Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Agar-agar/Puding. Show all posts
Showing posts with label Agar-agar/Puding. Show all posts

Friday, 6 June 2014

Agar-agar santan Pandan


Sudah sebulan rasanya blog ini menyepi,sepi dari segala masakan,cuma tuan blog sempat jugak blogwalking sekejap2 aje....itupun jika kesihatan mengizinkan.....sesekali tu badan terasa lesu,letih disebabkan kerja malam sentiasa,siang pulak kurang tido ,melayan karenah anak2.....menyiapkan makanan diorang..tengok diorang buat kerja2 sekolah yang cikgu berikan.....apa yg penting setiap hari dapat tengok sendiri depan mata ,anak2 tu membesar .....xdelah asyik2 kat rumah pengasuh aje....puas hati bila kita  dapat didik dan jaga sendiri anak2 kita...

 Oklah,berbalik pada entry pertama untuk bulan ni,saya try buat agar2 santan pandan....amik resepi dari blog Naz@oven kecil.Memang dah lama  terperam resepi nie,tapi kadang2 kalau teringin atau semangat berkobar2 nak buat,google terus blog Naz....Apa2 pun thanks Naz untuk resepi agar2 santan nie..memang sedap!!!lagi sedap kalau disejukkan......


AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

 Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
  • 250 ml santan pekat (1 cawan) - Naz guna santan kotak jer(saya guna 200ml santan kotak + 50ml air)
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • Sedikit perisa/emulco pandan dan beberapa titis pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan



 Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan perisa pandan serta pewarna hijau. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, kacau-kacau adunan dan pastikan api dijaga (kalau perlu kecilkan lagi api) supaya adunan mengelegak perlahan sahaja (mereneh). Bukan menggelegak dengan buih-buih yang besar tu yer. Kemudian tutup api. Tak perlu terlalu lama sehingga nampak santan berbintil-bintil. 
  4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Untuk mendapat agar-agar santan yang sekata iaitu tidak mempunyai dua lapisan seperti agar-agar semalam ni, bila adunan mula menggelegak selepas santan dimasukkan, kecilkan api agar adunan cuma menggelegak perlahan iaitu mereneh. Proses mereneh ni akan menghasilkan buih-buih yang kecil-kecil jer.. Yang sopan-sopan je dalam periuk tu..heheheee.. Bukan menggelegak kuat tau, dengan buih-buih yang mengganas di dalam periuk. Kemudian, bolehlah tutup api. Tak perlu lama. Insyallah..hasil agar-agar akan jadi seperti yang Naz tunjukkan hari ini.


Agar-agar saya nie ada 2 lapisan tapi x sama besar ,yg lapisan santannya lebih tebal@banyak daripada lapisan yg jernih...takpelah ,InSha Allah...esok2 try buat lagi....

Friday, 19 October 2012

Agar-agar Susu


 Selamat pagi Jumaat,semoga semuanya ceria2 selalu.......
Semalam try buat puding.Untuk menghabiskan susu cair yang dah ditebuk....lagipun agar2 pun memang dah ada,so apa tunggu2 lagi,laksanakan tugas.......dan terhasillah puding susu ini dan sememangnya sedap dimakan setelah disejukkan......

Anak-anak suka coklat rice yg berkaler2 nie,so taburkan je kat atas puding tu.......Dulu mak ajar kalau nak buat puding nie,sukatan air mengikut penuh plastik agar2 itu.Dan saya sukat lebih kurang 1000ml.

PUDING SUSU
by:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 1 paket agar-agar tali-basuh & toskan
  • 1000ml air @penuhkan air dlm plastik agar-agar itu
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • coklat rice-yg berwarna-warni

Caranya:
  1. Didihkan air dan masukkan agar-agar.Kacau selalu hingga  agar-agar larut@cair.
  2. Masukkan gula,tunggu gula cair baru masukkan susu cair .Didihkan sebentar.
  3. Tutup api.Sediakan loyang yg di basahkan dgn air.
  4. Taburkan coklat rice pada bawah  loyang.
  5. Masukkan adunan ke dlm loyang dan sejukkan.Taburkan juga coklat rice di atas puding.

mehlah try buat.....

Friday, 6 July 2012

Puding Lapis Coklat dan Susu

Puding lapis coklat dan susu yang telah saya buat semalam....Teksturnya seakan-akan macam dadih....sangat lembut.....anak2 turut menyukainya dan 3/4 daripadanya telah pun dihabiskan oleh anak2 saja.Seronok betul ,bila kita msk sesuatu  anak2 pun suka makan ......
saya guna loyang kecil, selebihnya tu letak dalam acuan2 dadih yg kecil.....bila letak dlm acuan dadih nie,senang sikit anak2 nak makan,......
Terima kasih atas penyumbangnya Linapg untuk resepi puding nie......



