Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, 4 April 2012

Tip memilih bahan makanan secara selamat


Assalamualaikum.....


PILIH BAHAN MENTAH YANG SEGAR


Sayur-sayuran dan buah-buahan 
-Tidak layu,kecut,bertukar warna dan busuk

Makanan laut(ikan,udang,sotong,ketam)
-Kulit yg bersinar dan berwana terang dan tidak diselaputi oleh lendir yang tebal
-Cerah dan matanya tidak tenggelam.Segar dan insangnya berwarna merah cerah(bukan perang atau kering)
-Tidak berbau busuk
-Isi yang kenyal
-Udang tidak rosak,kulitnya lutsinar,tanpa tompok hitam


Daging


-Segar dan tidak berselaput
-Tidak busuk



Ayam


-Segar
-Tidak berbau busuk da tidak bertukar warna
-Lihat dengan kegemukan didada dan kelicinan kulitnya




Telur


-Tidak retak atau bocor
-Tidak terlalu tua atau terlampau banyak najis dan kotoran pada kulit telur




Bijirin/Kekacang


-Tidak berkualiti
-Tidak dicemari oleh serangga atau bahan asing
-Tidak dicampuri dengan bahan lain yang lebih murah

PILIH MAKANAN YANG SELAMAT
Makanan dalam tin
-tin itu tidak kemek,kembung atau berkarat
-tudungnya tidak kembung
-tidak dicampuri dengan bahan lain yang lebih murah

Makanan yang dibungkus
-Tidak bocor atau kotor
-Tidak menggunakan bahan bercetak majalah dan surat khabar) untuk membungkus

PILIH MAKANAN YANG TELAH DIMASAK DENGAN SEMPURNA
-Daging yang telah dimasak dengan sempurna berwarna perang di bahagian dalamnya
-Ayam yang telah dimasak mempunyai jus yang berwarna jernih dan tidak berwarna merah jambu apabila  dicucuk dengan garfu
-Ikan yang telah dimasak mesti sudah dipisahkankan isi dari tulang dan tidak berwarna merah jambu
-Telur kuning dan putih tidak jernih atau lutsinar

PILIH MAKANAN YANG BARU DIMASAK
-Elakkan daripada memakan makanan yang disediakan terlalu awal dari masa untuk dimakan
-Lebih baik makan sebaik sahaja selepas dimasak
-Panaskan dengan sempurna makanan yang telah dihidangkan untuk beberapa lama

PILIH MAKANAN YANG DISIMPAN DENGAN BETUL
-Bahan mentah yang mudah busuk(daging,ayam,ikan) sepatutnya disimpan pada suhu yang betul
-Makanan yang telah dimasak tidak diismpan bersama dengan bahan mentah
-Elakkan dari membiarkan makanan terhidang pada suhu bilik terlalu lama(lebih 4 jam)
-Bungkus atau tutup makanan untuk disimpan
-Makanan yang sedia untuk dimakan yang dipamerkan harus ditutup dengan sempurna

PILIH TEMPAT MAKANAN YANG BERSIH
-Tidak terlalu hampir dengan jalanraya dan laluan yang sibuk
-Jauh dari tempat ternakan haiwan,parit atau tangki septik
-Ada keperluan asas seperti air yang bersih untuk membasuh,elektrik,tempat membuang sampah yang betul dan tandas yang bersih
-Menyediakan gelas dan pinggan yang bersih dan tidak pecah aatu retak
-Elakkan gerai jalanan yang tidak bersih
-Tempat penyediaan makanan yang selamat dan bersih
-Bebas dari haiwan seperti kucing,anjing,tikus,lalat ,serangga,burung dan pepijat
-Utamakan premis yang mempunyai pengesahan dari pihak berkuasa tempatan sebagai  tempat yang bersih dan selamat

PILIH PREMIS MAKANAN YANG MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN DIRI DAN PENGENDALIAN MAKANAN YANG BETUL
-Memakai pakaian yang betul dan bersih
-Memakai penutup kepala
-Mengutamakan kebersihan diri  ( kuku yang bersih dan pendek) tidak merokok,meludah,batuk ke arah makanan ,tidak menggunakan tangan untuk menyentuk makanan ,menggunakan tuala yang bersih ,tidak menjilat dan menggunakan jari untuk merasa
-Tidak menyediakan makanan berhampiran dengan tandas atau longkang

p/s sebagai pengguna kita harus membaca info2 yg berkaitan dengan makanan dan kesihatan,daripada bahan ini terbuang elok saya blogkannya ini di sini.
Sumber:Harian Metro(3 April 2012)

Thursday, 22 March 2012

Kelebihan belimbing buluh

Gambar dari Google


 Belimbing buluh amat sedap untuk dibuat sambal atau dimasak gulai lemak kuning atau masak lemak cili padi. Namun belimbing buluh juga mempunyai keistimewaannya yag tersendiri.

