kimball)
  • 1 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur(dipukul sedikit menggunakan garpu)
  • 140ml air suam
  • 1 1/2 sudu besar marjerin(saya gantikan 1 sb shortening & 1 sb minyak masak)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 4 gram yis( 1 1/2 sudu kecil)
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan donat mayo ni nanti

Cara-cara:

  1. Buat doh,Kaedah 1,penggunaan Bread Maker(BM),masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan statrt,tunggu sampai siap du sli dan boleh terus ke langkah no.4 di bawah.
  2. Kaedah 2,jika uli tangan,masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.Tips untuk mendapatkan doh yang lembut,ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik,ramas-ramas beberapa minit,lebih kurang 5 hingga 10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3.  Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagikan doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit,kemudian bentukkan seperti donut,lubangkan tengahnya,biarkan naik dua kali ganda dan goreng sehingga ke -emasan,gunakan api sederhana,angkat dan salut dengan serbuk gula.Sedia untuk dihidangkan .Selamat Mencuba.  


Wednesday, 12 June 2013

Part 2- Holiday Tasik Banding

Bahagian ke 2:
Ini hari yg ke 2,lepas bangun tido,solat...dan lepak2 jap kt bilik....pukul 8.30am,baru gi dapur nak siapkan sarapan,jenguk dapur x de lg org perempuan yg masuk dapur.....gi bahagian depan jap,ooooo,kat depan rupanya diorg perempuan....yg lelaki dah turun bot kecil,nk gi mancing,kanak-kanak yg lain sibuk mancing atas boathouse aje.....
Terus gi dapur,sediakan sarapan pagi,cari2 jumpa bihun,apalagi goreng jer bihun,Ada sekumplan anak2 yg nk gi mandi...sementara menunggu botman bangun sempat kejutkan anak2 saya dan adik.....tgk bot kosong ,terus offer diri saya nak gi mandi jugak.....
Ni tgh naik bot nak gi mandi kat air terjun,tapi x tau pulak ada nama air terjun tu...
 
Kami diturunkan dijeti,disitu kami akan berjalan melalui belukar kecil dan ditemani oleh botman tadi...


Nielah dia kawasan air terjun tu.....sungguh nyaman!!!...Sebelum sampai ke sini,kena melalui belukar2 kecil,berjalan dalam 15 minit,baru sampai ke sini.....



 me dan anak-anak...

 Asma'....peace!!!

 Elly dan sofia.....






 Iffat,lepas kena dengki dgn Asma'dh tak mau nk mandi lagi...merajuk terus dan menangis....


 Yaya

 Fifi

 Sofia & Yaya


 Mama & fifi pun nak tangkap gambar jugak!!!...

 Seronok dapat mandi.....lau x dok atas boathouse seharian jerlah....nilah salah satu aktiviti kami.....








 Tgk hujung tu,Iffat dh merajuk,dok jauh2......



 terapungggg ,bila mandi pakai jaket keselamatan......



 Yg nie dah menggigil kesejukan,tak mau berendam lagi dlm air.....eeeee sejuk!!!!
Dah puas mandi,kami beransur2 naik dari tempat air terjun,berjalan lagi melalui belukar  utk kembali ke bot tadi....Masa nak kembali ke boathouse kami di ajak mengelilingi tasik lagi,ronda 1 pusingan.....yeay!!!!....

Bersambung lagi.......