Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Hadiah/Free Gift. Show all posts
Showing posts with label Hadiah/Free Gift. Show all posts

Thursday, 27 September 2012

Free Gift-Non Stick Fry Pan Seagull 24cm

 NON STICK FRY PAN SEAGULL 24CM
 Ini N3 berkaitan koleksi free gift lagi yea.Ada yang bosan ke dengan  N3 koleksi  barangan saya nie?....hehehe....janganlah cam gitu,saja sekadar ingin share dengan teman-teman je.....
kalau ada yg tak suka tu boleh abaikan yea,tak de paksaan pun utk membacanya.....



Saya nak war-warkan betapa happynya saya bila dapat  Kuali Non Stick nie,kalau nak beli,ntahkan bila gaknya,yelah semua duit gaji awal2 lagi dah bajet nak bayar hutang,hutang keliling pingganglah katakan ..hehehe.....org kata kalau x berhutang tak de harta,betul ke?.....betullah tu....

Bukan satu tetapi 5 biji  sekali gus dapat.Inipun dapat dari belinya aircond jenama York.Dah tak payah nak membeli,senang saya bukan?.....my hubby keje cam tu,bolehlah dapatkannya dgn percuma......1 biji dah guna,yg lain tu simpan dulu......sayanglah kalau guna semuanya.......


 Non Stick Fry Pan Seagull ini bersaiz 24cm.

Tuesday, 25 September 2012

Free Gift-Pop Up Airtight Canister

FREE GIFT-POP UP AIRTIGHT CANISTER

 N3 nie masih lagi berkaitan  dengan koleksi free gift yang masih lagi tersimpan dalam kotak,berkotak-kotak jugak dapatnya,adalah dalam 1 dozen....2 kotak dah bagi staff-staf hubby,2 kotak dah dikeluarkan dan digunakan utk mengisi kuih raya,tinggal 6 kotak masih tersimpan rapi lagi.


 Setiap satu kotak mengandungi 3 bekas kedap udara yang sememangnya cantik-cantik belaka.Sangat mudah untuk digunakan.Diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi dan ianya bukanlah dari jenis kaca.


 Bekas kedap udara ini memang unik daripada bekas-bekas kuih raya yang biasa kita tengok di pasaraya.

 Juga sesuai diisi dengan benda-benda lain seperti biskut,rempah ratus,gula,garam dsb.....


 Yang kecil berkapasiti 500ml.Dim 11x11x8cm  cm.Medium cap 1000ml,Dim 11x11x13cm dan yang besar  bercapasitiy 1500ml dan berdiameter 11.5x 20.5cm.

 The perfect pieces for everyday use.

 
PIONEER POP UP AIRTIGHT CANISTER
  • New idea of keeping your favorite food & snacks
  • Mechanical airtight function performs better seal
  • Clear canister makes identification easy
  • Made of high quality materials

Free Gift-Lunch Box with Fork & Spoon

LUNCH BOX WITH FORK & SPOON
 Selamat tghhari & Salam manis untuk semua bloggers yang sentiasa berkunjung ke mari....
Memandangkan sekarang nie tak dak N3 masak2,so apa yang terlintas di fikiran hanyalah sekadar nak share gift2 free yang menjadi koleksi barangan simpanan saya.Semalam baru update satu daripada gift free ,jom lihat sini ......




Saya memang suka sangat simpan  barang2 cam gini lagi2 barang free..siapa tak nak, gerenti semua orang mesti nak kan..hehehe....Bila nak guna barulah keluarkan....lepas guna masuk balik dalam kotak...hikhikhik...


 Elok je, dibawakan sekali dengan beg berwarna merah,dilengkapi dengan 2 sudu dan didalamnya terdapat 2 bekas makanan.Memang sesuai sekali utk bekalan ke office atau untuk pergi picnic.......



Kalau nak letak alat2 make-up pun boleh sangat2,memang cantik & senang nak bawa ke mana-mana........

Monday, 24 September 2012

Free Gift beli Penghawa Dingin

PERIUK NASI GELOMBANG MIKRO

 Ini adalah salah satunya koleksi barangan dapur yang didapati secara percuma dengan pembelian beberapa biji aircond tahun lepas.Dan yang lain-lain tu akan saya updatekan entrynya satu persatu,insyaallah.....sebenarnya banyak jugak dah dapat gift,ada yang dah bagi2 kat orang,saudara-mara...ada yang dah guna dan ada yang masih dalam kotak lagi....