Andai menghadapi masalah kuku kelihatan pudar,anda boleh mnecuba petua ini.Untuk mengembalikan semula warna kuku kita agar kelihatan jernih dan seakan-akan merah jambu,tenyeh-tenyehkan belimbing sehingga keluar airnya pada kuku kita.Lakukan beberapa kali dan bilas dengan air bersih.Insyaallah kuku kita akan berseri semula.
Info dari Majalah SAJI (November 1999)

Tuesday, 12 July 2011

Petua Tenangkan Hati Dan Selalu Gembira

 Dirikan solat dan banyakkan berdoa . Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3 kali.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri sendiri mengenai perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan
14. Berkawan dengan orang baik-baik
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16.  Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat. ?


Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Petua Untuk Kulit Cantik

  • Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  • Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  • Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  • Pastikan kulit anda mendapat ‘makanan’ terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  • Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  • Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  • Jangan sentiasa mengenakan selekan. Biar kulit berehat seketika.
  • Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  • Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
  • Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  • Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  • Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
  • Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Petua Untuk Menidurkan Anak

                                        petua-menidurkan-anak

Kanak-kanak yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur.
Berikut petua untuk menidurkan anak:

* Pastikan Anak Memperoleh Tidur Yang Mencukupi

Setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.

* Tidurkan Waktu Dia Mengantuk

Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.

* Cahaya Mentari Sebagai Loceng

Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa hari sudah siang.

* Persekitaran Tidur Selesa

Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.

* Persekitaran Yang Selamat

Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.

* Ajar Anak Cara Tidurkan Dirinya

Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.

* Tetapkan Rutin Tidur

Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.

* Jangan Abaikan Tidur Petang

Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.

* Makanan Yang Betul

Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan ‘kuasa’ berpanjangan.
Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.

* Aktiviti Fizikal Penggalak Tidur

Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.

* Gangguan Lain

Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.


Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Petua Menegur Anak

Apabila menegur anak, janganlah terlalu banyak mencelanya pada setiap waktu. Ini kerana ia akan menyebabkan, ‘telinga si anak menjadi tebal’ (tidak mengendahkan segala celaan itu). Dia akan terus berani membuat kesalahan, dan segala nasihat yang dihamburkan kepadanya tidak akan meninggalkan apa-apa kesan di dalam hatinya. Kita mesti  bijak mengendalikan cara-cara berbicara dengannya. Jangan menegur atau memarah anak melainkan pada masa-masa yang tertentu. Bagi ibu pula, harus pandai memainkan peranan iaitu dengan mengingatkan si anak supaya bersifat segan kepada ayah dan menegahnya supaya menjauhi segala kelakuan yang buruk.
Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Petua Mengikis Tabiat Menjerit Pada Anak





Menjerit akan membuatkan anak anda berasa diri mereka tidak baik. Apabila anda menjerit, anda mungkin menghamburkan perkataan yang menyakitkan hati dan memberi kesan kepada harga diri anak anda. Menjerit membawa kesan yang buruk kepada kanak-kanak yang sensitif dan ini menyebabkan mereka menjadi rimas dan meragam. Bagaimana caranya menghentikan tabiat menjerit?
1.  Apakah Pencetus Kemarahan Anda?
Apakah yang menyebabkan anda menjerit? Adakah anak anda yang degil, kecuaiannya atau kerana dia tidak menghiraukan anda? Kadangkala, anda akan marah dengan setiap perkara yang tidak melibatkan anak anda. Misalnya, adakah anda tertekan selepas bekerja dengan teruk di tempat kerja atau selepas bercakap panjang lebar dengan ibu mertua anda? Ketahui pencetus kemarahan dan waktu tertekan anda untuk membantu menangani kemarahan anda dengan lebih baik.
2. Berlalu Dari Situasi
Berehat seketika sekiranya anda berasa ingin menjerit kepada anda anak. Beri masa untuk anda bertenang dan berfikir: apakah yang anda mahu anak anda pelajari? Kemarahan akan menyebabkan anda menghukum anak anda mengikut perasaan dan bukan kerana apa yang telah dilakukannya. Ingatlah bahawa hukuman bukanlah untuk melepaskan kemarahan anda, tetapi tentang tingkah laku yang boleh diterima dan tidak diterima.
3. Bercakap Dengan Tenang
Kembali semula kepada anak anda selepas anda bertenang. Bersikap tegas dan positif. Terangkan kepadanya sebab-sebab kelakuannya tidak diterima dan cara-cara memperbaikinya. Jelaskan dengan terperinci apa yang anda ingin anak anda lakukan. Jika dia sudah cukup besar, galakkan anak anda untuk memikirkan bagaimana dia boleh membetulkan keadaan.
Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

DOA Untuk Anak Terang Hati

Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.
Untuk  memudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaansurah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh. Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati.

