Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Wednesday, 4 December 2013

Apam Mekar Aiskrim Soda

Mencuba resepi apam mekar ini di petang rabu untuk minum petang ini.Resepinya memang banyak kat internet,tapi kali ni saya cnp dari blog Ros@Jintan manis.Mudah jugak buatnya yerk....Tp apam saya nie terlalu mekar sangat ...alhamdullilah nampaknya gebu jugak.... saya tambah sikit baking powder,resepi asal tak de....dan masa mengukusnya saya lebihkan sikit 10 -15 minit,sbb saya menggunakan papercup yang besar.
 

APAM MEKAR AISKRIM SODA
Resepi:En Hadi & Isteri
olahan:Bonda &Nuwairani
Cnp:Ros@Jintan manis
Bahan-bahan:-
  • 3 butir telur gred A
  • 1/1/2 cawan gula pasir-boleh kurangkan kalau tak nak manis(ros letak satu cawan gula)
  • 1 sudu teh ovellete
  • 1 cawan air aiskrim soda F&N-guna jenama nie je tau!
  • 3 cawan tepung gandum(saya guna tpg naik sendiri)
  • 1/2 st baking powder-saya tambah
  • beberapa titik esen pisang-untuk kurangkan hanyir telur(ros guna esen vanila)
  • beberepa jenis pewarna yang disukai(ros guna warna biru,ungu,pink dan hijau)-saya guna pink dan hijau
  • (ros rasa nanti next time ros nak letak sikit baking powder kot,sbb nak apam ni naik lagi cantik,tp x try lg br bercadang)
Cara-caranya:-
  1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovellate.Pukul sehingga kebang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
  2. Masukkan air aiskrim soda dan pulku sehingga sebati.
  3. Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
  4. Titiskan esen pisang@vanila ke dalam adunan dan sebatikan.
  5. Matikan suis mesin mixer,bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
  6. Sudukan adunan ke dalam cup bersaiz S(cup yg org guna buat almond london tu) sehingga hampir penuh cup.Jangan melimpah pulak.
  7. Kukus dengan api besar selama 7 minit.(saya kukus 10-15 minit,sbb guna papercup cake yg besar)
TIPS PENTING dari Nuwairani
  • Bahan2 yang digunakan mestilah mengikut sukatan yg sepatutnya.Kalau terlebih tpg,apam akan jadi keras.Kalau terlebih aiskrim soda,apam akan jd lembik.
  • Sukatan gula boleh dikurangkan sehingga 1 cawan lebih sikit2.Kadang2 kalau terlebih gula pun boleh menyebabkan apam jadi cair.
  • AIskrim soda mestilah diguna yang jenama F&N.Kalau jenama lain,apam jadi kurang menjadi.Air aiskrim soda ni pulak tidak boleh guna yang lama.Maksudnya kalau nak buat apam ini mesti guna air yang baru dibuka.Kalau dah kurang gasnya,apam tidak akan naik juga.Memang bantat la.Sebab resepi ini tak guna baking powder.kembang apam bergantung kepada gas aiskrim soda tu.
  • Waktu mengukus pula tidak boleh lebih,tidak boleh kurang.Kalau terlebih nanti apam meresap air pula.Kalau kurang apam tak masak betul.
  • Kalau nak tahu apam tu menjadi ke tidak,boleh tgk bahagian tapaknya tu rata dan cantik(tidak berkerut) dan bahagian atasnya kembang mekar dan merekah.Apam pun jadi ringan dan gebu aje.
  • Jangan takut nak mencuba.Mak nani buat 10 kali pun,tetap ada juga silap sana sini.So,selamat mecuba!!!!.









2 comments:

  1. Cantik apamnya.... mekar sangat. Warnanya pun memang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih,saya terlebih letak dlm papercup,tu yg mcm nak tercabut rekahan atas permukaannya....

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....