Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Wednesday, 31 October 2012

Sukun Goreng


 Dan selamat petang!!!!!.....
Tengahari tadi dapat buah sukun.Errrrmmmm bestnya.Pakcik selang 3 buah rumah dari rumah saya yang bagi.Kalau tengok kat pokok yang dia tanam tu memang banyak betulll buahnya,cuma buah2nya ada yang tak sama saiz.Yang besar tu rasanya dah boleh dipetik,tak yah tunggu nak masak kat pokok,alamat cepat bonyok@lembiklah.....


 Hari2 nampak pokoknya yang tinggi lampai dan buahnya yang berjuntai2 kat dahan.....ada sekali tu,jatuh kat tengah jalan,bila keta lalu,dilanggarnya buah tu terus benyek,mungkin dah terlalu masak agaknya......
berkecai terusss...


 Selalu nampak sebab pokok sukun tu dia tanam kat tepi jalan sebelah rumah saya je.......kekadang bila lalu bawah pokok sukun tu,terfikir jugak sempat tak nak makan buah sukun,yelah jap lagi nak pindah umah.....bila dah jauh dari pokok nie,mungkin takkan merasa lagi.......

 Syukur Alhamdullilah,dapat jugak merasa lagi........Terima kasih yea pakcik kerana memberi dan saya menerimanya dengan hati yang suka.......Jap tadi goreng sikit je,sebab teringin nak makan,tupun tak sampai separuh.Yang lain tu simpan dulu,tunggu search resepi...........buat kerepek@jejari sukun pun sodap nie!!!!


 SUKUN GORENG RANGUP

 Bahan-bahan:

  • Buah sukun
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning@serbuk kunyit
  • Garam & air secukupnya
  • Minyak utk menggoreng


Caranya:

  1. Buangkan kulit buah sukun dan potong ikut citarasa serta basuh serta toskan.
  2. Satukan semua bahan kecuali minyak,kacau sebati dan jadikan batter.
  3. Celupkan potongan sukun dan goreng hingga garing .


 
 cicah dengan sambal kicap dan sambal tumis memang sedap........

2 comments:

  1. Ya Allah sedapnya sukun goreng.lapar pulak time hujan2 mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tp mkn sorang2 jer.....kt umah ni x de sapa yg suka.....huhuhu...

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....