Semanis Epal Hijau

Wednesday, 29 February 2012

Popia Sardin


Assalamualaikum .....
Minum petang hari nie adalah  kuih popia sardin......
Kalau beli 5 dah RM2.00.Baik buat sendiri lagi puas makan kan!......




Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • 1 tin sardin(kecil)
  • sedikit carrot-dipotong dadu kecil2
  • 1/2 biji bawang besar-dicincang halus
  • 2 biji bawang putih-dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam dan bahan perasa
  • 1 biji telur-utk melekatkan kulit popia
  • sedikit jus limau nipis
  • sedikit minyak



Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak,tumiskan bawang besar dan bawang putih,kemudian masukkan carrot.Kacau.
  2. Masukkan sardin dan hancur2kan.Letak sedikit lada sulah dan garam serta serbuk perasa.Perahkan sedikit jus limau nipis dan kacau rata.Biarkan sedikit kering dan sejuk seketika.
  3. Masukkan inti sardin ke dlm kulit popia dan gulung dgn kemas.Buat hingga habis dan goreng hingga kekuningan.



myda_ahmad

*************************

Jus Mangga blended

 Assalamualaikum .......


Disebabkan masih ada lagi buah mangga kat peti aislah saya merajinkan diri untuk membuat jus mangga ini.Lagipun kalau dibiarkan 2@3 hari lagi mesti bertambah2 lembik dan busuk....dahlah tak dapat makan ,membazir lagi adalah.........
Anak2 saya ada yang suka dan ada yang tak suka makan buah mangga,tapi kalau en suami memang2suka sangat!.....Mangga nie pun dia yang beli......
Jus mangga nie sedap diminum ketika cuaca panas.....dapat menyegarkan anak tekak yang kering dan kehausan......kalau tak caya ,cubalah buat.....


Bahan-bahannya:
Buah mangga yang masak ranum-kupas kulitnya dan isinya potong2,
1sb pati mangga sunqick
ketulan ais
gula
sedikit air


Cara-caranya:
Blender semua bahan-bahan hingga hancur.Tuangkan ke dlm gelas dan masukkan 3@4 ketul ais.
******************************************************
myda_ahmad

*************************

Kari Sardin

 Assalamualaikum dan selamat berkunjung ke blog SejambakMawar Merah...........
Kalau dah hujung-hujung bulan nie kan,mesti banyak barang2 keperluan dapur yang sudah habis.Dan sementara menunggu untuk mencari masa yang sesuai  bershopping,maka jalan mudahnya beli je sardin,mudah lagi cepat dimasak......betul tak?......


Hari nie saya nak masak kari sardin.You all pernah buat tak?....mesti ada yang pernah kan!.....Kalau dulu2 mak saya suka masak sardin campur dengan santan pekat.Tapi saya tak pernah cuba lagi....maybe, next time kot.......
Oklah ,berbalik pada resepi nie,jom layan bahan-bahannya dulu......


Bahan-bahannya:
1 tin sardin(kecil)
1/2 sb sedikit serbuk kari
2 biji bawang putih-dicincang halus
1/2 biji bawang besar-dicincang halus
halia-dicincang halus
1 biji cili merah-potong menyerong
sedikit biji sawi & halba
Air dan minyak secukupnya
Garam dan bahan perasa
Asam keping


Cara-caranya:
1.Tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia.Kemudian masukkan biji sawi dan halba.Biarkan seketika.
2.Masukkan serbuk kari dan kacau rata.Kemudian,masukkan sardin,cili merah dan sedikit air serta asam keping.Perasakan dengan garam dan bahan perasa.


***********************************************
myda_ahmad

********************

Tuesday, 28 February 2012

Sambal Udang

Assalamualaikum dan selamat petang semua pelawat-pelawat blog SMM.........
Semoga dikala ini semua berada dalam keadaan yang sihat dan mesti kenyang perut lepas makan tengahari kan!........
Walaupun keadaan cuaca di sini mendung,dengan bunyi guruh yang kuat  tapi hujan tak jugak lebat,cuma hujan sekejap ...kemudian berhenti kejap.....diselang seli dengan kedengaran bunyi guruh.....

