Resepi dari mesranet nie,lebih kurang sama macam yang selalu mak saya buat,cuma banyaknya penggunaan cili saja yang membezakan samada sambal ini pedas @ kurang pedas.....terpulang citarasa masing2........
SAMBAL TOTOK JAWA
Sumber:Resepi.mesra.net/Bahan-bahannya:
- Segenggam ikan bilis
- 10-15 tangkai cili padi kampung -potong 2(takut meletup2)
- 3 biji cili merah_saya tambah-di potong2 sebelum digoreng(takut meletup2)
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih -saya guna 5 ulas
- 1 inci belacan
- Minyak utk menggoreng
- Garam & ajinomoto secukup rasa
- Limau kasturi -ikut suka
Caranya:
- Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat.
- Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup. -Tumbuk kesemuanya.Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
- Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.
salam myda....wah!!!!!sedapnya nampak sambal totok ni. kros xpernah tahu sambal ni walau ramai kawan2 yg jawa totok. nak cuba la nanti. tq ye share ;)
ReplyDeletesedap ros,tak yah tumis dah,goreng2,tumbuk,dh siap....dh boleh mkn.Jimat masa & tenaga...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete