Semanis Epal Hijau

Friday 8 July 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011

Assalamualaikum.........





Kategori:Bersalin secara normal.
Nama Anak:Nur Ain Safira bt Hanafiah
Tarikh Lahir Anak: 9/10/ 2010


Apabila terbaca pertandingan Dunia Susu Ibu ini,terlintas di fikiran saya untuk cuba menulis sedikit sebanyak tentang pengalaman saya menyusukan anak saya.....
Saya  mempunyai 6 orang cahaya mata yang memeriahkan  rumahku syurgaku.....malah sudah ada yang  boleh menolongku membuat kerja-kerja rumah.Yang sulung dan yang ke-2 mempunyai tahun lahir yang sama walaupun tarikhnya berbeza...Kakak sulung 14/1/2000 dan kakak yang ke-2, 22/11/2000...
Saya suka kalau tengok orang mengandung...comel...cute...bulat....Oleh sebab itu,saya suka sangat mengandung...banyak kali pun tak apa ,alhamdullilah kerana saya tidak ada masalah kesihatan...Ke-enam-enam orang anak saya bersalin secara normal di Hospital Kajang.Walaupun orang kata hospital tu tak bagus,tapi bagi saya alhamdullilah....semuanya ok je,tak ada apa-apa masalah.Apa yang penting kita boleh mengawal keadaan diri kita semasa nak bersalin....


Apa yang saya nak cerita disini adalah kelahiran anak yang ke-6 ini berbeza sedikit daripada yang lain-lainnya.Saya ni jenis yang suka tunggu sakit kuat baru nak pergi ke hospital...so saya tunggu punya tunggu,akhirnya saya selamat bersalin dalam perjalanan untuk ke hospital(dalam kereta yang dipandu oleh suami saya.)...Lepas aje baby tu keluar saya terus ambil dan letak baby di atas perut saya...terasa licin apabila saya cuba nak mengambilnya,apapun saya gahkan juga untuk mengambilnya.Apa yang saya suka di hospital ini adalah sesudah kita bersalin baby akan diletakkan diatas dada si ibu.Dalam masa itulah mengalir airmata kegembiraanku.Anak yang ku kandung 9 bulan 10 hari sudah berada di hadapanku.Masa tu baby akan menangis dan mula mencari puting susu.Lalu ku berikan puting susuku untuk disusui oeh bayiku.


Di awal penyusuan ,iaitu selepas 2 hingga 3 hari bersalin,saya melalui saat-saat yang sukar.Ini adalah  kerana puting susu saya terkoyak dan berdarah.Apa yang saya buat ialah saya pam dulu susu saya ke dalam botol.Dalam masa ni,buah dada saya akan bengkak.Ini menandakan buah dada saya harus dikosongkan.Untuk mengosongkan susu kat buah dada,saya mengepam setiap 2@3 jam.Adakalanya tu saya menyusukan jugak sambil menahan kesakitan.Untuk mengubati puting koyak dan berdarah itu ,saya sapukan sedikit susu saya ke puting..Lepas 4 hingga ke 5 hari,puting susu saya belum pulih sepenuhnya..Kadang-kadang tu bila baby tidur lena,saya akan kejutkan untuk menyusukan.Saya risau bila buah dada bengkak,akan  menyebabkan demam terjadi dan akan rasa sakit pada buah dada saya.


Sekarang umurnya dah 9 bulan dan di beri nama NUR AIN SAFIRA.Tidak dapat dinafikan memang banyak cabaran yang harus  saya dihadapi untuk menyusukan anak.Antaranya, saya harus membahagi-bahagikan masa antara baby dan anak-anak yang lain.Ditambah pula dengan anak-anak yang sekolah.Saya kena berkejar-kejar masa untuk menguruskan anak-anak sekolah,anak yang 3 tahun dan termasuklah baby yang 9 bulan ini.Selain itu,adakalanya susu yang saya perah menjadi sedikit dari hari-hari yang biasa dan tak mencapai apa yang saya kehendaki.Saya tidak mahu putus asa, niat dalam hati saya ,saya nak bagi susu badan jugak so,saya cuba mengambil inisiatif lain untuk merangsang dan menambah pengaliran susu badan saya supaya bertambah lancar dengan memakan sayur-sayuran hijau seperti sawi dan bayam(memang favourite),mengamalkan minum air yang banyak walaupun waktu malam,dan juga ada pil-pil tambahan lain seperti PIL ASI,pil motilium,maxolon dan Remedi Homoepati Tambahan.