 Untuk menu tengahari nie,saya hanya masak sambal udang dan telur goreng dadar saja.Masak pun tak boleh banyak-banyak,untuk  2@3 orang makan saja.En suami tak makan kat rumah.


Sambal udang nie saya masak dengan 2 gabungan cili,iaitu cili kering dan cili merah.Ok,kita terus kepada resepinyalah.......


Bahan-bahannya:
Cili kering
Cili merah
Udang
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit garam & gula
Air & minyak secukupnya


Cara-caranya:
1.Blender cili kering ,cili merah,bawang merah,bawang putih dan belacan.
2.Udang digoreng sebentar.Angkat.
3.Tumiskan bahan blender hingga naik bau.Kemudian masukkan garam,gula dan sedikit air.Masak seketika hingga kuahnya sedikit pekat.
4.Masukkan udang yang digoreng tadi dan hirisan bawang merah.Kacau sebentar dan tutup api.Sedia dihidang.


myda_ahmad

*******************

Monday, 27 February 2012

Jus Epal Susu

Assalamualaikum......



 Petang nie nak cuba buat jus epal.Sabtu yg lepas dah beli epal kt pasar malam.Dan kalau nak resepi klik SINI yea......


Sumber:irose@myresepi

Bahan-bahan ( 1 )

  • 1 biji epal hijau -saya guna epal merah
  • 1 camca besar gula
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • Sedikit air dan ais

Cara-cara

  1. Kupas buah epal. Buangkan kulit dan bijinya. Belah kecil supaya mudah dikisar.
  2. Masukkan buah epal tadi ke dalam mesin pengisar bersama dengan bahan-bahan lain. Kisar sehingga hancur.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan sedia diminum. (Jika ingin kurangkan rasa manis, tak perlu tambahkan gula).
******************************************************
myda_ahmad

***********************

Lunch Hari Ini

 Assalamualaikum semua.....


Lunch hari nie adalah sayur Sio Pak Choy dan Mee Sup.....
Sebenarnya memang nak masak mee sup aje hari nie,tapi disebabkan sayur nie dah nak semakin kekuningan ,maka tak bolehlah dibiarkan lagi lama dlm petiais.Sebagai gabungannya saya campurkan sedikit carrot dan udang yang telah dibuang2 kan kulitnya......Cara penyediaannya pun simple dan mudah....


Bahan2nya seperti:
Sio Pak Choy
Carrot
Isi udang
Lada merah
bawang merah-hiris
bawang putih-ketuk
sos tiram
stok ayam
sos sotong
sedikit air dan minyak


Cara-caranya:
1.Panaskan minyak,tumiskan bawang putih yg diketuk,kemudian masukkan udang dan goreng sebentar.
2.Masukkan carrot bawang merah dan cili merah,kacau sebati.Letakkan sos tiram,sos sotong dan stok ayam
3.Kemudian, masukkan sio pak choy.Kacau2 lebih kurang dan tutup api.






Menu ke 2 adalah Mee Sup

***************************************
myda_ahmad

**************


Keledek Goreng Rangup

 Assalamualaikum dan salam pagi isnin....

Kepada yang bekerja tu diucapkan selamat bekerja....
Pagi tadi menu bf kami adalah keledek goreng rangup.Tepung goreng rangup nie saya ambil dari SINI.Dan Kak Yatie  pula ambil dari SINI.Rangup tu memang rangup,tapi tak leh wat selalu kerana adunan nie mengandungi banyak kolestrol....ditambah lagi dengan santan dan marjerin ......tapi kalau nak mencuba sesekali boleh jugak...apa salahnya kan!......
 Anyway,terima kasih pada yang sudi berkongsi resepi nie yea....
Sumber:http://yatiememories.blogspot.com/

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata
  4. Jika anda ingin melihat langkah secara bergambar dan detail berkenaan fungsi mengapa setiap bahan dimasukkan, sila ke SINI. Penulis blog ini berkongsi langkah demi langkah dan idea yang menarik untuk mempelbagaikan kegunaan tepung goreng pisang ini.

