Semanis Epal Hijau

Saturday, 18 June 2011

Pemakanan Yang Sihat Untuk Anda 'Berdua'

Makanan yang anda makan semasa hamil membekalkan keperluan bayi anda dan juga diri anda.Oleh itu,pemakanan yang baik adalah penting untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi yang sihat dan untuk menjaga kesihatan diri anda sendiri.'Cara makan yang baik'bukanlah bererti 'lebih banyak anda makan lebih baik'.Yang lebih penting ialah mutu makanan yang anda pilih tetapi bukan banyaknya makanan yang anda makan.
Tenaga tambahan yang anda perlukan setiap hari adalah kira-kira 10-15% saja daripada pengambilan tenaga biasa anda.Ini dapat diatasi dengan meminum  2 cawan susu setiap hari.Dalam masa hamil.anda perlu memberikan lebih perhatian terhadap pengambilan zat makanan yang berikut.


PROTEIN
Protein adalah penting untuk membina tisu-tisu .Pertumbuhan bayi,uri,rahim,,tisu buah dada dan bekalan darah bergantung pada bekalan protein yang cukup dan memadai.Sumber protein yang utama ialah susu,daging,ikan,telur dan kekacang.


KALSIUM
Bayi anda memerlukan kalsium untuk pertumbuhan gigi dan tulang.Anda dan bayi anda juga memerlukan mineral untuk membentukan gigi dan tulang,pengumpalan darah yng normal serta fungsi otot-otot dan saraf.Susu dan makanan tenusu adalah sumber diet yang terbaik bagi kalsium kerana sebab-sebab yang berikut:
*susu adalah kaya dengan kalsium .
*paras karbohidrat susunya seperti laktosa,dan vitamin D yang tinggi menambahkan penyerapan kalsium di dalam tubuh.
Sekiranya penambahan kalsium yang diperlukan tidak dipenuhi dengan pengambilan makanan anda setiap hari,maka untuk memenuhi keperluan bayi anda,kalsium akan diambil dari tulang anda.Selepas kehamilan anda,jika kalsium dalam diet anda terus-menerus tidak mencukupi,besar kemungkinan anda akan mendapat osteoporosis(tulang rapuh)pada masa tua nanti.Ikan yang tulangnya boleh dimakan ,sayur-sayuran hijau dan hasil keluaran kacang soya juga sumber yang baik untuk kalsium.


ZAT BESI
Zat besi adalah penting untuk menghasilkan darah.Ia merupakan bahagian terpenting dalam heomoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh.Bekalan darah anda bertambah dalam masa hamil,membuatnya memerlukan zat besi.Bayi anda juga memerlukan zat besi demi pertumbuhannya yang normal.Sekiranya diet anda kekurangan zat besi,anda boleh mengalami kekurangan darah.Hati,daging,ginjal,ayam dan ikan ialah sumber zat besi yang terbaik.Sayur-sayuran berdaun hijau,bijirin sempurna,kekacang dan kismis mengandungi zat besi yang sederhana.


ASID FOLIK
Asid folik sejenis vitamin B,adalah amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah.Ia kini sangat istimewa pentingnya kerana anda memerlukan sel-sel darah merah tambahan.Bayi anda memerlukannya untuk pertumbuhan sel-sel.Kekurangan asid folik akan memyebabkan anaemia atau kekurangan darah.Asid folik terdapat dalam hati,ginjal.sayur-sayuran berdaun hijau,kekeras,bijirin sempurna.oren dan pati ragi.


VITAMIN C
Vitamin C menggalakkan penyerapan zat besi.Buah-buahan segar(terutamanya buah-buahan jenis limau dan jambu batu)dan sayur-sayuran yang dimakan pada setiap masa makan akan menambahkan kandungan zat besi dalam tubuh anda.


Panduan untuk makan ynag sihat semasa hamil:
*Pilih makanan yang terdiri daripada 5 kumpulan makanan yang tersebut dalam jumlah yang mencukupi untuk memastikan diet yang seimbang.
*Makan 3 kali sehari seperti biasa dan 2 hingga3 kali snek ringan.
*Sertakan buah-buahan ,sayur-sayuran,bijirin sempurna dan kekacang dalam jumlah yang cukup banyak untuk menambahkan pengambilan makanan berserat anda.
*Minumlah sebanyak-banyaknya air dan cecair seperti susu dan jus buah-buahan segar.
*Selalulah makan makanan yang segar dan berkhasiat.Makanan yang telah diproses mangandungi natrium yang tinggi
*Kurangkan pengambilan kafein dengan mengurangi minum kopi,teh,coklat dan kola.Hadkan meminum 1 hingga 2 cawan kopi@teh sehari dan gunakan kopi @teh yang cair.
*Hindarilah pengambilan alkohol.


Anda haruslah mengelakkan diri daripada menambahkan berat badan yang berlebihan.Kerana berat badan yang berlebihan ini sukar dikurangkan setelah bayi anda dilahirkan.
*anda tidak seharusnya menggandakan apa pun jua yang anda makan .
*Anda tidak semestinya terlalu banyak makan  makanan yang berikut :
Makanan bergoreng
Snek berlemak seperti emping  kentang dan coklat.
Kek yang kaya dengan krim dan pastri.
Minuman dan makanan yang banyak gula.


















 





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....