Petua Untuk Anak Menduduki Peperiksaan

Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut (dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah  7 kali
  2. Selawat  7 kali
  3. Subhanallah  44 kali
  4. Alhamdulillah  44 kali
  5. Allah hu Akbar  44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum  21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.


Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Koleksi Petua Untuk Membentuk Anak-Anak

Asas Adab Pergaulan Anak-Anak – Ibu bapa perlu memelihara anaknya daripada bercampur-gaul dengan budak-budak yang telah dibiasakan dengan kehidupan bersenang-lenang dan bermewah-mewahan atau memakai pakaian yang indah-indah. Ibu bapa juga harus melindungi anak-anaknya dari orang yang memperdengarkan kepadanya sesuatu yang tidak baik. Sebab apabila anak itu tidak dikawal sejak dari mula, nescaya dia akan dikuasai oleh berbagai-bagai sikap yang rendah, seperti buruk budi pekerti, pendusta, pendengki, pencuri, suka meminta dengan paksaan, suka menjaga tepi kain orang, banyak tipu daya dan suka membuat sesuatu yang tidak berguna. Oleh itu  anak haruslah diberikan perlindungan dari segala sifat negatif, iaitu dengan jalan mendidiknya dari permulaan pertumbuhannya.
Petua Menegur Anak-Anak – Apabila menegur anak, janganlah terlalu banyak mencelanya pada setiap waktu, sebab ini akan menyebabkan, ‘telinga si anak menjadi tebal’ (tidak mengendahkan segala celaan itu). Dia akan terus berani membuat kesalahan dan segala nasihat yang dihamburkan kepadanya tidak akan meninggalkan apa-apa kesan di dalam hatinya. Kita mesti  bijak mengendalikan cara-cara berbicara dengannya . Jangan menegur atau memarah anak melainkan pada masa-masa yang tertentu. Bagi ibu pula harus pandai memainkan peranannya, iaitu dengan mengingatkan si anak supaya bersifat segan kepada ayah dan menegahnya supaya menjauhi segala kelakuan yang buruk.
Petua Membentuk Sikap Anak-Anak – Jangan sekali-kali memalukan anak atau membuka rahsianya, dan janganlah menampakkan kepadanya, bahawa ada orang lain yang berani melakukan sepertinya. Terutama sekali apabila anak itu telah mencuba untuk menutup keaibannya, dan bersungguh-sungguh cuba menyembunyikan kesilapannya. Sebab membuka rahsianya mungkin akan menimbulkan perasaan tindak balas anak itu, sehingga dia menjadi berani mengulangi kelakuan yang salah itu, meskipun diancam untuk didedahkan kesalahan itu kepada orang ramai.
Petua Membentuk Peribadi Anak-Anak – Apabila terlihat budi pekerti dan kelakuan anak yang terpuji,maka hendaklah dia dimuliakan dan dibalas dengan sesuatu yang boleh menggembirakan hatinya dan dipuji kelakuannya yang baik itu di hadapan orang ramai. Tetapi jika dia terlanjur sesekali dalam sesetengah perkara, hendaklah berpura-pura terlupa atau tidak nampak akan kelakuannya yang salah itu.  Sekiranya dia mengulangi lagi perbuatan salah itu bagi kali kedua,  sebaiknya hendaklah dia ditegur secara rahsia dan menyatakan, bahawa perkara yang dibuatnya itu tidak patut dibuat oleh seseorang sepertinya. Kemudian hendaklah ia diingatkan sekali agar jangan kembali melakukan perkara seperti itu lagi, kerana akan memalukan dirinya jika diketahui orang.
Asas Adab Pakaian untuk Anak-Anak – Ibu bapa  jangan menggalakkan anak-anak lelaki memakai pakaian yang berwarna-warni, ataupun memakai pakaian sutera dan menyatakan kepada mereka, bahawa pakaian berwarna atau sutera itu adalah pakaian kaum wanita. Orang lelaki harus merasa malu apabila memakai pakaian serupa itu. Ini penting diingatkan kepada anak-anak itu berulang kali. Perlihatkan rasa tidak senang jika anak lelaki itu suka mencuba-cuba pakaian menyerupai perempuan.
Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Petua Perubatan Islam – Menguatkan Aka

Menurut ahli-ahli perubatan Islam, ada 6 cara untuk menguatkan akal:
1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
6. Makan buah limau.
LARANGAN: Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal.
Di antaranya:
1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Petua Rezeki Semakin Bertambah dan Barakah




