Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Waffle. Show all posts
Showing posts with label Waffle. Show all posts

Saturday, 30 November 2013

Waffle lagi...

Merajinkan diri untuk membuat waffle santapan dipagi sabtu yg cerah....walhal buatnya bukan susah mana pun.....cuma kurang  keinginan nak makan benda2 yang berminyak nie ......pernah buat sebelum nie di sini..resepi dari FB Ada Resepi Jom Kongsi.....bezanya,saya blender aje semua bhn2 tu,senang kerja.....

WAFFLE RANGUP


Bahan-bahan-dpt dlm 8@ 9 keping waffle:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis kering atau instant yeast
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar mentega yang dicairkan
  • 1 cawan susu segar dalam suhu bilik(full cream mikl)
  • 1 biji telur dalam suhu bilik
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1/2 cawan air panashangat/suam(untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
  • 1@2titis pewarna kuning-saya tambah

Cara-caranya:
  1. Campurkan tepung gandum,yis kering,gula,garam,mentega,telur ,esen vanila dan susu segar.Gaul sebati....masukkan air suam/hangat sedikit demi sedikit.Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.(saya blender semua bhn tu)..
  2. Rehatkan sebentar dalam 10-15 minit.
  3. Panaskan waffle maker dulu...agak2 dlm 5-10 minit..
  4. Masukkan bancuhan tpg ditgh2  maker waffle dan ratakan....tutup penutupnya.Biarkan sehingga masak kekuningan...siap masak,boleh sapu dgn mentega kacang..ermmm sedapnya.

Friday, 20 September 2013

Waffle homemade

Alhamdullilah barang yang order kat Lazada dah sampai....lama juga lah nk menunggunya,adalah dalam seminggu...Rasanya dah tak sabar nak buat sendiri waffle nie....Google2 dan jumpa resepi waffle nie kat FB Ada Resepi Jom Kongsi....

Sebelum nak masukkan adunan nie,saya sapukan sikit marjerin kat dalam waffle maker tu,menggunakan tisu..kemudian warm up kan kejap..dalam 4 @5 minit.....nak bagi waffle tu cantik kalernya ,saya tambahkan setitis dua pewarna kuning....

Breakfast  nie utk 2 hari yang lepas ea, hari nie bf kentang goreng aje...


WAFFLE RANGUP
dicuba oleh:myda_ahmad


Bahan-bahan - dpt dlm 8 @ 9 keping waffer: 

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu kecil yis kering atau guna instant yeast
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar mentega yang dicairkan
  • 1 cawan susu segar dalam suhu bilik (Full Cream Milk)
  • 1 biji telur dalam suhu bilik.
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1/2 cawan Air panas hangat / suam ...(untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
  • 1 @ 2 titis pewarna kuning-saya tambah


Cara-caranya:-
1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. klu Aida letak 1/2 cawan air panas/suam je dan tambah sikit-sikit bila tengok adunan still masih pekat...pandai lah adjust ok..heheh ..

2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang boleh le cucui bekas2 yg telah digunakan sambil tu jangan lupa panaskanlah waffle maker tu ...

3. Nampak adunan dah berbuih.....Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)

5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya wafflekorang dah masaklah tu.

7. Hidangkanlah waffle dengan sapuan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. atau apa saja yg diingini dengan citarasa anda....


sedap!memang sedap....waffle nie saya sapu dengan peanut butter....kalau nak sapu dengan coklat atau jem pun boleh jugak....ikut citarasa masing-masing.


Thursday, 19 September 2013

Takada Waffle Maker

 Huh!!puas hati sekarang,dah dapat apa yang dihajati selama nie...niat nak beli tu memang dah lama...cuma,nanti2 dulu.... ,semenjak dua menjak nie asyik giat  bukak website Lazada je ,hati pulak berkobar2 ingin mendapatkannya jugak!...tambah pulak jari-jemari nie pun dah gatal,nak clik beli online aje......hahaha,dah selamat dah duit aku dalam bank ....
 Tambahan pulak,anak2 suka makan waffle,asal gi Econsave jer,memang  terpaku kat depan kedai waffle tu....dahlah mahal.tu lum lagi kita nak pilih intinya...harga pulak tu lain2 mengikut jenis2 inti-jem /coklat/peanut/butter dsb....
Lepas nie kita nak google resepinya pulak.....dah tak sabar2 nk buat sendiri kat rumah nie.....

Nak beli jugak?? Jom kita tengok apa lagi yang ada kat Lazada.....
UNTUK WAFFLE MAKER ...

http://www.lazada.com.my/takada-waffle-maker-isb-068-white-61148.html