Jalan -jalan IKEA

Assalamualaikum dan salam berhujung minggu....
Hari nie,memang tak plan pun nak gi IKEA.......tapi disebabkan banyak barang yang harus diganti,so kami memilih IKEA daripada kedai2 perabot lain yang berhampiran dengan kediaman kami.....kali nie kami nak cuba membeli barang2 di IKEA.....




Testing!testing.....Sebelum membeli,ingin jugak merasai meja makan yang hendak dibeli ....




Sofa yang lembut lagi empuk,setanding dengan harganya juga.....




Mini troli.Yaya memang suka kalau ada troli kecik nie....







Tengok tu....apa yang dibawa oleh Yaya....tak de barang,adiknya juga yang jadi mangsa.....




tengah mencari barang2 yang hendak dibeli dah shortlist kan dari atas tadi,cuma nak angkut dan bayar....
Yaya nak makan apa tu......




Beli meja makan je yea...bukan nak beli set2 pinggan mangkuknya...




Tengah test kerusinya pulak......taklah mahal sangat.....




tempat parking...kena ambik gambar,kalau otak robot bolehlah ingat...otak manusia.,kadang2 pelupa...hihihi....


**********************************************
myda_ahmad

***********************































Kuetiaw Goreng

Assalamualaikum....
Ingatkan pepagi nak minum shake Herbalife saja....
tapi disebabkan tergoda dengan bau aroma kuetiaw yang menusuk tekak,maka tak jadilah nak berdiet........disebabkan dah masak,so kenalah menjamah jua........
dari hari ke hari,dari bulan ke tahun... asyik think to diet je......

Semalam bf kuetiaw goreng je...
lgpun ada stok kuetiaw dan mee kuning saja kat rumah...
kalau mee kuning,ada anak yang kurang suka makan...
so,saya pilih kuetiaw daripada mee kuning....


Kali nie goreng tak guna cili kisar@cili boh,saya gunakan serbuk cili kisar dan ditambahkan dengan sedikit isi udang.......


*********************************************
myda_ahmad

******************

Friday, 24 February 2012

Ayam Kicap Pedas


Assalamualaikum.....




Hari ini adalah hari jumaat minggu yg terakhir dalam bulan Februari.Seronoknya keje dalam bulan Februari nie...kejap je dah nak sampai hujung bulan.2@3 hari nanti dapatlah gaji...yeah!yeah!......Apa-apa pun yang penting kerja mestilah ikhlas,keikhlasan yang lahir dari dalam hati,bukannya hanya mengharapkan gaji je.......


Bila kita kerja dengan ikhlas,segala apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dari-Nya.Betul tak?.....


Oklah berbalik pada menu untuk hari nie,adalah menu ayam.Kalau dulu2 ,bila keje shif pagi,makan tgh hari mesti beli kat kedai.Dan biasa menu yang saya ambik adalah ayam masak kicap pedas.Kalau mkn memang tak pernah cukup,ialah ambik sikit je...takut kena charge mahal2,so ambik sayur sikit,ulam sikit...janji semua dapat rasa.....taklah penuh pinggan...itu kelaparan betul namanya.....



Mari share resepi ini dan kita lihat bahan-bahannya.


