"Kenapa Maybank perlu bagi saya tiket ke Legoland"
Wah! kalau dapat nie memang best sangat!!!!..Maklumlah keluarga besar ,kalau nak gi sana perlukan ongkos yang banyak,so kalau Maybank sanggup sponsor untuk kami seramai 8 orang,langkah bertuahnya badan dapat berada di sana,kaki dapat berdiri di pintu masuk Legoland,mata dapat melihat keunikkan struktur binaan bangunan ,kota,patung-patung dan banyak lagi terdapat di Legoland yang direka melalui bongkah-bongkah plastik kecil serta kepingan lain yang boleh disusun menjadi model.
Hati dan perasaan, dapat merasai kegembiraan dan keseronokkan kanak-kanak serta keriangan mereka bermain ketika berada di suatu tempat yang keseluruhannya merangkumi bongkah-bongkah plastik kecil iaitu Lego.
Maybank perlu bagi saya tiket ke Legoland kerana:
Saya adalah pelanggan setia Maybank.Bermulanya kisah tahun 1996,saya diterima bekerja sebagai kerani bank di Maybank di Kajang.Proses temuduga dilakukan di Plaza Perangsang Shah Alam,yang mana ketika itu saya berulang-alik dari Bangi dengan menaiki bas sangkut-sangkut.Tanpa peneman mungkin saya tidak akan sampai ke Shah Alam. Tugas saya ketika itu sangat menyulitkan kerana ketika itu saya baru nak mula bekerja di bank.Dengan tiada pengalaman serta komunikasi ,saya jadi janggal dibuatnya,dahlah ketika itu saya ditempatkan di kaunter pertanyaan.....Kesimpulannya,saya hanya kerja 1 hari saja,ditambah pulak hari ke 2 itu saya ketinggalan bas........esok-esoknya rasa macam menyesal pun ada.......sebab tak jadi warga Maybank.
Di hari pertama bertugas,saya telah dibukakan buku simpanan oleh kakitangan yang bertugas.Memang sebelum tu tak pernah pun ada buku simpanan.Adalah dalam 6 @ 7 tahun saya tak aktifkan akaun.Dan selepas itu hingga sekarang ini,saya masih lagi setia menggunakan akaun Maybank.Gaji bekerja sekarang pun terus masuk ke akaun maybank.Kalau dulu-dulu guna byhand je,sejak Maybank telefon ,suruh aktifkan buku,terus saya maklumkan ke bahagian kewangan tempat saya bekerja untuk memasukkan terus gaji ke akaun Maybank.
Dengan adanya Maybank Online, memudahkan lagi saya untuk membayar segala bil-bil,bayaran pinjaman untuk perumahan,kereta dan ASB pun boleh.Hanya dihujung jari sahaja.Sangat mudah dan menjimatkan masa.Dah tak payah nak keluar-keluar rumah dan mengambil nombor giliran serta menunggu.Di malam hari pun masih lagi boleh untuk menjelaskan segala hutang-hutang.
Untuk pembelian kereta.
Untuk pembelian rumah.
Saya juga menabung dalam ASB dan anak-anak dalam ASD,Maybank turut meyediakan kaunter untuk urusan Amanah Saham.Tak perlu lagi saya untuk menunggu kerana semua itu saya boleh buat urusan melalui Maybank Online,kalau rajin je saya akan keluar rumah untuk urusan-urusan bank.
Walaupun saya kurang berminat dengan kad kredit,tetapi pihak Maybank masih lagi menawarkan saya Maybankard Visa dan Maybankard American Express.Bank-bank lain pun ada juga meng"offer" saya,tapi disebabkan dah ada Maybankard nie,yang lain-lain tu saya tolak.
Oklah ,rasanya takat nie je kot,yang boleh saya ceritakan kenapa saya perlu dapatkan tiket ke Legoland.Memang seronok kalau dapat tiket,tambahan lagi masa cuti-cuti sekolah yang akan datang nie,bolehlah bawa anak-anak pergi jalan-jalan,bergembira,meluangkan masa kami dengan anak-anak,maklumlah anak-anak baru lepas menduduki peperiksaan UPSR,nak jugak berhibur setelah penat lelah mengulangkaji pelajaran,bersengkang mata dari pagi ke malam untuk mentelaah buku-buku pelajaran serta mungkin sebagai hadiah daripada Maybank untuk kami dan anak-anak kami sebagai pelanggan setia Maybank..........Kalau tiket murah,tak perlu saya mengarang N3 nie...hehehe.....Insyaallah.....
Masih ada masa lagi,sesiapa nakkan tiket ,jom sertainya......
Syarat-Syarat :
- Buat entri "Kenapa Maybank perlu bagi saya tiket ke Legoland | Why Maybank should give me ticket to Legoland . Tidak lebih dari 500 patah perkataan.
- Penjurian di kira mengikut kreativiti , Originality dan unsur - unsur humor.
- Boleh letak gambar ke, video ke nak kasi entri anda menarik.
- Dah siap N3 dan di publish. Link hantarlah ke email social@maybank.com.my .
- Jangan lupa beri nama , No. Kad Pengenalan , Alamat , No Telefon dan jangan lupa link entri sekali yaa.
Tarikh penyertaan :
11 September 2012 - 30 September 2012
Hadiah :
- Grand Prize - Sepasang season pass ticket ke Legoland Malaysia.
- 10 pasang Tiket Harian ke Legoland Malaysia.
moga ada rezeki.Mmg patut maybank bg tiket ni.entri ni pun dah cukup padat menerangkan segalanya.
ReplyDeleteAmin2.....doakannya...
DeleteRetro blogging and vintage content can transport readers back in time, reliving historical events, trends, and cultural moments. Dark Web Understanding Entrepreneurs can leverage blogging to establish a strong personal brand, positioning themselves as industry experts and attracting potential clients and partners.
ReplyDelete