Semanis Epal Hijau

Thursday 4 October 2012

Kacang goreng bawang putih


 Kudapan petang tadi adalah kacang goreng bawang putih.Dah lama ada stok, cuma tidak timbul keinginan nak makan kacang goreng ,tu yg asyik tersimpan je dalam bekas.Bila dah teringin nak makan,hah...cepat2 google resepi.Memang sedap dengan bau aroma bawang putihnya itu......



  KACANG GORENG BAWANG PUTIH
Sumber:14 sept@myresepi
dicuba oleh:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 500gm kacang tanpa kulit
  • 15-20 ulas bawang putih (diblender dengan sedikit air dan sedikit garam) - masin ikut selera sedirik la yer...
  • 20 ulas bawang putih (dihiris) - banyak pon boleh, suka hati.
  • Segenggam ikan bilis (kalau suka)
  • Air
  • Minyak
Cara-cara:
  1. Didihkan air didalam periuk. Bila dah didih tutup api dan tuangkan kacang. Biarkan selama 3-4minit pastu toskan.
  2. Gaul kacang dengan bawang putih yang diblender tadi. Perap setengah jam.
  3. Panaskan minyak. Goreng kacang tadik sehingga hampir kekuningan kemudian masukkan bawang putih yang dihiris dan ikan bilis sehingga bawang putih/ikan bilis garing dan kacang masak. (Kalo takut kacang/ikan bilis/bawang putih hangus boleh goreng asing)
  4. Bila dah masak toskan dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah dimasukkan dalam balang kedap udara. Selamat untuk dimakan...

12 comments:

  1. kacang ni mmg sedap.. mak saya buat byk kali raya baru ni.. ralit makan sampai x sedar dh habis sebotol.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap zura...saya yg dh ketinggalan dek kerana kurangnya info ttg resepi nie.kalau tau resepinya dr dulu,mmg dh lama saya try.....
      mmg ralit bila mkn,sampaikan anak2 pun turut mengunyahnya....tp penatlah mulut,nak hancurkan kacang ..hehehe..

      Delete
  2. wah!!!resepi ni pun best. nape xperasan n3 best myda sehari dua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe,biasa2 je,ros.......kita sebaya yerk?...1976..

      Delete
  3. Salam kenal daripada Kak Noor. Thrillon of thanx kerana sudi berkongsi resepi ini. Akak tak tahupun selama ini kita boleh buat sendiri kacang goreng bawang putih ni. Selalunya beli aje. Tak lama lagi hari raya haji, bolehlah akak cuba buat. Just nak tahu kacang putih tu kita beli yang mentah nye kan! Kalau nak lebih sedap boleh masukkan daun kari. Baru jadi kacang goreng bawang putih mamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal dr saya utk Kak Noor,...thanks juga sudi berkunjung ke mari....sebenarnya kcg tnh putih yg telanjang tu mmg dh sedia ada kt dapur....tu yg nk buat tu...
      yup,mmg beli yg mentah,tp kan kak kalau nk letak daun kari,kita boleh gunakan kcg tanah biasa yg bulat2kecil tu,letak telur,serbuk kari & sedikit tpg.....pun sedap....

      Delete
  4. Salam dihulurkan, Dulu...(masa nak sambut raya)lama dah ada jugak akak menggoreng kacang mcm ni. La la ni mcm term.l.s skit nak goreng..Memang sedap!

    Dr Kak Amy-PJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan...
      time2 rasa mmg selau jumpa kacang goreng bwg putih nie...tp tulah kena toskan betul2minyaknya ..

      Delete
  5. Goreng guna minyak bnyak ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,guna api slow,biar semua kacang2 tu masaknya sama rata....

      Delete
  6. Terima kasih Pn. Myda. Mohon mencuba resepinya ya. Semuga Allah pertambahkan ilmu puan.

    ReplyDelete
  7. Saya nak buat mcm resepi puan. Ringkas dan bahan pun tak byk

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....