Bahan untuk goreng ayam
4 ketul ayam(dipotong 3@4)-ikut suka
serbuk kunyit
garam


Bahan kisar
1 bawang merah besar
4 biji bawang putih
5@6 tangkai cili kering
1 inci halia




Bahan lain
1 kayu manis
1 bunga lawang
1 buah pelaga
2 sb kicap pekat manis
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
air secukupnya
minyak secukupnya
1 biji tomato(dibelah 4)
daun ketumbar


Cara-caranya:
1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam,kemudian digoreng.
2.Tumiskan kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga,kemudian masukkan bahan kisar.Biarkan seketika hingga terbit minyak.
3.Masukkan sos tiram,sos cili dan kicap pekat manis dan sedikit air.Biarkan seketika.
4.Kemudian ,masukkan ayam yang digoreng tadi.Kacau rata.
5.Akhir sekali,masukkan tomato dan padam api.Sedia untuk dihidang.Taburkan dengan daun ketumbar bagi menaikkan aroma masakan.


****************************************
myda_ahmad

****************













































Tuesday, 21 February 2012

Jejari Roti


Assalamualaikum dan selamat pagi......
Hari nie bf simple je,buat untuk anak-anak je....diorang suka kalau roti digoreng cam nie...
memang cepat habis....
yelah daripada roti tu tak terusik ,baik buat sesuatu utk menggelakkannya dibuang begitu saja......(maklumlah expired datenya dah nak dekat)



                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
  • Bahan-bahannya:
  • 24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)-saya guna 12 keping roti yg belum dipotong)
  • 1 biji telur-2 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar-6 sb susu segar
  • sedikit garam
  • gula halus secukupnya-tak letak
  • mentega/margerin untuk menggoreng-saya guna minyak masak je
  • 2 sb cili boh(saya tambah)
  • sedikit lada sulah-saya tambah

Cara-cara

  1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
  2. Panaskan 2 sudu besar mentega. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang.
  3. Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
  4. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas
  5. *Langkah 4 saya tak buat.

Monday, 20 February 2012

Sayur Siew Pak Choy


Assalamualaikum dan selamat malam....

Korang suka tak sayur pak choy nie......rupanya seakan-akan sawi dan kelihatan kontot sedikit daripada sawi biasa.....terus terang saya katakan,memang jaranglah kalau nak beli sayur jenis nie...
biasanya beli sawi hijau yang panjang2 tu....
Kali nie En suami yang beli,nak tak nak kena masak jugaklah....walaupun bukan dia yang makan....
masak untuk 2 orang....saya dan anak sulung je yg makan .....
Bahannya pun ikut apa yang ada di dapur...mana yang ada itulah yang diletak.....

Bahan-bahan:
3 tangkai pak choy-dibasuh dan dibersihkan.(tak payah pisah2kan)
2 cili hijau(jika nak pedas)
2 ulas bawang putih-diketuk
1 biji lada merah(dipotong memanjang)
1 sb sos tiram
1sk sos ikan
1sb kicap cair
1 sk serbuk secukup rasa maggie
air secukupnya
minyak secukupnya

Cara-caranya:
1.Panaskan minyak,tumis bawang putih,masukkan sos tiram,sos ikan,kicap cair dan sedikit air.
2.Bila dah agak mendidih sedikit,masukkan sayur pak choy ,cili merah dan cili hijau.Tambahkan serbuk secukup rasa.



























Saturday, 18 February 2012

Kek Batik Arora

Assalamualaikum dan selamat petang semua.....
Semalam 17 Februari adalah hari ulangtahun perkahwinanku yg ke 13....semoga diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam kehidupanku dan suami serta anak-anak.Insyaallah,amin.....
Suamiku pergi ke Hong Kong,ini adalah ajakan kawannya yang berada di sana. Ini yang susahnya kalau En suami  dan DSLR tak dapat dipisahkan.Ada je benda nak di snap.Tak cukup dalam negeri,luarnegeri pun jadi sasaran.Walaupun suami tiada disisi ketika ini,aku masih  boleh berhubung dengannya melalui FB@dia akan menelefonku.....

