Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Monday, 1 October 2012

Ayam goreng kunyit speciaL


 Hello!!...selamat pagi!...Good Morning semua.......

Hari ni nak mulakan N3 masak-masak untuk di awal bulan Oktober ini dengan Ayam Goreng Kunyit,yang telah saya buat semalam.Memang lain dari yang lain kerana saya masak ada menggunakan bawang putih.Nak tau macam mane?...Dengar cite saya nie yea.....


 Sebelum ayam digoreng ,lumurkan dulu dengan serbuk kunyit & sedikit serbuk kari serta garam.Kemudian cincang bawang putih hingga halus,gorengkan bawang putih  hingga kekuningan,garing dan naik bau aromanya.Bawang putih nie wangi bila kita goreng sampai garing,guna api yg perlahan yea.




 Saya mmg cukup suka dgn aroma bawang putih.Kalau masak apa2 pun saya akan gunakan bawang putih yg banyak...tp mesti cincang halus,supaya bila nak makan nanti,tak delah bawang putih tu kat tepi2 pinggan......semuanya dpt dingap masuk ke mulut...kan tak membazir gitu.......



AYAM GORENG KUNYIT DENGAN BAWANG PUTIH
by : myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 3 @ 4ketul ayam-lebih senang ambik bhgian dada,potong kecil2 ikut saiz kesukaan
  •  10 btg kacang panjang-potong 3cm
  • 7@8 ulas bawang putih-dicincang halus
  • 1biji bawang besar -dihiris
  • 2 batang cili merah-potong menyerong
  • Serbuk kunyit ,serbuk kari & sedikit garam-lumurkan pd ayam
  • Minyak secukupnya
  • Lada sulah.
Cara-cara:
  1. Ayam dibersihkan dan dilumurkan dgn serbuk kunyit,kari dan garam.
  2. Panaskan minyak,(tak perlu banyak2,dlm 3 sb...ikut kuantiti ayam)goreng bwg putih yg dicincang tadi hingga kekuningan,garing dan naik bau aromanya.
  3. Masukkan ayam ,goreng hingga sedikit garing dan masak.
  4. Masukkan kacang panjang,bwg besar,cili merah & sedikit lada sulah.Biarkan sekejap,hingga bawang layu & kacang bertukar warna,tp jgn sampai terlalu lama.Kacau rata & siap.


2 comments:

  1. Rasanya pun tentu lebih special ye Myda... lawa gambarnya, terliur dibuatnya!

    ReplyDelete
  2. tak semua org suka mkn bwg putih,tu yg nk men"manfaat"kan bwg putih dr terbuang.....gambar tu biasa2 je kak amie....pakai kamera hp je....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....