Pemakanan juga mempengaruhi penyusuan kita.Dalam masa penyusuan,saya mengamalkan makanan yang sihat dan yang  boleh menambahkan pengaliran susu badan.Saya juga ada minum air suam yang banyak .Kalau boleh,ais tu kena cuba elakkan ....kerana kalau minum ais nanti baby akan mendapat selsema,demam,batuk dan sebagainya....memang tidak dapat dinafikan, kadang-kadang tu ada gak saya terminum ais kalau makan kat luar....Ha..ha ..ha...bila baby dah terkena selsema ..memang  susahlah bagi saya....


Alhamdullilah,berkat sokongan dan bantuan tak kira masa dan tenaga,suami dan anak saya dapat membantu menguruskan masalah antara satu sama lain.Disebabkan kerja saya memerlukan waktu malam untuk bekerja,saya amalkan memerah susu di tempat kerja 2 kali dalam sehari.Operasi memerah susu dijalankan pada pukul 12 mlm dan 5.30 pagi.Sehingga kini NUR AIN SAFIRA masih menyusu sepenuhnya tanpa susu formula.Dengan kerap saya memberi susu badan,Insyaallah pengaliran susu pun bertambah.Ini boleh dilihat semasa saya menyusukan anak,puting payudara sebelah lagi tidak semena-mena akan turut membasahi baju dalam saya dan semasa memerah secara tak langsung puting payudara sebelah lagi akan turut mengalirkan susu.


Walaupun di tempat awam,saya tidak segan silu untuk menyelak baju untuk menyusui bayi saya.Tidak kira walau di mana pun, saya tetap akan memberikan yang terbaik untuk anak saya.Dengan menyusui anak ,saya dapat memberikan perhatian  yang lebih dan melahirkan perasaan kasih sayang kepada anak saya.Bagi sayalah,ia adalah rantaian kasih sayang antara si ibu dan si anak.Memang tidak dapat dinafikan lagi,susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.Saya tidak akan mensia-siakan susu yang telah diberikan oleh Allah kepada saya .Menyusui bayi saya dapat memberi kenikmatan dan pahala yang besar kepadaku.Akanku hargainya sebaik-baik yang mungkin.Insyaallah..amin.Ya! Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku dan banyakkanlah susuku untuk bayiku dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.Amin.........


 
Kata-kata yang memberi semangat kepadaku untuk terus menyusukan bayiku.....



Doa amalan bagi ibu yang menyusukan anak.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi"




Terima kasih kerana sudi klik entry ini.

myda_ahmad

************************





.



11 comments:

  1. tahniah atas kecekalan..semoga berjaya BF dan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. subhanallah! teruja dgn 6 org anak dan yang sulung dan kedua pada tahun yg sama..memang cabaran yg bukan sedkit..yg penting azam yg tinggi menggunung..tahniah..sgt suke dgn ibu yg bermotivasi luar biasa!

    good luck! semoga ada rezeki utk nur ain safira insyaAllah! salam ukhuwwah fillah! ;)

    ReplyDelete
  3. tak boleh follow..tak jumpe laber follower..nanti nak jenguk sekali lagi insyaAllah! ;)

    p/s: umur berape?mude nampak..

    ReplyDelete
  4. thanks ummu muhammad....follower ada kt atas sekali....

    ReplyDelete
  5. umur?...35 thn.memang teruja sgt bila dpt 2 baby dlm thn yg sama....

    ReplyDelete
  6. mohon share doa tu.. untuk diri sendiri dan kengkawan yang bakal jadi mama..=)

    ReplyDelete
  7. mudenye...rezeki 6 org dah..nikmat yg bukan semue org ade...kite ni kak ade blog je..fb takde..tak boleh follow up kawn2 yg masuk contest same..sape yg dthg..kite dtg balik tgk ade label contest baru tau geng2 yg masuk contest..insyaAllah kite follow semule..

    salam ukhuwwah fillah utk kak myda! ;D

    ReplyDelete
  8. alhamdulllah....anak n aset kita bila kita tua nanti...mmg susah ckitlah masa diorg kecik nie,tp bila dh besar nanti senang akak...thanks join me..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....