Semanis Epal Hijau

Friday, 31 March 2017

Ayam Ungkep Ikan pekasam




 Assalamualaikum ..
Dah lama saya tak jenguk blog kesayangan saya nie,rindu sangat nak berblogging. macam dulu.Kalau ada resepi yang dicuba pun share kat fb je..mudah dan cepat.

Hari nie gagahkan jari jemari menaip entry baru untuk kedua kalinya tahun 2017.Alhamdullilah....masak untuk family,kalau nk ikutkan hati nak je beli kat kedai,tapi memandangkan kedai makan pun penuh dgn tikus(tak semua kedai) so kita lupakan niat tu....skrg ni elok kita masak sendiri lagi puas hati dan tahap kebersihan pun terjamin.

Ayam masak ungkep ni asalnya favourite my hubby,memula dia mkm pun masa beli nasi ambeng kat bazar ramadhan 2 thn lepas...biasanya dalam set  nasi ambeng ni ada ayam masak kicap@ayam masak merah,mee goreng,ikan masin,serunding,sayur goreng dan ikan masin bulu ayam.Kalau lauk yg nie dia kurang sikit seleranya....tapi kalau ada pilihan lauk lain dah tentu dia akan pilih ayam ungkep.Ikan pekasam nie adalah pemberian dari teman sekerja yg dulunya kerja sekali,sekarang nie dia dh berhenti keje,balik kampung teman mamanya di kampung.




Untuk menambahkan seleranya yang dah dekat 2 minggu x makan nasi nie saya masakkan ayam ungkep nie,mudah2an bertambah nasi dlm pinggannya.(musim demam).




AYAM MASAK UNGKEP
Bahan-bahan:

  • Ayam potong kecil
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia,sedikit lengkuas
  • serbuk kunyit
  • ketumbar,jintan manis,jintan putih
  • cili padi-nak pedas boleh letak banyak
  • minyak,garam,aji,asam keping*
  • daun kunyit*

Cara-cara:
  1. Blender semua bahan kecuali yang bertanda *
  2. Panaskan minyak,tumis bhn blender tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam,gaul sebati ,kalau kering tambahkan sedikit air.
  4. Masukkan garam dan perasa serta asam keping.
  5. Reneh hingga masak.
(Kuah ikut kepekatan yang disukai)

Ikan pekasam tu  goreng garing,letak sikit hirisan bawang merah dan cili kering sikit...ummmpphh mmg menyelerakan.




Saturday, 21 January 2017

Alhamdullilah ..berkat usahamu membuahkan hasil.

ENTRY LAMA YG BARU NK DIPUBLISH

Assalamualaikum dan salam tengahari...
Dah dekat penghujung tahun 2016 nie lah, baru ada entry baru....tu pun entry berkaitan UPSR yang lalu jugak..
Alhamudullilah dan tahniah mama ucapkan pada Muhammad Iffat kerana berjaya memperolehi UPSR 5A yg yang telah diumumkan pada 19/11/2015.
Terus terang saya katakan memang tak sabar nak amik result UPSR anak,awal2 lagi sebelum jam 10 pagi dah ada kat sekolah,anak cool ,maknya yang lebih teruja ....berdebar2 rasanya...selagi belum dapat selagi tu lah tak leh dok tenang.Lama jugak menunggu sebab guru yang ditugaskan untuk mengambil result UPSR kat PPD tu belum sampai lagi.....nak sms ,tak ingat pulak no giliran UPSR anak,tu yang terpaksa sabar menunggu.....
Lebih kurang jam 11.00pagi  baru 2 orang guru yang ditugaskan itu sampai ......haaaaa,lagilah dapdup dap dup jantung nieee...
Nak dipendekkan cerita,bila diumumkan nama murid-murid yang dapat 5A,tak dipanggil lagi anak anak saya.Dok risau lagi ni..
ALHAMDULLILAH,SYUKUR PADAMU..YA ALLAH....SEGALA KERUNSINGAN DAN KEBIMBANGAN KAMI TELAH DIBALAS DGN KEGEMBIRAAN..




Barisan pelajar  yang memperolehi 5A bergambar bersama guru2 SK JLN Enam.