Semanis Epal Hijau

Tuesday, 2 October 2012

Sambal Tempe

N3 tertunggak,ntah tak ingat dah..rasanya yang bulan lepas,dek kerana kesibukkan masa tertumpu pada anak2 yg menduduki exam UPSR...ini pula diabaikan,tapi tak pelah ..yg penting anak2 dh lega exam pun dh lepas.....

Sambal tempe memang sinonim dgn keluarga mak saya,termasuk anak2nya....tp bukan keluarga belah suami.....memang sgt mudah utk menyediakannya....


SAMBAL TEMPE

Bahan-bahan:

  • Tempe-dipotong kecil2
  • 15 tangkai Cili kering*
  • 1 biji bwg besar-dihiris
  • 5 ulas bwg putih*
  • 4 biji bwg merah*
  • sedikit belacan*
  • segenggam ikan bilis
  • Minyak secukupnya
  • Garam,gula & bahan perasa
  • Air


Caranya:

  1. Goreng tempe & ikan bilis hingga garing.Angkat  Ketepikan.
  2. Blender bhn bertanda *.Tumiskan bhn blender hingga naik minyak.
  3. Masukan sedikit air,garam,gula & bhn perasa.Kacau sebati.
  4. Bila agak kering ,masukkan hirisan bwg besar ,ikan bilis & tempe.Kacau dan angkat.



Ni pinggan nasi utk saya,...ada karbohidrat,protein,sayuran,cukup lengkap..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....