Semanis Epal Hijau

Wednesday 14 November 2012

Potluck-Sambal belacan masak

 Selamat malam......
Hari ini dan malam ini juga,kami sefamily nak grak ke Grik.Plan kami memang nak ke Tasik Banding dan dirancang seminggu yang lalu.Kami pergi dengan 4 buah family termasuklah member2 kaki pancing en suami.Masing2 bawak family masing2.Tempat yang famous dengan kaki2 pancing,termasuklah en suami.

Kami dari Bangi akan bergerak jam 11.00malam.Mungkin akan singgah2 kejap  minum kopi utk hilangkan ngantuk.Kami akan bermalam di boathouse yang ada menyediakan bilik utk kami tidur@bermalam....kata en suami dapur utk memasak pun ada....

Dari sini kami ada bawak bekalan makanan dan air bersih,termasuklah maggi,bihun mentah ,bwg2,ulaman-timun& kacang panjang, milo 3 in 1,roti gardenia.nugget dan nampak tak gambar tu......haaa,tulah dia sambal belacan masak,memang fav en suami,sepatutnya sambal ikan bilis,tapi ikan bilis tu taruk kemudian,kalau x lemau nanti...tu yg kena asingkan dulu,bila time nk makan nanti baru satukan.....


Potluck kami 2 jenis sambal belacan,...yg mentah & yg masak....Kami pergi seramai 26 orang.Ntahlah ,cukup ke x yerk sambal tu.....maybe cukup kot.....

1 comment:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....