Oklah,berbalik pada tajuk asal.First time saya tengok kek nie kat blog Kak Yatie,... dah rasa terpegun
dengan warna-warnanya yang menarik....dengan teksturnya yang lembut ,tu yang menggalakkan saya lagi untuk cuba membuatnya.....saya menggunakan 5 warna iaitu merah,hijau,kuning,oren dan serbuk milo.Dalam gambar kek batik di bawah nie,warna seakan-akan kelabu tu adalah warna milo,mungkin saya letak sikit kot,tu yang warnanya pudar sedikit.....tapi apa-apapun ,bila dah siap masak,kek nie sangat sedap......




Lagipun ramai blogger2 dh tayang2 Kek Batik Arora......saya pun tak naklah ketinggalan juga....
Bila lagi nak buat kan!...inilah masanya....
Terima kasih pada tuanpunya resepi dan Kak Yatie yea.....mohon di c&p di sini juga yea....


Resepi:http://denuanza.blogspot.com/2012/02/kek-batik-arora.html
Sumber:http://yatiememories.blogspot.com/2012/02/kek-batik-aurora.html

Bahan-bahan:
  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
  • 250 g tepung gandum -saya guna tepung naik sendiri
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa -saya guna warna merah,oren.hijau,kuning dan milo
  • 1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
  • 1sk esen vanila-saya tambah
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inc
  3. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
  4. Satukan tepung gandum dan baking powder
  5. Kemudian di ayak ~ ketepikan
  6. Dalam bekas mixer
  7. Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
  8. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
  9. Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
  10. Tutup mixer
  11. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata
  12. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
  13. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
  14. Gaul adunan rata
  15. Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
  16. Setiap tompokan 1 senduk
  17. Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
  18. Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna


Thursday, 16 February 2012

Sambal Sardin


 Assalamualaikum dan selamat tgh hari semua.....
Aku lebih suka kalau sardin dimasak dengan cili kering yang diblender @.....lebih sedap lagi kalau ditumbuk saja......masak biar pekat sikit dan sedikit kering.
Aku dan anak-anak memang sukakan sambal sardin nie....kalau nak beli pun kena tengok jugak sama ada ikan sardin atau ikan markarel.......kalau ikan markarel tu lebih besar sikit daripada ikan sardin....pastinya ikan sardin juga yang jadi pilihanku.....
Lagipun isi ikan sardin lebih lembut berbanding dengan isi ikan markarel.....

Oklah, jom kita tengok pula bahan-bahannya....

Bahan-bahan:
1 tin sardin saiz kecil(brand King Cup)
10 tangkai cili kering-direndam dengan air panas*
1/2 biji bawang merah besar*
1/2 biji bawang merah-dihiris
2 biji bawang putih*
1 inci halia*
1 biji kentang-dipotong 8
Garam dan bahan perasa
1 keping asam gelugur
minyak secukupnya

Cara-caranya:
1.Tumbuk@blender bahan bertanda *(cili kering,bawang merah,bawang putih dan halia.)
2.Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblender tadi,kacau dan biarkan ia pecah minyak.
3.Masukkan kentang,biarkan lembut sedikit dan masukkan sardin.Kacau rata.
4.Masukkan garam dan bahan perasa serta asam gelugur.Biarkan sedikit kering dan pekat.Kacau dan angkat.Sedia dihidang.


Wednesday, 15 February 2012

Aiskrim Santan


Assalamualaikum.......pembuka bicara...
Entah kenapa minggu nie terajin lah amat sangat....
Habis 1 resepi,buat pulak resepi yang lain.....moga2 kerajinanku ini janganlah hanya sekerat jalan je...insyaallah ....
Kali nie nak updatekan resepi Aiskrim Santan pulak,ambik dari kak fida @ myresepi.
Terima kasih yea kak,tapi saya buat hanya setengah adunan saja,rasanya sedap lemak berkrim ....dan izinkan saya c&p resepi Aiskrim Santan ini kat blog saya juga....