Berdoalah. Memohon pada Allah s.w.t. agar dimurahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup.
1. Setiap hari Jumaat (mulai maghrib hari Khamis sampai maghrib Jumaat)
2. Waktu hujan mula turun. (Jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 malam. Maksudnya di antara jam 3-5 pagi sembahyang tahjud, hajat, dan taubat)
4. Sebelum subuh (Sebelum azan, pastikan sudah bersedia ada atas tikar sembahyang. Istighfar dahulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh. Masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita.
Insyaallah setiap doa itu ALLAH s.w.t. akan makbulkan. Cuma jangan putus asa.
Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Petua Mengatasi Bayi Kembung Perut

Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam.
Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan.

Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara 2 minggu dan 6 bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia 2 tahun atau lebih.

Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa samaada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.

Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

1.Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan.  Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.

Ibu bapa perlu berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :
  • Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
  • Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  • Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
  • Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
  • Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
  1. Bawa bayi anda bersiar-siar di taman
  2. Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.
  3. Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen
  4. Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh
  5. Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat
  6. Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.

Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Petua Agar Orang Suka Kepada Kita



1. Jadilah orang yang berfikiran positif. Kebanyakan manusia tertarik kepada orang yang berfikir dan bersikap positif. Secara fitrahnya, manusia sukakan yang baik, dan ini termasuklah dalam perihal sikap.
2. Berkongsi minat dan pengalaman yang sama. Ia boleh mengeratkan hubungan sesama manusia kerana faktor persamaan tersebut.



Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Petua Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam


Parut sebiji timun hingga hancur. Campurkan parutan bersama tepung jagung. Apabila sebati, sapukan ke seluruh muka dan biarkan sehingga kering. Amalkan setiap pagi sehingga kulit nampak bersih dan lembut.



Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Petua Untuk Panjangkan Usia

1. Pastikan anda makan 5 sajian bersaiz kecil setiap hari. Masyarakat di Barat mengambil makanan sebanyak 3 kali sehari, tetapi sebenarnya adalah lebih baik untuk anda menikmati makanan sebanyak 5 kali sehari. Tetapi ia perlulah dalam kuantiti yang kecil sahaja. Apabila kita kerap makan namun dalam kuantiti yang sedikit, kita akan kekal menyalurkan nutrien, tenaga, darah dan gula untuk keperluan tubuh sepanjang hari. Cara begini juga tidak membebankan sistem penghadaman dan sistem metabolisme. Ia sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Ubat tabiat menaiki lif dengan menaiki tangga. Senaman setiap hari boleh menjadikan kita seorang yang sihat, menguatkan sistem imunisasi, otot dan menambah tenaga. Jangan jadikan kerja yang padat sebagai alasan untuk anda tidak melakukan aktiviti fizikal. Cari peluang untuk berjalan laju, berjoging atau mungkin juga menaiki basikal ke tempat kerja sekiranya tempat kerja dan kediaman tidak terlalu jauh.

3. Pastikan minum 8 gelas air setiap hari. Air amat penting bagi memastikan tubuh berfungsi secara sihat. Para saintis juga bersetuju bahawa air yang bersih daripada pencemaran kimia dan toksik adalah baik untuk kesihatan dan umur yang panjang. Pilihlah air yang telah ditapis di mana proses penapisan yang terbaik ialah menerusi arang yang diaktifkan kerana ia mengasingkan benda asing, tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kandungan mineral.

Perlu juga diingat, jangan menyimpan air di dalam bekas plastik kerana bahan yang terkandung dalam plastik tersebut yang disebut polychlorinated biphenyls (PCBs) boleh meresap ke dalam air.

4. Menambah amal ibadah bagi umat Islam. Memang tidak dinafikan tekanan boleh memendekkan usia seseorang. Dalam kehidupan kita yang serba moden hari ini memang tidak boleh lari daripada tekanan, tetapi ia boleh dielakkan jika kita pandai mencari jalan mengelakkannya. Beribadah  adalah salah satu cara terbaik untuk melegakan tekanan dan menyegarkan kita semula. Menerusi ibadah  juga kita akan dapat bernafas dengan baik. Apabila pernafasan kita sempurna ia secara tidak langsung menyingkirkan sebanyak 70 peratus toksin dan benda kotor dalam tubuh anda.





Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Petua Untuk Hilangkan Bintik Hitam (Blackhead)


Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.



Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Petua Untuk Anak Cepat Bercakap

1. Anda perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas

3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”.  Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.
Dipetik dr.ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Melahirkan Anak Yang Bijak

Berikut info tambahan yang turut di peroleh dari akbar berita harian. Semoga tips ini sama2 dapat diamalkan dan berjaya melahirkan anak yang bijak





INFO: Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.