Gift ni dapat kerana belinya aircond 3 @ 4 biji sekali gus,biasanya my hubby akan beli atas permintaan customer samada persendirian @ company.Kalau beli banyak aircond,banyaklah dapatnya gift .....sebiji aircond satu gift.....kalau beli satu tak dapat gift yea......


 CIRI-CIRI:

  • Periuk nasi yang diperbuat daripada bahan-bahan yang kalis pecah,bermutu tinggi dan boleh digunakan sehingga suhu 120 darjah celcius.
  • Periuk nasi bergred tinggi dapat mengekalkan kelazatan masakan.
  • Menjimatkan masa dan mdah digunakan.
  • Pelbagai fungsi:mengukus atau merebus nasi dan bijirin,bekas simpanan makanan di dalam peti sejuk,panas semula atau dihidangkan terus.
  • Selamat digunakan di dalam mesin pembasuh pinggan dan peti dingin beku.




CARA PENGGUNAAN:

  1. Sediakan bahan-bahan.
  2. Letakkan semua bahan-bahan masakan ke dalam pot seramik(mengikut nisbah masakan seperti jadual di bawah).
  3. Tutup pot seramik dengan penutup dalam keadaan terbalik.
  4. Ketatkan bekas penutup,kemudian masukkan nasi ke dalam  ketuhar gelombang mikro.
  5. Laraskan masa mengikut nisbah yang sesuai seperti jadual di bawah.



 NISBAH MASAKAN:

    Nasi                       Air                            Masa  
0.5 cawan           193ml (2.0 cawan)           8-10minit
1 cawan              268ml (2.5 cawan)          10-12minit
2 cawan              289ml (3.0 cawan)          12-15minit
3 cawan              386ml (4.0 cawan)          15-20minit
4 cawan              482ml (5.0 cawan)          15-20minit

Tuesday, 14 August 2012

Hadiah Kuiz-"LEBIH RAMAI, LEBIH MERIAH DUNIA BLOGGING KITA SEMUA, YA, GITEEW'

HelloHai!..Selamat pagi dan salam manis dari saya.......Semoga hari2 yang dilalui selama kita berpuasa ini ,Insyaallah mendapat keredhaan Allah swt......Tinggal beberpa hari lagi kita bakal menyambut Aidilfitri.....
Segala persiapan untuk menyambut Aidilfitri   dah siap ke belum???.....kami anak-beranak ala 2 kadar je....
beli mana yang patut saja ,tak usah ikut hawa nafsu,ikut keperluan je...takut nanti bila dh habis cuti seminggu raya ....semua wang perbelanjaan harian udah habis.....poket masing2 udah kosong!.....
tak nak lah cam gitu kan!........

 Oklah,gambar kat atas tu hadiah pemberian dari Kak Sha...sebuah fail,dalamnya terselit 3 helai kertas...


 Hah!nampak tu ada pin tudung lagi............I like it...Thank You





Thanks Kak Sha.....Thank You

Sedikit penerangan tentang Kak Sha......panjang betul nama dia...hehehe...StarOooohhhhh! rupanya Kak Sha nie atas umur saya je....ingatkan awal 40 -an..hihihi(jangan mare Kak Sha yea).........sangkaan saya meleset sama sekali,rupanya baru 38 tahun......sorry yea Kak Sha,..sebelum2 kenal Kak Sha nie saya main panggil Sha je.......

 
Dalam kotak berbalut kertas kuning tu,ada tabung ladybug.....cantik sangat....teruja bila bukak2 kotak ada tabung tu........Star

 Ada 2 pasang copstik,keychain,cermin comel...dan kad raya pun ada.......thanks againThank You

 Nie dia fridge magnet bentuk baju kebaya.....
dah letak dh kat dinding fridge.........

 Walala.....dapat juga sebuah novel....ingatkan tak dapat,bolehlah baca time2 masa terluang.....ada masa terluang ke????...sibuk memanjang je....apalagi Zzzzzzzz.....Sleepinghehehe....




 Tak sempat lagilah nak baca Kak Sha.....sorry yea,nanti kalau dah baca baru boleh saya komen, ok!.....


Akan ku penuhkan tabung nie dengan duit raya anak2 nanti...Thank Youvery much!.........