 Sumber:Kak Fida@myresepi(http://myresipi.com/top/detail/8253)

Bahan-bahan ( 3 liter )

  • 1 tin susu sejat/cair -1/2 cawan susu cair
  • 2 tin susu gula halus (sukat dgn tin susu sejat) -1 cawan gula halus
  • 4 tin susu santan (akak guna 800ml santan Kara + air dan jadikan 4 tin santan) -400ml santan+air dan jadikan 2 cawan santan
  • 1 tin susu air* -1/2 cawan air
  • 6 sb tepung ubi* -3 sb tepung ubi
  • 6 sb susu tepung -3 sb susu tepung
  • perasa dan pewarna seperti choc paste,s'berry paste,jagung krim dan lain2 ikut selera -5 sb milo
  • Chocolate rise saya tambah

Cara-cara

  1.  4 tin santan dimasak mendidih tapi jangan sampai pecah minyak dan sejukkan.
  2. Air* dan tepung ubi di masak hingga pekat dan sejukkan.
  3. Pukul susu sejat dengan gula hingga gula hancur.
  4. Masukkan santan dan adunan tepung berselang-seli sambil dipukul sebati.
  5. Bubuh susu tepung dan pukul terus hingga rata.
  6. Masukkan adunan kedalam sebuah bekas dan simpan dlm freezer hingga beku.
  7. Keluarkan adunan yang telah beku dan pukul lagi kali kedua hingga kelihatan kembang.Pada tahap ini bolehlah diisikan dengan perisa dan pewarna kesukaan dan terus pukul hingga sebati.
  8. Tuangkan semula adunan aiskrim ke dalam bekas dan tutup dan simpan di dalam freezer hingga beku.
  9. Keluarkan aiskrim dan bolehlah dihidangkan.Jika suka boleh jugak dihias dengan choc cair,choc chip atau apa saja ikut selera dan kesukaan anak2.
  10. *** 1 adunan aiskrim santan boleh menghasilkan 3 ltr aiskrim...jika ingin mencube bolehlah cube 1/2 atau 1/4 adunan bahannya... :)
  11. *Tulisan berwarna ungu adalah sukatan yang saya guna untuk membuat Aiskrim 
    Santan ini.*
**************************************************
myda_ahmad

********************

Buah Melaka Pancawarna

Assalamualaikum......dan salam pagi selasa yang  ceria.....
Dah 2 hari aku bercuti....rasa macam nak sambung lg cuti nya....Aku cuti nie pun kerana my hubby gi ke Dungun,Terengganu kerana ada kerja sikit kat sana yang berkaitan dengan rumah api....Duduk kat rumah pun tak buat apa2 ,cuma uruskan anak2 sekolah,tunjuk ajar apa patut dan...sambil2 tu jenjalan lah jugak kat blog2 masakan.....ternampak pulak kuih buah melaka nie kat blog yatiememories....bermacam-macam colour,meriah gitu....teringin jugak nak buat,so tekadkan diri utk cuba membuatnya....kalau asyik postponed je..bila masa lagi nak buat....Tq juga pada e-nalovelykitchen kerana berkongsi resepi ,mudah-mudahan ilmu yang ada boleh dikongsikan bersama supaya dunia masakan akan lebih ceria lagi......





Resepi:e-nalovelykitchen.
Sumber:http://yatiememories.blogspot.com/2012/02/buah-melaka-pancawarna.html

Buah Melaka Pancawarna

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
  • sehelai daun pandan
  • Pewarna hijau, kuning dan merah
  • 1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
  • sedikit garam
Cara memasak :
  1. Gula Melaka di potong kiub kecil.
  2. Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
  3. Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
  4. Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
  5. Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
  6. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
  7. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
  8. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
  9. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  10. Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
  11. Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
  12. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!
TIPS
  1. Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
  2. Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
  3. Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
  4. Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
  5. Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...