Puding Lapis Coklat dan Susu
Sumber:Lina pg@myresepi

Bahan-bahan ( 1 loyang 10"x10" )
  • 20gm agar2 tali@ 20gm serbuk agar2...
  • 1800ml air
  • 11 sdb gula pasir(sy guna sudu soup)ikut selera memasing....klau nk manis lebihkan...klau xsuka manis2 kurangkan....
  • 1tin susu cair
  • 3sdb serbuk koko
  • 2sdb tpg kastad
  • 1/2 sdt garam
  • air panas utk bancuh serbuk koko jd pes..
  • choc rice utk hiasan

Cara-cara:
  1. masukkan 1800ml air n agar2 dlm periuk...masak hingga agar2 larut....
  2. bila dh larut..masukkan gula pasir.....biar mendidih hingga gula larut....sementara tu bancuh tpg kastad ngan susu cair......terus tuang dlm periuk....kacau2 n tmbh garam
  3. biarkan mendidih..pastikan api kecil....sementara tu bancuh serbuk koko dgn air panas hingga jd pes.....(bancuh dlm jag sng)
  4. masukkan separuh adunan puding kedlm jag yg berisi pes koko td.....kacau2 rata n terus tuang dlm loyang....(sy msukkan loyang dlm freezer dlu..hehe..biar puding cpt sejuk)
  5. bila puding coklat td dh suam2...bleh masukkan dlm peti ais dlu biar cpt mgeras.....
  6. bila puding coklat dh keras...kuarkan dr peti ais dh carikkan atas puding mgunakan sudu garpu....supaya puding susu td melekat ngan puding coklat....
  7. terus tuang adunan puding susu td keatas puding coklat....taburkan choc rice....biarkan sejuk n masukkan dlm peti ais....
  8. bila dh sejuk...bole dipotong ikut citarasa anda....sy potong guna cutter bentuk love....=)

Friday, 27 April 2012

Puding Roti Marble/Pelangi Kukus






3.30pm.
Sekarang nie tgh mengukus puding roti....sambil menunggu ianya masak,terus masukkan dulu resepinya dlm entry untuk petang Jumaat ini.....Sebelum nak buat tu ,banyak juga dah buat research dari google imej...last2 amik resepi dari kak fida@myresepi...resepi puding yg lain2 tu menggunakan serbuk agar2,memandangkan serbuk agar2 x de stok,so saya try resepi yg menggunakan bahan2 yg ada je kt rumah.....

Roti yang dah nak expired tu banyak lagi dan susu yang telah ditebuk pun masih banyak......x tau nak buat apa,so apa kata kita lunaskan dengan menyediakan puding roti untuk minum petang Jumaat ini,kan elok......daripada benda2 tu terbuang begitu saja......hihihi...




Puding Roti Marble/Pelangi Kukus
Sumber:Kak fida@myresepi

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

  • 12 keping roti putih - disiat2
  • 2 cawan susu sejat/susu segar (atau campuran kedua2 susu)
  • 4 sb susu manis
  • 1/2 cawan gula halus (boleh kurangkan)
  • 2 biji telur
  • 3 sb tepung jagung
  • 2 sb mentega/majerin
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 100 g choc. cair / 3 sb serbuk koko (utk corak marble)
  • pewarna merah,kuning,hijau (utk corak pelangi)
Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan2 kecuali choc dan pewarna di dalam mangkuk.
  2. Kisar bahan2 tadi hingga halus.
  3. Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh choc pd 1 bahagian.Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang yg telah digris keliling.
  4. Kukus puding hingga masak selama 30-35 min.
  5. Biarkan puding sejuk di dalam loyang.
  6. Potong dan sajikan.

Monday, 16 April 2012

Agar-agar santan pandan



Baru sebentar tadi,ke dapur untuk menyediakan satu jenis agar2 santan pandan.Tika dan saat ini jua sedang menunggu agar2 santan pandan tu mengeras ,......sambil BW  dan menghabiskan entry  agar2 ini.Resepi agar-agar santan pandan ini saya ambil dari blog Jom makan,klik di SINI.Katanya,dia pun c&p dari blog Hana & Family.Kalau nak tgk blognya ,sila klik SINI.Thanks yea untuk resepinya.Mohon c&p di sini pula yea.....




Santannya tu saya guna yg betul2 pati@pekat gitu,tu sebab lapisan santannya lebih tebal dari lapisan yang jernih.Lapisan yang jernih tu cuma nampak sikit aje....Anak2 lebih suka yang lapisan santannya saja.....apa2 pun,bila time saya try rasa....wah! sedap betullah....


Agar-agar Santan Pandan
Sumber:ummiluqman-kitchen.blogspot@Jom makan

Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula.-saya kurangkan 2 sb
  • 1100 ml air (kita pakai 800 ml air)-saya guna 1000ml air
  • 170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat (kita pakai 300 santan)-saya guna 150ml pati santan+air=300ml
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan-x letak,gantikan esen pandan
  • saya tambah sedikit pewarna hijau perisa epal

Cara-cara:
  1. Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
  2. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  3. Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
  4. Tuang kedalam loyang atau acuan.