Semanis Epal Hijau

Monday, 13 August 2012

Kuih Siput

Masa buat kuih siput nie masih ada sikit lagi kerajinan kerana buat dalam awal minggu ke 2 puasa....bila dh dekat2 nak raya nie,senang main tunjuk je.....sekarang nielah time sibuk nak cari baju2 raya untuk diri sendiri ,anak2 dan suami.....kelengkapan rumah seperti langsir tu nanti2 dululah kerana kami akan berpindah rumah maybe selepas 1@2 bulan selepas raya nanti.........

Kerepek2 dh beli adalah dalam 4@5 jenis,seperti kerepek ubi pedas basah,jejari udang,kerepek bawang,apa lg yerk??x ingatlah nak sebutkan semuanya......dan kuih2 biskut nie maybe 3@4 jenis cukup dah,lagipun anak2 kurang suka biskut2 nie.....

 Time2 sekolah dulu rajin juga menolong emak menggentel kuih siput nie.....memang dh wajib dalam list kuih2 raya...
 Kali nie nak try resepi kuih siput dari blog K1 @Resepi Citarasawan......Thanks yea K1 untuk resepinya,izinkan saya letakkannya di sini untuk memudahkan saya membuat rujukan yang akan datang serta untuk teman-teman yang sudi berkunjung ke mari........


KUIH SIPUT
Sumber:K1@Resepi Citarasawan

Bahan-bahan:
  • 250gm tepung gandum
  • 70gm marjerin(3 sudu besar)
  • 1 biji telur -dipukul ringan
  • 1 sudu besar ketumbar-kisar halus
  • 1/2 sudu teh jintan manis-kisar halus
  • 1/2 sudu teh jintan putih-kisar halus
  • 1 sudu besar udang kering-kisar halus
  • 1 sudu besar serbuk cili/serbuk kari daging
  • 1/2 sudu teh garam
  •  2 sudu besar santan/air

Minyak untuk menggoreng
Beberapa tangkai daun kari

Cara-cara:
  1. Gaul tepung,garam dan marjerin bersama rempah kisar dan udang kering hingga rata.Masukkan telur dan santan.Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Ambil secubit adunan,geselkan dan gulung di atas papan acuan siput.
  3. Goreng dengan api sederhana.Apabila hampir garing,masukkan daun kari,goreng hingga garing dan rangup.Angkat dan toskan.
  4. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....