Semanis Epal Hijau

Friday, 27 June 2014

Ikan bilis goreng bersama cili



Resepi mudah dan senang untuk disediakan,anak saya sendiri pun boleh buat...hihihi,bulan puasa nie,bolehlah buat utk sahur nanti......nie pun dh cukup berselera tuk bersahur......

Bahan-bahan:-
Ikan bilis
Bawang besar merah-hiris
Lada hijau@lada merah-potong menyerong
cili padi
Minyak untuk menggoreng
kalau nk letak sedikit belacan pun boleh

Caranya:-
Panaskan minyak,goreng ikan bilis hingga garing.
Masukkan bwg merah dan lada hijau serta cili,goreng sebentar.Tak perlu goreng hingga layu sgt lada dan bwg.Ok ,siap....

Kobis lemak putih

Rehat seketika blog ini da kini slow2 kembali semula disebabkan pc rosak dan disebabkan tuan punya badan kurang sihat,maklumkan nak tambah ahli baru dlm family,tu yg bdn asyik nk berehat aje....tak de mood nk masak2 pun yea jugak....


Masak sayur lemak putih mmg cukup menyelerakan kalau digandingkan dengan ikan masin dan sambal totok jawa....mudah untuk disediakan,sesekali tambah soon & tauhu kering pun sedap jugak!....


SAYUR KOBIS LEMAK PUTIH

Bahan-bahannya:-
Kobis beijing
Carrot
Soon & tauhu kering-direndam dulu biar lembut,kemudian toskan
Lada merah-hiris menyerong
Bawang merah-dihiris
bawang putih hiris
Sedikit ikan bilis
1 kotak santan
Air secukupnya
Garam.

Caranya:-
  1. Masukkan santan pekat dan air ke dlm periuk ,masukkan sekali bwg merah,bwg putih, lada merah dan carrot.Biarkan carrot lembut dan kuahnya mendidih seketika.
  2. Kemudian masukkan sayur kobis,soon & tauhu kering.Kacau seketika,perasakan garamnya.
  3. Agak2 kuahnya dh mendidih dan sayur dh masak boleh padamkan air.Hidangkan.

Friday, 6 June 2014

Agar-agar santan Pandan


Sudah sebulan rasanya blog ini menyepi,sepi dari segala masakan,cuma tuan blog sempat jugak blogwalking sekejap2 aje....itupun jika kesihatan mengizinkan.....sesekali tu badan terasa lesu,letih disebabkan kerja malam sentiasa,siang pulak kurang tido ,melayan karenah anak2.....menyiapkan makanan diorang..tengok diorang buat kerja2 sekolah yang cikgu berikan.....apa yg penting setiap hari dapat tengok sendiri depan mata ,anak2 tu membesar .....xdelah asyik2 kat rumah pengasuh aje....puas hati bila kita  dapat didik dan jaga sendiri anak2 kita...

 Oklah,berbalik pada entry pertama untuk bulan ni,saya try buat agar2 santan pandan....amik resepi dari blog Naz@oven kecil.Memang dah lama  terperam resepi nie,tapi kadang2 kalau teringin atau semangat berkobar2 nak buat,google terus blog Naz....Apa2 pun thanks Naz untuk resepi agar2 santan nie..memang sedap!!!lagi sedap kalau disejukkan......


AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

 Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
  • 250 ml santan pekat (1 cawan) - Naz guna santan kotak jer(saya guna 200ml santan kotak + 50ml air)
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • Sedikit perisa/emulco pandan dan beberapa titis pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan



 Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan perisa pandan serta pewarna hijau. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, kacau-kacau adunan dan pastikan api dijaga (kalau perlu kecilkan lagi api) supaya adunan mengelegak perlahan sahaja (mereneh). Bukan menggelegak dengan buih-buih yang besar tu yer. Kemudian tutup api. Tak perlu terlalu lama sehingga nampak santan berbintil-bintil. 
  4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Untuk mendapat agar-agar santan yang sekata iaitu tidak mempunyai dua lapisan seperti agar-agar semalam ni, bila adunan mula menggelegak selepas santan dimasukkan, kecilkan api agar adunan cuma menggelegak perlahan iaitu mereneh. Proses mereneh ni akan menghasilkan buih-buih yang kecil-kecil jer.. Yang sopan-sopan je dalam periuk tu..heheheee.. Bukan menggelegak kuat tau, dengan buih-buih yang mengganas di dalam periuk. Kemudian, bolehlah tutup api. Tak perlu lama. Insyallah..hasil agar-agar akan jadi seperti yang Naz tunjukkan hari ini.


Agar-agar saya nie ada 2 lapisan tapi x sama besar ,yg lapisan santannya lebih tebal@banyak daripada lapisan yg jernih...takpelah ,InSha Allah...esok2 try buat lagi....