Semanis Epal Hijau

Wednesday, 14 November 2012

Ayam kari dengan Lada hitam

Hari nie menu lunch masak simple ,telur goreng dadar dan ayam,....ntah nak letak nama apa pun tak tau ,main taruk sesedap rasa jer,letak kari sikit,lada hitam pun ada ,sos lada hitam pun nak letak jugak....
Tekak nie nak makan yang masam2,tu sebab perahkan sikit limau nipis kat atas hidangan ayam tu....



Masak maggi kari pun mesti kena letak jus limau sikit ...biar kaw2 ,baru sedap!...

AYAM KARI  LADA HITAM
Bahan-bahan:

  • 3 ketul ayam bhg dada-dipotong kecil2
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb sos lada hitam
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar-dihiris 
  • 4 ulas bwg putih-diketuk
  • 1 inci halia-diketuk
  • 1 biji lada merah-potong menyerong
  • sedikit kicap mee
  • Bahan perasa,sos ikan,serbuk pati ayam knorr
  • Minyak & air secukupnya
  • Jus limau sikit


Caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak,goreng ayam separuh masak.Masukkan bwg putih & halia,biarkan seketika.
  2. Masukkan serbuk kari & serbuk lada hitam,kacau supaya ayam betul2 sebati dgn serbuk kari.
  3. Masukkan sos lada hitam,sos ikan,kicap & bhn perasa serta bwg besar dan cili merah.Boleh tambah sedikit air kalau kuah terlalu kering.Bila kuah agak pekat,boleh tutup api dan sedia dihidang.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....