Semanis Epal Hijau

Monday 5 November 2012

Nasi Ayam

Selamat petang .......
 Malam semalam my hubby dah shopping barang dapur kat Econsave,sorang2 dia jer......bila dh shopping,maka penuhlah barang dan stok makanan kat dapur.Segala-galanya ada......tu yang cari dan terus mencari menu apakah yang akan jadi hidangan lunch nanti....nak masak macam2 lauk ,malas pulak ..lagipun dh jemu asyik masak je.....

Nak masak yang cepat dan mudah,so terfikirlah nasi ayam nie......sambil merebus ayam....sambil tu google jugak resepi nasi ayam,dan terjumpa resepi nasi ayam nie kat myresepi .So apalagi cnp jelah.......dah tu baca2 dan teliti jap bahan2nya,terus masuk dapur,mulakan operasi masak-memasak pulak.Upload gambar tunggu petang yea....Apa2pun thanks yea kepada penyumbang resepi ini kerana sudi share resepi nasi ayam spesel ini......


NASI AYAM SPESEL
Sumber:Junjs11@myresepi
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus:
  • 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)-saya guna 1/2 ekor 
  •  2 ulas bawang putih
  •  2sm halia yg diketuk
Untuk perap:
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • sedikit kicap cair
  • sedikit marjerin utk sapukan pada ayam sebelum dibakar
Untuk nasi:
  • 5 cwn beras
  • 3 sudu besar butter
  • 1 cm halia- ditumbuk
  • 2 sb pes nasi ayam hainan
  • 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • air rebusan ayam tadi secukupnya
  • sedikit garam
Nie dia pes nasi ayam hainan yang saya gunakan...

Bahan sos:
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka-saya gantikan lemon jus
  • garam, gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Untuk sup:
  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar-tak letak
  • 2 ulas bwg putih-diketuk(saya tambah)
  • 1 inci halia-diketuk(saya tambah)
  • rempah sup-saya gantikan serbuk pati ayam knorr
  • garam
  • daun sup yg dihiris.
Cara-cara:
  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.(saya tak goreng ayam tu tapi  saya masukkan dalam microwave dan bakar sekejap)
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih serta pes nasi ayam hainan hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.



4 comments:

  1. nampak sedap nasi ayam..hujan2 ni pekena nasi ayam pun sedap gk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap adda...tapi tak sama mcm kat kedai nasi ayam yunan tu.....mungkin x letak minyak bijan kot,tu yg lain tu....

      Delete
  2. Assalam myda.. Akk singgah n follow.. sedap sungguh nampak nasi ayam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal dari saya...thanks sudi singgah N follow....

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....